1. MIMPI PERMAISURI
Pada zaman dahulu,
terdapat seorang Permaisuri yang cantik bernama MAHA MAYA. Pada suatu hari
permaisuri bermimpi.
Permaisuri bermimpi
baginda telah dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian,
permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu
terdapat sekuntum bunga teratai.
Gajah putih itu
berjalan mengelilingi permaisuri sebanyak 3 keliling, dan kemudian gajah itu
telah masuk ke dalam badan baginda dengan kuasa ajaib. Apabila permaisuri
terjaga daripada tidurnya, baginda membuat
keputusan hendak memberitahu
raja tentang mimpinya yang indah itu.
LATIHAN 1
Cari jawapan yang
betul, dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.
Bahagian A
1. Permaisuri
Maha Maya mimpikan
2. Permaisuri mimpikan baginda dibawa oleh dewa
3. Permaisuri ingin beritahu
Bahagian B
A. ke sebuah gunung yang tinggi.
B. gajah putih dengan bunga teratai.
C. Raja mengenai
mimpinya.
2. RAJA SUDDHODANA
Apabila permaisuri
bangun daripada tidur, baginda pun pergi berjumpa dengan raja. Nama raja ialah
RAJA SUDDHODANA. Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya tinggal di Bandar Kapilavathu.
Raja Suddhodana
adalah pemerintah kepada semua kaum Sakyas yang tinggal di India pada
zaman dahulu. Setelah mendengar
cerita mimpi Permaisuri Maha Maya, Raja
Suddhodana sangat terkejut. Tetapi baginda tidak tahu apa maksud mimpi itu.
Raja Suddhodana
bertanya kepada Permaisuri beberapa soalan mengenai mimpi permaisuri itu, tetapi permaisuri tidak tahu
maksud mimpinya itu. Oleh itu, baginda berdua rnembuat keputusan untuk
menanyakan hal itu kepada orang-orang bijaksana.
LATIHAN 2
Isikan tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah
1. Raja
________________________ adalah raja kepada kaum______________________.
2. Raja dan Permaisuri tinggal di
bandar___________________.
3. Apabila bangun dari tidur,
Permaisuri memberitahu kepada___________ mengenai mimpinya.
4. Baginda berdua membuat keputusan
untuk_________________________________________.
3. ORANG BIJAKSANA
Raja Suddhodana
menjemput 64 orang bijaksana ke istana. Baginda mahu menanyakan tentang mimpi
Permaisuri Maha Maya.
Dayang-dayang
menghiasi istana dengan cantiknya, dan menghamparkan tikar-tikar di lantai untuk
orang-orang bijaksana itu duduk. Mereka dihidangkan dengan makanan yang
lazat-lazat. Raja juga memberi banyak hadiah yang mahal-mahal kepada mereka.
Raja bertanya kepada
mereka tentang maksud mimpi permaisuri. Mereka meminta supaya Raja jangan
bimbang, kerana mereka meramalkan bahawa permaisuri akan melahirkan seorang
putera.
Mereka juga
mengatakan bahawa sekiranya putera raja tinggal di istana, baginda akan menjadi
seorang raja yang maha berkuasa dan jika putera raja meninggalkan istana,
baginda akan menjadi seorang Buddha.
LATIHAN 3
Cari jawapan yang
betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.
Bahagian A Bahagian B
1. Permaisuri Maha
Maya A. 64 orang bijakpandai.
2. Raja Suddhodana menjemput B.
baginda akan menjadi
Buddha
3. Orang bijakpandai mengatakan C.
Permaisuri akan melahirkan
seorang putera.
4. Jika putera raja D.
baginda akan menjadi
meninggalkan istana . seorang Yang Maha
Berkuasa.
5. Jika .putera raja tinggal di E. bermimpikan
seekor gajah
istana putih.
4. KELAHIRAN SEORANG
PUTERA
Sepuluh bulan selepas
permaisuri bermimpikan gajah putih, permaisuri meminta izin daripada
raja untuk menziarahlayahbondanya yang tinggal di
sebuah bandar lain.
Raja mengarahkan
rakyatnya supaya membaiki jalan-jalan yang menghubungi bandar Kapilavathu
dengan bandar Devadaha. Sepanjang
jalan dihiasi dengan
bendera berwarna-warni dan
bunga-bunga yang cantik. Permaisuri berangkat dengan diiringi oleh beribu-ribu
dayang-dayang dan askar-askar diraja.
Dalam perjalanannya,
rombongan diraja melalui Taman Lumbini. Permaisuri memerintahkan rombongan diraja berhenti untuk berehat di Taman
Lumbini. Semasa berada di Taman Lumbini, permaisuri memegang pada satu dahan
pokok Sala sambil berdiri; kemudian permaisuri melahirkan seorang putera.
Peristiwa yang aneh
berlaku di Taman Lumbini. Putera raja yang baru dilahirkan itu berjalan
sebanyak 7 langkah. Setiap langkah diikuti oleh penjelmaan sekuntum bunga teratai. Pada langkah ke
7, putera raja berkata, 'Betalah ketua dalam dunia’.
LATIHAN 4.
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah.
1. Taman yang cantik
tempat Permaisuri berehat bernama _____________________.
2. Sepuluh bulan selepas
permaisuri bermimpi, baginda meminta izin daripada
_________________________________________________________
3. Putera raja
dilahirkan semasa permaisuri sedang berdiri dan memegang _____________ pokok
__________.
4. Setelah dilahirkan,
putera raja berjalan ____ langkah dan setiap langkah diikuti oleh penjelmaan
__________________________
5. ASITA YANG
BIJAKSANA
Raja Suddhodana
mempunyai seorang sahabat. Sahabat baginda adalah seorang pertapa yang tua dan
bijak. Namanya ASITA. Asita tinggal di kaki Gunung Himalaya.
Pada suatu hari, Asita mendapat tahu bahawa raja sudah
mempunyai seorang putera. Dia mahu melihat putera raja, lalu pergi ke istana
pada keesokan harinya. Kedatangan Asita sangat menggembirakan raja.
Raja memakai pakaian
yang cantik kepada puteranya dan membawa puteranya itu menghampiri Asita. Ketika itu, kaki
putera raja tersentuh dahi Asita.
Asita terkejut; kemudian beliau menilik tanda-tanda yang ada
pada badan putera raja. Sesudah itu dia menyembah putera raja. Raja sangat
hairan mengapa Asita berbuat begitu dan baginda juga turut menyembah puteranya.
Kerana Asita seorang
yang bijak, beliau dapat menilik masa lampau putera raja itu. Asita mengatakan bahawa putera raja akan menjadi
Buddha pada suatu hari nanti. Ramalan ini membuatkan Asita gembira dan
tersenyum. Selepas itu, Asita menilik masa depan anak raja itu pula. Tiba-tiba
dia merasa sedih dan menangis kerana mengingatkan usianya yang sudah tua, dan
tidak sempat untuk mendengar ajaran Buddha nanti.
LATIHAN 5 .
Cari jawapan yang
betui dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.
Bahagian A
1. Asita tinggal di
2. Asita adalah seorang
3. Asita gembira
kerana
4. Asita dukacita
kerana
Bahagian B
A. putera raja akan
menjadi
seorang Buddha.
B. dia sudah tua dan
tidak
sernpat mendengar
ajaran Buddha.
C. kaki gunung Himalaya.
D. tua yang bijaksana.
E. kaki putera raja
tersentuh dahinya.
6. LAPAN ORANG
BIJAKSANA
Pada hari kelima
selepas kelahiran puteranya, Suddhodana
menjemput seramai 108 orang bijaksana ke istana untuk memilih nama yang sesuai
bagi putera baginda. Istana dihiasi dengan 5 jenis bunga dan diharumi dengan 4
jenis minyak wangi. Makanan yang
sedap-sedap dihidangkan kepada mereka.
Di antara 108 orang
bijaksana yang dijemput, lapan orang daripada mereka amat bijak. Tujuh orang daripada yang amat bijak itu
mengatakan ada dua kemungkinan akan berlaku
kepada putera raja iaitu; pertama, jika putera itu
meninggalkan istana, baginda
akan menjadi seorang guru yang maha agung iaitu auddha. Kedua, jika putera terus tinggal di istana, baginda akan menjadi Raja Yang Maha
Besar. Tetapi mereka tidak pasti kemungkinan
yang mana satu akan berlaku.
Tetapi seorang lagi
daripada yang 8 orang tadi, KONDANNA
mamanya, mengatakan putera raja akan menjadi Buddha; tidak lain daripada itu.
Kondanna juga berkata,
putera raja akan meninggalkan istana setelah melihat 4 perkara iaitu orang tua, orang sakit,
orang mati dan Bhikkhu. Pada akhirnya, putera raja diberi nama SIDDHARTHA
GAUTAMA, yang membawa makna ‘ Niat terkabul’
LATIHAN 6.
Tanda ( \/ )
bagi kenyataan yang betui dan
tanda ( X ) bagi kenyataan yang salah.
1. Raja menjemput 108
orang bijaksana ke istana untuk memilih nama untuk puteranya. ____( )
2. 7
orang bijaksana mengatakan putera raja pasti akan menjadi Raja Yang
MahaBesar.___( )
3. Kondanna mengatakan putera raja pasti akan
menjadi Buddha pada suatu hari nanti.____( )
4. Putera raja akan
meninggalkan istana apabila melihat 4 perkara.____________________( )
5. 108 orang
bijaksana meramalkan masa depan putera raja.________________________( )
7. PUTERA YANG BAIK
HATI
Pada hari ketujuh
selepas keputeraan Siddhartha Gautama, bondanya mangkat. Siddhartha dipelihara oleh bonda saudaranya yang bernama
Permaisuri PRAJAPATI GOTAMI. Permaisuri Prajapati Gotami menjaga dan membesarkan Siddhartha seperti
anaknya sendiri. Pada masa
itu juga Permaisuri seperti anakriya
sendiri. Pada masa itu juga Prajapati Gotami melahirkan seorang putera bernama
NANDA.
Putera Siddhartha
seorang yang baik hati, baginda sangat menyanyangi semua jenis binatang dan
berbaik-baik dengan semua orang.
Putera Siddhartha adalah
seorang yang tampan
dan sentiasa senyum.
Putera Siddhartha
berasa belas kasihan..melihat petani-petani
membajak tanah dengan Kerbau di tengah panas. Putera ini juga melihat
bagaimana seekor cicak memakan semut, dan bagaimana cicak dimakan
oleh ular, dan
bagaimana pula ular dimakan oleh burung. Putera juga melihat
bagaimana burung besar mengejar burung kecil dan burung-burung mengejar kupu-kupu. Putera Siddhartha berasa sangat sedih apabila melihat
binatang-binatang berbunuhan sesama sendiri.
Pada suatu hari,
putera Siddhartha. melihat seorang
petani memajak sawah dan tergali
keluar katak dan ular. Petani itu mengumpulkan katak tersebut untuk
dijadikan makanan, tetapi ular
dibunuh dan dibuang.
Putera itu merasa sedih melihat manusia membunuh binatang
seperti itu. Oleh itu
putera raja mula berfikir,
mengapa binatang berbunuhan sesama sendiri dan mengapa semua yang hidup
mesti mati?
