Buddhisme dalam Bahasa Malaysia |
SILA
Berdasarkan Upadesa MAHAMATI (Penerangan ke atas Sutta Maha Prajna Paramita) Pengarang: Bhante Nagarjuna (150 250) Penterjemah dari Bahasa Sanskrit ke Bahasa Cina: Bhante Kumarajiva (397 415) Penterjemah dari Bahasa Cina ke Bahasa Melayu: Upasaka Poh Kim Hee
Apakah dia Buddhisme? Buddhisme boleh ditakrifkan sebagai: Satu kumpulan agama yang mempunyai Ti-Ratana(Buddha, Dharma & Sangha) berpandukan kepada sejarah perkembangan, Ajaran Buddha dan pengetahuan duniawi yang berasaskan kepada Sila, Samadhi, Panna yang menegaskan keyakinan serta kekuatan diri, kefahaman dan kultivasi yang sama penting dan mempertunjukkan Maitri Karuna serta Jalan Tengah(Majjhima Patipada) Daripada definasi di atas, peranan Sila dalam Buddhisme amat ketara sekali. Apa dia Sila? Definasi:
Sejarah: Selepas 90 hari Buddha memasuki Parinirvana, satu perhimpunan Sangha (500 orang Arahan) diadakan di Gua Sattapanni, Bandar Rajagaha, Negeri Magadha. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Raja Ajatasattu. Vinaya (Koleksi Sila) dilafaz oleh Bhante Upali. 3 Jenis Sila:
Sila merangkumi beberapa aspek kelakuan badan dan mulut dan mengamalkan kehidupan yang suci. Badan: 1)tidak membunuh 2)tidak mencuri 3)tidak berzina Mulut: 1)tidak bohong 2)tidak berlidah cabang 3)tidak guna perkataan yang kasar 4)tidak bercakap angin Sila diibaratkan:
Badan kita boleh dibahagikan kepada dalaman dan luaran. Bagi dalaman, kita mempraktik meditasi untuk mengawal fikiran. Bagi luaran, kita memegang pada Sila untuk mengawal kelakuan badan dan mulut. Kelainan antara Sila dan Perintah Tuhan (Rukun). Perintah Tahun (Rukun) hanya terdapat di agama lain, tiada tempatnya di dalam Ajaran Buddha. Rukun adalah paksaan luaran yang mesti diikuti oleh penganutnya, jika tidak dia akan dihukum oleh Tuhan. Sila adalah kerelaan jiwa diri sendiri (setelah memahami kamma[hetu=sebab, vipaka=akibat]dengan secukupnya) untuk memegang, mempratikkannya supaya kita dapat menghapuskan kesengsaraan hidup (dukkha nirodha) dan mencapai Pencerahan (samma sambuddhi) dan Nirvana. Jika melanggar Sila, kita akan dapat akibatnya dan akibat ini bukan hukuman Buddha dan kita tidak salahkan Buddha.
