|
RIWAYAT HIDUP BUDDHAKANDUNGAN
Mempelajari jalan hidup manusia agung merupakan satu sumber inspirasi yang berpanjangan bagi kita semua, terutamanya pada zaman ini di mana nilai-nilai kebendaan lebih dominan berbanding dengan nilai-nilai kerohanian. Dengan mempelajari Jalan Hidup seseorang manusia agung seperti Buddha, batin kita akan diperkayakan dengan pelbagai contoh teladan perlakuan yang telah ditunjukkan oleh Beliau semasa hidupNya. Bagi kita umat Buddha yang telah menyatakan keyakinan kita terhadap Buddha, adalah merupakan satu kewajipan bagi kita mempelajari dan mengetahui riwayat hidupNya. Menyedari akan hakikat ini dan sempena penganjuran Kursus Pendidikan Agama Buddha Belia Buddhis Wakaf Bharu, Persatuan Buddha Wakaf Bharu mengambil inisiatif untuk menterjemahkan Sejarah Hidup Buddha berdasarkan versi Inggeris Narada Thera (terbitan Buddhist Missionary Society, Kuala Lumpur), versi Inggeris Van. Sarada, versi Inggeris Rev. Sisidhamma (diterbitkan oleh Buddhist Missionary Society, Kuala Lumpur) dan Riwayat Hidup Gotama (diterbitkan oleh Yayasan Dhammadipa Arama). Pihak kami meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan di dalam buku-buku yang telah diterjemahkan. Dengan hati terbuka, kami bersedia menerima komen-komen yang membina daripada para pembaca. Pihak persatuan ingin merakamkan rasa terhutang budi kepada Cik Heng Jee Soon yang telah banyak membantu dalam usaha penterjemahan ini. Akhir kata, semoga saudara/saudari seDhamma memperolehi manfaat dalam menghayati dan mengamalkan ajaran Buddha. Mudah-mudahan kita semua mencapai kebahagiaan zahir dan batin.
Persatuan Buddha Wakaf Bharu, "I am the chief in the world" 623 S.M., VESAK
Pada akhir abad ketujuh S.M (tahun 623 S.M.), Siddhartha Gautama dilahirkan di bandar Kapilavastu/Kapilavathu. Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas dekat negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha. Sepuluh bulan selepas mimpi permaisuri, Siddhartha dilahirkan di Taman Lumbini, pada hari bulan purnama Vesak. Permaisuri mengandung selepas baginda bermimpi bahawa empat dewa kayangan membawanya ke sebuah tasik bernama Tasik Anotatta dekat dengan kaki gunung Himalaya. Pada masa itu juga jelmanya seekor gajah putih dan di belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai putih. Kemudian gajah itu berjalan mengelilingi permaisuri sebanyak tiga kali dan ghaib daripada pandangan permaisuri. Setelah terjaga dari tidur, permaisuri menceritakan mimpi baginda kepada Raja Suddhodana. Kedua-dua mereka tidak tahu akan maksud di sebalik mimpi itu dan menjemput 64 orang bijak pandai untuk menilik maksud di sebalik mimpi itu. Hasil tilikan mereka ialah mimpi membawa alamat baik di mana permaisuri akan melahirkan anak tidak lama lagi. Apabila sudah sampai masanya untuk permaisuri melahirkan anak, permaisuri meminta izin daripada raja untuk berangkat pulang ke istana ayahanda baginda untuk melahirkan anak. Ini sudah menjadi adat-resam di India di mana anak perempuan balik ke rumah orang tua mereka untuk melahirkan anak. Raja bersetuju dengan permintaan permaisuri dan perintahkan rakyat baginda untuk membersih, membaiki dan menghiaskan jalan-jalan yang akan dilalui oleh rombongan Diraja yang mengiringi keberangkatan permaisuri. Permaisuri berangkat dengan diiringi oleh beribu-ribu pengawal dan beratusan pengasuh baginda, meninggalkan bandar Kapilavathu menuju ke arah bandar Devadaha. Di pertengahan antara dua bandar tersebut terdapat sebuah taman yang bernama Taman Lumbini. Di taman ini terdapat banyak pohon sala dan di pohon-pohon sala tumbuhnya pelbagai jenis dan warna bunga yang wangi dan cantik. Di samping itu, terdapat juga pelbagai jenis dan warna burung, kumbang, lebah, kupu-kupu dan serangga-serangga lain berterbangan dengan pelbagai bunyi. Keadaan taman pada itu sangat indah dan nyaman serta sangat sesuai untuk beristirehat. Permaisuri melihat sekitar taman dan tertarik dengan suasana taman dan perintahkan rombongan yang mengiringi baginda berhenti rehat di taman itu. Permaisuri beristirehat di bawah pokok sala. Semasa di bawah pokok sala permaisuri teringin memegang dahan pokok itu dan dengan serta-merta dahan pokok sala merendahkan diri dan membolehkan permaisuri memegangnya. Semasa memegang dahan pokok, permaisuri mengatakan baginda berasa hendak melahirkan anak. Pelayan-pelayan baginda dengan segera mendapatkan kain yang panjang untuk menutup kawasan itu. Sekejap kemudian, permaisuri pun melahirkan seorang putera sambil berdiri. Kelahiran Bodhisatta (bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M pada bulan purnama Vesak sangat aneh. Setelah dilahirkan, Bodhisatta mengatur langkah dan berjalan sebanyak tujuh langkah ke arah utara. Pada setiap langkah yang dilalui, jelmanya sekuntum bunga teratai. Pada langkah terakhir, Bodhisatta berkata,
Pada hari bulan purnama Vesak juga, turut lahirnya Yasodhara(bakal isteri Siddhartha), seekor kuda(kuda Siddhartha), seekor gajah, empat tempayan harta-karun, seorang pemandu(Channa) dan Kaludayin(anak menteri). Kesemua di atas ada perhubungan dengan Siddhartha. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, permaisuri perintahkan pengawal-pengawalnya bersiap berangkat pulang ke istana, Kapilavathu. Pemaisuri inginkan berita kelahiran seorang putera segera diberitahu kepada raja. Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak. Putera raja dijaga dan dipelihara oleh ibu tirinya iaitu adik perempuan Permaisuri Maha Maya yang bernama Permaisuri Prajapati Gotami. Permaisuri Prajapati juga melahirkan anak lelaki bernama Ananda pada hari kemangkatan Permaisuri Maha Maya. Tetapi Permaisuri Prajapati memelihara dan menyanyangi Boddhisatta seperti anaknya sendiri. Pada hari kelahiran Bodhisatta, seorang tua yang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala) diberitahu oleh dewa di syurga bahawa seorang Bodhisatta telah dilahirkan di sebuah taman di perkampungan suku kaum Sakyas dan Bodhisatta itu akan menjadi Manusia Agung. Sesudah itu Asita pun pergi ke istana pada keesokan harinya untuk melihat putera Raja Suddhodana yang baru lahir itu. Di istana, raja menyembahkan puteranya kepada Asita untuk menilik masa depan putera raja. Semasa raja membawa dekat putera baginda kepada Asita, kaki putera raja tersentuh kepala Asita. Asita terkejut. Asita tidak membuang masa, lalu memegang kaki putera raja dan meletakkannya duduk. Sekejap kemudian Asita gembira dan tersenyum seorang diri, dan tiba-tiba menangis. Apabila raja melihat kelakuan Asita, lalu bertanya, "Mengapa kau menangis? Adakah putera beta mempunyai masa depan yang tidak baik?" "Tidak tuanku. Tanda-tanda yang ada di badan putera tuanku menunjukkan kemuliaannya. Terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil di badan putera tuanku, yang mana mengatakan bahawa putera tuanku adalah seorang Manusia Yang Agung dan Guru Agung kepada manusia dan Dewa-dewa," kata Asita. "Kalau begitu mengapa Asita menangis tadi?" tanya raja. "Oh, hamba menangis kerana teringat akan usia tua hamba tidak sempat bagi hamba untuk mendengar Khutbahan Buddha pada suatu hari nanti," jawab Asita. Selepas berkata-kata, Asita melutut dan memberi perhormatan kepada putera raja. Setelah melihat Asita membuat demikian, raja pun ikut membuat begitu juga. Asita juga mengatakan bahawa ada dua kemungkinan yang akan berlaku kepada putera raja apabila baginda besar nanti. Yang pertama, seandainya putera raja kekal hidup di istana dan menjadi raja, dia akan menjadi Raja Dunia (raja kepada Raja-Raja). Kedua, sekiranya putera raja memilih meninggalkan hidup sebagai seorang anak raja, dia akan menjadi seorang Guru Agung atau Buddha. Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Raja menjemput 108 orang Brahmin(ahli ulamak) ke istana. Lapan orang daripada mereka adalah paling bijak(arif). Mereka terdiri daripada Rama, Dhajja, Lakhana, Mauti, Bhoja, Suyama, Sudatta dan Kondanna. Di antara mereka berlapan ini Kondannalah yang paling muda dan paling bijak. Kesemua mereka kecuali Kondanna, mengatakan putera berkemungkinan besar sama ada menjadi Raja kepada Raja-Raja di Dunia besar nanti jika dia terus kekal tinggal di istana dan hidup sebagai seorang raja, atau putera raja juga mungkin akan menjadi seorang guru yang maha agung jika memilih meninggalkan kemewahan hidup dan memilih menjalani hidup sebagai seorang pertapa, dan dia akan mencapai Pencerahan dan menjadi Buddha. Tetapi pendapat Kondanna pula ialah putera raja akan menjadi Guru Agung atau Buddha, tidak lain daripada itu. Kondanna juga mengatakan bahawa putera raja akan meninggalkan istana sesudah melihat empat perkara iaitu orang tua, orang sakit, orang mati dan sami. Mulai hari itu raja memastikan empat perkara yang disebut Kondanna tidak dilihat oleh puteranya di istana. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja. Mereka bersepakat menamakan putera raja sebagai SIDDHARTHA GAUTAMA, yang membawa maksud Cita-Cita Terkabul. Putera Siddhartha belajar di bawah didikan seorang guru yang bijak dan berkebolehan, Sirva Mitra. Kepandaian Siddhartha dalam pelajarannya sangat mengagumkan semua orang termasuk guru, raja dan permaisuri. Penerimaan pelajarannya sangat cepat dan baik. Beliau tidak menghadapi apa-apa kesulitan untuk mempelajari apa saja yang diajar. Kepandaian dan kecergasannya dalam bidang pelajaran tidak dapat ditandingi sehingga guru Sarva Mitra sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa kelebihan lagi untuk mengajar Siddhartha. Siddhartha juga disenangi oleh semua orang kerana perwatakan dan perangai yang mulia dan disayangi orang. Walaupun baginda seorang putera raja dan bakal menaiki takhta kerajaan, baginda tidak sombong sebaliknya dia sangat menghormati gurunya dan rakan-rakan sebayanya, bersopan-santun, ramah, berbudi pekerti, penyayang dan lemah-lembut kepada semua makhluk. Seperti anak-anak bangsawan yang lain, Siddhartha juga diberi didikan dalam bidang sukan, bermain senjata, mengendalikan kereta peperangan dan melatihnya sebagai Kesatrian Perkasa. Siddhartha mempunyai kebolehan yang tidak ada tolak bandingannya dalam bidang menunggang kuda, gajah, bergusti, bermain pedang, panah, lembing, tombak dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Siddhartha yang bersifat penyayang kepada semua makhluk tidak berapa suka akan permainan kasar dan memainkan senjata kerana baginda menganggapkan permainan-permainan itu boleh mencederakan orang lain dan menyebabkan penderitaan. Sifat penyayang Siddhartha dapat dilihat semasa baginda mengalami pengalaman di Upacara/Perayaan Membajak Tanah yang dirayakan oleh segenap penduduk di India sebagai menunjukkan tanda terima kasih mereka kepada tanah dan bahawa mengerjakan tanah tidak merupakan satu kerja yang keji. Semasa perayaan itu diadakan, Siddhartha melihat bagaimana susahnya petani-petani membajak tanah di tengah padang dengan matahari memancar panas terik. Baginda juga melihat bagaimana seekor katak memakan semut, bagaimana katak dimakan oleh ular dan bagaimana ular dimakan oleh burung, bagaimana burung besar mengejar burung kecil dan sebagainya. Di samping itu semasa petani membalikkan/membongkarkan tanah, tergali katak dan ular. Mereka mengambil katak untuk dijadikan makanan tetapi ular dicederakan dan dibuang. Perbuatan-perbuatan itu dianggapkan penganiayaan kepada makhluk. Siddhartha berasa sedih melihat manusia menganiayakan binatang dan binatang membunuh sesama sendiri. Oleh sebab apa yang dilihat di upacara membajak tidak meyenangkannya, Siddhartha meninggalkan tempat itu dan pergi ke pokok epal dan duduk berteduh di bawah pokok itu. Semasa berteduh di bawah pokok itu dia bersamadhi/bertafakur untuk meyenangkan fikirannya. Setelah tengah hari matahari sudah beralih dan bayang-bayang pokok turut beralih, tetapi bayang pokok di mana Siddhartha duduk berteduh tidak beralih, dia terus bersamadhi sehinggalah raja mendapatkannya. Raja melihat keadaan pokok dan tempat Siddhartha bersamadhi agak berbeza daripada yang lain. Peristiwa ini menghairankan, lalu raja pun melutut dan memberi hormat kepada puteranya untuk kali kedua. Bab 5: Perkahwinan Putera Siddhartha Putera Siddhartha sudah besar dan menjadi seorang remaja berumur 16 tahun. Putera yang sudah besar membimbangkan raja. Raja teringat akan kata-kata Brahmin-brahmin semasa upacara penamaan diadakan bahawa ada kemungkinan besar puteranya menjadi Buddha dan meninggalkan istana dan tidak ada orang menggantikan baginda menduduki takhta kerajaan negeri Sakyas. Raja menanyakan masalah ini kepada menteri-menteri baginda apa yang patut dilakukan supaya putera baginda terhindar daripada memilih untuk meninggalkan istana. Cadangan mereka ialah mengahwinkan putera baginda dengan segera dan menjaminkan raja mempunyai waris mengwarisi takhta kerajaannya. Raja bersetuju tetapi tidak berani menyatakan hasrat ini kepada putera baginda, lalu mengarahkan menteri baginda menyampaikan kepada putera baginda. Siddhartha bersetuju untuk berkahwin. Mereka pun berbincang dan memutuskan kriteria-kriteria yang perlu ada pada bakal isteri putera Siddhartha. Di antara kriteria yang ditetapkan ialah gadis itu mesti dari keluarga yang mulia, keluarga Kesastrian, keluarga