LATIHAN 7
Jawab soalan-soalan
berikut:
1. Bilakah bonda Siddhartha mangkat?
___________________________________________________________________________
2. Siapakah yang menjaga Putera Siddhartha?
___________________________________________________________________________
3. Siapakah ananda?
___________________________________________________________________________
4. Mengapa Putera Siddhartha berasa sedih?
___________________________________________________________________________
5. Apakah yang
difikirkan oleh Putera Siddhartha?
___________________________________________________________________________
8. ANGSA YANG CANTIK
Putera Siddhartha
seorang yang pengasih kepada semua binatang. Beliau akan merasa sedih jika
melihat ada binatang dianiaya. Pada suatu hari, putera itu duduk di bawah
sepohon pokok memerhatikan seekor
angsa sedang terbang dengan
riangnya. Dia merasa senang hati.
Tiba tiba angsa yang
cantik itu jatuh dari udara kepak kakinya. Putera itu terlihat sebilah anak panah terpacak pada sayap angsa itu. Angsa
itu luka di sayapnya. Putera
Siddhartha juga mengetahui anak panah itu kepunyaan
sepupunya, DEVADATTA, yang kejam itu. Putera siddhartha mengarnbil angsa itu
dan mengeluarkan anak panah pada
sayapnya dengan perlahan-lahan dan mengubati luka angsa
tersebut. Angsa itu tidak mati.
Selepas itu Devadattapun
sampai dan menuntut angsa itu daripada Siddhartha, tetapi putera Siddhartha
enggan memberikan angsa itu kepada Devadatta.
" Awak mesti
berikan angsa itu kepada saya, kerana
saya yang memanahnya", kata Devadatta kepada Siddhartha.
" Awak sangat
kejam, Devadatta. Saya tidak
akan berikan angsa ini kepada awak, kerana awak akan membunuhnya. Saya yang
menyelamatkan nyawa angsa ini. Adalah mudah untuk membunuh binatang tetapi
tidak mudah untuk menyelamatkan nyawa binatang. Angsa ini masih hidup, dengan
itu dia adalah kepunyaan
saya, bukan kepunyaan awak." kata Putera Siddhartha.
LATIHAN .8
1. Cari
jawapan yang betui dengan memadankan bahagian A dengan Bahagian B.
BAHAGIAN A
1. Devadatta adalah
2. Putera Siddhartha
adalah
3. Bonda Siddhartha
adalah
4. Selepas kemangkatan
bondanya, Putera Siddhartha dipelihara
BAHAGIAN B
A. Putera kepada Raja
Suhhhodana.
B. oleh bonda
saudaranya.
C. sepupu Putera
Siddhartha.
D. Permaisuri Maha Maya.
II. Susun peristiwa
berikut mengikut urutan dahulu kemudiannya
( )
A.108 orang bijaksana datang ke Istana untuk memilih nama kepada putera
raja.
( )
B. Asita Bijaksana datang melawat Raja Suddhodana.
( )
C. Raja Suddhodana menjemput 64 orang bijaksana datang ke istana.
( )
D. Permaisuri Maha Maya bermimpi tentang seekor gajah putih.
( )
E. Putera raja. dilahirkan di Taman Lumbini.
9. SAMADHI KALI
PERTAMA
Putera Siddhartha
seorang kanak-kanak yang bertimbang rasa. Beliau suka duduk di bawah pokok yang
indah di taman di dalam kawasan istana, melihat burung-burung dan
binatang-binatang. Baginda menyayangi kesernuanya. Putera Siddhartha akan
merasa sedih jika melihat sesiapa saja yang menganiaya binatang atau melihat
binatang dalam kesakitan.
Pada suatu hari, satu
perayaan membajak diadakan. Raja dan rakyatnya bersama-sama membajak tanah pada
hari perayaan itu. Mereka menanam untuk mendapatkan makanan.
Semasa seorang
petani, membajak tanah, dia tergali keluar katak-katak dan ular daripada tanah itu. Ada orang mengambil katak-katak
itu untuk dijadikan makanan tetapi ular dibunuh dan dibuang. Perbuatan itu
dilihat oleh putera raja, beliau sangat sedih lalu pergi ke pokok
epal dan duduk di situ. Putera Sidahartha duduk
bersila dengan kedua-dua tangan diletakkan ke hadapan. Baginda menutup mata dan
mengamati atau memerhatikan pernafasan sendiri. Putera raja bersamadhi.
Pada waktu tengahari,
matahari beralih dan bayang-bayang pokok juga berpindah ke arah lain. Tetapi
bayang pokok yang meneduh putera raja tidak berubah walaupun matahari sudah
berpindah. Ini merupakan satu perkara yang aneh. Semua orang merasa terkejut
melihat kejadian itu. Raja Suddhodana mengadap dan menyembah Putera Siddhartha
buat kali kedua. Kali pertama Raja menyembah Putera Siddhartha ialah semasa Asita
Bijaksana melawat baginda di istana.
LATIHAN 9.
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Apakah yang
menjadi kesukaan Putera Siddhartha?
________________________________________________________________
2. Adakah Putera
Siddhartha menyayangi binatang?
________________________________________________________________
3. Apakah yang
menyedihkan Putera Siddhartha?
________________________________________________________________
4. Peristiwa apakah yang
dikatakan aneh itu?
________________________________________________________________
10. PELAJAR YANG
PANDAI
Putera Siddhartha
juga pergi belajar di sekolah. Pada masa dahulu, sekolah tidak seperti sekolah
yang ada pada hari ini; tidak ada kerusi dan meja manakala bangunannya juga
tidak cantik. Murid-murid hanya duduk di
atas lantai atau
duduk di atas bangku semasa
belajar.
Putera Siddhartha
mempunyai seorang guru yang bijak bernama VISAVA MITRA. Visava Mitraialah
seorang guru yang baik hati dan mengetahui banyak ilmu. Putera Siddhartha pula
seorang pelajar yang pandai. Beliau dapat mengenali semua huruf dan dapat
mengeja semua perkataan. Oleh kerana
kepandaiannya, Visava Mitra sangat sukakannya dan bangga dengan kepandaian
Siddhartha.
Banyak yang
dipelajari Siddhartha. Siddliartha juga pandai berserta kuda dan gajah. Putera
itu juga belajar gusti, cara-cara mamanah, cara menggunakan lembing dan
lain-lain senjata. Walaupun Siddhartha pandai dalam semua permainan lasak dan
kasar, termasuk bermain senjata, tetapi dia tidak suka bermain permainan
tersebut. Beliau berpendapat bahawa bemain senjata dan permainan yang kasar akan mencederakan orang
lain. Putera Siddhartha baik hati dan berlemah-lembut kepada semua orang.
LATIHAN 10
Jawab soalan-soalan
berikut:
1. Siapa nama guru
Siddhartha yang bijak itu?
_________________________________________________________________________
2. Apa yang dipelajari
oleh Siddhartha?
_________________________________________________________________________
3. Apakah pendapat
Siddhartha tentang permainan kasar?
_________________________________________________________________________
4. Adakah putera
Siddhartha bersifat sombong?
_________________________________________________________________________
11. PUTERA RAJA YANG
SEGAK
Putera Siddhartha
sudah besar dan gagah perkasa, serta sangat pandai dalam pelajaran dan cergas
dalam bidang sukan. Semasa urnur putera Siddhartha 16 tahun. Raja Suddhodana
mengambil keputusan untuk mengahwinkan putera baginda. Tetapi Putera Siddhartha
ingin berkahwin dengan
sepupunya, Puteri YASODHARA.
Putera Siddhartha
sentiasa tinggal dalam istana sahaja. Orang ramai menganggap Putera Siddhartha tidak sesuai dikahwinkan dengan
Puteri Yasodhara, kerana beliau hanya menghiburkan diri sendiri saja di istana;
tidak pandai bermain senjata dan tidak pandai berperang. Mereka rnenyangka
putera Siddhartha tidak pandai memanah, tidak pandai menunggang kuda atau
bermain permainan yang kasar. Mereka fikir putera raja itu lemah. Walaupun begitu, putera Siddhartha tidak merasa kecil
hati apabila mengetahui tanggapan orang ramai terhadap dirinya, kerana dia
seorang yang baik hati.
Pada masa itu
terdapat ramai pemuda lain yang ingin mengahwini Puteri Yasodhara yang jelita
itu. Mereka pun bertemu dan mengadu kekuatan; dan sesiapa yang menang nanti kan
dapat berkahwin dengan Puteri yang jelita itu. Putera Siddhartha dapat memanah dengan jauh dan tidak ada orang yang
dapat mengalahkannya. Putera Siddhartha
juga menang dalam acara tinju, gusti
dan lain-lain permainan lagi. Putera Siddhartha menjadi johan dan
hadiahnya ialah Puteri Yasodhara.
LATIHAN 11
Isi tempat kosonq
dengan jawapan yang munasabah.
1. Raja Suddhodana
berpasangan dengan Permaisuri Maha Maya, Putera Siddhartha pula berpasangan
dengan _________________ .
2. Puteri Yasodhara
seorang yang jelita, dan Putera Siddhartha pula____________________.
3. Oranq rarnai
mengang-gap Putera Siddhartha seorang yang ________________________.
4. Pemuda-pemuda mengadu
kekuatan supaya boleh _______________________________.
5. Orang yang
menjadi johan dalam pertandingan itu
ialah ___________________________.
12. PERKAHWINAN
Putera Siddhartha
sangat cintakan Puteri Yasodhara; begitulah juga Puteri Yasodhara mencintai Putera Siddhartha. Puteri
Yasodhara merasa sungguh gembira kerana putera Siddhartha menjadi juara dalam perlawanan itu. Raja
Suddhodana mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka berdua.
Setiap orang bersiap
sedia untuk menghadiri perkahwinan itu. Perkahwinan diraja sungguh meriah dan
diadakan secara besar-besaran. Setiap orang memakai pakaian yang cantik-cantik
dan berwarna-warni. Istana pula dihiasi dengan berbagai-bagai perhiasan.
Terdapat banyak makanan yang sedap dan berzat dihidangkan. Muzik yang menarik
dimainkan. Setiap orang sangat suka hati dan ada yang menangis kerana terlalu
gembira.
Majlis perkahwinan
bermula dengan Putera Siddhartha
dan Puteri Yasodhara memegang
tangan. Air dicucuri di tangan mereka. Mereka berjalan mengelilingi api
sebanyak 3 keliling. Selepas
perkahwinan itu, kedua-duanya menjalani hidup
berumahtangga dengan bahagianya.
LATIHAN 12
A. Isi tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah.
1. Orang yang mengambil
keputusan untuk mengahwinkan Siddhartha
dengan Yasodhara ialah ___________________________________________.
2. Ada orang yang
menangis kerana terlalu __________________.
3. Majlis perkahwinan
dimulakan dengan Putera Siddhartha dan Puteri Yasodhara
_______________________________________________.
4. Mereka berjalan
mengelilingi _________ sebanyak 3 kali.
B. Susun
peristiwa-peristiwa berikut mengikut: urutan dahulu kemudiannya.
( ) A. Putera Siddhartha menjadi juara dalam
pertandingan
( ) B. Putera raja duduk di bawah pokok epal
bersamadhi.
( ) C. Putera Siddhartha mengahwini Puteri
Yasodhara.
( ) D. Asita Bijaksana melawat istana untuk
melihat putera.
13. TIGA BUAH ISTANA
Putera Siddhartha dan
Puteri Yasodhara hidup bahagia mereka berkahwin. Mereka memiliki apa saja yang mereka inginkan. Raja
Suddhodana membina 3buah istana bagi puteranya. Sebuah istana untuk digunakan
pada musim panas; sebuah lagi digunakan pada musim sejuk dan istana yang ketiga
untuk musim hujan.