PANCA-SILA
Menahan diri dari pembunuhan Sebab: Ada 2 kumpulan manusia yang hendak berperang. Buddha: Oleh kerana semua kehidupan takut kematian, lalu memperkenalkan Sila ini. "Jika orang lain tidak menyerang kita, maka pemikiran yang ingin membunuh itu boleh dihapuskan. Jika sebaliknya, apakah yang harus kita lakukan?" Jawapan: Kita terpaksa mempertimbangkan keseriusannya. Sebelum dibunuh, kita kena renung: "memegang Sila itu penting atau menjaga badan itu penting; melanggar Sila itu satu kerugian atau kehilangan badan itu kerugian." Memegang Sila itu lebih penting daripada badan. Badan kita akan mengalami kelahiran, tua, sakit dan mati, badan akan rosak. Sudah banyak kewujudan yang saya kehilangan badan manusia, ataupun dilahirkan di alam haiwan. Kini saya dapat peluang untuk memegang teguh pada Sila yang suci ini, ia adalah beribu kali ganti lebih baik daripada melanggar Sila untuk menjaga badan ini. Menahan diri dari pencurian. Sebab: Ada seorang Bhikkhu terjumpa sehelai kain di tanah lapang, dia sangkakan kain itu tiada tuannya. Kemudian, dia dituduh mencuri oleh tuan punya kain itu. Buddha: Orang yang tidak mencuri itu orang yang bermoral tinggi dan berkearifbijaksanaan (wisdom), lalu memperkenalkan Sila ini. Menahan diri dari perzinaan. Sebab: Ada seorang selalu melakukan zina. Sudah beberapa kali dia ditangkap tetapi dia tidak menyesal dan tidak berniat untuk mengubah tabiatnya. Buddha: Orang yang selalu berzina akan kebaziran wang, kehilangan nama baik dan bermusuhan. Menahan diri dari pendustaan. Sebab: Pengikut agama lain berasa cemburu kerana penganut Buddha semakin ramai. Maka mereka( pengikut agama lain) menghantar seorang perempuan untuk tinggal di Wat, kemudian menyamar sebagai wanita yang hamil lalu menuduh Buddha menghamilkannya. Akhirnya muslihat itu terbongkar dan dia dihalau keluar oleh penganut Buddha. Buddha: memperkenalkan Sila ini. Menahan diri dari minuman keras dan barang-barang yang memabukkan. Sebab: Semasa Buddha sedang memberi hujah Dharma, ada seorang yang mabuk dan tidak dapat mengawal diri lalu mengganggu suasana kuliah. Buddha: memperkenalkan Sila ini.
Soalan: Bagi penganut yang berkeluarga (upasaka, upasika), selain daripada Panca-Sila, apakah Sila yang lain yang boleh diikuti? Jawapan: Mereka boleh memegang dan mempraktik Atha-Sila untuk sehari semalam. Atha-Sila Selain daripada 5 Sila yang dibincang di atas, tambahan lagi 3 Sila. Ada sedikit perubahan pada Sila ke 3. Asal: KAMESUMICCHACARA VERAMANI Diubah kepada: ABRAHMACARIYA VERAMANI Menahan diri dari hubungan kelamin. Sila ke 6. VIKALA-BHOJANA VERAMANI Menahan diri dari makan selepas pukul 12 tengahari Sila ke 7 NACA-GITA-VADITA-VISUKADASSANA-MALAGANDHA- VILEPANA-DHARANA-MANDANA VIBHUSANATTHANA VERAMANI Menahan diri dari menari, menyanyi, bermain musik, melihat pertunjukan,memakai bunga-bungaan, wangi-wangian, pomade(sejenis minyak wangi) dan perhiasan bersolek. Sila ke 8 UCCASAYANA MAHASAYANA VERAMANI Menahan diri dari menggunakan tempat duduk dan tempat tidur yang tinggi dan mewah. Soalan: Mengapakah penganut berkeluarga(upasaka & upasika) perlu mengikut Sila ke 3, 6, 7 & 8? Jawapan: Bagi mereka yang berkeluarga supaya boleh mempraktik kehidupan suci seperti Sangha, mereka mesti mengikuti Sila-Sila tersebut. Akan tetapi Atha-Sila hanya untuk 24 jam sahaja. Atha-Sila akan hapus secara otomatis apabila retak tapak tangan mereka boleh dilihat. Sila ini boleh dipraktik bila-bila masa sahaja. Buddha telah memperkenalkan 6 hari dalam setiap bulan yang sangat sesuai untuk tujuan ini. Mengikut kalendar Cina, hari-hari itu ialah: hari ke 8, 14, 15, 23, 29 & 30. Jika Bulan Kecil, 2 hari terakhir ialah 28 & 29. Hari-hari tersebut ada sedikit persamaan dengan Wan-Phra bagi kalendar Thai. Bagi mereka yang berkeluarga, Buddha memperkenalkan 2 jenis Sila: Panca-Sila dan Atha-Sila. Bagi mereka