Brahmin dan berhemah tinggi. Setelah dipersetujui oleh raja, mereka pun mengadakan satu majlis keraian di istana dan gadis-gadis cantik dipanggil ke istana. Putera raja melihat semua gadis cantik itu dan akhirnya memilih puteri Yasodhara iaitu puteri kepada Suppabuddha yang dari keturunan Sakyas dan dari keluarga Kesastrian. Pemilihan putera Siddhartha untuk memperisterikan Puteri Yasodhara disampaikan kepada Suppabuddha. Pada mulanya Suppabuddha tidak senang hati kerana sudah menjadi tradisi mereka setiap putera yang ingin berkahwin mestilah menunjukkan keperkasaan mereka. Lagipun Suppabuddha tidak mengahwinkan puterinya kepada pumuda yang lemah, tidak pandai bermain senjata, tidak tahu menguruskan peperangan dan tidak tangkas dalam permainan kasar dan tidak ada kesastrian. Suppabuddha menganggapkan putera Siddhartha tidak sesuai kerana baginda sentiasa terperap dalam istana sahaja dan tidak perkasa. Suppabuddha pun mengadakan satu syarat sesiapa yang ingin mengahwini puterinya, perlu membuktikan keperkasaannya dan beradu kekuatan. Walaupun putera Siddhartha tidak suka akan permainan kasar dan main senjata, kerana terlalu ingin mengahwini puteri Yasodhara, baginda setuju mengambil bahagian dalam peraduan kekuatan dan membuktikan keperkasaan baginda. Beberapa peraduan kekuatan diadakan seperti gusti, menunggang kuda liar, memanah, main pedang, lembing, tandingan kecepatan menunggang kuda dan lain-lain lagi permainan yang ditetapkan. Bersama-sama Siddhartha, Devadatta dan Ananda turut mengambil bahagian. Pada akhirnya Siddhartha keluar sebagai juara dan hadiahnya ialah baginda dapat mengahwini puteri Yasodhara. Raja pun bersiap untuk mengadakan majlis perkahwinan puteranya di istana. Selepas berkahwin Siddhartha hidup bahagia dengan isteri baginda. Raja cuba sedaya yang boleh memgembirakan dan membahagiakan mereka, terutama puteranya supaya putera baginda lupakan masalah hidup dan penderitaan hidup yang dihadapi. Putera raja dalam kemewahan dan lupa seketika akan penderitaan hidup. Mereka hidup bahagia selama 13 tahun. Raja hanya memikirkan kebahagiaan hidup puteranya sahaja, dengan itu Baginda berusaha membuat apa sahaja untuk mencapai matlamat itu. Baginda telah membina tiga buah istana untuk putera baginda. Sebuah istana untuk musim panas, sebuah untuk musim sejuk dan sebuah lagi untuk musim hujan. Setiap malam dan siangnya putera raja dipayungkan dengan payung putih supaya debu, cahaya matahari, hujan, air embun dan lain-lain tidak terkena pada putera baginda. Tiga buah kolam juga dibina di kawasan istana di mana kolam-kolam itu dipenuhi dengan bunga-bunga teratai. Satu kolam dipenuhi dengan bunga teratai putih, satu kolam untuk bunga teratai biru dan satu kolam lagi untuk bunga teratai merah Putera raja sentiasa diawasi dan dijaga rapi oleh pelayan-pelayan muda dan cantik. Putera juga dihiburi oleh penyanyi, penari dan pemain muzik yang handal dan cantik. Raja memastikan tidak ada orang tua, orang sakit, orang mati dan sami berada di kawasan istana. Sesungguhpun Siddhartha hidup dalam kemewahan, jauh di sudut hati kecilnya, dia terasa dan memikirkan hukum alam. Siddhartha sentiasa memikirkan masalah manusia, hidup manusia, penderitaan manusia, kejahilan manusia yang menyebabkan penderitaan dan memikirkan bagaimana hukum alam dapat diatasi. Siddhartha juga memikirkan alangkah baiknya seandainya dia boleh mencapai Pencerahan dan dia akan cuba menyatukan makhluk dan menunjukkan jalan kepada mereka menuju ke arah kesempurnaan dan kemuliaan dalam hidup. Siddhartha berfikir dia akan mengeluarkan manusia daripada kejahilan, memandu mereka ke arah kebebasan, kebahagiaan dan mencapai kebijaksanaan. Fikiran-fikiran di atas menghantuinya dan ditambah pula dengan mimpinya. Pada suatu malam Siddhartha bermimpi bertemu dengan Dewa Hrideva. Apa yang dikatakan oleh Hrideva ialah, "Sudah sampai masanya kini, untuk tuan yang ditetapkan untuk memaklumkan kepada dunia akan kewujudan tuan. Orang yang tidak bebas, tidak akan dapat membebaskan orang lain seperti orang buta, tidak dapat menunjukkan jalan kepada orang lain. Sesiapa saja yang mempunyai mata dapat menunjukkan jalan kepada yang tidak tahu. Sesiapa yang ingin membebaskan orang lain mestilah meninggalkan ikatan keduniaan seperti meninggalkan rumah, keluarga, anak-isteri, harta kekayaan dan hawa nafsu dan mengikuti hidup seperti seorang alim sebagai seorang sami yang sentiasa berpindah-randah." Peristiwa ini memang mengganggu fikiran Siddhartha dan keadaan muram durja diketahui oleh raja. Pada akhirnya Siddhartha meminta kebenaran untuk mententeramkan fikiran di Taman Lumbini. Raja mengizinkan pemergian puteranya dengan diiringi dan diawasi rapi. Keinginan mengetahui dunia di luar istana mendorong putera Siddhartha meminta izin untuk ke bandar Kapilavathu dan pergi ke Taman Lumbini. Siddhartha ingin tahu bagaimana orang di luar istana hidup. Raja tidak dapat menolak permintaan puteranya itu. Raja perintahkan semua orang membersih dan menghiaskan jalan dan membersih dan mengecat serta menghiaskan rumah-rumah mereka. Jalan-jalan raya dihiasi oleh bendera dan bunga-bungaan. Putera Siddhartha pergi dengan pengawal-pengawal, dia disambut oleh rakyat yang berbaris di tepi jalan dengan senyuman dan lambaian. Keindahan bandar dan sambutan orang ramai sangat menyenangkan putera Siddhartha. Tiba-tiba Putera Siddhartha terlihat seorang tua berjalan terhegeh-hegeh dengan menggunakan tongkat. Badannya bongkok, lemah dan tidak bermaya. Kulit mukanya berkedut seperti kulit kayu, rambutnya putih, tiada gigi dan matanya samar-samar seperti buta. Putera Siddhartha terkejut dan hairan, selama hidupnya tidak pernah lagi melihat orang seperti orang tua itu. "Channa, siapa orang itu? Mengapa dia begitu? Adakah dia dilahirkan begitu?" tanya putera raja kepada Channa. "Tuanku, dia tu adalah orang tua, dia tidak dilahirkan begitu, semasa muda dia gagah dan tampan seperti kita juga, sekarang dia dimakan usia kerana sudah lama dia hidup. Semua orang akan menjadi tua seperti dia. Kita tidak boleh mengelakkan daripada berlaku ketuaan," jawab Channa. "Jangan pedulikan orang itu, mari kita pergi sahaja dari sini." "Channa, ini bermaksud beta, isteri beta, bonda dan ayahanda beta juga akan menjadi seperti orang itu, pada suatu hari nanti?" tanya putera lagi. "Ya tuanku." "Kalau begitu, beta yang kaya, berkuasa dan muda ini akan menjadi begitu juga?" "Ya tuanku," jawab Channa. Melalui peristiwa itu, Putera Siddhartha menyedari bahawa keindahan dan kebahagiaan hidup hari ini tidak akan kekal, baginda akan kehilangan semua yang ada padanya nanti. Kesenangan dan kegembiraan akan hilang dengan sia-sia, sebab tiada jalan untuk menghindari usia lanjut, dan tidak ada yang terkecuali, semua akan menghadapinya. Putera raja menjadi sedih dan pulang ke istana tanpa pergi ke Taman Lumbini. Pada malamnya putera raja tidak dapat tidur, asyik memikirkan peristiwa yang dilihatnya dan memikir bagaimana hendak menghindari daripada berlakunya proses ketuaan. Mengapa tidak ada orang yang dapat mencari jalan untuk mengelakkannya daripada berlaku? Keadaan putera yang muram diketahui oleh raja dan raja cuba menghiburkan puteranya dengan mengadakan jamuan dan tarian di istana. Itu pun tidak berkesan, malah merunsingkan lagi raja apabila puteranya meminta izin untuk ke bandar lagi. Kali ini putera baginda ingin pergi tanpa pengawal tetapi hanya dengan pemandunya sahaja, Channa. Raja tidak dapat membuat apa-apa melainkan mengizinkan kehendak putera baginda. Kali kedua, putera raja berangkat dengan menyamarkan diri seperti seorang anak bangsawan dan keluar dari istana melalui pintu selatan istana menuju ke Taman Lumbini. Kali ini orang ramai tidak tahu akan lawatan putera raja di bandar. Mereka membuat kerja masing-masing, mereka kelihatan sibuk dan gembira melakukan kerja mereka itu. Putera raja hairan, keadaan bandar ini lain daripada sebelumnya. Tiba-tiba putera raja ternampak seorang lelaki terbaring di tepi jalan dalam keadaan yang kotor dan kesakitan. Lalu baginda mendekati orang itu. Putera raja mendapati orang itu tidak bermaya lagi, tetapi masih bernafas. Putera yang penyayang orangnya meletakkan kepala orang itu ke pahanya dan menanyakan Channa, "Mengapa dengan orang ini?" "Tuanku, dia sakit. Tuanku, jangan sentuh dia, berbahaya. Dia menghidapi penyakit demam panas. Darahnya beracun. Tuanku, boleh menghidapnya kalau tuanku menyentuhnya!" kata Channa. Putera raja menanya orang itu, "Mengapa awak begini?" Orang itu tidak terjawab. "Channa, mengapa dia tidak berkata-kata?" "Oh, tuanku, dia terlalu sakit, tidak ada tenaga untuk bercakap," kata Channa. "Channa, adakah orang lain juga menghidapi penyakit ini? Adakah penyakit lain selain daripada ini? Tidak ada orang yang mengubatinya atau menghalangnya daripada berlaku? Adakah sesiapa boleh menghidapnya?" tanya putera lagi. "Tuanku, samua boleh kena sakit. Tidak ada orang yang boleh menghalangnya. Ia boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Banyak lagi penyakit lain boleh berlaku," jawab Channa. "Kalau begitu, hidup ini sungguh menakutkan dan menderita." Putera rasa sedih dan membatalkan niatnya untuk ke Taman Lumbini. Putera itu pulang ke istana, dengan muram durja dan memikir cara-cara hendak mengelakkan berlakunya kesakitan dan penderitaan. Putera raja tidak puas hati, dia meminta izin daripada raja untuk pergi ke bandar itu sekali lagi. Kali ini dia pergi melalui pintu barat istana. Putera raja pergi dengan Channa, dan berpakaian biasa sahaja kerana tidak mahu dikenali. Kali ketiga, putera raja melihat orang mati. Apabila sampai di sebuah lorong, putera melihat empat orang sedang mengusung seorang yang terbaring kaku. Di belakang mereka terdapat beberapa orang lagi mengikuti dan menangis. Mereka menuju ke satu tempat yang tidak jauh dari situ di mana adanya satu timbunan kayu. Kemudian ada orang menyalakan api setelah usungan itu diletakkan di timbunan kayu itu. "Channa, mengapa dengan orang itu? Mengapa dia tidur dan membiarkan orang lain membakarnya? Mengapa orang lain menangis pula?" Channa berkata, "Tuanku, orang itu sudah mati, tidak tahu apa-apa lagi. Orang lain sedih dengan kehilangannya." "Tidak adakah orang yang menghalang kita daripada mati? Adakah beta juga akan mati?" "Ya, tuanku, semua orang akan mati, tidak ada orang yang boleh menghalangnya daripada berlaku," jawab Channa. Setelah mendengar penjelasan Channa, putera raja sangat terkejut dan tidak berkata apa-apa lagi. Putera menganggapkan kematian satu peristiwa yang mengerikan dan dia berazam akan cuba mencari jalan mengatasinya. Sepulangannya dari bandar, putera mengurungkan diri dalam bilik dan memikir bagaimana cara hendak menghalang kematian daripada berlaku. Pada kali keempat, putera raja keluar ke bandar melalui pintu utara istana. Kali ini putera melihat seorang yang berpakaian jubah oren sedang berjalan dengan melihat ke bawah, dalam keadaan tenang dan gembira, sambil membawa sebuah mangkuk. "Channa, siapa orang itu? Di mana dia tinggal? Apa kerjanya? Mengapa dia kelihatan tenteram dan bahagia?" "Oh, itu adalah sami, tuanku. Dia tidak bekerja. Dia tinggal di kuil. Dia menjalankan kerja-kerja amal, menziarahi dari rumah ke rumah untuk memberitahu orang lain cara-cara membuat baik dan hidup bahagia di samping meminta sedekah nasi/makanan. Dia meninggalkan rumah, tanggungjawab rumahtangga dan hidup mewah serta kebendaan untuk menumpukan perhatian kepada tanggungjawab ugama," jelas Channa. "Sungguh bahagia dia. Bebas daripada penderitaan hidup. Beta tidak mahu jadi tua, sakit dan mati, beta hendak jadi sami seperti dia." Putera raja berkata sendiri semasa dia duduk di bawah pokok di taman itu. Kali ini putera raja tidak sedih lagi malah dia sangat suka hati dan berpuas hati melihat sami. Semasa putera raja beristirehat di bawah pokok di taman, ada orang datang menyampaikan berita bahawa isterinya Yasodhara sudah melahirkan seorang anak lelaki. Setelah mendengar kata-kata orang itu, dengan serta-merta baginda melafazkan, "Rahula sudah tiba" atau Belenggu sudah mengikatku. Dari itu puteranya diberi nama RAHULA. Putera raja pulang ke istana pada petang hari dan melalui dekat bilik puteri Kisa Gotami yang jelita. Setibanya putera dekat bilik puteri itu, puteri itu berkata, "Alangkah bahagianya isteri yang mempunyai suami yang tampan dan muda, alangkah bahagianya seorang ayah dan ibu yang mempunyai anak yang tampan dan baik." Kata-kata puteri didengari oleh Siddhartha dan memikirkan apa maksudnya. Selepas itu, Siddhartha berkata sendiri, "sekiranya nafsu, khayalan, pandangan yang salah, kesakitan, keghairahan dan keangkuhan dipadamkan, bertambah bahagia kita." Setelah melihat empat perkara iaitu orang tua, orang sakit, orang mati dan seorang sami/pertapa, Siddhartha muram dan berfikir untuk mencari jalan untuk menghalang berlakunya penderitaan yang disebabkan oleh usia tua, penyakit dan kematian. Walaupun Siddhartha telah dikurniakan seorang putera, dia tidak kelihatan suka hati. Keadaan ini membimbangkan raja. Raja berasa sudah tiba masa puteranya itu akan tinggalkan istana dan keluarga untuk mencari kebenaran. Untuk itu raja berikhtiar buat kali terakhir untuk menyekat pemergian puteranya