Di dalam istana itu
dibIna 3 buah kolam yang ditanam dengan bunga teratai. Sebuah kolam ditanam
dengan bunga teratai warna biru, kolam kedua ditanam dengan bunga teratai
berwarna .putih dan yang
ketiga ditanam dengan
bunga teratai berwarna .
Putera Siddhartha
memakai baju yang diperbuat daripada kain-kain yang mahal dan memakai minyak
wangi yang. baik-baik. Malam dan siang
Putera Siddhartha dipayungkan untuk mengelakkan daripada terkena pancaran matahari, debu, embun dan sebagainya.
Pada musim hujan,
Putera Siddhartha tinggal di istana yang dibina khas untuk musim hujan. Di istana terdapat banyak
dayang-dayang menjaga dan melayaninya. Mereka menghiburkan putera raja dengan
muzik, tarian dan nyanyian. Setiap orang diberi makan makanan yang sedap dan
berzat. Putera raja hidup dengan
gembira dan bahagia kerana baginda tidak sedar yang setiap orang akan menjadi
tua, jatuh sakit dan mati.
LATIHAN13
Jawab soalan-soalan
berikut:
1. Berapa buah istana
yang telah dibina oleh Raja Suddhodana?
__________________________________________________________________________
2. Mengapakah
istana-istana itu dibina?
__________________________________________________________________________
3. Pada musim hujan,
bagaimana putera raja menghiburkan dirinya?
__________________________________________________________________________
4. Mengapakah raja
diberikan segala benda-benda yang baik dan layanan yang sempurna kepada
puteranya?
__________________________________________________________________________
5. Mengapakah putera
raja sangat suka hati dan hidup bahagia?
__________________________________________________________________________
14. ISTANA PUTERA
RAJA
Raja Suddhodana telah
diberitahu oleh Kondanna dan Asita. bahawa jika putera baginda meninggalkan istana, beliau akan menjadi
BUDDHA. Rajapun melakukan apa sahaja untuk mengelakkan puteranya daripada
keluar dari istana. Raja mahukan putera Siddhartha menjadi raja sepertinya.
Lapan orang bijaksana
yang dijemput ke istana semasa majlis penamaan diadakan dahulu, telah mengatakan, jika puteranya
tinggal di istana, beliau akan menjadi Raja Yang Agung, jika puteranya
meninggalkan istana, dia akan menjadi Buddha. Dan seorang daripada mereka
mengatakan, putera raja pasti akan meninggalkan istana setelah melihat 4
perkara.
Raja Suddhodana
membina 3 buah istana untuk Putera penyanyi dan gadis-gadis cantik ke istana
agar puteranya melupakan perkara-perkara lain selain daripada hidup mewah dan
gembira di istana. Orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu tidak
dibenarkan masuk ke istana atau dibawa masuk ke istana supaya putera raja tidak
melihat mereka. Putera raja hidup bahagia di dalam istana dengan tidak
menyedari akan tiga perkara tersebut iaitu, orang tua, orang sakit dan orang
mati. Putera raja tidak sedar yang setiap orang akan menjadi tua, jatuh
sakit dan mati
pada suatu hari nanti. Raja Suddhodana cuba sedaya yang boleh untuk
tidak menampakkan 4 perkara tadi kepada-puteranya supaya puteranya terus
tinggal di istana dan menjadi Raja Yang Maha Agung.
LATIHAN 14
A.Nyatakan sama ada
SALAH atau BETUL kenyataan di bawah ini.
1. Lapan orang bijaksana
memberitahu Raja, bahawa putera raja akan menjadi Buddha. ----------( )
2. Raja mencuba sedaya
upaya yang boleh supaya tidak menampakkan 5 perkara kepada
puteranya.---------( )
3. Perkara-perkara yang
boleh dielakkan daripada dilihat oleh puteranya ialah usia tua, kesakitan dan
kematian.--------( )
4. Putera Siddharta akan
meninggalkan istana jika baginda melihat orang tua, orang sakit,dan orang
mati.----------( )
B. Garis di bawah
jawapan yang betul.
1. Raja Suddhodana
mahukan puteranya menjadi ( Raja Yang Maha Besar, Buddha, askar yang terkenal
).
2. Usia tua, penyakit
dan kematian adalah ( baik, suci, penderitaan ).
3. Raja Suddhodana
menjemput ahli-ahli muzik, penyanyi, penari dan gadis-gadis cantik untuk
mengelakkan Putera Siddhartha lupa berkenaan ( Buddha, perkara buruk, 3
penderitaan ).
4. Jika Putera
Siddhartha tingglkan istana, baginda akan menjadi ( Buddha, Raja Yang Maha
Besar, Bhikkhu ).
15. PUTERA KE TAMAN
Pada suatu hari, Putera Siddhartha
mengambil keputusan untuk melawat Bandar Kapilavathu. Baginda menyuruh
pemandunya menyiapkan kereta kudanya. Pemandu Putera Siddahartha bernama
CHANNA. Channa menyiapkan sebuah kereta kuda yang dihias dengan cantiknya.
Kereta kuda itu ditarik oleh 4 ekor kuda. Kuda-kuda itu berwarna putih seperti
kelopak bunga teratai putih.
Raja Suddhodana pula
memastikan agar puteranya tidak ternampak orang tua, orang sakit, orang mati
dan bhikkhu semasa ke taman. Untuk tujuan itu., raja hanya membenarkan
orang-orang muda, orang sihat dan kuat
sahaja melihat putera raja yang menaiki kereta kuda.
Setiap orang merasa
suka hati dan ghairah melihat putera raja yang muda dan kacak itu. Di sepanjang
perjalanan, askar-askar raja mengelakkan orang tua, orang sakit, orang mati dan
bhikkhu daripada dilihat oleh putera
raja. Putera raja sangat gembira melihat orang rarnai melambai- lambaikan
tangan ke arahnya dan menjerit-jerit namanya. Baginda membalasnya dengan
senyuman. Putera raja tidak sedar yang mereka itu akan menjadi tua, jatuh sakit dan mati pada suatu
hari nanti.
LATIHAN 15
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah.
1. Pemandu Putera Raja
bernama_______________.
2. Orang tua yang
bijaksana yang pada mulanya senyum, dan kemudiannya menangis setelah melihat
Putera Raja, bernama _______________.
3. Seorang daripada 8
oarang yang meramalkan Putera Raja akan menjadi seorang Buddha pada suatu hari
nanti ialah _____________________.
16. ORANG TUA
Pada suatu hari,
semasa Putera Siddhartha dalam perjalanan ke Taman, baginda terlihat sebuah
pondok buruk, di mana seorang tua sedang berjalan keluar. Orang tua itu berumur kira-kira 80 tahun atau lebih. Dia kelihatan lemah dan
berjalan dengan menggunakan tongkat. Dia berjalan terhuyung- hayang di tepi jalan.
Putera Siddhartha
mendapati orang itu mempunyai rambut yanq sedikit dan hampir botak. Dia berambut putih; matanya kabur seperti
buta; kulitnya berkedut seperti kulit kayu; giginya tidak ada lagi dan badannya
kurus seperti lidi.
Setelah melihat
keadaan orang tua itu, putera raja menanyakan Channa, pemandunya, "Siapa
orang ini? Apa yang berlaku ke atas rambutnya,
kulitnya, tulang dan giginya?"
"Orang itu ialah
orang tua. Dia sudah hidup lama. Semasa muda, dia seperti kita." jawab
Channa.
"Adakah setiap
orang akan menjadi tua seperti dia? Tidakkah ada cara untuk mengelakkannya
daripada berlaku?" tanya putera raja lagi.
“Tuanku, semua orang
akan menjadi tua apabila sudah lama hidup. Tidak ada orang yang boleh mengelak
daripada menjadi tua.” Jawab Channa. Setelah mendenganr kata-kata Channa itu,
Putera Raja merasa sangat dukacita dan mengajak Chnna pulang ke istana dan
tidak terus ke taman.
LATIHAN 16
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Apa yang dilihat oleh
Putera Raja dalam perjalanan ke taman?
__________________________________________________________________________
2. Adakah Putera Raja
pernah melihat orang tua sebelum ini?
__________________________________________________________________________
3. Apa yang dikatakan
oleh Channa?
__________________________________________________________________________
4. Adakah Putera Raja
meneruskan perjalanannya ke taman?
__________________________________________________________________________
17. ORANG SAKIT
Putera Siddhartha
perqi ke Taman pada kali kedua; kali ini baginda melalui bandar Kapilavathu juga, tetapi keadaan bandar
tidak seperti dahulu lagi. Orang-orang di Bandar itu sibuk menjalankan kerja masing- masing.
Di tepi jalan, putera
Siddhartha ternampak seorang lelaki yang sedang sakit. Dia sangat lemah dan dalam kesakitan. Badannya sangat
kotor dan berbau kerana dia muntah-muntah. Ada
beberapa orang cuba mengusungnya, dan beberapa orang
pula cuba meletakkannya di atas katil.
Putera raja bertanya
kepada Channa, "Mengapa dengan orang ltd? Mengapa suaranya tidak seperti
kita?"
"Orang itu sakit
dan lemah." jawab Channa. Putera raja bertanya lagi, "Mengapa dia
sakit? Adakah cara untuk
mengelakkannya? Adakah setiap orang akan sakit? Adakah beta akan jatuh sakit
juga?"
"Tuanku, setiap
orang boleh jatuh sakit, termasuk tuanku. la tidak boleh dielakkan. Sakit boleh
menyebabkan seseorang itu mati."
kata Channa.
Setelah mendengar
penerangan itu, Putera Siddhartha mengajak Channa pulang sahaja ke istana tanpa meneruskan perjalanan ke Taman.
Putera raja pulang dengan hati yang sedih dan muram.
LATIHAN 17
Cari jawapan yang
betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B
Bahagian A
1. orang yang sakit itu
kotor kerana
2. Putera Siddhartha
dukacita kerana
3. orang yang sakit
menderita
4. sebelum ini, Putera
Raja telah melihat
5. Putera Siddhartha
mendapat tahu
6. Putera Siddhartha
terkejut setelah melihat
Bahagian B
A. Channa mengatakan
setiap orang akan jatuh sakit
B. dia muntah
C. dan dia mungkin
mati
D. orang tua dan
orang sakit
E. setiap orang akan
sakit
F. seorang tua
18. ORANG MATI
Pada kali ketiga
lawatan putera raja ke taman di Kapilavathu bersama Channa, baginda ternampak
beberapa orang sedang mengusung seseorang yang terbaring dan beberapa orang
lagi mengikutinya sambil menangis. Tidak jauh dari tempat itu baginda ternampak
beberapa orang sedang menimbunkan kayu. Sesudah itu, mereka meletakkan usungan
itu di atas timbunan kayu-kayu tadi. Salah seorang daripada mereka menyalakan
api.
"Channa,
siapakah orang itu? Mrngapakah dia membiarkan orang lain membakarnya?"
tanya putera raja.
"Dia sudah mati
tidak tahu apa-apa lagi." jawab Channa.
"Mati? Ini
dikatakan mati? Adakah setiap orang akan mati.Bolehkah kita mengelak supaya
tidak mati? Adakah beta juga akan mati?" tanya putera raja lagi.
"Ya, Tuanku!