yang ingin memasuki Kumpulan Sangha, iaitu meninggalkan kehidupan berkeluarga dan mengamalkan kehidupan suci, Buddha telah memperkenalkan Dasa-Sila dan Upasampada. Seorang lelaki yang umurnya <25 (mengikut tradisi orang India), dia boleh memakai jubah kuning dengan mempraktik Dasa-Sila. Dia digelar Samanera. Jika genap umur 25 dan dia ingin menerima dan mempraktik Sila yang lebih tinggi & banyak (Upasampada), iaitu 250 Sila, maka dia boleh digelar Bhikkhu. Seorang perempuan yang umurnya <25, dia hanya boleh memakai baju putih (seperti yang didapati di Malaysia & Thailand) dengan mempraktik Dasa-Sila. Dia digelar Samaneri. Setelah dia memutuskan untuk menjadi Bhikkhuni, dia terpaksa melalui satu latihan tekat selama 2 tahun. Dia digelar Siksamana. Genap 2 tahun dengan kelakuan yang baik, baharulah dia diterima memasuki Kumpulan Bhikkhuni dengan mempraktik 348 Sila. Sejarah: Pada masa Buddha, ada seorang wanita memasuki Kumpulan Bhikkhuni. Dia tidak tahu yang dia sedang hamil. Apabila tubuhnya semakin besar, baharulah dia tahu yang dia sudah hamil. Akibatnya, Buddha dan Kumpulan Sangha disindir dan dituduh oleh sekumpulan orang awam pangkat atasan. Maka Buddha memperkenalkan 6 Sila(Sila 1 6 dari Atha-Sila) bagi setiap perempuan yang ingin memasuki Kumpulan Sangha. Dia akan menjalani latihan selama 2 tahun, supaya dapat memastikan perempuan itu tidak hamil.
Dasa-Sila
Sila ini hanya untuk Samanera dan Samaneri.
Menahan diri dari menari, menyanyi, bermain musik dan melihat pertunjukan. Menahan diri dari memakai bunga-bungan, wangi-wangian, pomade(sejenis minyak wangi) dan perhiasan bersolek. Menahan diri dari menerima emas dan perak(bererti wang).
Soalan: Mengapakah peranan Sila begitu penting dalam Buddhisme ? Jawapan: Sebelum Buddha memasuki Parinirvana, Bhante Ananda bertanya pada Buddha: "Semasa Buddha berada, kami mengikut Buddha sebagai guru. Setelah Buddha memasuki Parinirvana, siapa akan menjadi guru kami?" Beliau bertitah: "Anggaplah Vinaya sebagai guru kamu." Begitu jelas sekali peranan Vinaya (koleksi Sila) di dalam Buddhisme. Semua penganut Buddha memainkan peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Maka tahap kultivasi pun berlainan. Tahap ini bergantung pada kemampuan memegang Sila. Kenapa kita harus memegang & mempraktik Sila ?
Dari Panca-Sila, lahirnya Dasa-Sila, lahirnya Upasampada Sila. Dengan mempraktik Sila, kita akan memperolehi Sila yang luhur, suci, tiada ketkotoran batin (kilesa) Dana ada 3 jenis: Dengan mempraktik Sila, kita tidak menyerang kehidupan lain. Ini ialah Amisa-Dana. Dengan mempraktik Sila, orang lain menghormati dan memuliakan. Kita boleh memberitahu tentang Dharma & kebaikan Sila agar mereka juga dapat mempraktik dan memperolehi pahala. Ini ialah Dharma-Dana. Dengan mempraktik Sila, kita tidak membinasakan kehidupan lain, kerana kehidupan bernyawa takut akan kematian. Mereka terbebas dari bahaya. Ini ialah Abhaya-Dana.
Kini kita memegang dan mempraktik Sila, sebenarnya kita melatih Citta (fikiran). Untuk menguatkan Sila, maka kita kena bersabar. Bukan sahaja bersabar dengan Citta, kita juga kena bersabar dengan tubuh dan mulut. Sila diibaratkan pisau yang tajam, kesabaran itu sarung pisau. Kalau kita tidak bersabar, maka Sila akan melukakan kita. Ibarat orang tua berjalan pada waktu malam, jika tidak bertongkat, dia tidak boleh berjalan. Kesabaran ialah tongkatnya. Mempraktik Sila dapat membasmi rasa malas dan melahirkan usaha untuk mencapai Pencerahan. Viriya-Samvara: Menahan diri dengan berusaha, iaitu berusaha mengendalikan dan membasmi kilesa. Kita mempraktik Sila kerana sudah jemu akan dukkha duniawi: tua, sakit & mati, maka lahirlah usaha :
Berusaha menjaga 5 Mula(tapak, akar, dasar; iaitu mata, telinga, hidung, lidah & tubuh) supaya tidak dicemari oleh 5 kilesa (rupa[bentuk & warna], bunyi/suara, bau, rasa & sentuhan).