dengan membangkit semula keghairahan dan kegembiraan puteranya dengan menjemput penari-penari yang handal dan cantik serta penyanyi yang cantik dan pandai ke istana serta mengadakan majlis makan malam yang dihidangkan makanan yang sedap-sedap. Raja perintahkan penari-penari menyembahkan tarian-tarian yang menarik dan penyanyi menyanyikan lagu-lagu yang indah dan merdu. Persembahan yang baik dan menarik tidak dapat menarik penumpuan putera Siddhartha kerana dia sedang memikirkan bagaimana cara hendak mengatasi usia tua, kematian dan sakit. Keletihan Siddhartha membawa kepada terlenanya di majlis itu. Setelah melihat putera raja sudah tidur, penari dan penyanyi juga turut berhenti dan tidur. Pada tengah malam putera raja terjaga dan melihat keadaan di sekelilingnya di mana gadis-gadis tidur di lantai dalam keadaan yang memalukan. Putera raja dengan perlahan-lahan menbangunkan pemandunya, Channa. Siddhartha mengarahkan Channa pergi siapkan kuda putih kesayangannya, Kanthaka. Sementara itu, Siddhartha pergi ke kamar isterinya untuk melihat isteri dan puteranya buat kali terakhir. Sampai di kamar isterinya didapati kedua-dua mereka tidur dan badan isterinya melindungi muka anaknya. Siddhartha tidak dapat melihat paras muka anaknya. Dia tidak berani mengalihkan tangan isterinya kerana takut isterinya akan terjaga dan menghalang permergiannya nanti. Siddhartha berazam akan pulang suatu hari nanti untuk melihat mereka berdua selepas dia berjaya memperolehi kebenaran. Dalam keheningan malam, putera Siddhartha pergi meninggalkan isteri, anak, keluarga, kemewahan dan istana dengan menunggang kudanya, Kanthaka, bersama Channa. Permergiannya tidak diketahui oleh sesiapapun, seluruh penghuni Kapilavathu nyenyak tidur dan tidak dengar kebisingan kuda tangkas berlari. Setelah jauh, Siddhartha berhenti sejenak untuk menoleh ke belakang melihat dan merenung keindahan istana buat kali terakhir. Setelah jauh berjalan, sebanyak tiga puluh enam batu dan tiga buah kerajaan telah dilalui, Siddhartha pun tiba di tebing Sungai ANOMA. Setelah turun dari kudanya, Siddhartha menanggalkan pakaian dan barang-barang perhiasan diri dan berikan kepada Channa. Siddhartha menggunakan pedangnya memotong rambutnya, menukar bajunya kepada jubah kuning dengan sebuah mangkuk untuk menjadi seorang sami/pertapa. Melihat keadaan tuannya, Channa juga ingin menjadi sami tetapi dilarang oleh Siddhartha. Sebaliknya Siddhartha menyuruh Channa membawa pulang pakaian dan barang-barang kemasnya dan berikan kepada Permaisuri Prajapati serta membawa kuda kesayangannya pulang ke istana. Channa tiada pilihan lain selain daripada mengikut perintah tuannya. Channa meninggalkan dengan sedih dan hati yang berat. Sebelum itu Siddhartha juga menyuruh Channa menyampaikan pesanannya kepada ayahanda, bonda, isteri dan anaknya supaya jangan bimbang tentang dirinya, pemergiannya hanya untuk mencari kebenaran dan akan kembali setelah cita-citanya tercapai. Setelah Channa meninggalkannya untuk kembali ke istana, Siddhartha tinggal di kebun mangga dekat dengan Sungai Anoma selama tujuh hari. Kemudian Siddhartha memulakan perjalanannya ke selatan dan sampai di Rajagaha, ibu negeri Magadha yang diperintah oleh Raja Bimbisara. Pada paginya, Siddhartha mandi di sebuah sungai kecil yang dekat dengan kota itu, selepas itu memakai jubah dan membawa sebiji mangkuk, Siddhartha menuju ke bandar untuk menerima sedekah(dana) makanan daripada penduduk di bandar. Di bandar ini Siddhartha tidak mempunyai rumah, tidak mempunyai rakan untuk berbual, barulah dia berasa kesunyian. Seperti pertapa-pertapa lain, Siddhartha digelar Gotama Pertapa atau Bijaksana. Tidak ada orang memanggilnya Putera Siddhartha lagi. Perwatakan Gotama Pertapa berbeza sedikit daripada pertapa-pertapa lain kerana rupa parasnya lebih tampan, muda, bersih, kemas dan berbudi pekerti yang tinggi. Dia sangat disukai ramai. Kehadirannya di bandar itu dan perwatakan yang mulia diketahui oleh Raja Bimbisara. Setelah mendengar nama Gotama, Raja Bimbisara teringatkan putera Raja Suddhodana, sahabat karibnya. Dengan tidak membuang masa Raja Bimbisara pergi mencari Gotama Pertapa. Setelah menemuinya Raja bertanya, "Mengapa anakanda menjadi begini? Adakah anakanda berkelahi dengan ayahanda atau bonda anakanda? Kalau begitu marilah ikut beta ke istana dan tinggal bersama beta." Dengan bersopan-santun Siddhartha menjawab, "Tuanku, patik tidak berkelahi dengan ayahanda beta, patik keluar dari istana dan jadi begini kerana patik ingin mencari kebenaran dan cara mengatasi penderitaan yang disebabkan oleh usia tua, sakit dan kematian. Beta sangat sayangkan keluarga patik. Tetapi patik tidak boleh tinggal setempat, maafkan patik." "Baiklah, sesudah anakanda mendapat kebenaran yang anakanda carikan, datang kembali ke sini menunjukkan kepada beta dan rakyat beta," tambah Raja Bimbisara lagi. Setelah berkata-kata, Gotama Pertapa berundur dari situ dan meneruskan perjalanannya untuk mencari kebenaran. Siddhartha meninggalkan Rajagaha menuju ke tempat pertapaan seorang guru yang bijaksana di Vesali. Guru tersebut ialah Alara Kalama. Alara Kalama terkenal sebagai ahli falsafah dan mempunyai ramai penuntut. Siddhartha pergi kepadanya dan berguru dengannya. Siddhartha merupakan murid Alara yang terpandai dan sangat rajin. Siddhartha cepat menerima ajaran yang disampaikan dan sangat disukai oleh Alara dan Alara berasa bangga kerana kepandaiannya. Segala pengetahuan dan ilmu yang ada pada Alara diperturunkan kepada Siddhartha sehinggakan antara Alara dan Siddhartha tidak ada apa-apa perbezaan dari darjah pengetahuan lagi. Alara kemudiannya meminta Siddhartha mengambil alih tempatnya dan mengajar murid-muridnya. Tetapi Siddhartha menolak permintaan Alara itu. Pada akhirnya, Siddhartha mahukan Alara mengajarnya bagaimana cara hendak menyelesaikan penderitaan yang dihadapi oleh manusia yang disebabkan oleh tiga perkara iaitu, usia tua, sakit dan mati. Alara Kalama tidak mampu mengajarnya kerana Alara sendiri tidak tahu. Siddhartha berkata sendiri, ilmu yang hamba pelajari daripada Alara tidak boleh membebaskan manusia daripada penderitaan sepenuhnya kalau dipraktikkan. Kemudian Siddhartha berundur dari situ dan meneruskan pengembaraannya. Siddhartha juga mendengar khabar bahawa terdapat seorang lagi guru yang bijaksana dan terkenal. Siddhartha menuju ke pondok pertapaan Uddaka Ramaputta. Siddhartha merendahkan diri dan meminta Uddaka menerimanya sebagai seorang anak muridnya. Sekali lagi Siddhartha menuntut dengan guru Uddaka. Kerajinan dan kepandaian Siddhartha menyenangkan Uddaka dan taraf pengetahuan ilmu antara Uddaka dan Siddhartha tidak ada perbezaan. Sekali lagi Siddhartha diminta mengajar murid-murid gurunya. Siddhartha tidak dapat berbuat demikian kerana cita-citanya belum tercapai yakni Siddhartha masih tidak dapat tahu cara menyelesaikan penderitaan yang dihadapi oleh manusia. Jawapannya tidak ada pada Uddaka. Siddhartha menganggapkan ajaran daripada Uddaka tidak dapat membolehkan seseorang mencapai Nibbana. Sekali lagi Siddhartha berundur dari situ dan terus berjalan untuk mencari kebenaran. Setelah menuntut dengan 2 orang guru yang terkenal, jalan kebenaran belum juga diperolehi, Siddhartha berfikir mungkin melalui usaha sendiri dia akan memperolehinya. Mulai hari itu, Siddhartha bertekad untuk berusaha sendiri sehingga dia mencapai apa yang dicari-carinya. Siddhartha meneruskan pengembaraannya dan pertapaannya. Siddhartha meninggalkan Uddaka Ramaputta dengan satu tekad, iaitu berusaha sendiri sehingga mencapai Pencerahan Sempurna(Enlightenment). Pemergian Siddhartha dari Vesali diikuti oleh lima orang pertapa yang lain, mereka terdiri daripada Kondanna, Bhaddiya, Vappa, Mahanama dan Assaji. Pada masa itu orang ramai menganggapkan penyeksaan diri adalah satu cara yang paling berkesan untuk menyucikan diri dan mencapai kebebasan daripada penderitaan hidup. Siddhartha juga mengambil keputusan untuk menyeksa dirinya sendiri. Siddhartha menyeksa diri dengan mengurangkan makan, kemudian berpuasa. Makan sekali sehari buat beberapa bulan dan dua atau tiga hari makan sekali. Makanannya terdiri daripada pucuk-pucuk kayu, air buah-buahan dan akar-akar kayu hutan sahaja. Akibat daripada penyeksaan diri dengan mengurangkan makan, badan Siddhartha kurus kering, kulitnya seperti kulit pokok, rambutnya mulai gugur, matanya cengkung dan seluruh badannya menjadi lemah. Tetapi Siddhartha tidak berpuas hati dan dia percaya bahawa penyeksaan diri dengan bersungguh-sungguh akan membolehkannya mencapai Pencerahan Sempurna. Siddhartha terus menyeksa diri dengan pelbagai cara di antaranya, Siddhartha berjemur di tengah panas terik sehingga kulitnya yang putih menjadi gelap, merendamkan diri dalam kolam air batu pada tengah malam hari dan pergi ke tempat sunyi seperti hutan dan tanah perkuburan bertafakur berhari-hari. Penyeksaan diri yang terus-menerus melemahkan badannya dan dia tidak bermaya lagi. Tetapi Siddhartha masih tidak menemui apa yang dicarinya. Pada suatu hari Siddhartha pergi ke hutan kecil dekat dengan kampung Senani untuk bertafakur(meditation). Oleh sebab badan yang lemah, dia tidak dapat mengawalkan diri semasa bertafakur, lalu dia jatuh pengsan. Kebetulan ada seorang budak gembala kambing melihat kejadian itu lalu memberi Siddhartha minum susu kambing. Dari saat itu, Siddhartha mendapat balik sedikit kekuatan untuk berjalan. Melalui peristiwa ini, Siddhartha menyedari bahawa melalui penyeksaan diri tidak memungkinkan seseorang mencapai Pencerahan. Siddhartha berfikir lagi dan mengambil keputusan akan terus mencari kebenaran melalui kekuatan daya fikirannya. Semenjak hari itu, Siddhartha mula makan seperti biasa dan mendapat makanan dengan meminta sedekah makanan setiap pagi. Kesihatannya pulih kembali dan dia kelihatan gagah. Rakan-rakan lain melihat Siddhartha tidak lagi menyeksa diri, mereka memandang rendah kepadanya dan meninggalkannya. Mereka pergi ke Benares di Isipatana. Siddhartha meneruskan perjalanannya dan pertapaannya dengan lebih banyak bertafakur. Pada suatu hari Siddhartha bertafakur di bawah sepohon dan datang seorang gadis mempersembahkan semangkuk nasi yang dimasak dengan susu lembu yang terbaik. Makanan yang diberi oleh gadis yang bernama Sujata sungguh lazat kerana setelah memakannya Siddhartha merasakan kekuatan mental dan fizikalnya pulih kembali seperti sedia-kala. Semasa Sujata mempersembahkan nasi kepada Siddhartha, dia berkata, "Aku mendoakan semoga tuan hamba mencapai kejayaan dengan apa yang dicita-citakan seperti hamba." Sebenarnya, Sujata menyangkakan Siddhartha itu adalah penunggu pokok Banyam yang telah menyempurnakan hajatnya yang inginkan seorang anak lelaki. Persembahan nasi yang dimasak dengan susu itu khas untuk penunggu pokok Banyam yang dipercayainya dan orang ramai setempat pada masa itu, kerana membayar nazar selepas memporolehi anak lelaki. Selepas makan nasi-susu Sujata, Siddhartha berjalan menuju ke arah Sungai Neranjara pada sebelah petang hari. Semasa berada di Gaya, Bodhisatta(bakal menjadi Buddha) mandi di Sungai Neranjara. Selepas itu Bodhisatta duduk di bawah pohon Sala dan bertafakur, cuba memusatkan fikirannya dengan harapan dapat mencapai Pencerahan Sempurna. Pada senjanya lalulah seorang penjaja rumput(Sotthiya) lalu memberiNya seikat rumput untuk dijadikan alas tempat duduk. Pada petangnya Bodhisatta berpindah tempat ke bawah pohon Bodhi. Di sini Bodhisatta bertafakur dan menghadap ke Timur. Bodhisatta duduk dan bertekad, "Meskipun badanku, kulitku, tulangku, otot-ototku binasa dan darahku kering, aku tidak akan meninggalkan tempat dudukku selagi aku tidak mencapai kebebasan mutlak - Pencerahan Sempurna, untuk diriku, dan untuk semua orang." Bodhisatta menumpukan/memusatkan fikiranNya kepada perjalanan pernafasanNya. Pada awal malam, pelbagai bayangan mengganggu dan menggodaNya untuk kembali terikat kepada hidup mewah di istana. Perasaan ingin memiliki barang-barang berharga, mahu makan makanan yang sedap, mahu kemewahan, mahu dipuji, bangga diri dan merendahkan orang dan lain-lain lagi merupakan bayangan-bayangan yang menggangguNya. Tetapi Bodhisatta meneruskan tekadNya dan terus bertafakur. Pada tengah malamnya, Bodhisatta berjaya mengusir segala bayangan yang menggodaNya dan berjaya melihat masa lampauNya(past live). FikiranNya menjadi semakin tenang dan damai bagaikan air kolam tidak beriak. Bodhisatta sudah sampai ke tahap bertafakur yang mendalam. Menjelang subuh pada hari bulan purnama, Vesak, di mana genapnya usia Bodhisatta 35 tahun, Bodhisatta berkemampuan mengetahui mengenai hubungan kematian dan kewujudan semula(rebirth) benda-benda yang bernyawa. Penumpuan fikiran seterusnya membolehkan Bodhisatta melihat sebab-sebab atau punca-punca penderitaan yang disebabkan oleh usia tua, sakit dan mati. Penderitaan juga kerana hukum-karma sebab akibat. Mengetahui cara-cara mengatasi penderitaan iaitu keluarkan diri daripada kejahilan diri, Bodhisatta juga berupaya membersihkan diri, mengecapi kebahagian mutlak, memperolehi kebebasan dan kedamaian dalam diriNya sendiri. Kini Bodhisatta sudah mencapai kebebasan mutlak dan Pencerahan Sempurna. Bodhisatta menjadi Buddha pada hari Vesak.