Setiap orang akan mati. Tidak boleh dielakkan. Tuankupun akan mangkat pada
suatu hari nanti." Kata Channa.
Setelah mendengar
kata-kata Channa, putera
raja sangat terkejut dan
tidak terkata apa-apa
lagi. Putera Siddhartha menganggapkan kematian adalah satu kejadian yang
menakutkan dan mengapa tidak ada orang yang boleh mengelak daripada mati.
Putera raja sangat susah hati dan terus pulang ke istana.
LATIHAN 18
Gariskan jawapan yang
betul.
1. Mereka menangis
kerana ada orang ( dilahirkan, mati, kahwin ).
2. Mereka menimbunkan
kayu untuk ( bakar, tanam, tutup ) mayat.
3. Dalam cerita tadi,
putera raja mendapati setiap orang akan ( tua, jatuh sakit, mati ).
4. Putera Siddhartha
menjadi dukacita apabila diberitahu bahawa ( semua orang , sesetengah orang,
beberapa orang ) akan mati.
19. SAMI ( BHIKKHU )
Setelah terlihat
orang tua,orang sakit dan orang mati, kini Putera Siddhartha terlihat pula
seorang bhikkhu semasa kali keempat baginda ke bandar. Orang yang dilihat kali
ini ialah seorang yang memakal jubah
berwarna oren, tidak berambut dan dalam keadaan yang tenang dan gembira. Orang
ini tidak kelihatan tua dan
sakit.
Putera raja
melihatnya dengan penuh kehairanan lalu bertanya kepada Channa."Siapakah
dia? Di mana dia tinggal? Apa kerjanya? Mengapa dia tidak bsrambut
“Tuanku, dia adalah
seorang bhikkhu, iaitu orang yang telah meninggalkan keluarganya untuk
menjalani hidup sebagai orang alim. Dia tingqal di kuil. Dia pergi dari rumah
ke rumah untuk mendapatkan. makanan.
Dia sentiasa menasihatkan orang lain untuk berbuat baik dan menunjukkan
cara-cara untuk hidup bahagia." jawab Channa.
"Seorang bhikkhu
sentiasa tenteram. Dia sentiasa melakukan perkara yang baik. Dia tidak
menyakiti orang lain serta baik hati kepada semua mahkluk." jawab Channa
lagi.
Setelah mendengar
kata-kata Channa, putera raja merasa sangat sukahati. Orang yang dilihat kali ini tidak seperti sebelumnya.
Baginda ingin menjadi seperti orang ini, kerana hidupnya gembira dan aman, tidak seperti 3 orang
yang dilihatnya terdahulu itu. Putera Siddhartha ingin menjadi bhikkhu. Baginda pulang dengan hati
yang gembira.
LATIHAn 19
Cari jawapan yang
betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahgian B.
Bahagian A
1. Seseorang bhikkhu
ialah
2. Setelah Channa
memberitahu Putera Siddhartha mengenai bhikkhu
3. Putera Siddhartha
sedih
4. Semua yang mempunyai
nyawa
5. Bhikkhu sentiasa
menasihati
Bahagian B
a. apabila baginda
melihat orang tua, orang sakit dan orang mati.
b. Seseorang yang
tenteram hidupnya.
c. Beliau sungguh
sukahati.
d. Orang supaya
berbuat baik.
e. Dipanggil mahkluk.
20. RAHULA
Selepas Putera
Siddhartha melihat seorang bhikkhu; dia pun pulang ke istana. Di istana, putera Siddhartha mandi dalam sebuah kolam
yang besar lagi cantik, beliau dibantu oleh pelayan-pelayan istana. Ada yang
membawa baju yang cantik dan berwarna-warni; ada yang membawa barang-barang
perhiasan diri, ada yang membawa
bunga-bunga yang cantik, minyak wangi yang baik dan sebagainya untuk
dipakaikan kepada putera raja itu.
Sesudah siap, Putera
Siddhartha kelihatan sungguh kacak dan segak. Beliau bersiap untuk ke bandar lagi. Pemandunya sudah bersedia
dengan kereta kuda. Semasa putera raja pergi mendapatkan pemandunya, datang
seorang pelayan membawa berita bahawa isterinya, Puteri Yasodhara
sudah melahirkan seorang anak lelaki.
Ramai yang berfikir
tentu sekali Siddhartha akan merasa bangga dan gembira kerana dia dikurniakan seorang putera. Tetapi, setelah
berita kelahiran anak lelaki didengar, dengan tidak sengaja Siddhartha
mengatakan "Rahula sudah tiba." Yang bermaksud "Halangan sudan
tiba". Siddhartha mengatakan demikian kerana dia mengetahui niatnya hendak
menjadi seorang bhikkhu akan menghadapi halangan kerana dia sudah ada anak dan
dia bertanggungjawab menjaga anaknya.
Kemudian anak
Siddhartha diberi nama RAHULA kerana Siddhartha sendiri yang mengatakan
."Rahula sudah lahir".
LATIHAN 20
Tandakan ( V
) untuk jawapan yang betul dan (
X ) untuk jawapan yang salah.
1. Rahula adalah cucu
Raja Suddhodana.------------------------(
)
2. Putera Siddhartha
tidak gembira apabila Rahula dilahirkan.------------( )
3. Adalah sukar bagi
Putera Siddhartha untuk keluar dari istana kerana adanya Rahula.---( )
4. Selepas mandi, Putera
Siddhartha berhias diri dengan minyak wangi dan pakaian yang
cantik-cantik.-------( )
21. PUTERA YANG SEDIH
Selepas melihat 4
perkara, iaitu orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu, putera raja
sangat susah hati. Dia duduk dan berfikir tentang perkara yang sudah dilihatnya
itu. Dia memikirkan mengenai orang
tua, orang sakit, orang
mati dan bhikkhu.
Putera raja terkejut
setelah melihat orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu kerana dia tidak
pernah melihat orang-orang
seperti itu di dalam kawasan
istana. .
Pada suatu hari,
semasa putera raja bersiar-siar di bandar, dia terdengar kata-kata
seorang .gadis kepadanya;
"Bahagianya
ayah,
Bahagianya ibu,
Bahagianya isteri,
Mempunyai orang
seperti Tuan"
Setelah Siddhartha
mendengar perkataan 'BAHAGIA', dia mula berfikir "Bagaimanakah seseorang
itu boleh bahagia sekiranya dia akan menjadi
tua, akan jatuh sakit dan akan mati? Kita hanya akan jadi bahagia jika kita
tidak akan menjadi tua, tidak sakit dan tidak mati."
Tiba-tiba putera raja
teringat kepada perkara yang keempat dilihatnya iaitu seorang. bhikkhu. Bhikkhu
yang dilihatnya sangat bahagia dan tenang, tidak susah hati. Bhikkhu itu
kelihatan seperti tidak tua dan tidak sakit. Seolah-olah dia mempunyai masa
yang lebih lama lagi untuk hidup.
Putera raja pun
berkata, "Kalau begitu, saya mesti
jadi seorang bhikkhu."
LATIHAN 21
I.Susun mengikut
urutan peristiwa dahulu kemudiannya, apa yang dilihat oleh Siddhartha.
a. orang mati
b. orang sakit
c. orang tua
d. bhikkhu
1. ___________________
2. ___________________
3. ___________________
4. ___________________
II. Cari jawapan yang
betul dengan memadankan bahgian A dengan Bahagian B
Bahagian A
1. Putera Siddhartha
2. Bhikkhu
3. Raja Suddhodana
4. Permaisuri Maha Maya
5. Emak saudara Putera raja
Bahagian B
a. permaisuri Raja
Suddhodana.
b. Melihat 4 perkara.
c. Tidak mahu Putera
Siddhartha menjadi Buddha.
d. Hidup bahgia dan
tenang.
III. Apakah perkataan
berlawan bagi perkataan di bawah ini?
Contoh: tua lawan
muda
A. mati lawan ___________
B. sakit lawan ___________
C. Bandar lawan ___________
D. bahagia lawan ___________
22. GADIS-GADIS YANG
TIDUR
Selepas bersiar-siar
di bandar Kapilavathu, Siddharthapun pulang ke istana dengan hati yang sedih.
Raja Suddhodana tahu bahawa puteranya susah hati. Raja takut puteranya akan
meninggalkan istana seperti yang diramalkan oleh bijakpandai-bijakpandai yang
dijemputnya dahulu.
Raja dengan segeranya
memanggil pemuzik, penari dan penyanyi ke istana untuk menghiburkan puteranya.
Tetapi putera raja sangat susah hati; dia tidak merssa gsmbira dengan apa yang
dilakukan oleh pemuzik, penari-penari dan penyanyi-penyanyi yang cantik-cantik
itu. Beliau tertidur.
Setelah gadis-gadis
penari, penyanyi dan pemuzik melihat putera raja sudah tidur, merekapun berhenti menari, menyanyi dan berhenti
bermain muzik. Mereka juga ikut
tidur di situ. Tetapi putera raja
tidur tidur lama, beliau bangun pada waktu tengah malam.
Apabila putera raja
bangun dari tidur, beliau melihat gadis-gadis yang cantik tadi tidur di atas lantai. Keadaan mereka tidur sangat
memalukan kerana ada yang tidur dengan mulut ternganga, air liur meleleh
keluar, ada yang mengigau, ada yang mulutnya bergerak-gerak dan pakaian mereka
terbuka. Apa yang dilihat oleh putera raja itu sangat memalukan beliau. Mereka
tidur dengan nyenyaknya. Mereka
kelihatan seperti orang mati di tanah perkuburan.
LATIHAN 22
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah.
1. Putera Siddhartha
bersiar-siar di________________________________.
2. Gadis-gadis dating ke
istana untuk _________________________ putera raja.
3. Gadis-gadis cantik
tidur seperti ______________________________________________ .
4. Putera raja tertidur
kerana __________________________________________________ .
23. MENINGGALKAN
ISTANA
Pada masa usianya 29
tahun, Putera Siddhartha meninggalkan istana dan menjadi seorang bhikkhu. Walanpun beliau seorang
putera raja yang kaya dan hidup mewah di istana, dia tetap mengambil keputusan
untuk menjadi seorang bhikkhu. Dia masih muda, kacak gagah perkasa dan bakal
mewarisi takhta kerajaan, tetapi dia sanagup meniggalkan istana untuk mencari
jalan bagaimana hendak mengatasi usia tua, sakit dan kematian.
Pada suatu malam,
putera raja keluar dpri biliknya dan pergi mencari pemandunya.. Channa. Channa
didapati tidur dekat pintu. Putera Siddhartha menyuruh Channa pergi menyiapkan
kuda putih kesayangannya, KANTHAKA. Channa merasa hairan mengapa putera
Siddhartha mahukan kudanya pada tengah malam buta ini.
Sementara menunggu
Channa mendapatkan kudanya, Putera Siddhartha pergi ke kamar Puteri Yasodhara untuk melihat puteranya,
Rahula. Apabila sampai ke kamar Puteri Yasodhara, baginda melihat isterinya sedang tidur nyenyak. Puteranya tidur di
sisi isterinya. Muka anaknya terlindung di sebalik tangan isterinya. Siddhartha
tidak dapat melihat muka anaknya, tetapi dia sangat ingin melihat muka Rahula,
anaknya. Dia berfikir, "Kalau saya mengalihkan tangan isteri saya, dia akan terjaga daripada tidurnya.