Mempraktik Sila dapat membasmi kilesa tubuh, mulut & pemikiran. Ketiadaan kilesa, maka kita mudah dapat Samadhi(konsentrasi). Samadhi akan melahirkan Panna. Sila memeriksan yang kasar (tubuh & mulut), Jhana memeriksa yang halus (pemikiran). Ibarat kita hendak naik ke bumbung, kita memerlukan tangga. Tiada tangga Sila, maka Jhana tidak akan wujud.
Memegang pada Sila dapat merenung(sanna, observe) bahawa semua perkara / benda itu wujud kerana paticca samuppada (sebab-musabab); sifat benda adalah sunnata(kekosongan). Kita akan menyedari sikap Tidak paut dan tidak tinggal Tidak paut: Semua perkara / benda mengalami proses anicca. Anicca membawa dukkha. Jika tidak berpaut, maka tiada kilesa. Tidak tinggal: Walaupun semua perkara / benda mengalami proses anicca, tetapi kita bergantung padanya untuk mempraktik supaya kita boleh terbebas dari kilesa. Kita meminjam tubuh kita yang palsu, yang anicca untuk mencapai Pencerahan yang jati. Sila Samadhi
Panna Kes impulan: Setelah kita memahami:
Sedikit sebanyak kita sudah tahu akan kepentingan Sila. Kita sudah percaya dan yakin kepada Buddha(Guru), Dharma(AjaranNya) dan Sangha(Kumpulan Bhikkhu-Bhikkhuni), dan kita sudah faham akan AjaranNya, maka tibalah masanya untuk kita melaksanakan. Setelah melaksanakan, kita akan dapat kepastian. Kepastian itu lebih menyakinkan kita. Dengan keyakinan itu, kita lebih faham dan lebih ingin melaksanakannya, and so on and so for. Keyakinan Kepastian Kefahaman
Perlaksanaan
Gambarajah di atas menunjukkan bahawa pusingan bulatan ini adalah seperti ubat nyamuk, semakin ia berpusing semakin besar bulatannya. Perjalanan menuju ke Pencerahan adalah satu perjalanan yang pahit, susah dan menelan masa yang panjang. Kita selalunya tidak pasti akan kewujudan kita selepas ini akan menjadi manusia (Bahasa Pali: Manussa, Bahasa Sanskrit: Manushya) atau tidak dalam Samsara (Roda kehidupan / kewujudan). Kehidupan ini, kita dapat mempelajari Buddha-Dharma, tetapi kewujudan yang akan datang kita tidak pasti. Yang pasti, wlaupun kita akan terumbang-ambing dalam Samsara ini, kita telah memegang dan mempraktik Sila, kita akan balik juga ke pangkuan jalan yang menuju ke Pencerahan. Ini kerana kita telah menanam benih Kebuddhaan. Umpama seorang budak yang belajar berjalan, sudah tentu dia akan teratuk, rebah sehingga dia boleh berjalan. Apabila kita memperhatikan dia, dia sangat gembira. Kegembiraan itu merebak ke semua ahli dalam keluarga. Jikalau budak itu takut rebah, teratuk, maka dia akan mengambil masa yang lebih panjang untuk berjalan. Ini adalah sama dengan kita apabila kita mempraktik Sila. Kita akan melanggar Sila, atau tidak ada peluang untuk mempraktik Sila. Bila kita mencapai Pencerahan, semua kehidupan baik di alam manusia mahupun di alam Deva, mereka akan berasa gembira.
POH KIM HEE 25.12.1998 untuk kursus pendidikan agama Buddha kali ke 5 |