Buddhas Verses (A Poem Of Joy = Udana Gatha):
Bab 12: Tujuh Minggu Selepas Pencerahan Minggu 1: Bersamadhi Di Bawah Pohon Bodhi Sepanjang minggu pertama, Buddha duduk di bawah pohon Bodhi menikmati kebahagiaan kebebasan (Bliss of Freedom). Fikiran Buddha bebas daripada kejahatan; tamak haloba, pandangan salah dan kemarahan. Buddha melakukan pemusatan fikiran (samadhi/tafakur) ke atas Pusingan Kewujudan (Samsara/Wheel Of Life). Minggu 2: Merenung Pokok Bodhi Buddha berdiri beberapa kaki jarak dari pohon Bodhi dan merenung pohon Bodhi tanpa mengalihkan pandanganNya ke arah lain selama satu minggu. Buddha melakukan begitu menunjukkan rasa terhutang budiNya kepada pohon Bodhi yang telah menyediakan tempat perlindungan (meneduhNya) kepada Buddha sepanjang perjuanganNya memperolehi Pencerahan. Dari peristiwa ini terbitnya ajaran pertama yang ditunjukkan kepada kita oleh Buddha iaitu kita mesti mempunyai perasaan terhutang budi/berterima kasih kepada sesiapa yang pernah menolong kita atau berbaik kepada kita. Sehingga hari ini, penganut-penganut Agama Buddha memberi penghormatan kepada pohon Bodhi sebagai menghargai Kebuddhaan (Buddhahood). Minggu 3: Jambatan Emas (Ratana Camkamana) Melalui kekuatan mentalNya, Buddha membina satu Jambatan Emas di udara dan berjalan berulang-alik di atasnya sepanjang minggu sambil bertafakur. Ini adalah semata-mata untuk membuktikan kepada dewa-dewa di syurga bahawa Nya sudah mencapai Pencerahan Sempurna kerana mereka tidak yakin dan masih ragu-ragu sama ada Buddha sudah mencapai Pencerahan atau tidak. Minggu 4: Bilik Permata (Ratna Ghara Shrine) Buddha terus bersamadhi/bertafakur sepanjang minggu keempat di dalam sebuah bilik yang dikelilingi permata. Buddha bersamadhi terhadap Ajaran Dhamma yang lebih tinggi iaitu Abbidhamma Pitaka. Buddha mencapai kemurnian fikiran dan jasad sehinggakan terpancarNya enam warna cahaya dari badanNya. Warna-warna itu setiap satu menggambarkan sifat-sifat mulia Buddha. Cahaya warna kuning kesucian, putih kemurnian, biru keyakinan, merah kebijaksanaan, oren tidak bernafsu dan campuran lima warna-gabungan sifat-sifat Buddha. Warna-warna kuning, putih, biru, merah, oren dan campuran lima warna adalah warna-warna yang ada pada Bendera Buddhis pada hari ini. Minggu 5: Pokok Ajapala Banyam Pada minggu kelima Buddha bersamadhi di bawah pohon Banyam. Semasa ini datang tiga orang anak perempuan Mara yang cuba menggodai Buddha dengan pelbagai reaksi. Mereka ialah Tanha, Arati dan Raga. Mereka cuba menarik perhatian Buddha dengan pelbagai godaan tetapi Buddha tetap tidak tergoda. Sebaliknya Buddha menambahkan pemusatan perhatianNya kepada samadhi. Mereka berundur dari situ setelah tidak berjaya. Satu ajaran kepada kita: seseorang yang mencapai Pencerahan mempunyai jiwa yang murni, tidak mudah dihasut dan digodai oleh hasutan kejahatan syaitan. Hujan turun dengan lebatnya sepanjang minggu keenam. Buddha bersamadhi di bawah pohon Mucalinda. Seekor ular senduk menjelma dan melilit badan Buddha sebanyak tujuh kali dan kepalanya meneduh Buddha, Buddha tidak basah dan dapat terus bertafakur tanpa gangguan. Selepas hujan berhenti ular itu menjelma menjadi seorang pemuda. Pemuda ini melutut dan memberi penghormatan kepada Buddha. Satu ajaran yang terdapat di sini ialah kita perlu membuat baik kepada semua jenis makhluk. Buddha bersabda: "Bahagia adalah untuk orang yang berpuas hati, Bahagia untuk orang yang mengetahui, mendengar dan melihat kebenaran, Bahagia untuk orang yang baik kepada semua makhluk. Bahagia kepada orang yang tidak berpautan (Anicca). Dan melepaskan/meninggalkan hawa nafsu deria. Bahagia untuk orang yang tidak keakuan (Anatta)." Buddha terus bertafakur di bawah pohon Rajayatana. Sepanjang tujuh minggu (49 hari) Buddha menjalankan samadhi setelah memperolehi Pencerahan Sempurna pada hari bulan purnama Vesak. Kali terakhir Buddha makan ialah sebelum Buddha mencapai Pencerahan iaitu memakan nasi-susu yang diberikan oleh Sujata di Uruvela. Pada hari kelima puluh selepas mencapai Pencerahan dan menjadi Buddha, Buddha dikunjungi oleh dua orang saudagar pedagang. Mereka ialah TAPASSU dan BHALLUKA dari Ukkulla (Orissa). Mereka mempersembahkan (memberi dana) nasi dan kek madu. Buddha berfikir: sekiranya seorang Tathagata tidak boleh menerima makanan dengan tangan, dengan apa Buddha seharusnya menerima makanan yang diberi oleh mereka itu? Sekejap kemudian diturunkan empat mangkuk yang dibuat oleh batu, Buddha menyatukan mangkuk-mangkuk itu. Kemudian Buddha menggunakan mangkuk itu untuk menerima pemberian dana mereka. Selepas makan, saudagar-saudagar itu mendapat perlindungan (sought refuge) dari Buddha dan Dhamma. Mereka melafazkan : Buddham Saranam Gacchami Dhammam Saranam Gacchami Mereka hanya mendapat perlindungan daripada Buddha dan Dhamma sahaja kerana pada masa itu belum ada lagi Sangha (kumpulan sami-sami). Mereka merupakan penganut agama Buddha yang pertama dalam dunia, yang mendapat perlindungan daripada dua permata Buddha dan Dhamma. Sebelum bertolak pulang, Tapussa dan Bhalluka memohon sesuatu daripada Buddha untuk dijadikan ingatan (azimat). Buddha dengan menggunakan tangan kananNya menyentuh kepalaNya dan memberi beberapa urat rambutNya (Hair Relics) kepada mereka berdua. Rambut azimat (Kesa Datu/Hair Relics) itu disemadikan (enshrined) dalam Shve Dagon Pagoda di Rangoon sampai hari ini. Bab 13: Pengkhutbahan Dhamma Oleh Buddha Selepas makan malam, Buddha merenung (contemplate) jauh akan Dhamma yang diperolehiNya melalui Pencerahan. Dhamma itu agak sukar difahami oleh kebanyakan orang kerana mereka tidak bebas daripada ikatan nafsu, fikiran yang suci, tamak haloba, kemarahan dan hasrat dengki. Seandainya Buddha menyebarkan DhammaNya tentu sekali mereka tidak faham, fikir Buddha. Ketika Buddha berfikir, jelmalah Tuhan tiga dunia - manusia, dewa dan Brahman yang dinamakan Brahma Sahampati memohon supaya Buddha mengajar/mengkhutbahkan Dhamma kepada orang ramai demi kebahagiaan orang ramai. Atas belas-kasihan (compassion) Buddha, Buddha mengambil keputusan untuk menyebarkan ajaranNya (Dhamma) kepada orang lain. Buddha menghadapi satu persoalan iaitu, kepada siapa seharusNya mengajar Dhamma itu? Kemudian Buddha teringat akan dua orang bekas guruNya iaitu Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta. Pada masa yang sama Buddha mendapat tahu yang mereka berdua sudah meninggal dunia. Buddha berfikir lagi, kemudian dia teringat kepada lima orang sami yang pernah bersamaNya bertapa dan menjalankan cara melampau di Uruvela dahulu. Tetapi mereka sekarang berada di Taman Rusa, Isipatana di Benares. Buddha pun mengatur langkah bertolak ke Benares. Dari jauh mereka berlima sudah nampak Buddha berjalan menuju ke arah mereka. Mereka terdiri daripada Kondanna, Bhaddiya, Vappa, Mahanama dan Assaji. Mereka berkata, "Lihat! Gotama datang. Kita jangan hirau dan hormatkannya. Dia telah berhenti daripada penyeksaan diri dan menjalani hidup senang dan tidak suci lagi. Jangan kita hormat dia, jangan bicara dengannya, jangan ambil jubah, mangkuk dan air untuknya. Tempat duduk sudah ada, kalau dia hendak duduk, dia boleh duduk di sini." Tetapi sesudah Buddha mendekati mereka, mereka dapat merasakan ada sesuatu yang berlainan terhadap Buddha. Dengan tidak disedari mereka lupa akan apa yang mereka katakan sekejap tadi. Dengan tidak melengahkan masa, mereka pun memberi penghormatan kepada Buddha. Ada yang mengambil mangkuk daripada Buddha, ada yang mengambil jubah dan ada yang mengambil air untuk Buddha. Sambil itu mereka menyediakan tempat duduk untuk Buddha. Mereka memanggil Buddha sebagai Avuso (sahabatku) Gotama. Buddha menasihati mereka jangan panggil seorang Tathagata sebagai sahabat. Buddha menjelaskan kepada mereka yang Nya sudah mencapai Pencerahan Sempurna dan menjadi seorang Buddha. KedatanganNya ke mari untuk mengajar mereka Dhamma. Buddha bersabda, "Wahai kalian Sami (Bhikku), hamba adalah Arahant, Tathagata dan Buddha, yang telah mencapai Pencerahan Sempurna dan kedatangan hamba adalah untuk mengajar kalian Dhamma yang hamba perolehi. Jila kalian mendengar dan mengikutinya, kalian akan menjadi Arahant dan mencapai Pencerahan." Mereka masih ragu-ragu tentang apa yang dikatakan oleh Buddha. Mereka berfikir, tidak mungkin seorang yang telah meninggalkan penyeksaan diri dan menjalani hidup yang senang dapat mencapai Pencerahan. Buddha bersabda lagi, "Wahai kalian sami, masihkah kalian ingat apa yang hamba katakan semasa hamba bersama dengan kalian? Pernahkah hamba menyakinkan kalian yang hamba sudah mencapai Pencerahan?" Setelah mendengar kata-kata Buddha ini, mereka yakin apa yang dikatakan oleh Buddha tadi adalah betul. Mereka pun bersedia mendengar khutbahan Buddha. Mereka menjadi penganut Buddha yang Ulung selepas mendengar Dhamma. Di Taman Rusa, Isipatana, Benares, Buddha bermula dengan khutbah pertamaNya (First Discourse/Sermon) yang bernama Dhammacakka Pavattana Sutta yang membawa maksud Roda Kebenaran (Wheel Of Truth). Buddha mengkhutbahkan DHAMMACAKKA PAVATTANA SUTTA pada hari bulan purnama bulan Julai (Asalha), di Taman Rusa, Isipatana, Benares kepada lima orang Bhikku. Buddha memulakan pengkhutbahanNya dengan menasihatkan mereka berlima supaya :
Dengan menghindari dua ekstrem ini, Tathagata menjumpai JALAN TENGAH yang memberi pandangan/kesedaran dan pengetahuan kepadaNya ke arah mencapai ketenangan, kebijaksanaan, Pencerahan dan Nibbana. Apa dia Jalan Tengah (Majjhina Patipada) yang ditemuiNya? Ia ialah JALAN LAPAN LAPIS MULIA (Noble Eight-Fold Path). Jalan Lapan Lapis Mulia menunjukkan jalan ke arah NIBBANA terdiri daripada:
Dalam itu Buddha juga mengemukakan EMPAT KEBENARAN MULIA (Four Noble Truth). Ianya terdiri daripada:
Sepanjang Pengkhutbahan Pertama Buddha, Kondanna yang paling cepat menyerap dan mengikuti ajaran Buddha. Kondanna menjadi Sotapati (wali) terlebih dahulu berbanding dengan yang lain. Semua dewa mengucapkan SADHU, SADHU (sangat baik) diikuti oleh penerangan cahaya seluruh dunia setelah Wheel Of Doctrine/Dhamma disebarkan ke dunia. Keempat-empat mereka menjadi Arahant/Sotapanna selepas mendengar KHUTBAHAN BUDDHA YANG KEDUA iaitu ANATTALAKKHANA SUTTA yang juga diadakan di Taman Rusa, Isipatana, Benares. Khutbah kedua mengenai NO-SOUL/Ketiadaan Jiwa/Roh (Anatta). Buddha memperkenalkan tiga perkara iaitu manusia tertakluk kepada :
Setelah berakhir dua Khutbah Buddha, mereka menjadi bebas daripada nodaan(defilements), tiada perpautan(attachments). Kesemua mereka menjadi Arahant. Sekarang Buddha mempunyai lima orang Bhikku/Sangha. Semasa Buddha berada di Isipatana, datang seorang pemuda bernama Yasa. Yasa adalah seorang anak orang bangsawan di Benares. Dia lari meninggalkan rumahnya kerana bosan dengan kehidupan yang penuh dengan kemewahan itu. Buddha menjemputnya dan meperdengarkan Dhamma kepadanya. Yasa menjadi Sotapatti kemudian menjadi Arahant. Kehilangan Yasa dicari oleh ayahnya. Ayah Yasa juga bertemu dengan Buddha dan mendengar Dhamma dari Buddha, kemudian mendapat perlindungan daripada Tiga Permata (Buddha, Dhamma dan Sangha). Ayah Yasa merupakan penganut agama Buddha (Upasaka) yang pertama di bawah perlindungan Tiga Permata. Dia mendapat perlindungan Tiga Permata di hadapan Buddha, Dhamma dan barisan lima orang Sangha dan melafazkan:
Ayah Yasa kemudian menjemput Buddha dan Arahant ke rumahnya untuk pemberian dana. Di rumah Yasa, Buddha mengajar Dhamma kepada ibu dan bekas isteri Yasa, mereka kemudiannya menganut agama Buddha dengan mendapat perlindungan daripada Tiga Permata. Mereka merupakan penganut agama Buddha wanita (Upasika) yang pertama. Yang Berbahagia (venerable) Yasa mempunyai 54 orang rakan yang juga terdiri daripada anak-anak orang bangsawan turut serta mendengar Dhamma daripada Buddha, kemudian mereka juga menjadi Arahant. Sekarang Buddha mempunyai 60 orang Arahant tidak termasukNya. Setelah mempunyai satu barisan 60 orang Arahant, Buddha mengarahkan mereka supaya berpecah dan pergi menyebar ajaranNya ke seluruh tempat. Buddha bersabda, "Para Bhikku, aku sudah bebas daripada segala ikatan baik di dunia manusia mahupun di alam dewa; begitu juga kalian Bhikku." "Pergilah kalian mengajar Dhamma di tempat-tempat lain, atas dasar belas kasihan demi untuk kebaikan, kebahagian semua orang. Jangan kalian pergi ke tempat yang sama, berpecahlah kalian, pergilah mengajar Dhamma ke seluruh pelosok dunia baik dekat mahupun jauh supaya manusia mengikuti hidup yang suci, yang sempurna dan yang murni." "Dalam dunia ini terdapat orang yang mempunyai nafsu indera yang rendah, mereka akan kerugian besar jika tidak berpeluang mendengar Dhamma. Mereka dapat memahami Dhamma." "Aku sendiri akan pergi ke Uruvela untuk menyebar Dhamma kepada mereka di sana." Setelah mendengar sabdaNya, mereka pun berpecah. Mereka merupakan Utusan Penyebar Dhamma Buddha yang pertama. Dalam perjalanan ke Uruvela, Buddha bertemu dengan tiga puluh orang pemuda semasa berhenti rehat di bawah pokok. Pemuda-pemuda itu bersama-sama dengan isteri mereka masing-masing sedang bergurau dalam belukar. Semasa mereka bersuka-ria, seorang wanita mengambil barang-barang berharga mereka dan melarikannya. Pemuda-pemuda itu mencari wanita itu. Semasa itu mereka terserempak dengan Buddha dan menanyakan Buddha melihat ke arah mana wanita itu pergi. Buddha menanyakan pemuda-pemuda balik, "Wahai orang muda, yang mana lebih baik, mencari wanita itu atau mencari diri sendiri?" "Mencari diri sendiri, yang berbahagia," jawab mereka. "Baik, kalian