Dia akan menangis dan tidak membenarkan saya meninggalkan istana. Tidak
mengapalah, saya akan balik ke mari suatu hari nanti untuk melihat mereka
berdua". Beliaupun keluar dari
kamar itu untuk mendapatkan Channa dan Kanthaka.
LATIHAN 23
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Kenapakah Siddhartha
ingin menjadi bhikkhu?
__________________________________________________________________________
2. Mengapakah Siddhartha
pergi ke kamar isterinya?
__________________________________________________________________________
3. Mengapakah Siddhartha
tidak mengalihkan tangan isterinya untuk melihat anaknya?
__________________________________________________________________________
4. Siapa nama anak
Siddhartha ?
____________________________________
5. Siapa nama pemandu
Siddhartha?
____________________________________
24. KUDA PUTIH
Kanthaka adalah seekor
kuda yang besar dan gagah. La mempunyai bulu berwarna putih, seputih kulit
kerang. la adalah seekor kuda yang pantas. Sekali ia merengek dan menghentak
kakinya; bunyinya sangat kuat sehinggakan ramai orang dapat mendengarnya.
Tetapi pada malam putera Siddhartha keluar dari istana, seluruh penghuni bandar
Kapilavathu tidak mendengar bunyi bising kuda itu, kerana Dewa Kayangan
menjadikan mereka tidur nyenyak.
Pada malam itu,
putera Siddhartha menunggang kuda putih keluar melalui pintu pagar istana ke
arah bandar Kapilavathu. Channa duduk di belakang Putera Siddhartha. Tiba-tiba,
datanglah MARA iaitu syaitan menghasut putera Siddhartha supaya jangan pergi
kerana seminggu lagi dia akan ditabalkan menjadi Raja Yang Agung. Tetapi Putera
Siddhartha tidak mempedulikan hasutan syaitan itu.
Setelah melihat
bandar Kapilavathu buat kali terakhir, putera Siddhartha memecut kudanya untuk meneruskan perjalanannya di
malam yang gelap-gelita itu. Putera Siddhartha terus menunggang kuda sehingga dia melalui 3 buah negeri dan akhirnya
dia sampai di sebuah sungai yang bernama Sungai ANOMA.
Dengan satu lompatan
yang jauh, Kanthaka
berjaya menyeberangi Sungai
Anoma. Di tebing sungai Anomalah
Putera Siddhartha mengambil keputusan untuk berhenti.
LATIHAN 24
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah.
1. Kuda putih Siddhartha
bernama __________________ .
2. Siddhartha berhenti
setelah menyeberangi __________________________ .
3. Kanthaka adalah kuda
putih yang _______________________________ .
4. MARA menghasut supaya
Siddhartha __________________________________________ .
25. DI SUNGAI ANOMA
Setibanya mereka di
tebing Sungai Anoma, Putera Siddhartha dan Channapun turun daripada kudanya. Putera Siddhartha
menanggalkan baju yang mahal dan barang-barang kemas yang ada pada badannya lalu diberikannya kepada Channa. Kemudian
Siddhartha memakai jubah berwarna kuning. Siddhartha menyuruh Channa membawa
pulang baju dan barang-barang kemas
ke istana dan berikannya kepada
Permaisuri Prajapati Gotami.
Selepas itu,
Siddhartha mengambil pedangnya dan memotong rambutnya sehingga pendek. Rambutnya yang kerinting itu kini sudah
menjadi pendek. Sebab itulah jika kita lihat BUDDHA rupa, kita dapati kepalaNya
mempunyai rambut kerinting yang kemas. Rambut yang telah dipotong itu dibuang ke udara. Ada orang mengatakan, rambut Siddhartha itu
diambil oleh dewa kayangan dan
dibawanya ke syurga.
Setelah melihat
Putera Siddhartha berbuat demikian, Channa juga teringin menjadi bhikkhu
seperti Putera Siddhartha. Tetapi Putera Siddhartha tidak membenarkan Channa
berbuat begitu dan mengikutnya.
LATIHAN 25
Susun peristiwa di
bawah mengikut urutan dahulu kemudian.
( ) A. Putera Siddhartha memotong
rambutnya.
( ) B. Putera Siddhartha melihat 4 perkara.
( ) C. Putera Siddhartha menyuruh Channa
menyiapkan Kanthaka.
( ) D. Putera Sddhartha mengambil keputusan
meninggalkan istana.
( ) E. Mereka menunggang pada waktu malam.
( ) F. Apabila sampai di Sungai Anoma,
Kanthaka melompat menyeberangi Sungai Anoma itu.
26. LAPAN BARANG
Selepas memotong
rambutriya, putera Siddhartha pun berfikir, "Adakah hamba kelihatan seperti bhikkhu?" Kemudian dating
seorang lelaki, memberikannya lapan barang yang diperlukan oleh seorang
bhikkhu.
Lapan barang tersebut
ialah 3 helai jubah, sebiji mangkuk meminta DANA, sebilah pisau cukur, sebatang jarum bersama benang, seutas
tali pinggang dan sebuah penapis air. Putera Siddhartha memakai sehelai
daripada jubah-jubah yang diberikan, dan meninggalkan kehidupan duniawi. Selepas itu, Channa pun berlutut
dan memberi hormat kepada bhikkhu Siddhartha. Sekarang Siddhartha bukanlah
seorang anak raja lagi. Kini beliau adalah seorang bhikkhu yang mencari jalan
bagaimana hendak mengatasi usia tua, sakit dan kematian.
Kuda Siddhartha,
Kanthaka merasa sangat sedih melihat tuannya sudah menjadi seorang bhikkhu. la merasakan yang tuannya itu tidak
akan pulang lagi ke istana serta ia tidak akan dapat melihat tuannya lagi.
Kanthaka menundukkan kepalanya dan air matanya meleleh keluar. la pun berjalan
perlahan-lahan pergi dari situ dan baring di atas tanah. Tidak lama kemudian,
ia pun mati kerana amat kecewa.
Ramalan Kondanna
adalah tepat; Siddhartha meninggalkan istana dan menjadi seorang bhikkhu.
Beberapa tahun kemudian, Siddharthapun menjadi Buddha. Tetapi sebelum dia
menjadi Buddha, dia dinamakan
sebagai BODHISATTA yang membawa maksud
'Bakal Menjadi Buddha'.
Selepas Channa dan
Kanthaka meninggalkan Siddhartha, Siddhartha pergi ke sebuah kebun mangga dan
tinggal di sana selama 7 hari. Dia merasa bahagia kerana beliau sudah
meninggalkan kehidupan duniawi.
LATIHAN 26
Nyatakan sama ada
SALAH atau BETUL kenyataan di bawah ini.
1. Bodhisatta menerima 8
barang sebelum beliau menjadi bhikkhu.------------------( )
2. Sebelum menjadi
Buddha beliau dipanggil Bodhisatta.----------------------------( )
3. Ramalan Kondana tidak
betul.---------------------------------------------------( )
4. Putera Siddhartha
meninggalkan kehidupan duniawi untuk mencari penderitaan.---( )
27. RAJA BIMBISARA
Pada zaman dahulu,
ada seorang Raja yang baik memerintah Rajagaha. Nama raja itu ialah RAJA
BIMBISARA. Di bandar Rajagaha itulah Bodhisatta meminta dana makanan
daripada penduduk-penduduk di situ.
Pada suatu hari, pengawal raja memberitahu Raja Bimbisara, bahawa terdapat seorang Bodhisatta meminta sedekah
makanan di bandar itu. Bodhisatta itu kelihatan kacak dan tenang.
Raja Bimbisara dapat
melihat Bodhisatta dari istana baginda. Raja sangat suka hati melihatNya. Kemudian Raja mengambil
keputusan untuk pergi dan berjumpa dengan Bodhisatta. Rajapun memanggil
pemandunya dan pergi ke tepi
bukit di mana Bodhisatta sedang bertapa.
Raja Bimbisara sangat gembira setelah melihat
Bodhisatta. Baginda ingin menyerahkan kerajaan baginda k&pada Bodhisatta.
Tetapi Bodhisatta menolak tawaran Raja itu kerana dia sudah meninggalkan
kehidupan duniawi dan ingin
mencapai "Pencerahan Sempurna".
Raja Bimbisara
mengerti dan menghormati cita-cita Bodhisatta. Baginda menyuruh Bodhisatta
datang semula ke Bandar Rajagaha selepas dia mencapai Pencerahan Sempurna
dan memberi ceramah kepada raja
dan rakyat baginda. Bodhisatta
setuju dengan cadangan Raja Bimbisara itu.
Semenjak dari hari itu, kedua-dua mereka menjadi sahabat baik.
LATIHAN 27
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah.
1. Nama raja yang pergi
berjumpa dengan Bodhisatta ialah ___________________________ .
2. Bodhisatta meminta
sedekah
________________________________________________ .
3. Cita-cita Bodhisatta
ialah ____________________________________________________ .
4. Bodhisatta kelihatan
________________________________________________________ .
28. ALARA KALAMA
Bodhisatta
meniriggalkan Rajagaha untuk mengembara. Sepanjang pengembaraannya dia makan
makanan yang didanakan. Bodhisatta pergi dari rumah ke rumah untuk meminta dana
makanan. Ramai orang memberinya makanan. Beliau mendapat berbagai-bagai jenis
makanan yang mempunyai bermacam-macam rasa.
Bodhisatta memakan
apa saja makanan yang diperoleh itu walaupun ia mempunyai berbagai-bagai rasa.
Setelah makan, perutnya membuat ragam. Semasa inilah Bodhisatta teringat akan
makanan yang sedap-sedap yang pernah dimakannya di istana dan bagaimana
cita-citanya dahulu ingin menjadi
seorang Bodhisatta dan medoakan makanan yang didanakan kepadanya. Setelah mengingati semua itu, Bodhisatta
terus makan juga makanan yang telah didanakan kepadanya.
Bodhisatta terus
berjalan menijju ke tempat kediaman Guru ALARA KALAMA. Kemudian Bodhisatta belajar dengan guru
Alara Kalama yang bijaksana dan
terkenal itu. Guru itu mempunyai rarnai murid. Bodhisatta menjadi
seorang murid Alara Kalama yang terbaik dan terpandai. Setelah lama belajar,
Bodhisatta menjadi pandai setanding dengan Alara Kalama. Alara Kalama rasa
gembira dan bangga dengan kepandaian Bodhisatta. Tetapi Bodhisatta tidak puas
hati kerana dia masih tidak
mengetahui bagaimana hendak mengelakkan usia tua, sakit dan kematian; walaupun
dia menjadi lebih bijak sekarang.
Pada akhirnya,
Bodhisatta meninggalkan Alara Kalama
dan meneruskan perjalanannya.
LATIHAN 28
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Bagaimanakah
Bodhisatta mendapat makanan?
_________________________________________________________________________
.
2. Mengapakah makanan
mempunyai berbagai-bagai rasa?
_________________________________________________________________________
.
3. Mengapakah Bodhisatta
makan juga makanan walaupun tidak sedap?
_________________________________________________________________________
.
4. Mengapakah Alara
Kalama gembira dan merasa bangga terhadap Bodhisatta?
_________________________________________________________________________
.
