|
KARMA - 2 Penjelasan
1. Pendahuluan Karma/Kamma adalah konsep yang penting, susah difahami dan mudah mengelirukan. Di sini ingin saya mengemukan 2 erti bagi konsep karma ini. Erti yang pertama ialah karma membawa makna kekuatan kelakuan dan erti yang kedua ialah karma vipaka atau sebab akibat.
2. Kekuatan kelakuan Mengikut Ajaran Buddha, mano/mind/minda/citta adalah kunci yang pertama, sebab mano akan membuat pemikiran setelah dimotivasikan, kemudian membuat keputusan. Keputusan itu diperlihatkan dari sama ada kelakuan melalui perkataan atau badan kita. Karma = mano + badan atau percakapan Kekuatan kelakuan ini tidak semestinya terhad kepada kelakuan yang lampau, ia termasuk juga kelakuan sekarang dan yang akan datang.
3. Karma vipaka Karma -----------> vipaka Benih yang baik --------> buah yang baik atau sebaliknya
4. Jenis a) Karma tetap dan tidak tetap Karma tetap di sini bererti karma yang susah boleh ubah misalnya membunuh ibubapa. Karma tidak tetap adalah karma yang boleh ubah. Jangan kira karma tetap atau tidak, yang menentukannya adalah kita. Misalnya: karma tetap ---> vipaka tetap. Jika diberi masa yang cukup untuk mempraktikkan sila, samadhi dan prajna/panny, karma tetap itu akan menjadi tidak tetap. Ini seperti banyak garam dicurahkan ke sungai yang besar, tidak terasa masinnya. Jika masa tidak mencukupi, mesti akan dapat balasannya; seperti banyak garam dimasukkan ke dalam cawan.
b) Karma kongsi atau tidak kongsi Karma kongsi bermakna vipaka juga kongsi. Vipaka yang mempengaruhi sendiri disebut vipaka tidak kongsi, misalnya ada yang cantik, cerdik dll. Vipaka kongsi adalah vipaka yang mempengaruhi orang lain. Misalnya gemba bumi, banjir dll. Dalam karma kongsi ada pula karma tidak kongsi, misalnya banjir berlaku di suatu tempat, ada yang sempat lari dan ada yang tidak. Dalam karma tidak kongsi ada pula karma kongsi, misalnya walaupun tidak sekaum, tetapi kita akan mati juga. Kelakuan yang baik atau jahat akan mempengaruhi kedua-dua pihak, diri sendiri dan orang lain. 5. Punca karma Karma berpunca daripada 3 sebab: hawa nafsu (ketamakan), kebencian dan kejahilan. Kita terpaksa menggunakan sila, samadhi dan panna untuk mengatasi ketiga-tiga sebab itu.
6. Di mana karma Karma tidak dapat dilihat sama seperti buah mangga tidak tersimpan di dalam dahannya. Karma akan muncul atau manifes hanya pada masa yang betul dan suasana yang sesuai.
7. Tiga jenis vipaka yang dipengaruhi oleh masa a) Drsta-dharma-vedaniya-karma = mendapat balasan sekarang b) Upapadaya-vedaniya-karma = mendapat balasan di kehidupan yang akan datang. c) Apara-paryaya-vedaniya-karma = mendapat balasan pada 2 atau lebih kehidupan akan datang. Misalan: tanah buah-buahan. Ada yang berhasil dalam tahun ini, ada yang berhasil dalam masa 3 tahun dll. Ada 2 sebab yang menentukan hasil itu: a) kekuatan karma berlainan b) kekuatan syarat-syarat menolong (nidana) berlainan Karma ------------------------------> vipaka syarat-syarat menolong (Nidana) Misal: benih papaya ------> buah papaya syarat-syarat menolong ialah: tanah, ruangan, masa, cahaya matahari, udara, air, serangga membawa debunga dan baja. Apabila syarat-syarat ini mencukupi, maka benih akan bercambah, berakar, berdaun, berbunga dan berbuah. Perlu diingat : Apabila salah satu daripada syarat-syarat di atas diganggu/dikurangkan, maka vipaka tidak akan berlaku, atau vipaka berkuatkuasa dengan bukan sepenuhnya. Ye dharma hetuprabhava Tesam ca yo nirodho
8. Pengajaran daripada pemahaman terhadap Kamma a) Mendapat balasan kerana sendiri yang melakukannya, bukan dari kuasa luar. Ia mengajar kita supaya lebih bertanggungjawab ke atas kelakuan kita sendiri. b) Mempunyai peluang yang sama bukan istimewa. Bukan Brahmana kaum yang terpilih. c) Mempunyai harapan: walaupun kita telah membuat jahat, tetapi kita rajin membuat baik, yang baik dapat menutupi yang jahat, misal: rajin bertanam, memberi baja, walaupun ada rumput, tetapi tidak banyak mempengaruhi pertubuhannya. Kalau boleh menguasai nidana (syarat), maka kita boleh menguasai vipakanya. d) Balasan tetap ada. e) Penerangan kepada penderitaan, nasib atau takdir, ketidaksamaan manusia. f) Sesuatu yang berlaku tentu ada hetu (sebab). Kemalangan adalah kelalaian. g) Berdikari dan keyakinan serta kekuatan diri. h) Marilah kita memilih hetu yang terbaik, dicampurkan dengan nidana yang tersesuai untuk menghasilkan vipaka yang terunggul.
Rujukan: 1. A manual of Buddhism, Ven. Narada Thera, M.S.76-85 2. The Buddha & His Teachings, Ven. Narada Thera,M.S.349-391 3. Pengenalan kepada Buddhisme, M.S.51-53 Disediakan Oleh POH KIM HEE 10/12/87 |