duduk, aku akan mengajar kalian Dhamma," kata Buddha. Mereka mendengar dengan penuh perhatian, kemudian mereka pun menganuti Agama Buddha. Di Uruvela, terdapat tiga pertapa adik-beradik. Mereka ialah Uruvela Kassapa, Nadi Kassapa dan Gaya Kassapa. Mereka adalah pendita pemuja api. Mereka mempunyai pengikut yang ramai dan berpengaruh di situ. Uruvela Kassapa mempunyai lima ratus orang pengikut, Nadi Kassapa mempunyai tiga ratus orang pengikut dan Gaya Kassapa mempunyai dua ratus orang pengikut. Buddha cuba mempengaruhi mereka dengan menyebarkan Dhamma kepada Uruvela Kassapa dan pengikut-pengikutnya dahulu. Setelah berita penganutan Agama Buddha oleh Uruvela Kassapa dan pengikut-pengikutnya diketahui oleh dua orang adiknya dan pengikut-pengikut mereka, mereka juga pergi mendengar Dhamma yang diberikan oleh Buddha. Kemudian kesemua mereka menjadi pengikut Buddha dan seterusnya menjadi Arahant. Buddha mengingati janjiNya terhadap Raja Bimbisara di Rajagaha dahulu dan bersama satu angkatan pengikut ArahantNya Buddha menuju ke Rajagaha untuk menemui Raja Bimbisara. Kedatangan mereka diketahui oleh Raja Bimbisara. Raja Bimbisara dengan pengawal-pengawalnya berangkat menemui Buddha. Setelah melihat Kassapa bersama Buddha, Raja Bimbisara berasa ragu-ragu, sama ada Buddha menjadi penuntut Kassapa atau sebaliknya. Buddha lebih mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh Raja itu, lalu Buddha menanyakan Kassapa mengapa dia meninggalkan pemujaan apinya? Kassapa pun menjawab, "My teacher, Lord, is the Lord, I am the Disciple. My teacher, Lord, is the Lord, I am the Disciple." Kemudian Buddha mengajar Dhamma kepada Raja dan pengikutnya. Buddha menyampaikan Maha Nardda Kassapa Jataka kepada Raja. Raja menjadi penganut agama Buddha dan akhirnya menjadi Sottapatti. Selepas itu Raja Bimbisara berkata: "Yang berbahagia, semasa saya menjadi Raja Muda, saya mempunyai lima niat dan sekarang kelima-lima sudah terkabul. Ianya adalah: ingin menjadi Raja; mengharapkan Arahant yang telah mencapai Pencerahan menziarahi kerajaan beta; mengharapkan peluang diberi kepada beta untuk menghormati Buddha; semoga Buddha mengajar Dhamma kepada beta dan semoga beta memahami Dhamma itu." Selepas itu Raja Bimbisara menjemput Buddha dan semua Arahant ke istana untuk menjamu makanan (dana). Kemudian Raja Bimbisara memberi Belukar Buluh yang bernama Velucanarama kepada Buddha dan pengikut-pengikutNya tinggal dan menggunakannya. Veluvanarama terletak tidak jauh dari bandar Rajagaha. Buddha dan penganut-penganutNya berulang-alik dari Veluvanarama ke bandar untuk menerima dana makanan (pindapatta) setiap pagi. Pada suatu pagi, semasa Buddha dalam perjalananNya ke Rajagaha, beliau ternampak seorang pemuda yang sedang memberi hormat kepada enam penjuru iaitu timur, barat, utara, selatan, atas dan bawah sambil menabur beras pada setiap penjuru dia berdiri. Buddha mendekatinya dan menegurnya; "Orang muda, apa yang kamu sedang buat ini dan untuk siapa?" Pemuda itu mengatakan dia membuat demikian kerana itu yang dipesankan oleh ayahnya sebelum meninggal dan untuk mengelakkan kecelakaan/bahaya yang datang dari setiap penjuru. Kemudian Buddha berkata kepada pemuda itu lagi, "Awak tidak tahu maksud pesanan ayah engkau dan upacara yang awak lakukan tidak tepat dengan apa yang awak fikirkan." Buddha pun memberitahu pemuda itu akan perkara sebenarnya, yakni, "Ayahmu berpesan untuk menghormati ke Timur dan menabur beras bermaksud supaya awak menghormati dan membantu orang tuamu yang menjaga dan mengasihimu. Menghormat ke selatan bermaksud engkau mesti menghormati dan melayani gurumu, hormat ke Barat bermaksud engkau mesti melindungi dan menyayangi anak-anak dan isterimu. Menghormati ke Utara bermaksud engkau harus menghormati kawan-kawan serta sanak-saudara kamu. Menghormati ke atas bermaksud engkau menghormati serta memperhatikan para pertapa dan orang-orang suci. Menghormati ke bawah bermaksud engkau harus perhatikan orang lain yakni pembantumu dan juga binatang-binatang. Demikianlah yang dimaksudkan oleh ayahmu." Selanjutnya Buddha mengambil kesempatan itu mengajar dan menasihati pemuda itu yang bernama Sigala tentang apa yang seharusnya dilakukannya kepada dirinya dan orang lain supaya dapat menikmati hidup yang baik dan bahagia kepada dirinya dan juga kepada orang lain pada masa akan datang. Buddha juga mengajar PANCA SILA supaya Sigala melatih diri untuk menghindarkan diri daripada pembunuhan, pencurian, perzinaan, mendusta dan minum minuman keras yang memabukkan. Buddha juga mengajarnya PANCA DAHAMMA supaya dia rajin bekerja untuk memenuhi keperluan hidup, menjaga dan menggunakan harta dengan baik dan jangan mementingkan diri-sendiri. Buddha juga menasihatinya supaya membahagikan hartanya kepada empat bahagian iaitu sebahagian untuk perbelanjaan menyara hidup keluarga, sebahagian untuk usahanya sendiri, sebahagian untuk membantu mereka yang patut dibantu atau mereka yang kesuntukan dan bahagian keempat untuk disimpan untuk diguna semasa saat-saat yang penting. Dengan hormatnya Sigala memohon Buddha menerimanya sebagai penuntutNya. Tidak jauh dari Rajagaha terletaknya dua buah kampung bernama Upatissa dan Kolita masing-masing diketuai oleh Upatissa dan Kolita. Mereka masing-masing mempunyai seorang anak lelaki bernama Sariputta dan Moggallana. Kedua-duanya adalah sebaya. Mereka bertemu dan berkenalan semasa mereka menonton drama Giragga Samajja di suatu perayaan Pertunangan. Sariputta dan Moggallana sama-sama mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah dan mencari kebenaran dan ketenangan hidup. Mereka pun pergi menuntut dengan seorang pertapa bernama Sanjaya. Selepas tamat, mereka juga tidak puas hati lalu berjanji antara dua sahabat bahawa sesiapa yang terlebih dahulu mendapat ajaran yang lebih mulia, dialah seharusnya mengajar seorang lagi. Mereka pun mengambil keputusan balik ke rumah masing-masing dan mencari Jalan Kebenaran. Pada suatu pagi Sariputta berada di Rajagaha, dia ternampak seorang Bhikku yang memakai jubah yang kemas, berjalan dengan tenang dan teratur, pergi dari rumah ke rumah menerima dana makanan. Air mukanya kelihatan jernih, tenang dan bahagia seolah-olah dia sudah mencapai Pencerahan (Arahant). Sariputta pun berfikir untuk menanyanya tetapi adalah tidak baik mengganggunya sekarang. Lalu dia mengekori Bhikku itu sehingga dia tamat tugasnya. Sariputta pun mendekati Bhikku itu dan dengan hormat dan sopan dia menanyakan Bhikku itu; "Yang berbahagia, air muka yang berbahagia kelihatan tenang dan jernih, siapa gurumu, siapakah yang yang berbahagia ikut meninggalkan duniawi dan apakah ajaran yang yang berbahagia ikut?" Jawab Bhikku Assaji; "Aku mengikut seorang pertapa yang agung yang berketurunan Sakyas, yang juga meninggalkan hidup duniawi, dialah guruku dan ajaranNya yang saya ikut." Kemudian Sariputta menanyakan Bhikku Assaji; "Yang berbahagia siapakah gurumu dan apa yang diajarNya?" "Guruku ialah Buddha, aku baru sahaja menjadi Bhikku, belum dapat aku menguasai semua ajaranNya lagi, oleh itu aku tidak boleh mengajar engkau, saudaraku. Tetapi bolehlah aku memberitahu engkau secara ringkas. Begini, Buddha berkata, "Semua yang berlaku ada puncanya, Buddha mengetahui puncanya, Begitu juga dengan kesannya, Itulah yang diajarNya." Apa yang dikatakan oleh Assaji dapat diikuti dan difahami oleh Sariputta. Sekarang dia faham akan apa yang bermula dan berakhir dan apa yang wujud akan hilang pada akhirnya. Sariputta pun berkata kepada Assaji, "Jika ini yang dipelajari dari Ajaran Buddha, tentu sekali Yang Berbahagia telah bebas daripada segala penderitaan. Ajaran seumpama ini tidak pernah diketemui orang semenjak dahulu." Selepas mengucapkan terima kasih dan memberi hormat kepada Assaji, Sariputta pergi mencari kawannya Moggallana untuk menyampaikan apa yang telah diketahuinya. Setelah menemui kawannya, Moggallana berkata, "Saudaraku, engkau kelihatan tenang dan bahagia saja. Tentu engkau sudah menemui Jalan Kebenaran?" "Ya, sahabatku." Sariputta pun membaca kepada Moggallana apa yang telah dikatakan oleh Assaji. Kedua-duanya dapat memahami dan bersama pergi berjumpa dengan gurunya, Sanjaya untuk memberitahu penemuan baru mereka. Tetapi Sanjaya tidak mahu pengikutnya untuk bertemu dengan Buddha. Sariputta dan Moggallana bersama 250 pengikut Sanjaya pergi ke Veluvaranama, tempat Buddha dan sangha (Bhikku) tinggal. Apabila Buddha nampak mereka berdua, Buddha pun berkata; "Dua sahabat sudah datang, Kolita dan Upatissa, mereka akan menjadi sepasang ketua penganut yang baik." Buddha mengajar Dhamma kepada mereka dan dua minggu kemudian Sariputta mencapai Pencerahan dan menjadi Arahant selepas mendengar Sutta Vandana Pariggaha. Moggallana mencapai Pencerahan lebih awal. Kemudian Buddha melantik Sariputta menjadi Ketua Penganut Agama Buddha dan Moggallana sebagai Pembantu Ketua Penganut Agama Buddha yang pertama. Bab 15: Buddha Melawat Tempat LahirNya Sesudah mendengar berita Buddha berada di Rajagaha dan menyebar Dhamma, Raja Suddhodana menghantar pengawalnya untuk menjemput Buddha pulang ke Kapilavathu sebanyak sembilan kali. Tetapi kesembilan orang yang mengetuai rombongan raja itu tidak menyampaikan perintah raja, sebaliknya kesemua mereka terpikat dengan Ajaran Buddha dan tinggal di Rajagaha mendengar Dhamma seterusnya menjadi Arahant. Kemudian raja menghantar Kaludayi, kawan sepermainan Buddha masa kecil, pergi ke Kapilavathu untuk menjemput Buddha. Walaupun Kaludayi juga menganut Agama Buddha dan menjadi Arahant, dia ingat sampaikan pesanan raja itu. Buddha pun berjanji akan pergi ke Kapilavathu. Buddha bertolak ke Kapilavathu bersama dengan penganut-penganutNya dan Arahant-Arahant. Sepanjang perjalananNya, Buddha menyebar Dhamma dan Buddha sampai ke Kapilavathu dua bulan selepas itu. Sampai di bandar Kapilavathu, Buddha dan penganut-penganutNya singgah di Taman Nigrodha, tempat yang disediakan oleh raja kepada mereka. Setelah melihat ketibaan Buddha, mereka hanya menyuruh orang-orang muda dan kanak-kanak sahaja memberi hormat kepada Buddha, sedangkan mereka tidak berbuat begitu kerana mereka menganggapkan mereka lebih mulia daripada Buddha. Melihat keadaan itu, Buddha pun menunjukkan kepada mereka akan Nya sudah mencapai Pencerahan dan patut dihormati dengan mengangkat naik diriNya ke langit dan menunjukkan Twin Wonder iaitu menggunakan kuasa ajaibNya, membuat air dan api keluar dari setiap penjuru badanNya. Selepas kejadian itu barulah Raja Suddhodana memberi penghormatannya dan diikuti dengan yang lain. Buddha pun mengajar Vessantara Jataka kepada sanak-saudaraNya yang hadir, menunjukkan kepada mereka peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka yang lepas. Kemudian, raja memberi dana makanan kepada Buddha dan pengikut-pengikutNya. Pada keesokan harinya, Buddha dan pengikut-pengikutNya bersama sebuah mangkuk pergi ke bandar Kapilavathu untuk menerima dana makanan. Kejadian ini dilihat oleh Yasodhara dan beberapa orang pengawal raja, mereka pun memberitahu raja. Raja Suddhodana sangat marah. Raja pergi menemui Buddha dan menegurNya. "Mengapa puteraku memalukan ayahanda? Keturunan kita tidak pernah meminta sedekah di tepi jalan." Buddha berkata, "Ini adalah adat kami, meminta sedekah dana daripada orang ramai. Kini hamba ialah Buddha, Buddha mendapatkan makanan melalui pindapatta. Hamba lakukan apa sahaja yang Buddha lakukan." Sambung raja lagi, "Benar, keturunan kita adalah keturunan Kashtriya dari keturunan Mahasammata, dan tidak ada seorang pun keturunan kita pernah meminta sedekah makanan." "Keturunan Kashtriya, keturunan Raja adalah keturunan Ayahanda. Keturunan hamba adalah keturunan Buddha," jawab Buddha. Kemudian Buddha menasihati Raja; "Seseorang itu seharusnya membuka mata, dan jangan sekali-kali dikongkong. Seseorang itu seharusnya mengamalkan Dhamma (cara hidup yang benar), dan sesiapa yang membuat demikian akan bahagia dalam hidupnya sekarang dan akan datang." Setelah mendengar kata-kata Buddha itu, raja memahamiNya, dan terus mengambil mangkuk Buddha dan menjemputNya ke istana. Di istana raja menghidangkan makanan untuk semua pengikut-pengikutNya juga. Selepas makan Buddha mengajar Dhamma kepada raja dan seisi istana. Buddha mengkhutbahkan Dhammapala Jataka kepada raja dan Permaisuri Prajapati Gotami. Kemudian raja juga menjadi Arahant sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Semasa Buddha berada di istana, semua orang datang dan memberi hormat kepada Buddha, kecuali Yasodhara. Buddha kemudiannya pergi melihat Yasodhara dengan diiringi oleh dua orang Ketua Penganut iaitu Sariputta dan Moggallana, di biliknya. Yasodhara menyuruh dayang-dayangnya memakai jubah kuning sebaik sahaja dia mendengar yang Buddha datang melawatnya. Sebelum Buddha berangkat Buddha berpesan kepada mereka, jangan kata apa-apa dan biarkan Yasodhara memberi penghormatannya dengan cara yang dia suka. Setibanya Buddha ke bilik Yasodhara, Yasodhara pergi mendapatkan Buddha dan melutut serta memegang tumit kaki Buddha dengan mukanya terletak di atas kaki Buddha dan menangis. Buddha biarkan dia menangis sehingga puas. Kemudian Yasodhara menyapu air matanya yang membasahi kaki Buddha itu. Kemudian raja pun berkata, "Yang berbahagia, Yasodhara seorang isteri yang sangat setia; apabila dia mendengar yang kau memakai jubah kuning, dia pun memakai jubah kuning; apabila dia dapat tahu yang kau makan sekali sehari, dia pun begitu; apabila dia dapat tahu kau tidur di atas sofa, dia pun berbuat