29. UDDAKA RAMAPUTTA
Bodhisatta mendapat
tahu bahawa terdapat seorang lagi guru yang bijaksana dan terkenal, iaitu
UDDAKA RAMAPUTTA. Bodhisatta pergi belajar dengan Uddaka. Sekali lagi
Bodhisatta dapat mengikuti pengajaran Uddaka dengan cepat dan menjadi sangat
pandai. Uddaka bangga dengan
kepandaian, kebolehan dan kecekapan Bodhisatta. Uddaka mengajar segala ilmu
pengetahuan yang ada padanya kepada Bodhisatta, sehinggakan apa yang dia tahu,
juga diketahui oleh Bodhisatta.
Oleh kerana
Bodhisatta seorang murid yang pandai dan mengetahui segala yang diajar, Uddaka menyuruh Bodhisatta menjadi ketua
murid dan mengajar mereka. Bodhisatta menolak permintaan Uddaka.
Bodhisatta masih
tidak gembira walaupun sudah mempelajari kesemua ilmu daripada Uddaka, kerana
dia masih tidak mengetahui bagaimana
hendak menyelesaikan penderitaan
yang berpunca daripada usia tua,
sakit dan mati. Bodhisatta mengambil keputusan meninggalkan Uddaka dan
meneruskan perjalanannya.
Bodhisatta berjalan
menuju ke URUVELA. Uruvela ialah satu tempat yang indah, sunyi dan mempunyai
hutan yang menarik serta mempunyai tasik-tasik yang cantik. Tidak jauh dari
Uruvela terdapat beberapa buah kampung dan sungai. Selepas melihat keadaan
sekeliling yang sunyi. dan menarik, Bodhisatta mengambil keputusan untuk
tinggal di situ dan mengamalkan samadhi.
LATIHAN 29
Susun peristiwa di
bawah mengikut urutan dahulu kemudiannya.
( ) a. Putera Siddhartha melihat 4
perkara.
( ) B. Seseorang memberi Bodhisatta 8
barang.
( ) C. Putera Siddhartha tinggalkan
istana.
( ) D. Raja Bimbisara menemui Bodhisatta.
( ) E. Bodhisatta belajar dengan Uddaka
Ramaputta.
( ) F. Bodhisatta menuntut dengan Alara
Kalama.
30. DI URUVELA
Setelah menuntut
dengan dua orang guru yang terkenal, Bodhisatta masih tidak menernui cara untuk
mengatasi usia tua, sakit dan kematian.
Lalu Bodhisatta bertekad untuk berusaha sendiri sehingga mencapai
Pencerahan Sempurna. Pada masa itu di bandar Uruvela, semua orang percaya bahawa dengan menyeksa diri sendiri seseorang
itu akan memperolehi kebahagiaan. Bodhisatta juga berfikir begitu dan cuba
menyeksa dirinya untuk mengetahui jalan kebenaran yang dicari-carinya selama
ini.
Bodhisatta menyeksa
diri sendiri selama 6 tahun. Bodhisatta
berpuasa dan mengurangkan
makan. Kadang-kala, Bodhisatta
hanya makan sekali sehari, dua tiga hari sekali dan makanan yang dimakan pula
tidak berzat, seperti daun-daun, akar kayu, dan air buah-buahan dalam hutan.
Bodhisatta juga berjemur panas di siang hari semasa panas terik dan
merendarnkan diri dalam kolam air batu
pada tengah malam yang sejuk. Apabila Bodhisatta duduk di sesuatu tempat,
Bodhisatta duduk berjam-jam tanpa bergerak. Penyeksaan diri sendiri menyebabkan
badan Bodhisatta menjadi kurus, lemah dan hodoh.
Bodhisatta terus
menyeksa diri sehinggakan kulitnya menjadi kering dan seakan-akan kulit kayu.
Badannya ternampak tulang-tulang dan tidak berdaging lagi. Matanya cengkung,
dan kalau Bodhisatta meraba perutnya, apa yang dapat dirasakan ialah tulang
sahaja. Penyeksaan diri
menjadikannya tidak seperti
manusia biasa lagi.
Semasa Bodhisatta
mengadakan samadhi, syaitan menjelma di hadapan Bodhisatta dan menyuruh serta
merayu kepada Bodhisatta supaya berhenti daripada menyeksa dirinya. Syaitan
jahat kerana ia selalu menyuruh orang jangan melakukan kebaikan. Tetapi
Bodhisatta tidak mengikut hasutan syaitan itu.
LATIHAN 30
Tandakan ( V
) untuk kenyataan yang betul dan tandakan ( X ) untuk kenyataan
yang salah.
1. Bodhisatta menyeksa
diri di Uruvela.------------------------------------------( )
2. Bodhisatta makan
banyak di Uruvela.-----------------------------------------( )
3. Bodhisatta tidur di
tengah panas terik pada siang hari.--------------------------( )
4. Bodhisatta bersamadhi
di tanah oerkuburan.-----------------------------------( )
5. Bodhisatta
merendamkan diri dalam kolam air panas.--------------------------( )
6. Bodhisatta menyeksa
diri kerana hendak mencapai Pencerahan Sempurna.-----( )
31. LIMA ORANG
BHIKKHU
Semasa Bodhisatta
menyeksa diri sendiri di Uruvela, terdapat lima orang bhikkhu bersama-samanya.
Mereka.ialah Kondanna, Bhaddiya, Vappa, Mahanama dan Assajji. Mereka
menqanggap Bodhisatta ialah seorang
yang sangat suci kerana beliau menyeksa diri. Mereka berpendapat Bodhisatta
akan berjaya mencapai Pencerahan Sempurna pada suatu hari nanti.
Seorang daripada
mereka yang paling muda ialah Kondanna. Beliau pernah pergi ke istana Raja Suddhodana sebanyak dua kali. Kali
pertama beliau pergi ialah semasa menilik maksud mimpi permaisuri bersama 63 orang bijakpandai yang
lain. Kali keduanya iala:h semasa Upacara
Penamaan diadakan di
istana, iaitu pada masa putera raja berumur 5 hari.
Bodhisatta menyeksa
diri sendiri selama 6 tahun. Kelima-lima orang bhikkhu bersamanya sepanjang
masa. Mereka berlima sangat mengharapkan Bodhisatta mencapai Pencerahan
Sempurna.
LATIHAN 31
Cari jawapan yang
betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B
Bahagian A
1. Lima orang Bhikkhu
berfikir bahawa
2. Salah seorang
daripada 5 orang bhikkhu ialah
3. Bodhisatta menyeksa
diri sendiri
4. Lim orang bhikkhu
mengharapkan Bodhisatta
5. Semasa Bodhisatta
menyeksa diri sendiri,
Bahagian B
a. selama 6 tahun.
b. lima bhikkhu
bersamanya.
c. Kondana, pernah
bertemu dengan Bodhisatta.
d. Mencapai Pencerahan
Sempurna.
e. Menyeksa diri adalah
suci.
32. BODHISATTA
PENGSAN
Bodhisatta menyeksa
diri sehingga menjadi kurus dan badannya hanya tinggal tulang sahaja. Warna kulitnya yang dahulu putih
sekarang menjadi gelap dan menakutkan. Badannya dahulu gagah dan kacak,
sekarang menjadi lemah dan hodoh.
Pada satu hari,
semasa Bodhisatta bangun dari tempat duduknya dan menggerakkan badannya, Bodhisatta rebah lalu pengsan.
Apabila lima orang bhikkhu yang bersamanya itu terlihat Bodhisatta jatuh pengsan, mereka pun berlari
untuk menolongnya. Seorang memegang kakinya,
dua orang mengangkat
badannya, seorang mengibasnya
dan seorang lagi
menangis.
Sesetengah dewa
menyangka bahawa Bodhisatta sudah mangkat. Dewa-dewa yang menyangka Bodhisatta
sudah mangkat, pergi memberitahu Raja Suddhodana mengenainya. Tetapi Raja
Suddhodana tidak percaya. "Beta tidak percaya Putera beta tidak akan
mangkat sebelum beliau mencapai Pencerahan Sempurna." Baginda masih ingat
apa yang diramalkan oleh Asita semasa
putera baginda masih kecil dahulu, dan baginda juga masih ingat .putera baginda
pernah bersamadhi di bawah pokok
epal semasa perayaan membajak
diadakan dahulu.
LATIHAN 32
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Bilakah masanya raja
memberi hormat kepada Putera Siddhartha?
__________________________________________________________________________
2. Apakah yang dilakukan
oleh Siddhartha semasa perayaan membajak diadakan?
__________________________________________________________________________
3. Apakah yang dikatakan
oleh Asita semasa dia melawat raja di istana untuk melihat putera raja yang
baru lahir?
__________________________________________________________________________
4. Bagaimanakah rupa
Bodhisatta setelah menyeksa diri?
__________________________________________________________________________
5. Apakah yang dilakukan
oleh lima orang bhikkhu setelah melihat Bodhisatta jatuh pengsan?
__________________________________________________________________________
33. JALAN TENGAH
Apabila Bodhisatta
pengsan kerana badannya terlalu lemah berpunca daripada penyeksaan diri, Bodhisatta mulai sedar bahawa dengan
cara menyeksa diri seseorang itu tidak akan mencapai Pencerahan Sempurna. Lalu Bodhisatta teringat akan kemewahan
hidupnya semasa di istana, tetapi hidup cara itu juga tidak membolehkan
seseorang mencapai Pencerahan Sempurna. Bodhisatta pun berfikir, kalau begitu
sekiranya diambil 'JALAN TENGAH' pasti
ia merupakan cara yang betul.
Semasa Bodhisatta
pengsan, turunlah seorang Raja kepada dewa-dewa dari syurga dengan membawa sebuah gitar yang mempunyai 3 tali.
Tali yang pertama longgar ikatannya, dan apabila dipetik bunyinya tidak sedap didengar. Tali kedua sangat tegang,
apabila dipetik ia putus, dan tali ketiga diikat dengan sederhana dan memberi
bunyi yang sedap didengar.
Daripada peristiwa
itu, Bodhisattapun fahamlah apa yang hendak ditunjukkan kepadanya oleh Dewa itu. Bodhisatta mengatakan bahawa
jika seseorang itu menjalani hidup yang
senang dan mewah, hidupnya seperti tali yang longgar itu. Jika seseorang itu
menyeksa diri, hidupnya seperti tali yang tegang itu. Kedua-dua cara hidup itu
tidak membolehkan seseorang mencapai
Pencerahan Sempurna. Seseorang yang mengelak daripada dua cara hidup itu
dan mengamalkan cara hidup sederhana iaitu mengikut JALAN TENGAH
samalah seperti tali yang ketiga itu, ia akan memberi bunyi yang merdu.
Bermakna dengan mengikut Jalan Tengah, hidup seseorang akan menjadi bahagia dan
boleh mencapai Pencerahan Sempurna.
LATIHAN 33
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Mengapakah Jalan Tengah
merupakan cara yang betul?
__________________________________________________________________________
2. Mengapa dewa
menggunakan gitar yang mempunyai tali yang pelik?
__________________________________________________________________________
3. Mengapakah cara
menyeksa diri tidak akan mencapai Pencerahan Sempurna?
__________________________________________________________________________
4. Mengapakah cara hidup
yang senang dan seronok tidak boleh mencapai Pencerahan Sempurna?
__________________________________________________________________________
5. Apakah yang patut
anda lakukan untuk mengikuti Jalan Tengah?
