|
Kalama Sutta ( Khutbah kepada Kaum Kalama )Pengenalan - PIAGAM KEBEBASAN MENYIASAT Manusia berbeza daripada haiwan lain kerana manusia dapat melakukan aktiviti mental yang lebih rumit seperti membanding, menyiasat, menganalisa, membuat induksi dan lain-iain lagi. Dengan selalu melatih pemikiran kita, pandangan kita akan menjadi lebih tajam dan kita mudah membezakan yang baik dari yang buruk. Buddhisme mementingkan perkembangan akhlak melalui perkembangan mental (samadhi) dan pandangan yang benar (samma-ditthi). Lebih daripada 2500 tahun dahulu, Buddha telah menggariskan syarat-syarat untuk menilai sesuatu ajaran kepada suku kaum Kalama. Hari ini, ia telah menjadi piagam bagi orang Buddhis mengenai kebebasan menyiasat dan ia berbunyi seperti demikian:
"Tetapi, apabila anda sedari bahawa perkara-perkara ini; tidak bermoral, boleh mengakibatkan timbulnya tuduhan, dihindari oleh yang bijaksana; dan apabila dilakukan akan membawa kepada bencana dan kesengsaraan, maka elakkan dari melakukannya." "Apabila anda sedari bahawa perkara-perkara ini; adalah bermoral, tidak akan mengakibatkan apa-apa tuduhan, dipuji oleh semua bijaksana; dan apabila diamalkan akan mernbawa kebahagian kepada semua, maka amalkannya dalam kehidupan anda."
Walaupun seorang dapat menakluk beribu musuh di medan peperangan, namun sekiranya seorang dapat menakluk dirinya, dialah kesatria yang paling agung. Dhammapada, ayat 103.
Disusun oleh Sumangala |