demikian; apabila dia dapat tahu yang kau tidak pakai kalung bunga dan minyak wangi, dia pun berbuat begitu. Apabila sanak-saudaranya mengajaknya tinggal bersama mereka, dia tidak mengikut mereka. Betapa taat dan setianya dia." "Dia sangat baik dan melindungi saya bukan sahaja sekarang tetapi juga semasa hidupnya yang lepas," jawab Buddha. Buddha kemudiannya mengajar Yasodhara Candakinnara Jataka. Selepas itu Buddha meninggalkan istana. Selepas kemangkatan Raja Suddhodana, Maha Pajapatti Gotami dan Yasodhara mencapai Pencerahan dan menjadi Arahant. Putera Nanda adalah adik tiri Putera Siddhartha. Raja Suddhodana ingin mentabalkan Putera Nanda sebagai raja menggantinya apabila umurnya 35 tahun. Putera Nanda juga dikahwinkan dengan Puteri Janapada Kalyani dan raja mahu mereka tinggal di istana yang berasingan. Tiga upacara ini dirancangkan untuk diadakan serentak apabila Buddha pulang untuk memberi doa selamat. Pada hari ketiga kepulangan Buddha ke Kapilavathu, Raja Suddhodana mengadakan tiga upacara serentak itu. Buddha pergi menemui Nanda dan berikan mangkukNya kepada Nanda. Selepas Buddha membaca doa selamat kepada Nanda dan tinggalkan istana tanpa mengambil mangkukNya itu, Nanda menyusul di belakang untuk pulangkan mangkuk itu. Tetapi Buddha tidak berhenti, terus pulang ke Taman Nigrodha. Apabila Puteri Janapada Kalyani melihat Nanda mengikuti Buddha, dia sangka Nanda pergi untuk memulangkan mangkukNya dan berpesan kepada Nanda supaya balik awal. Sampai di Taman Nigrodha, Nanda dengan mangkuk di tangannya dipelawa menyertai Arahant yang lain. Semasa itu Nanda memiikirkan Puteri Janapada Kalyani dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada mereka. Buddha menyedari apa yang sedang difikirkan oleh Nanda, kemudiannya Buddha mengguna kuasa ajaibnya menampakkan kepada Nanda Dunia Syurga. Nanda tertarik dengan bidadari yang lebih cantik daripada Tunangnya. Kemudian Buddha bertanya kepada Nanda, "Adakah kau ingin memilikinya Nanda?" Jawab Nanda, "Ya." "Kalau begitu, awak mesti ikut jalan hidup ini dan tinggalkan duniawi," kata Buddha. Kemudian Nanda pun menjadi Bhikku dan mencapai Pencerahan. Pada hari ketujuh Buddha berada di Kapilavathu, Rahula anakNya mengikutiNya ke Taman Nigrodha. Pada hari itu Yasodhara memakai baju yang cantik kepada Rahula dan menyuruh Rahula pergi kepada Buddha dan meminta bahagian pesakaNya. Seorang anak berhak ke atas harta ayahnya. Rahula juga disuruh menyatakan bahawa dia adalah anak raja dan bakal menjadi raja memerlukan harta kekayaan itu. Rahula mengekori Buddha ke Taman Nigrodha selepas makan tengah hari di istana. Tidak ada orang menghalangnya dan Buddha juga tidak berkata apa-apa, membiarkan anakNya mengikutiNya sampai ke Taman. Apabila berada di taman, Rahula pun meminta harta kekayaan daripada Buddha kerana dia perlukannya apabila menjadi raja nanti. Buddha berfikir, Rahula minta harta kekayaan, baik saya bagi harta yang paling bernilai di mana dia akan menjadi tuan punya lebih dari dunia ini yang saya peroleh dari pokok Bodhi dahulu. Kemudian Buddha suruh Sariputta menjadikannya Sami. Rahula baru berumur tujuh tahun pada masa itu. Raja Suddhodana sangat kecewa dan sedih apabila mengetahui mengenai Rahula yang telah menjadi sami. Raja pergi berjumpa Buddha dan merayu kepada Buddha jangan menjadikan cucunya sami. Raja mengatakan jangan menjadikan kanak-kanak sami sebelum mendapat izin daripada ibu bapanya. Buddha memenuhi permintaan Raja dan semenjak hari itu Buddha tidak menganutkan/menjadikan seseorang itu tanpa mendapat izin dari ibu bapanya. Tetapi, apabila Rahula dewasa dia juga mengikut jejak ayahnya dan menjadi Arahant. Ananda ialah sepupu kepada Buddha. Dia menjadi sami bersama anak-anak bangsawan Sakya iaitu Anuruddha, Bhaddia, Bhagu, Kimbila dan Devadatta. Setelah mendengar Khutbahan Yang Berbahagia Mantaniputta mengenai alam semulajadi, dia menjadi Sotapanna (peringkat awal). Kerana dia sentiasa bersama dengan Buddha dan mempunyai kebolehan mendengar yang baik, kemudian dia dilantik menjadi Bendahari Dhamma. Dari umur Buddha 55 tahun sehinggalah Buddha berumur 80 tahun, Ananda menguruskan segala keperluan Buddha. Ananda berfungsi sebagai pembantu peribadi Buddha. Ananda yang merayu kepada Buddha supaya mewujudkan Peraturan/Hukum Bhikkuni (nun). Devadatta adalah anak lelaki Suppabuddha. Bermakna Devadatta adalah sepupu dan adik ipar Buddha. Devadatta menyertai Bhikku pada awal lagi. Dia terkenal dengan kuasa luar biasanya. Setelah dia memiliki kekayaan dan penghormatan, dia berubah dan menjadi penentang Buddha yang kuat. Pernah satu ketika dia menemui Buddha dan ingin menggantikan Buddha kerana Buddha sudah tua. Tetapi Buddha tidak setuju. Sejak itu dia melakukan banyak kejahatan. Mengetahui dari awal lagi Buddha tidak akan merestuinya, Devadatta sengaja mencari alasan untuk memalukanNya dan mendapat sokongan dari penganut-penganut yang jahil, menyuruh Buddha melaksanakan peraturan-peraturan berikut:
Buddha berfikir jauh dan berkata sesiapa yang hendak mengikut syarat-syarat itu dia boleh ikut tetapi syarat-syarat itu tidak wajib. Devadatta menggunakan penolakan Buddha ke atas permintaannya itu sebagai alasannya untuk bermusuh dan menentang Buddha. Kemudian Devadatta dengan beberapa orang Sangha/Bhikku melaksanakan peraturan itu. Devadatta juga cuba beberapa kali merancang untuk membunuh Buddha. Dia pernah menyuruh orang melepaskan batu yang besar ke atas kepala Buddha dari sebuah bukit. Kemudian dia melepaskan gajah liar untuk membunuh Buddha, tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia mati ditelan bumi semasa dia menuju ke tempat Buddha. Bab 16: Zaman Kegemilangan Buddha Zaman Buddha mengambil satu jangka masa yang panjang iaitu 45 tahun. Mulai dari tarikh Pencerahan, berumur 35 tahun sehingga kewafatanNya pada umur 80 tahun. Buddha berkhidmat kepada umatNya melalui tauladan dan peraturan tanpa mempunyai apa-apa motif peribadi. Sepanjang hayatNya Buddha sentiasa berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk menyebarkan AjaranNya kepada umatNya dan membebaskan mereka daripada ikatan Samsara. Buddha hanya berhenti rehat pada musim hujan (Vassana dari bulan Julai hingga November) dan musim ini menjadi adat kepada semua sami untuk berehat kerana hujan turun berterusan di mana mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka. Berdasarkan kepada ulasan Buddhavamsa, dua puluh tahun yang pertama Buddha menghabiskan masaNya seperti berikut; Tahun 1 Benares Selepas mengkhutbahkan Dhammacakka Sutta pada hari bulan purnama Asalha (Julai), Buddha menghabiskan musim Vassana yang pertamaNya di Taman Rusa di Isipatana, Benares. Di sini tidak ada tempat tinggal yang khas untukNya. Tahun 2,3 dan 4 Rajagaha Apabila Buddha melawat Raja Bimbisara, Buddha diberi Veluvana oleh Raja untukNya dan pengikut-pengikutNya. Tempat ini amat sesuai kerana ianya tidak jauh dari kota dan tidak dekat dengan kota. Sesuai untuk dijadikan tempat tinggal sami-sami/Bhikku-bhikku. Buddha menghabiskan tiga musim Vassana di sini. Tahun 5 Vesali Pada tahun ini, Buddha tinggal di Mahavana dekat Vesali. Pada ketika ini juga Buddha mendapati ayahNya Raja Suddhodana dalam keadaan nazak. Buddha pergi ke Kapilavathu dan mengajar Dhamma kepada raja. Sebelum raja mangkat, raja menjadi Arahant. Tujuh hari selepas mencapai Pencerahan raja pun mangkat. Setelah raja mangkat, Buddha pun tinggal di Kapilavathu buat seketika. Prajapati Gotami memohon kepada Buddha supaya dianutkan dia menjadi Bhikkuni. Walaupun banyak kali dia memohon tetapi Buddha tetap tidak merestuinya atas beberapa sebab. Kemudian Buddha pergi ke Vesali. Tetapi Prajapati Gotami tidak putus asa, dia terus memotong rambutnya dan pakai jubah kuning bersama beberapa wanita keturunan Sakyas yang lain berjalan ke Vihara Mahavana di mana Buddha tinggal. Dia masih mengharapkan Buddha menerima kaum wanita menjadi Bhikkuni. Sampai di Vihara Mahavana, Prajapati Gotami dan yang lain keletihan dan kaki mereka bengkak. Kehadiran mereka diketahui oleh Ananda. Ananda pergi merayu kepada Buddha supaya menerima mereka dan masukkan mereka sebagai Bhikkuni. Ananda memohon sebanyak tiga kali agar Buddha menerima mereka tetapi ketiga-tiga kali rayuan itu ditolak oleh Buddha. Setelah permohonan dan rayuan ditolak, Ananda menyoal Buddha, "Bolehkah seseorang wanita mencapai Pencerahan jika dia meninggalkan duniawi dan mengikuti ajaran Dhamma dengan bersungguh-sungguh?" "Wanita boleh mencapai Pencerahan dan seterusnya menikmati Nibbana, jika dia mengikuti Dhamma dengan tekunnya," jawab Buddha. Tambah Ananda lagi, "Kalau begitu mengapa Prajapati Gotami yang sanggup meninggalkan hidup duniawi ini dan sedia mengikuti Dhamma tidak boleh dianutkan menjadi Bhikkuni?" Dari persoalan ini Buddha akhirnya bersetuju menganutkan mereka menjadi Bhikkuni dengan syarat mereka perlu mematuhi lapan peraturan (Peraturan Bhikkuni). Peraturan Bhikkuni yang ditetapkan oleh Buddha itu diberitahu kepada Prajapati Gotami. Prajapati bersetuju dan bersedia mengikuti kesemua peraturan itu. Kemudian mereka menjadi Bhikkuni yang pertama. Tahun 6 Mankula Hill Buddha menunjukkan kuasa ajaibNya untuk menganutkan umat supaya mengikuti ajaran Buddha. Tahun 7 Syurga Tavatimsa Tujuh hari selepas melahirkan putera, bekas Permaisuri Maha Maya meninggal dan lahir semula sebagai dewa di Syurga Tavatimsa. Semasa musim Vassana selama tiga bulan pada tahun ketujuh selepas Pencerahan, Buddha memperdengarkan Dhamma kepada ibuNya. Buddha mengkhutbahkan ABBIDHAMMA kepada dewa-dewa yang diketuai oleh ibuNya. Abbidhamma ialah Falsafah Agama Buddha. Setiap hari Buddha turun dan memberi ulasan khutbahNya kepada Sariputta, supaya dia mengajarkan khutbah itu kepada pengikut-pengikutNya yang lain secara terperinci. Yang terdapat dalam Pitaka Abbiddhamma pada hari ini adalah pendedahan secara terperinci Dhamma oleh Buddha. IbuNya mencapai peringkat awal Arahant setelah mendengar khutbah Falsafah Buddhis itu. Tahun 8 Hutan Bhesakala Dekat dengan Sumsumara Rock, di Daerah Bhagga. Tahun 9 Kosambi Pada tahun ini Magandiya menaruh dendam terhadap Buddha kerana Buddha menegur ayah Magandiya apabila ayahnya mencadangkan supaya Magandiya dikahwinkan dengan Buddha. Tahun 10 Hutan Parileyyaka Berikutan daripada perselisihan faham antara dua pihak Bhikku yang tidak dapat diselesaikan, Buddha meninggalkan mereka seketika dan pergi ke hutan ini untuk beristirehat. Tahun 11 Kampung Brahmin, Ekanala. Menyampaikan Khutbah Kasibharadvaja Sutta. Tahun 12 Veranja Semasa tempoh ini Buddha dan penganut-penganutNya terpaksa makan makanan kuda. Di sinilah juga Pengenalan kepada Vinaya diadakan. Tahun 13 Veranja Tahun 14 Vihara Jetavana, Savatthi. Yang berbahagia Rahula menerima penganutan tertinggi pada usia 20 tahun, sebagai Arahant. Tahun 15 Kapilavathu Kemangkatan Raja Suppabuddha, ayahanda Puteri Yasodhara. Buddha hanya menghabiskan masa musim VassanaNya sekali sahaja di bandar ini. Tahun 16 Kota Alavaka Penganutan Agama Buddha oleh Syaitan Alavaka yang makan daging manusia berlaku pada tahun ini. Tahun 17 Rajagaha Tahun 18 Batu Calita Tahun 19-20 Rajagaha Ahinsaka merupakan anak kepada Bhaggawa dan Mantani. Bhaggawa adalah penasihat kepada raja di Kosala. Semasa kelahirannya, semua senjata dalam negara Kosala mengeluarkan cahaya, menandakan dia akan menjadi penyamun terkenal. Sesudah dia besar dia dihantar ke sekolah di Takka Sila. Ahinsaka seorang pelajar yang bijak dan seorang murid yang taat kepada gurunya. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar lain dengkikannya, lalu berusaha membuat gurunya tidak sukakannya. Mereka berjaya, gurunya meminta bayaran ke atas segala biayaan pelajarannya dalam bentuk seribu jari manusia. Kerana dia seorang yang taat kepada arahan guru, dia pun pergi ke hutan dan melakukan pembunuhan untuk mendapatkan jari daripada mangsanya. Walaupun dia tidak suka akan perbuatannya tetapi kerana janji dan patuh kepada gurunya, dia menjadi begitu. Ahinsaka menjadi semakin ganas kerana ingin menyudahkan seribu jari kanan setiap orang (1000 orang). Jari-jari yang dikerat itu digantung dijadikan kalung dan gantung di lehernya. Kemudian dia digelar Angulimala yang bermakna Anguli adalah jari dan Mala adalah kalung. Keganasan Angulimala tidak dapat dikawal sehinggakan raja menghantar satu angkatan pengawal untuk menangkapnya. Hal ini diketahui oleh ibunya dan untuk menyelamatkan anaknya ibunya pergi mencarinya di hutan. Pada ketika ini Angulimala sudah bosan dengan keganasannya dan ingin menamatkan tugasnya segera dan menjalani hidup yang benar. Di hatinya, dia akan membunuh sesiapa saja yang mendekatinya walaupun ibunya sendiri. Buddha dapat tahu mengenai Angulimala yang akan membunuh ibunya sendiri. Buddha pergi ke hutan itu. Apabila Angulimala melihat ibunya datang, dia serba salah, kemudian Buddha menjelma di hadapan ibunya. Dia pun bersedia untuk membunuh Buddha. Baginya lebih baik membunuh seorang sami daripada ibunya sendiri untuk mengakhiri perbuatan ganasnya itu. Dia mengejar Buddha tetapi semakin kuat dia mengejar semakin jauh pula Buddha berada di hadapannya. Lama-kelamaan dia rasa letih dan hairan mengapa dia tidak dapat mengejar Buddha padahal dia sudah biasa mengejar kuda yang lebih kuat daripada itu. Lalu dia pun melaung sekuat-kuatnya kepada Buddha dan menyuruh Buddha berhenti. "Berhenti, berdiri tegak, berdiri tegak sami." "Saya berhenti, Angulimala, awak juga mesti berhenti,"kata Buddha. Tetapi Angulimala tidak faham, tertanya-tanya mengapa sami ini mengatakan dia berhenti sedangkan dia berlari lebih kuat daripada saya. Biasanya sami tidak berbohong? Dia pun berkata lagi, "Macam mana kau mengatakan engkau ini berhenti sedangkan engkau berlari lebih kuat daripada aku?" Buddha bersabda, "Saya sentiasa berdiri tegak, Angulimala, saya seorang yang penyayang kepada semua makhluk, tetapi awak tidak menyayangi semua makhluk, sebab itu saya berdiri tegak, awak tidak." Setelah mendengar kata-kata Buddha itu, Angulimala membuangkan pedangnya dan melutut di kaki Buddha. Buddha membawanya ke Vihara dan mengajarnya Dhamma, akhirnya Angulimala menjadi seorang Arahant. Dia tinggal di Vihara Jetavana yang didirikan oleh Anathapindikan, seorang hartawan selama dua puluh lima tahun. Orang yang paling gembira ialah ibunya. Ibunya kagum dengan kebijaksanaan Buddha yang dapat menjinakkan seorang yang ganas. Seorang hartawan dari Savatthi dari keluarga Sudatta bernama Anathapindika yang terkenal dengan pemurah hati yang digelar seperti nama itu yang membawa maksud Pemberi Nafkah kepada yang tidak bermaya (Feeder of The Helpless). Dia menjadi Sotapanna selepas mendengar Dhamma daripada Buddha di Rajagaha semasa dia melawat abang iparnya di sana. Dia pulang ke Savatti dan membeli sebidang tanah yang berharga sejumlah wang yang banyak (jumlah wang yang menutupi luas tanah itu) dari Raja Jeta. Dia mendirikan Vihara Jetavana untuk Buddha dan pengikut-pengikutNya tinggal semasa musim Vassana(musim hujan setiap tahun dari Julai ke November). Buddha menghabiskan banyak musim Vassana di Viraha ini, iaitu sebanyak 24 musim hujan (Vassana). Oleh sebab sebahagian besar Buddha menghabiskan masaNya di Vihara Jetavana, banyak khutbah Buddha diperdengarkan di sini. Yakni; untuk penganut-penganutNya Buddha mengkhutbahkan dua khutbah iaitu: pertama, mengenai Bermurah Hati. Buddha menasihati penganut-penganutNya supaya bermurah hati. Sebagai langkah awal penganut-penganut Buddha digalakkan mengamalkannya dengan memberi dana kepada sami-sami dan menderma untuk membina Vihara (kuil). Lebih penting lagi daripada bermurah hati ialah Lima Peraturan (Panca Sila), kerana kelima-lima Peraturan penting untuk penganut-penganut supaya membantu mereka mendisiplinkan perbuatan dan perbicaraan kita. Yang lebih penting daripada itu pula adalah mengamalkan samadhi (meditation) mengenai Loving-kindness atau Metta-Bhavana atau Cinta Murni dengan kerapnya. Kedua, Buddha juga menasihati penganut-penganutNya membaca doa kesyukuran. Empat jenis doa yang dinamakan Four Kinds of Bliss terdiri daripada Bliss of Ownership, Bliss of Wealth, Bliss of Being Debtless dan Bliss of Blamelessness. Dalam doa kesyukuran The Bliss of Ownership bermakna kita bersyukur akan kepuasan yang kita peroleh dari mendapat kekayaan secara halal melalui usaha yang gigih. Dalam The Bliss of Wealth kita bersyukur kerana berbahagia dengan kekayaan yang ada digunakan dengan betul. Dalam The Bliss of Being Debtless pula kita bersyukur kerana tidak berhutang kepada sesiapapun dan dalam The Bliss of Blamelessness kesyukuran memperoleh kepuasan yang diperoleh dari perbuatan, perbicaraan dan fikiran yang betul yang tidak menyebabkan orang lain menderita dan rasa bebas daripada segala penderitaan. Kerana kebaikan Anathapindika menyokong perkembangan ajaran Buddha dan melibatkan diri dengan aktif dalam usaha-usaha perkembangan Dhamma, dia dilantik oleh Buddha sebagai Ketua Penyokong Penganut-penganut Agama Buddha. Isteri dan tiga orang anak perempuannya dan seorang anak lelakinya juga mendengar Dhamma dan pada akhirnya menjadi Sotapanna. Anathapindika mengikuti segala khutbahan Buddha dari Yang Berbahagia Sariputta sehingga meninggal dunia. Dia dilahirkan semula (reincarnation) di syurga Tusita. Visakha merupakan anak perempuan seorang Bangsawan di Bhaddiya, di negeri Anga. Pada umur tujuh tahun, dia sudah mendengar Dhamma dari Buddha dan mencapai Sotapanna. Dia menjadi seorang yang baik dan beriman, kuat kepada pemegangan ajaran agama. Semasa umurnya lima belas tahun dia dikahwinkan dengan Punnavaddhana, sorang anak orang kaya Migara, dari Savatthi. Melalui akal fikiran dan kesabarannya dia berjaya menjadikan keluarga mertuanya sebagai keluarga Buddhis. Ayah mertuanya yang tidak suka kepada penglibatannya dalam kegiatan keagamaan merupakan orang pertama menjadi Sotapanna dalam keluarganya. Sejak itu dia mendapat kebebasan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti keagamaan yang dia suka. Visakha mendirikan sebuah Vihara yang dinamakan Pubbarama di sebelah timur Savatthi yang dicadangkan oleh Buddha. Di sini Buddha menghabiskan enam musim hujanNya(Vassana). Visakha menjadi pengikut dan penyokong wanita yang paling utama. Sebagai seorang wanita, Visakha banyak melibatkan diri dalam aktiviti berhubungan Sasana dan dia pernah diarah oleh Buddha untuk menyelesaikan dan memberi pandangannya tentang perselisihan faham yang timbul di kalangan Bhikkuni. Sesetengah daripada peraturan yang diadakan terhadap Bhikkuni adalah sumbangan buah fikirannya (Vinaya). Satu daripada khutbahan Buddha semasa berada di Vihara Pubbarama ialah mengenai lapan kualiti yang seharusnya mesti ada pada setiap wanita yang boleh memberi kebaikan dan kebahagiaannya di dunia sekarang dan akan datang. Yakni; seorang wanita perlu:
melalui tingkah-laku yang baik, sopan-santun, berbudi bahasa dalam percakapannya, taat dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya, belas kasihan kepada yang kurang bernasib baik dan layanan yang baik daripadanya menyebabkan semua orang sukakannya. Dia meninggal setelah mencapai usia 120 tahun. Buddha menjalankan tugasNya dengan sistematik mengikut rancangan yang telah disediakan. Sepanjang hari Buddha menyempurnakan tugas-tugas agama kecuali masa-masa tertentu digunakan untuk memenuhi keperluan fizikalNya. Buddha juga mengkhutbahkan AjaranNya pada masa-masa tertentu, perhatianNya lebih kepada meningkatkan moral orang ramai. Buddha sudah mencapai Pencerahan dan usaha-usahaNya adalah untuk membolehkan orang mencapai Pencerahan juga. Masa sehariNya dibahagikan kepada 5 bahagian; yakni: 1) sebelum tengah hari; 2) tengah hari, 3) Kala Pertama (First Watch); 4) Kala Tengah (The Middle Watch) dan 5) Kala Akhir (Last Watch). Sessi Sebelum Tengah Hari (4.00 pagi 12.00 tengah hari) Setelah bangun dari tidur pada pukul empat pagi Buddha duduk bersamadhi/bertafakur selama satu jam. Melalui mata hati (Divine Eye) Buddha melihat siapa yang memerlukan pertolonganNya. Sekiranya terdapat orang yang memerlukan pertolonganNya Buddha akan pergi menolong mereka tanpa dijemput dan dalam keadaan tertentu Buddha hanya menggunakan kuasa sakti untuk memandu mereka ke jalan yang benar. Pada pukul enam pagi, Buddha dengan mangkukNya pergi menerima dana makanan (pindapatta) di bandar yang berdekatan. Adakala orang menjemputNya makan tengah hari, Buddha pergi ke tempat jemputan. Buddha menghabiskan makananNya sebelum tengah hari. Selepas makan tengah hari, Buddha mengadakan pengkhutbahan ringkas kepada penganut-penganutNya, Buddha menyentuh tentang Tiga Permata dan Lima Peraturan (Panca Sila). Sekiranya pendengar itu sudah matang dalam Ajaran Buddha, Buddha akan menerangkan mengenai Jalan Kesucian. Jika ada yang ingin menganut Agama Buddha, Buddha menganutinya. Sessi Tengah hari (12.00 tengah hari 6.00 petang) Buddha berhadapan dengan Bhikku-Bhikku, sama ada memberi ceramah mengenai Dhamma atau dijadikan sesi soal-jawab jika mereka mempunyai pertanyaan atau masalah. Buddha juga menerangkan kepada mereka tentang meditasi/samadhi/tafakur. Setelah itu Buddha pergi ke bilikNya melakukan meditasi dan melalui Mata HatiNya, Buddha melihat sekeliling sama ada ada atau tidak yang perlu ditolongNya. Jika terdapat orang memerlukan bantuanNya, Buddha akan pergi, jika tidak Buddha akan memberi ceramah Dhamma kepada penganut-penganutNya yang sentiasa ada menungguNya di dewan, di Vihara, untuk mendengar ceramahNya. Cara pengajaran Dhamma Buddha adalah setiap yang mengikutinya seolah-olah mendapat pengajaran yang berasingan berdasarkan peringkat pendedahan yang sudah ada pada mereka. Kala Pertama (The First Watch) (6.00 petang 10.00 malam) Dalam jangka waktu ini khas untuk Bhikku menemui Buddha untuk mengemukakan apa-apa keliruan atau tidak faham akan sesuatu Ajaran atau ceramah yang telah diikuti mereka dan mendengar Dhamma daripada Buddha. Kala Tengah (The Middle Watch) (10.00 malam 2.00 pagi) Tempoh masa ini untuk makhluk-makhluk halus seperti Dewa-dewa, brahmin menemui Buddha dan menanyakan soalan-soalan mengenai Dhamma. Pertanyaan dan jawapan dicatatkan dalam Samyutta Nikaya. Kala Akhir (The Last Watch) (2.00am 4.00am) Dari pukul dua pagi hingga tiga pagi Buddha berjalan ke sana ke mari untuk membuat latihan fizikal (Cankamana). Dari pukul tiga hingga empat pagi, Buddha tidur dengan berbaring sebelah kanan badanNya. Dari pukul empat hingga lima pagi Buddha menikmati Kesyukuran Nibbana. Dari pukul lima hingga enam pagi Buddha melakukan meditasi Cinta-kasih Kepada Semua Makhluk (Loving-kindness Meditation). Sepanjang hari Buddha menghabiskan masaNya dengan menjalankan kerja-kerja ibadat. Buddha hanya tidur satu jam sehari sahaja. Dua jam pada tengah hari dan petang, Buddha melakukan meditasi Cinta-kasih. Buddha mendapatkan makanan dengan meminta sedekah dari rumah ke rumah dan dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa kesulitan. Buddha melakukannya selama lapan bulan setiap tahun sehinggalah mencapai usia 80 tahun. Pada usiaNya 80 tahun, Buddha menyedari bahawa masa pengembaraanNya akan berakhir kerana Buddha mulai merasakan badanNya lemah meskipun batinNya masih kuat lagi. Setelah menyedari diriNya tidak lama lagi akan hidup, Buddha mengambil keputusan untuk pergi ke utara ke Pergunungan Himalaya, dan meninggalkan Rajagaha bersama pengikut-pengikutNya. Pada musim Vassana di Veluva, Buddha jatuh sakit. Setelah Buddha rehat, Ananda berkata, "Aku telah melihat betapa seksanya Yang Berbahagia menderita. Aku harap Yang Berbahagia jangan wafat sekarang. Para Bhikku masih memerlukan bimbingan Yang Berbahagia." Buddha pula berkata, "Ananda, apakah yang diharapkan lagi oleh Bhikku daripada saya? Setiap mereka sudah mengetahui cara pelaksanaannya dan mereka seharusnya melatih sendiri semua yang mereka tahu sehingga mencapai Nibbana. Kini aku sudah berusia lanjut, tenagaku telah menyusut. Saat mangkatku telah dekat, usiaku sudah genap 80 tahun. Kalian harus berjuang sendiri dan carilah diri-sendiri tempat perlindungan. Hanya Bhikku yang bertekad melaksanakan Dhamma yang paling maju dalam sangha." Pada keesokan harinya, Buddha berasa lebih segar dan pergi menerima Pindapatta di Kota Vesali. Setelah balik dari Pindapatta, Buddha bersama Ananda pergi ke Capala Cetiya untuk berehat. Ananda menyiapkan tempat dudukNya. Buddha menyelidik tentang sebab dan keadaan parinibanna melalui mata hatiNya, didapati tinggal tiga bulan lagi Buddha akan parinibanna. Buddha menyuruh Ananda mengumpulkan semua Bhikku ke Vihara Mahavana. Buddha pun bersabda, "Kalian pengikutku, semua yang hidup akan menjadi tua dan meninggal. Berusahalah kalian dengan tekun. Tiga bulan dari sekarang, Yang Berbahagia akan sampai Parinibanna. Usiaku sudah lanjut, masaku sudah tiba meninggalkan kalian. Aku mendapat perlindungan dari diriku sendiri. Kalian mesti tekun melatih diri, berwaspada dan sentiasa berusaha memajukan dirimu, agar engkau dapat membebaskan dirimu daripada semua penderitaan dan samsara." Setelah mendengar kata-kata itu, semua pengikut yang hadir berasa sedih. Mereka secara beramai-ramai memberi penghormatan terakhir kepada Buddha. Kecuali seorang Bhikku yang tidak hadir iaitu Dhammarama. Buddha menyuruh Dhammarama menemuiNya dan beri sebab mengapa dia tidak bersama. Dhammarama mengatakan dia tidak hadir kerana dia mengetahui yang Buddha akan meninggalkan mereka tidak lama lagi, maka dia mahu mencapai Pencerahan dan menjadi Arahant sebelum Buddha mangkat. Dia berfikir, dengan cara itu dia boleh memberi penghormatanNya kepada Buddha. Setelah mendengar penerangannya, Buddha memujinya dengan mengatakan, "Sadhu, Sadhu. Sesiapa yang menyanyangi saya patut ikut contohnya. Yang paling menghormati saya ialah orang yang paling banyak mengamalkan Ajaranku." Pada suatu hari Buddha bersama Ananda pergi menerima pindapatta di kota. Dalam perjalanan pulang, Buddha berkata kepada Ananda, "Ini adalah kali terakhir aku melihat Kota Vesali, Ananda! Mari kita ke desa Banda." Sesampai di Banda Buddha beristirehat sebentar dan mengajar Dhamma kepada penduduk di situ. Selepas itu Buddha bersama pengikutNya pergi ke Hatthi, Amba dan Jambu. Akhirnya Buddha sampai ke Kota Bhaga. Buddha meneruskan perjalananNya hingga sampai di Pava dan beristirehat di kebun mangga yang dimiliki oleh Cunda Kumaraputta. Setelah Cunda mengetahui Buddha datang, dia dengan tidak membuang masa lagi pergi menemui Buddha. Setelah mendengar khutbahan Buddha, Cunda menjemput Buddha dan pengikut-pengikutNya ke rumahnya untuk makan tengah hari pada keesokan harinya. Cunda pun menyediakan dua jenis makanan iaitu makanan yang lembut dan makanan yang keras. Dia juga menyediakan SUKARAMADDAVA dengan banyaknya. Setelah siap dia pun berkata, "Masa sudah tiba, Yang Berbahagia untuk makan." Buddha dan pengikut-pengikutNya membawa mangkuk masing-masing dan mula makan. Buddha mengarahkan Cunda, "Cunda, hidangkan saya Sukaramaddava (sejenis cendawan beracun) dan hidangkan makanan lembut dan keras kepada pengikut-pengikutKu!" Cunda