__________________________________________________________________________
34. BODHISATTA
KESEORANGAN
Sekarang Bodhisatta
mulai sedar bahawa penyeksaan diri bukanlah caranya untuk mencapai Pencerahan Sempurna. Jalan Tengah
merupakan satu-satunya cara yang boleh
mencapai Pencerahan Sempurna. Bodhisatta teringat akan peristiwa di mana beliau
pernah bersamadhi di bawah pokok epal semasa Perayaan Membajak diadakan. Mulai
dari saat itu, Bodhisatta mengambil keputusan untuk bersamadhi seperti yang pernah dilakukannya ketika kecil
dahulu.
Sebagai langkah
pertama untuk mengikut Jalan Tengah, Bodhisatta meninggalkan amalan berpuasa.
Bodhisatta mulai makan seperti biasa untuk memulihkan kekuatan dan kesihatan
badannya. Setelah berbuat demikian, Bodhisatta menjadi semakin kuat dan sihat
seperti sediakala. Kulitnya menjadi cerah dan bersih.
Tindakan Bodhisatta
mengikut Jalan Tengah dengan meninggalkan amalan berpuasa tidak disukai oleh 5
orang bhikkhu yang bersamanya itu. Mereka mengatakan yang Bodhisatta tidak akan
memperoleh Pencerahan Sempurna walaupun selepas 6 tahun kerana mereka
masih menganggap melalui
berpuasa dan menyeksa diri sahajalah seseorang itu akan mencapai Pencerahan
Sempurna. Mereka berfikir, "Bagaimanakah Bodhisatta boleh mencapai Pencerahan
Sempurna kalau beliau makan? Mereka berlima meninggalkan Bodhisatta keseorangan
selepas menganggap bahawa Bodhisatta tidak mahu berusaha untuk mencapai
Pencerahan Sempurna lagi dan menganggap bahawa Bodhisatta bukan orang yang suci
lagi. Mereka pun pergi ke Taman Rusa ( Deer Park ) di Isipatana.
LATIHAN 34
Susun
peristiwa-peristiwa berikut mengikut urutan dahulu dan kemudian.
( ) A. Bodhisatta mengambil keputusan
mengikut Jalan Tengah.
( ) B. Putera Siddhartha bersamadhi di
bawah pokok epal.
( ) C. Putera Siddhartha melihat 4
perkara.
( ) D. Putera Siddhartha dilahirkan di
Taman Lumbini.
( ) E. Putera Siddhartha mengahwini Puteri
Yasodhana.
( ) F. Asita menziarahi putera raja di
istana.
( ) G. Bodhisatta memnuntut dengan Alara
Kalama dan Uddaka Ramaputta.
( ) H. Bodhisatta menyeksa diri sendiri.
( )
I. Putera Siddhartha meninggalkan istana untuk menjadi bhikkhu.
( )
J. 5 orang bhikkhu meninggalkan Bodhisatta dan pergi ke Taman Rusa di
Isipatana.
35. SUJATA DAN NASI
SUSUNYA
Di sebuah kampung
yang bernama Senani, di Uruvela, tinggal seorang gadis yang kaya-raya bernama Sujata. Sujata pernah memohon
seorang anak lelaki. Sujata mempersembahkan makanan kepada penunggu pokok
Banyam, pada hari bulan purnama dalam bulan Mei tahun tersebut setelah dia
mendapat seorang anak lelaki.
Sujata
mempersembahkan nasi yang dimasak dengan susu lembu yang enak. Sujata mendapatkan susu lembu yang manis daripada
lembu-lembu yang dipeliharanya. Lembu-lembu itu diberi makan rumput Valmee yang
baik. Kemudian susu lembu-lembu itu pula diberikan kepada lembu-lembu lain. Sujata membuat demikiart
kerana hendak mendapatkan susu yang sedap dan berzat. Susu itulah yang
digunakannya untuk memasak nasi itu.
Sujata menyuruh orang
gajinya yang bernama Punna pergi membersihkan kawasan sekeliling pokok
Banyam. Setelah Punna pergi, dia terlihat
Bodhisatta sedang duduk di bawah pokok
sambil bersamadhi. Dia menyangkakan Bodhisatta itu adalah penunggu pokok
Banyam, lalu berlari pulang dengan
gembiranya dan memberitahu Sujata yang penunggu pokok sudah turun dari pokok
untuk makan.
Sujata pun mengisikan
nasi susu yang enak itu dalam mangkuk bersalutkan emas, dan ditutup dengan
tudung serta dibungkus dengan kain. Sujata dan Punna pun pergi ke pokok Banyam
dengan bungkusan nasi susu itu. Apabila sampai ke pokok Banyam, Sujata pun
mempersembahkan nasi susu itu kepada Bodhisatta yang disangkakan penunggu pokok
Banyam.
Bodhisatta menerima
pemberian nasi susu oleh Sujata itu. Selepas itu, Bodhisatta beredar dari situ dan meneruskan perjalanannya ke
sungai Neranjara untuk mandi. Selepas mandi, barulah Bodhisatta membuka bungkusan yang diberikan kepadanya oleh
Sujata. Bodhisatta makan nasi susu itu. Ini merupakan makanan terakhir yang
dimakan oleh Bodhisatta sebelum menjadi Buddha. Setelah makan nasi itu Bodhisatta
tidak memakan apa- apa lagi selama 49 hari.
LATIHAN 35
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Adakah Sujata tahu
yang berada di bawah pokok Banyam itu adalah Bodhisatta?
__________________________________________________________________________
2. Berapa lamakah
Bodhisatta berpuasa selepas memakan nasi susu Sujata?
__________________________________________________________________________
3. Bagaimanakah Sujata
memasak nasi susu tersebut?
__________________________________________________________________________
4. Bilakah Sujata
memberi nasi susu kepada Bodhisatta?
__________________________________________________________________________
5. Adakah Bodhisatta
makan serta-merta nasi susu yang diberikan oleh Sujata?
__________________________________________________________________________
36. SOTTHIYA PEMOTONG
RUMPUT
Selepas makan nasi
susu itu, Bodhisatta membawa mangkuknya ke sungai. Di sungai, Bodhisatta berkata,"Jika saya boleh
menjadi Buddha pada hari ini, mangkuk ini akan dihanyutkan oleh air ke hulu
sungai; jika tidak, mangkuk ini akan dihanyutkan ke hilir."
Selepas Bodhisatta
berkata demikian, Bodhisatta pun meletakkan mangkuk emas itu ke dalam sungai.
Ajaib, mangkuk itu bergerak ke hulu. Mangkuk itu kemudiannya berlaga dengan 3
biji mangkuk emas yang telah digunakan oleh 3 orang Buddha yang terdahulu dan
kemudiannya mangkuk itu berbunyi 'killi-killi' dan seterusnya bergerak turun ke
bawah bersama-sama dengan 3 biji mangkuk yang lain itu.
Pada hari itu, cuaca
panas terik; Bodhisatta beristirehat di bawah pokok Sala di sebuah taman yang
nyaman. Pada sebelah petangnya, Bodhisatta berpindah ke pokok Bodhi. Dalam
perjalanan menuju ke pokok Bodhi, Bodhisatta berjumpa dengan SOTTHIYA, pemotong
dan penjaja rumput. Sotthiya
mempunyai 8 ikatan rumput yang lembut.
Sotthiya sangat suka
hati berjumpa dengan Bodhisatta, lalu dia memberi seikat rumput kepada Bodhisatta. Bodhisatta mengambilnya
dan membawa rumput itu ke pokok Bodhi.
Bodhisatta menjadikan rumput itu sebagai alas tempat duduknya di bawah
pokok itu. Bodhisatta duduk di atas rumput dan mengadap ke TIMUR. Bodhisatta
bertekad, "Saya tidak akan bangun dari tempat duduk ini selagi saya tidak
mencapai Pencerahan Sempurna walaupun badan, kulit dan tulang saya binasa
dan darah saya
kering." Bodhisatta terus bersamadhi di situ.
LATIHAN36
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang munasabah.
1. Gadis kaya yang
memberikan nasi susu kepada Bodhisatta bernama ______________ .
2. Pemotong rumput yang
memberikan rumput kepada Bodhisatta bernama ______________ .
3. Mangkuk emas bergerak
atau hanyut ke _____________________ .
4. Pada waktu petangnya,
Bodhisatta duduk di bawah pokok ____________ .
5. Bodhisatta duduk di
bawah pokok Bodhi mengadap ke ____________ .
37. MARA
Selepas makan nasi
susu, Bodhisatta duduk di bawah pokok Bodhi dan bersamadhi. Bodhisatta juga
bertekad tidak akan bangun dari tempat duduknya selagi dia tidak memperoleh Pencerahan Sempurna. Niat
Bodhisatta diketahui oleh syaitan (Mara). Mereka pun turun dan menggoda
serta mengganggu Bodhisatta yang
sedang bersamadhi itu.
Mara datang dengan
satu angkatan jin, syaitan dan iblis. Mereka semua adalah makhluk yang jahat.
Mara mempunyai beribu-tangan tangan dengan pelbagai senjata. Mara membuat satu
tiupan angin yang kencang ke atas Bodhisatta. Tetapi Bodhisatta melindungi diri
dengan segala kebaikan yang beliau lakukan dan Bodhisatta tidak tercedera.
Kemudian Mara
menurunkan hujan yang sangat lebat sehingga menyebabkan. banjir. Bodhisatta tidak juga terjejas. Mara
menurunkan batu yang besar ke arah Bodhisatta, tetapi tidak melukakan beliau.
Mara menurunkan berbagai-bagai senjata ke atas Bodhisatta, juga tidak
mencederakan Bodhisatta. Kemudian Mara menyerang Bodhisatta dengan api, pasir
dan lain-lain cara lagi namun Bodhisatta tetap tidak tercedera.
Akhirnya Mara
mengatakan Bodhisatta tidak layak duduk di bavah pohon Bodhi. Selepas itu Bodhisatta menyentun tanah dengan tangan
kanannya. Maka berlakulah gempa bumi yang dasyat. Mara yang kejam dan keji itu pun lari ketakutan.
LATIHAN 37
Jawab soalan-soalan
berikut.
1. Mengapakah Mara
mengganggu Bodhisatta semasa beliau bersamadhi?
__________________________________________________________________________
2. Apakah cara-cara yang
dilakukan oleh Mara untuk mengganggu Bodhisatta?
__________________________________________________________________________
3. Apakah yang menyebabkan
Mara lari ketakutan?
__________________________________________________________________________
4. Apakah yang
ditekadkan oleh Bodhisatta?
__________________________________________________________________________
38. PENCERAHAN YANG
SEMPURNA
Pada hari bulan
purnama, dalam bulan Mei (Hari Wesak) genaplah usia Bodhisatta 35 tahun. Pada
hari keputeraan Bodhisatta inilah Bodhisatta mencapai PENCERAHAN SEMPURNA,
di bawah pokok BODHI.
Selepas
syaitan-syaitan lari, langit menjadi cerah semula. Bulan mengambang cerah; Bodhisatta bersamadhi di bawah pokok Bodhi
semenjak petang hari lagi. Bodhisatta bersamadhi dengan tekunnya. Akhirnya melalui samadhi, Bodhisatta dapat
melihat kehidupanNya yang lampau.
Bodhisatta juga dapat melihat bagaimana sesuatu makhluk itu mati dan wujud
semula. Akhirnya, Bodhisatta
mengetahui bagaimana caranya untuk mengatasi usia tua, sakit dan mati.
Bodhisatta juga mengetahui sebab berlakunya tua, sakit dan mati. Dari saat
itulah Bodhisatta menjadi BUDDHA (PENCERAHAN SEMPURNA).
