Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

RIWAYAT HIDUP SAKYAMUNI BUDDHA - FAKTA-FAKTA RINGKAS

  1. Nama:
  • Kaum: Sakya
  • Keluarga: Gotama (P), Gautama (S)
  • Sendiri: Siddhattha (P), Siddhartha (S)
  • Setelah Pencerahan: Sakyamuni Buddha.
  1. Tempat lahir:
  • India Tengah. Kapilavatthu(P), Kapilavastu(S). Di Taman Lumbini(S).

  1. Ahli keluarga :
  • Bapa: Raja Suddhodana
  • Ibu: Permaisuri Maha Maya
  • Ibu tiri: Permaisuri Maha Pajapati Gotami
  • Isteri: Yasodhara
  • Anak: Rahula
  1. Tahun lahir :
  • 623SM (WORLD FELLOWSHIP OF BUDDHISTS, 1950, COLOMBIA,SRI LANKA.)

5. Motif untuk mendapatkan Pencerahan :

  • Apa yang ternampak di kalangan manusia :

- Masalah perkauman: Brahmana, Ksatriya, Vaisya dan Sudra.

- Tiada keadilan.

  • Apa yang ternampak di sawah padi :

- Masalah organisme: Petani merotan lembu. Lembu mengeluarkan serangga dan cacing dari tanah. Burung-burung makan serangga dan cacing.

- Organisme hidup dengan bunuh-membunuh di antara mereka.

  • Apa yang ternampak di 4 sudut di bandar :

- Masalah hidup: orang tua, pesakit dan mayat. Dukkha, Anicca.

- Seorang pertapa: gembira dan tenteram.

6. Meninggalkan keluarga dan mendapat Pencerahan :

  • Meninggalkan keluarga pada umur 29. Mempraktik cara melampau selama 6 tahun, kemudian mempraktik Jalan Tengah.
  • Mewndapat Pencerahan pada umur 35, 588SM.
  • Menyebar ajaranNya selama 45 tahun.

Dasar ajaran:

    1. KEADILAN: membasmi perkauman, taraf lelaki dan perempuan adalah sama, menegaskan dayausaha diri, tidak bergantung pada Tuhan.
    2. KEBEBASAN: menyoal
    3. CONTOH TAULADAN
    4. MENGAJAR MENGIKUT DAYA PENERIMA
    5. MENGHORMATI KELUARGA DAN NEGARA

7. Memasuki Nibbana (P), nirvana (S) di antara 2 batang pokok sala di Kusinagara pada umur 80, 543 SM. Kematian kerana diracun oleh Cunda? Mengikut Pali Tipitaka: Beliau makan Sukaramaddaya (sejenis cendawan yang susah dihadam).

8. Kesimpulan : a) Mendapat Pencerahan melalui manusia.

b) Memahami keadaan sekitar dengan lebih mendalam.

c) Menghormati Buddha.