buat apa yang disuruh. Kemudian Buddha menyuruh Cundda buangkan Sukaramaddava yang lebih itu dengan menimbuskan ke dalam lubang. Buddha mengatakan sesiapa yang makan cendawan ini, ianya sangat sukar dihadam. Cunda menimbuskan cendawan yang selebih itu ke dalam lubang. Selepas itu Buddha mengajar Dhamma. Selepas makan, Buddha berasa sakit perut dan sakit dahulunya dirasai pula. Kerana kekuatan semangatNya Buddha dapat menghindari sakit itu. Menahan sakitNya, Buddha mengajak Ananda meneruskan perjalanan mereka ke Kusinara. Pada masa itu terdapat seorang pertapa yang bernama Subhadda yang telah dapat tahu yang Pertapa Gotama telah mencapai Pencerahan sekarang berada di Hutan Sala Upavattana di Mallas. Subhadda ingin bertemu dengan Buddha dan pergi ke tempat Buddha berada tetapi Ananda tidak membenarkannya menemui Buddha kerana Buddha perlu rehat dan tidak boleh diganggu, fikir Ananda. Subhadda cuba dua tiga kali meminta izin diketemukannya dengan Buddha, tetapi tidak diizinkan oleh Ananda memandangkan Buddha tidak sihat dan perlu rehat. Tetapi percakapan mereka akhirnya didengari oleh Buddha, lantas Buddha mengarahkan Ananda membenarkan Subhadda menemuiNya. Subhadda mengemukakan pelbagai soalan mengenai Dhamma. Akhirnya Subhadda menganuti Agama Buddha dan mencapai Arahant setelah itu. Subhadda merupakan orang terakhir dianutkan oleh Buddha. Selepas Subhadda pergi, Buddha bersabda kepada Ananda, "Ananda, apa sahaja ajaran dan peraturan yang diajar dan yang saya khutbahkan akan menjadi gurumu apabila saya pergi." Kemudian Buddha bersabda kepada pengikut-pengikutNya, "Kalian pengikutku, jika ada apa-apa keraguan dan kekeliruan mengenai Buddha, AjaranNya, Order( hukum) dan AmalanNya, sila kemukakan sekarang dan jangan berubah fikiran selepas ini kerana sekarang kalian boleh bersemuka dengan Guru Kalian." Setelah itu tidak ada seorang pun pengikutNya menanya apa-apa soalan. Buddha ulangi pertanyaanNya sehingga tiga kali, juga tidak ada yang menyoalNya. Buddha berkata lagi; "Mungkin kerana menghormati guru, kalian tidak berani mengemukakan apa-apa soalan? Biar kita berterus-terang sebagai sahabat, penganutku." Tetapi masih tidak ada yang bertanya. Kemudian Ananda berkata kepada Buddha, "Sungguh ajaib, Yang Berbahagia, sungguh ajaib, Yang Berbahagia! Saya sangat senang hati bersama dengan penganut-penganut ini. Tiada seorang pun pengikut-pengikut ini mempunyai keraguan dan kekeliruan mengenai Buddha, AjaranNya, HukumNya dan AmalanNya." Buddha bersabda, "Awak bercakap berdasarkan kebenaran, Ananda. Memang pada pengetahuan Yang Berbakat, kumpulan pengikut-pengikut ini tidak mempunyai apa-apa kekeliruan atau keraguan tentang Buddha, AjaranNya, HukumNya dan AmalanNya. Daripada lima ratus orang pengikut di sini, Anandalah orang yang terakhir akan mencapai Pencerahan dan menjadi Arahant." Kemudian Buddha bersabda lagi buat kali terakhir, "Bersabarlah kalian pengikutku, saya membosankan engkau, setiap yang wujud akan musnah. Terus berjuang dengan tekun." Itulah kata-kata terakhir Buddha. Buddha berbaring secara bersisi (bahagian kanan badanNya) di atas sofa yang terletak di antara dua pokok sala yang besar di rumpunan pokok-pokok sala di Upavattana. Penganut-penganutNya duduk di sekelilingNya. Sebelum menghembuskan nafas terakhirNya, Buddha terlebih dahulu menumpukan fikiranNya (mental concentration) yang dinamakan Jhana. Buddha melalui empat peringkat Jhana dan diikuti oleh: Akasanancayatana (Realm of Infinity of Space) Vinnanancaya (Realm of Infinity of Consciousness) Akincannayatana (Realm of Nothingness) Neva Sanna N Asannayatana (The Realm of Neither Perception nor Non-Perception) Sannavedayita-Nirodha (The Cessation of Perception and Sensations) Buddha kemudian melalui empat peringkat Arupa Jhana, empat peringkat Rupa Ajhana dan selepas itu Buddha mangkat. Buddha adalah seorang manusia yang UNIK. Buddha merupakan pengasas kepada pemikir, seorang penceramah yang baik, seorang pekerja yang paling ringan tulang, seorang pembawa pembaharuan yang berjaya, seorang yang pengasih lagi penyabar, seorang pentadbir yang paling cekap dan yang paling agung ialah seorang yang paling suci. Pada peringkat awal, Nya meninggal hidup duniawi, Nya pergi mencari nasihat daripada guru-guru yang terkenal, tetapi cara luar ini tidak dapat Nya memperolehi apa yang dicari. Keadaan-keadaan memaksaNya untuk berfikir sendiri dan mencari dari dalam diriNya. Nya mencari, memikir, membayangkan, akhirnya, Nya mencapai matlamatNya. Setelah menjumpai Kebenaran, Nya membuka Pintu Keabdian kepada semua yang ingin mendengarNya dan mencari kebebasan diri daripada Samsara. Nya mengetahui semua mesti diketahui dan Nya berusaha sendiri mendapat kunci pengetahuan itu. Apa yang diajarNya hanya sebahagian kecil daripada apa yang Nya ketahui. Nya hanya mengajar apa yang perlu untuk kebebasan kita. Pernah pada satu ketika, Buddha berkata kepada Bhikku-bhikkuNya semasa berada di hutan dengan menggenggam daun-daun di tanganNya. "Wahai kalian Bhikku, apa yang saya ajar kepada kalian hanya sebanyak daun-daun yang saya genggam ini. Apa yang saya tidak ajar kepada kalian, sebanyak daun-daun yang ada dalam hutan ini." Pada setiap hari Buddha mengajar AjaranNya kepada Sangha dan penganut- penganut-penganutNya. Sebelum tengahari, Nya pergi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolonganNya dan selepas sahaja makan tengahari, Nya mengajar dan mengarah sanghaNya. Pada awal petang, Nya memberi ceramah kepada penganut-penganut Agama Buddha yang mahukan ceramahNya, diikuti pula dengan ceramahan kepada Sangha dan dewa-dewa serta makhluk halus di sebelah malamnya. Di samping mengamalkan apa yang diajar, Nya berusaha tidak berhenti-henti untuk 45 tahun lamanya untuk kebahagiaan dan kebaikan umat sehinggalah Nya menemui ajal. Buddha menentang sistem kasta yang wujud pada zamanNya kerana bagi pendapatNya, sistem kasta inilah yang menghalang perkembangan manusia. Dalam pendapatNya, Buddha berkata; "By birth is not one an outcast, By birth is not one a Brahman, By deeds is one an outcast, By deeds is one a Brahman." Dengan cara bijak dan berkesan Buddha membasmikan sistem kasta yang wujud/diamalkan oleh masyarakat setempatNya. Kasta atau warna kulit seseorang tidak menjadi ukuran kepada seseorang untuk menjadi penganut Agama Buddha atau menjadi Sami. Semua orang layak/bebas untuk menjadi sami, tanpa mengira warna kulit atau kasta, mereka menerima layanan, keistimewaan dan kedudukan pangkat sami yang sama. Buddha juga orang yang pertama menghapuskan sistem perhambaan dalam dunia. Buddha menaikkan kedudukan taraf kaum wanita dan menyedarkan mereka akan kepentingan kaum wanita dalam masyarakat. Buddha tidak memandang rendah atau hina terhadap kaum wanita tetapi menganggapkan kaum wanita itu pada semulajadinya lemah. Bagi Buddha, jantina bukan faktor penghalang bagi seseorang untuk mencapai kesucian. Buddha dianggapkan sebagai kaum-ibu. Sebagai seorang ibu, wanita diletakkan di kedudukan yang terhormat dalam Ajaran Agama Buddha. Sebagai seorang isteri pula, wanita/isteri dianggapkan sebagai sahabat karib suami. Buddha menyamakan taraf kaum wanita dengan kaum lelaki, ini terbukti di mana Buddha juga mengadakan Order untuk Bhikkuni dan melantik dua orang Ketua Penganut-penganut wanita iaitu Arahant Khema dan Uppalavanna. Sebelum Buddha, wanita tidak dianggap penting. Setelah adanya order untuk Bhikkuni, taraf wanita dinaikkan dan wanita diletakkan pada satu taraf yang sama tidak kira kastanya. Bertolak Ansur Kepada Binatang Buddha yang penyayang dan bertolak ansur bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga kepada binatang. Buddha mengharamkan pengorbanan binatang oleh manusia dan menggalakkan penganut-penganut agama Buddha mengembangkan Cinta-kasih (loving-kindness) mereka kepada binatang-binatang. Oleh sebab nyawa sesuatu makhluk sangat berharga, manusia tidak ada kuasa/hak untuk memusnahkan nyawa/hidup binatang-binatang walaupun untuk mengisi perutnya. KecekapanNya mengurus dan mengekalkan disiplin di kalangan pengikut-pengikutNya dalam jumlah yang tidak terkira ramainya terutamanya Bhikku dan Bhikkuni, terbukti betapa tingginya kebolehanNya mentadbir. Sifat yang istimewa Buddha ialah kemurnian dan kesucianNya. Buddha sungguh murni dan sungguh suci sehinggakan Buddha digelar yang tersuci daripada yang tersuci. HidupNya tidak ada noda. Buddha menjadi teladan kepada segala yang diajarNya. Tidak pernah Buddha melakukan/memaparkan kelemahan moralNya. Sesiapa sahaja yang mengenaliNya, atau berhubung denganNya, akan mengaku kebesaran dan keagunganNya dan dengan mudah tertarik dan kagum dengan keperibadianNya. Kemahuan, kebijaksanaan, belas-kasihan, perkhidmatan, kemurnian, teladan hidup peribadiNya dan cara-caraNya merupakan faktor-faktor yang digunakan menyebar Dhamma dan merupakan faktor-faktor yang menjadikan Buddha sebagai seorang guru Agama yang paling Agung yang pernah wujud dalam dunia ini. Penganut agama Hindu menghormati Buddha sebagai penjelmaan semula Vishnu. Penganut Agama Kristian menganggap Buddha sebagai Saint Joseph. Para penganut Islam menganggap Buddha sebagai Guru Agama. Ahli fikir terkenal H.G Wells, meletakkan Buddha pada tempat pertama dalam senarai tujuh orang terkemuka dalam dunia. Peminat Buddha seorang rakyat Russia, Fausboll mengatakan, "Semakin saya mengenalinya, semakin saya mencintainya." Bab 20: Mesyuarat Buddhis (Sangayanas) Mesyuarat Pertama (The First Council/Sangayana) Buddha wafat pada umur 80 tahun pada hari bulan purnama Vesak. KewafatanNya merupakan satu kehilangan besar. Keseluruhan penganut dan pengikutNya sedih dan menangis atas pemergianNya, kecuali seorang Bhikku yang bernama Subhadda, yang menjadi Bhikku semasa usia tuanya sahaja yang gembira dengan pemergian Buddha. Dia berkata, "Jangan tangis dan jangan sedih, saudara-saudara sekalian, sekarang kita bebas daripadaNya. Nya sentiasa membuat kita risau kerana Nya sentiasa mengatakan, "Yang ini boleh, yang itu tidak sesuai." Sekarang kita sudah bebas untuk melakukan apa saja kita suka." Kata-kata yang tidak disangka-sangka datang dari seorang pengikut Buddha sendiri selepas beberapa minggu kewafatan Buddha amat dikesali. Peristiwa ini mendorong Ketua Penganut Agama Buddha yang Ketiga iaitu Yang Berbahagia Maha Kassapa menganjurkan satu mesyuarat Arahant-arahant untuk melindungi dan memelihara Ajaran Buddha (Sasana). Semua sangha diberitahu dan Raja Ajatasattu juga dimaklumkan akan niat/rancangan itu. Raja Ajatasattu pun menyiapkan tempat untuk perhimpunan sangha di pintu masuk Gua Sattapanni di Rajagaha. Sebanyak 500 tempat disiapkan untuk 499 Arahant yang dijemput ke majlis itu. Satu tempat lagi untuk Ananda, pada masa itu baru mencapai peringkat Sotapanna. Pada hari mesyuarat itu Ananda berjaya mencapai peringkat Arahant dan menghadiri mesyuarat itu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Kassapa. Yang Berbahagia Upali ditugaskan untuk membaca Vinaya dan Yang Berbahagia Ananda ditugaskan untuk membaca Dhamma. Mesyuarat pertama ini diadakan tiga bulan selepas kemangkatan Buddha. Pengumpulan semua Ajaran Buddha dalam mesyuarat pertama ini berlanjutan selama tujuh bulan. Semua yang ada dibukukan dan dipanggil TIPITAKA atau KITAB SUCI Buddha (three baskets). Kitab suci ini terdiri daripada tiga bahagian yakni;
terbahagi kepada lima buah buku iaitu:
dibahagikan kepada tujuh buah buku:
Kesemua sekali Tipitaka (Vinaya, Sutta, Abbidhamma) mengandungi 31 buah buku. Kitab suci (TIPITAKA) pertama kali dituliskan di Aluvihara di Sri Lanka pada tahun 80 S.M. semasa zaman pemerintahan Raja Vatthagamani Abhaya. Kitab suci ini tujuh kali lebih besar daripada saiz Kitab Injil, Kristian. Mesyuarat Kedua (The Second Council) Mesyuarat kedua diadakan di Vesali, pada tahun ke-10 pemerintahan Raja Kalasoka dan 100 tahun selepas Parinibbana Buddha. Mesyuarat ini berlanjutan selama 8 bulan dan dihadiri oleh 700 orang Arahant. Mesyuarat kedua ini diadakan untuk membahaskan tentang 10 perkara yang diragui dan ianya dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Sabbakami dan Raja Kalasoka sebagai Penaung diRaja. 10 perkara berikut yang diakui tidak salah oleh Bhikku-bhikku dari Vaiji, jika dipraktikkan;
Kesemua di atas adalah salah dari segi Hukum Vinaya (Peraturan Sami). Maka Bhikku tidak boleh mempraktikkannya. Mesyuarat Ketiga (The Third Council) Selepas 236 tahun sesudah kewafatan Buddha, sekali lagi mesyuarat antara Arahant di Asokarama di Pataliputra yang dihadiri oleh 1000 orang Arahant untuk membincangkan dan menghindari penyelewengan yang berlaku ke atas Sasana. Di bawah naungan Raja Dharmasoka, Agama Buddha berkembang maju dan lebih ramai mazhab asing menyertai Sangha serta mencemarkan Sasana melalui pandangan sesat dan cara hidup yang hina. Menyedari akan Sasana dicemari oleh golongan ini, Yang Berbahagia Moggaliputta Tissa mengelakkan diri daripada merasmikan Upacara Uposatha ke atas sangha selama tujuh tahun. Raja Dharmasoka fikir sudah sampai masanya untuk menyelesaikan segala kekeliruan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh para sami yang mencemari Sasana. Dalam itu Raja menjemput Yang Berbahagia Moggaliputta Tissa untuk ke Pataliputra. Persetujuan dicapai di mana setiap Bhikku diuji dan Bhikku yang difikir tidak diingini digugurkan daripada kumpulan sangha. Bhikku yang terpilih perlu menjalani percubaan selama tujuh tahun sebelum dia dirasmikan dalam upacara Upasatha.
R E N U N G A N
|
Kembali ke Laman Utama |