Putera Siddhartha
menghabiskan masa selama satu tahun menuntut dengan guru-guru yang bijaksana dan enam tahun menyeksa diri.
Akhirnya Bodhisatta dapat
menemui jalan bagaimana hendak
mengelakkan daripada 3 perkara laitu usia tua, sakit dan kematian. Beliau
memperoleh Pencerahan Sempurna melalui ketekunan usahaNya dan
perbuatan-perbuatan baikNya. Kita semua boleh menjadi Buddha jika
kita tekun dan
berusaha seperti Siddhartha.
LATIHAN 38
Cari jawapan yang
betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.
Bahagian A
1. Bodhisatta memperoleh
Pencerahan Sempurna pada bulan purnama bulan
2. Bodhisatta mencapai
Pencerahan Sempurna semasa duduk di bawah
3. Melalui Pencerahan
Sempurna Buddha mengetahui
4. Bodhisatta menerima
Pencerahan Sempurna semasa
5. Jika kita berusaha
seperti Siddhartha
Bahagian B
a. pokok Bodhi.
b. Wesak ( Mei ).
c. Cara mengatasi usia
tua, sakit dan mati.
d. Buddha
e. Kita juga boleh
menjadi Buddha.
f.
Berumur 35 tahun.
39. DUA SAUDAGAR
Dalam tujuh minggu
selepas mencapai Pencerahan Sempurna, setiap hari Buddha bersamadhi.
Pada minggu pertama selepas Pencerahan Sempurna, Buddha bersamadhi di
bawah pohon Bodhi. Sepanjang minggu kedua pula, Buddha merenung pohon Bodhi
tanpa mengalihkan pandangan mataNya ke tempat lain, untuk menunjukkan yang
beliau terhutang budi kepada pohon
Bodhi yang telah memberi tempat perlindungan semasa beliau berusaha
mendapatkan Pencerahan Sempurna. Pada minggu ketiga, Buddha berjalan ulang-alik
sambil bersamadhi. Untuk minggu keempat
pula, Buddha bersamadhi di sebuah bilik kecil. Semasa inilah terdapat 6 cahaya
terpancar keluar dari badan Buddha iaitu cahaya warna kuning, putih, biru,
merah, oren dan campuran kesemua warna itu. Pada minggu kelima, Buddha
bersamadhi di bawah pohon Banyam. Pada minggu keenam pula, Buddha duduk
bersamadhi di bawah pohon Mucalinda. Pada minggu inilah turunnya hujan yang
lebat, tetapi Buddha tidak basah kerana seekor ular senduk yang besar melilit
badan Buddha dan meneduhkan kepala Buddha dengan kepalanya. Pada minggu
ketujuh, Buddha bersamadhi di Bawah
pohon Rajayatana. Sepanjang tujuh minggu itu, Buddha bersamadhi dan tidak
makan. Kali terakhir Buddha makan ialah makan nasi susu yang diberi oleh Sujata
sebelum mencapai Pencerahan Sempurna. Ini bermakna Buddha
berpuasa selama 49 hari.
Pada hari kelima
puluh selepas mencapai Pencerahan Sempurna, Buddha dikunjungi oleh 2 orang
saudagar. Mereka ialah TAPASSU dan BHALLUKA. Mereka membawa dan makanan untuk
Buddha. Kemudian mereka mendapat rahmat dan perlindungan daripada Buddha dan
Dharma. Merekalah yang menjadi penganut Agama Buddha yang pertama di dunia.
Sebelum mereka meneruskan perjalanan,
mereka memohon sesuatu daripada Buddha yang boleh dijadikan kenangan. Buddha
menggunakan tangan kananNya untuk mencabut beberapa urat rambutNya dan memberi kepada mereka sebagai azimat. Adalah
dipercayai rambut Buddha masih ada di salah
sebuah kuil di Myanmar sampai ke hari ini.
LATIHAN 39
Cari jawapan yang
betul dengan memadankan Bahagian A dengna Bahgian B
Bahagian A
1. Penganut agama Buddha
yang pertama ialah
2. Kali pertama Buddha
bersamadhi
3. Kali pertama Raja
Suddhodana menghormati Buddha ialah pada masa
4. Perkara pertama yang
dilihat oleh Putera Siddhartha ialah
5. Dipercayai azimat
rambut Buddha masih berada
Bahagian B
a. di kuil di Myanmar.
b. di bawah pohon epal.
c. Tapussa dan Bhalluka.
d. seorang tua.
e. Asita Pertapa melawat
istana
40. GURU KITA YANG
BAIK HATI
Selepas makan makanan
yang diberi oleh Tapassu dan Bhalluka, Buddha pergi ke pohon yang besar dan
duduk di bawah pokok itu. Buddha berfikir tentang Pencerahan Sempurna yang
diperolehiNya. Ajaran yang diperolehNya sangat sukar. Orang kebiasaan tidak
mungkin dapat memahaminya kerana mereka
tidak suci; mereka mempunyai rasa tamak, dengki dan fikiran yang salah; fikir
Buddha keseorangan.
Kemudian datanglah
dewa. Dia menyuruh Buddha mengajar Ajaran Buddha (Dharma) kepada orang ramai.
Dewa itu mengatakan, tentu ada orang yang boleh memahami ajaran yang sukar itu. Selepas itu Buddha pun
bersamadhi. Melalui mataNya, Buddha dapat lihat ada sesetengah orang .boleh
memahami ajaranNya nanti.
Buddha mengumpamakan
dunia ini seperti sebuah kolam bunga teratai. Sesetengah bunga teratai masih
berada jauh di dalam air, dan sesetengahnya pula sudah berkembang cantik di
atas permukaan air. Walau bagaimanapun ada juga yang sudah berada berdekatan
dengan permukaan air; cuma masih belum berkembang di permukaan. Ini bermakna,
orang yang bodoh, tidak mahu mendengar dan mengamalkan ajaran Buddha sepertilah
bunga teratai yang berada jauh di dalam air. Orang yang cerdik diibaratkan
seperti bunga teratai (Lotus) yang berkembang cantik di atas air. Kepada orang yang belum mendengar
ajaran dan memerlukan pertolongan diibaratkan seperti bunga teratai yang berada
di bawah permukaan air.
Buddha mengambil
keputusan untuk mengajar ajaranNya. Pada mulanya Buddha berfikir kepada siapa
yang patut diajarNya dahulu? Dua orang
bekas guruNya sudah meninggal dunia iaitu Alara Kalama dan Uddaka
Ramaputta. Kemudian Buddha teringat
akan lima orang bhikkhu yang pernah bersamaNya dahulu. Mereka sekarang berada
di Taman Rusa dekat Isipatana. Buddha mengambil keputusan untuk mengajar lima
orang bhikkhu yang pernah bersamaNya
dahulu. Buddha pun meninggalkan Uruvela dan menuju ke Tainan Rusa di Isipatana.
LATIHAN 40
A.Nyatakan sama ada
kenyataan di bawah ini SALAH atau BETUL.
1. Seseorang itu tidak
dapat memahami ajaran Buddha jika dia mempunyai rasa tamak, dengki dan fikiran
yang sakah.------( )
2. Buddha ingin mengajar
Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta tetapi mereka sudah meninggal dunia.-----( )
3. Buddha tidak mahu
mengajar lima orang bhikkhu kerana mereka meninggalkannya.----------( )
B. Jawab
soalan-soalan berikut.
1. Mengapakah Buddha
tidak mahu mengajar ajaranNya pada mulanya?
2. Bagaimanakah keadaan
dunia ini yang diibaratkan sebagai sebuah kolam bunga teratai?
41. DI TAMAN RUSA
Buddha meinggalkan
Uruvela dan pergi ke Taman Rusa untuk mencari 5 orang bhikkhu tersebut. Buddha
hendak mengajar mereka ajaranNya. Ajaran Buddha dipanggil DHARMA.
Taman Rusa adalah sebuah
taman yang besar dan cantik. Taman ini terdapat banyak pokok yang besar dan
cantik-cantik. Di taman ini juga terdapat banyak rusa, oleh sebab itulah ia
dinamakan Taman Rusa. Di taman ini terdapat banyak orang alim dan bhikkhu.
Buddha pergi kepada 5
orang bhikkhu tersebut dan memberitahu mereka bahawa dia sudah mencapai Pencerahan Sempurna. Mereka pun
bersedia untuk mendengar Dharma. Buddha mengajarkan Dharma kepada mereka.
Selepas mendengar Dharma, mereka pun menjadi seperti Buddha iaitu mereka juga mencapai Pencerahan Sempurna.
Kelima-lima orang bhikkhu itu merupakan Bhikkhu Buddhis yang pertama di dunia.
Semua bhikkhu Buddhis
dipanggil SANGHA. Maksud Sangha ialah 'Bhikkhu Kebuddhaan'. Di Taman Rusa
terdapat TIGA PERMATA iaitu Buddha, Dharma dan Sangha.
Buddha adalah Guru
kita. Buddha menjadi Guru kita kerana Dia mencapai Pencerahan Sempurna. Ajaran Buddha menunjukkan Jalan
Tengah kepada kita. Untuk mengikut Jalan Tengah, kita tidak boleh terlalu berseronok dan tidak boleh terlalu
menyeksa diri. Sangha adalah pengikut-pengikut Buddha yang mempelajari dan
mengamalkan ajaran Buddha; di samping mengajar dan menyebarkan Dharma untuk
kebahagiaan kita semua.
LATIHAN 41
A.Gariskan jawapan
yang betul.
1. Buddha adalah ( guru,
pengajar, bhikkhu ) kita.
2. Dharma adalah ( guru,
ajaran, bhikkhu ) Buddha.
3. Sangha adalah
sekumpulan ( guru, ajaran, bhikkhu ).
4. Buddha, Dharma dan
Sangha dipanggil ( ajaran, Pencerahan Sempurna, 3 permata )
B. Cari jawapan yang
betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.
Bahagian A
1. Buddha memperoleh
2. 5 orang bhikkhu
3. Dharma
4. Sangha
5. 3 permata
6. Buddha adalah
Bahagian B
a. guru kita yang
menunjukkan jalan kebaikan.
b. Mengajar kita
mengikuti Jalan Tengah.
c. Terdiri daripada
Buddha, Dharma dan Sangha.
d. Sekumpulan
bhikkhu-bhikku.
e. Berada di Taman Rusa,
Isipatana.
f.
Pencerahan Sempurna.
C.susun peristiwa
berikut mengikut urutan dahulu kemudian.
( ) a. Putera Siddhartha meninggalkan
istana dan menjadi bhikkhu.
( ) b. Permaisuri Maha Maya mimpikan
seekor gajah putih.
( ) c. Buddha mengajar 5 orang bhikkhu di
Taman Rusa.
( ) d. Bodhisatta menjadi Buddha.
( ) e. 8 orang bijaksana pergi ke istana.
( ) f. Putera raja dilahirkan di Taman
Lumbini.
( ) g. Rahula dilahirkan.
( ) h. 64 orang bijak pandai pergi ke istana.
( ) i. Asita Pertapa melawat istana.
( ) j. Putera Siddhartha bersamadhi di
bawah pohon epal.
( ) k.Putera Siddhartha mengahwini Puteri
Yasodhara.
( ) l. Bodhisatta mengambil keputusan
mengikut Jalan Tengah.
( ) m. Bodhisatta melihat 4 perkara.
( ) n. 2 orang saudagar yang menjadi
penganut Buddha yang pertama.