Apakah Buddhisme Yang Praktikal
SYAIR-SYAIR DHAMMAPADA
Bukanlah hujan emas dan
perak yang dapat memuaskan nafsu indera. Sungguh sedikit nikmatnya nafsu indera
itu dibandingkan dengan akibatnya yang menyakitkan.
Orang bijaksana yang tahu
hal itu tidak mahu mencari kesenangan nafsu inderanya walaupun kesenangan itu
ada di Syurga. Para siswa Sang Tathagata
bergembira menghancurkan nafsu keinginannya.
- No. 186-187
Walaupun seorang dapat
menaklukkan beribu-ribu musuh di medan perang, namun seorang yang dapat
menaklukkan dirinya, dialah sebenarnya kesatria yang utama.
- No. 103
Tukang pengairan
menyalurkan air; tukang panah membentuk panah; tukang kayu mengukir kayu; maka
orang bijaksana berdisiplin sendirinya.
- No. 18
Mendiang Bhikkhu Sumangalo
(Robert S. Clifton 1903-1963)
Penasihat Agama, Penang Buddhist
Association
dan
Ketua Bhikku di Poh Ern Si,
Singapura
Mendiang Bhikku Sumangalo
lebih terkenal sebagai pelopor dalam
kebangkitan semula Buddhisme di Malaysia. Aktiviti beliau adalah khasnya
melalui "Federation of Buddhist
Youth Fellowship" yang mana beliau merupakan salah seorang pengasasnya.
Dalam tahun 1970, peranan pertubuhan tersebut telah diambil alih oleh Persatuan
Belia Buddhist Malaysia (YBAM).
Beliau dilahirkan pada tahun
1903 di negeri Alabama, Amerika
Syarikat dan diberi nama Robert S. Clifton. Beliau merupakan anak sulung dalam
keluarganya. Beliau dididik dan
diharap akan mengikuti jejak langkah anak lelaki bongsu alam generasi keluarganya selama 3 abad yang lalu. Semuanya
menjadi paderi. Tetapi beliau telah menganut Buddhisme dalam tahun 1916 dan
seterusnya memasuki Order Sangha dalam awal tahun 1930an. Beliau diberi nama Bhikkhu Sumangalo. Beliau telah
melawat banyak tempat di serata dunia untuk mengajar Dhamma serta
menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
Beliau tiba d1 Malaysia
pada awal tahun 1950an. Pada masa itu, belia-belia Buddhis d1 Malaya kurang
berminat serta jahil mengenai agama mereka.
Tapl dalam jangka masa tahun 1955 hingga beliau meninggal dunia dalam
tahun 1963 beliau telah pun membina satu asas yang kukuh bagi penyebaran
Buddhisme.
Beliau telah mendidik
belia-belia untuk mempelajari Dhamma
serta menyebarkannya. Dalam tahun 1955, beliau menubuhkan Bahagian Belia Penang
Buddhist Association. Ini diikuti dengan penubuhan beberapa Bahagian Belia
Buddhis lain di Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Kelantan dan Terengganu.
Mendiang Bhikkhu Sumangalo tanggungjawab di dalam penubuhan persatuan Buddhis
yang pertama di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Berkat usahanya itulah Persatuan Mahasiswa Buddhis Universiti Malaya ditubuhkan
dalam tahun 1959.
Buku ini diterjemahkan oleh
Rakan-rakan SeDhamma,
Universiti Sains Malaysia.
Ramai orang khasnya
belia menanyakan saya, apakah ajaran asasi Buddhisme dan perbezaannya dengan agama lain. Persoalan ini tidak
boleh selesai dibincangkan dalam satu
ceramah saja. Namun, kita masih dapat menghuraikan beberapa ajaran yang boleh dikemukakan sebagai asas Buddhisme dan
juga beberapa perbezaan yang nyata mengasingkan Buddhisme daripada agama-agama lain.
Sebagai permulaan, kita
harus mendidik orang bahawa Buddhisme bukanlah satu set kepercayaan sahaja.
Lebih tepat lagi, Buddhisme merupakan satu cara hidup. Apa yang kita percaya
tidak begitu penting melainkan jika kita hidup mengikut cara yang diajar oleh
Buddha.
Keseluruhan ajaran Buddha
adalah berasaskan kepada hakikat bahawa tidak ada apa pun dalam dunia ini yang
berlaku tanpa punca atau sebab. Buddha mengajar bahawa semua perkara mempunyai
puncanya termasuklah kebahagiaan kita sendiri. Buddha mengajar bahawa jika kita
ingin menikmati hidup yang lebih
bahagia, sihat serta mewah, kita harus mengubah
punca-puncanya supaya hasil atau akibat yang kita dapati adalah lebih baik.
Dalam Buddhisme, hakikat ini dikenali
sebagai Hukum Kamma manakala dalam sains ia dikenali sebagai
Hukum Punca dan Akibat.
Di setiap tempat yang saya
lawat, ramai yang mengadu tentang "nasib mereka yang malang". Bila
mereka melihat orang lain bahagia, mewah serta sihat, mereka menyatakan
kononnya ini disebabkan "nasib yang baik". Buddhisme mengajar bahawa
perkara seperti tuah itu tidak wujud. Perbuatan yang baik dibalas baik manakala
perbuatan yang jahat dibalas jahat. Jika kita berasa tidak bahagia, ini disebabkan
kesalahan diri kita sendiri. Jangan salahkan orang lain.
Seringkali orang menyatakan bahawa walaupun mereka hidup
dengan jalan yang betul
tetapi mereka tetap ditimpa dengan beberapa peristiwa yang malang. Mengikut Buddhisme, ini adalah disebabkan perbuatan
jahat dalam hidup kita yang lepas kini membuahkan hasilnya. Apabila kita
menanam padi, kita harus menunggu sehingga ia masak sebelum) kita dapat
menuainya. Begitu juga dengan Kamma. Ada kalanya Kamma akan mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesannya.
01eh itu, apa yang kita buat dalam hidup ini mungkin akan membuahkan hasil
kesannya dalam hidup yang akan datang.
Kita mungkin telah menemui kes di mana orang jahat yang nampaknya
menikmati satu kehidupan yang bahagia. Akan tetapi kita
sedar bahawa benih Kamma tidak baik
yang mereka tanam itu akan masak di satu hari nanti dan seterusnya akan membawa kesengsaraan kepada
diri mereka. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang benih Kamma kita daripada membuahkan hasilnya.
Buddha telah mengajar
bahawa kebaikan dan kejahatan adalah berasal daripada akal (mind) kita. Jika
kita mempunyai akal (mind) yang baik, kita akan melakukan perbuatan yang baik.
Ini akan menghasilkan benih Kamma
yang baik. Jika kita hanya berfikir tentang perkara yang jahat sahaja tanpa
mempunyai belas kasihan, hidup kita akan bergantung kepada fikiran kita. Semua Kamma datangnya daripada akal (mind)
yang baik, yang jahat ataupun yang malas.
Setiap insan inginkan
kebahagiaan. Haiwan juga cuba mengelakkan diri
daripada kesakitan dan ingin hidup bahagia. Pada suatu pagi yang dingin,
seekor anjing suka berbaring dan terdedah dalam cahaya matahari. Ini disebabkan anjing itu berasa lebih selesa di bawah pancaran cahaya matahari. Anjing
itu menikmati kebahagiaan melalui cara ini. Katak pula akan berasa bahagia bila
hujan turun. Ini disebabkan sifat
semula jadinya yang gemarkan air. Bila tiada hujan yang turun dan sedikit
sahaja air yang tinggal, katak tidak akan merasa bahagia. Setiap jasad yang
hidup inginkan kebahagiaan. Di antara kesemua jasad yang hidup, manusialah yang
paling mengidamkan kebahagiaan.
Semua agama lain mengajar
bahawa kebahagiaan hanya boleh dinikmati selepas kematian. Dalam Buddhisme,
kita diajar bahawa kebahagiaan dan kenikmatan syurga boleh dikecapi dalam hidup
ini sendiri. Semua perkara penting yang diajar oleh Buddha adalah cara
untuk mengakhiri kesengsaraan.
Beliau telah menunjukkan jalan ke arah kebahagiaan dalam hidup ini dan juga
untuk hidup yang akan datang.
Dalam agama kita (Buddha),
terdapat TIGA KEBENARAN iaitu Dukkha, Anicca dan Anatta. Dukkha
bermaksud kesengsaraan akan dialami oleh setiap makhluk hidup. Anicca bermaksud bahawa tidak ada apa
pun yang akan berkekalan dan Anatta pula membawa maksud bahawa watak seseorang
itu adalah sentiasa berubah. Kebenaran
yang paling penting ialah Anicca,
iaitu hakikat bahawa semuanya adalah sentiasa berubah, sama ada ke arah
kebaikan mahu pun keburukan. Bidang sains moden mendapati bahawa tidak apa jua
pun dalam alam semesta ini yang berada dalam keadaan statik. Semuanya dalam
keadaan dinamik, yakni sentiasa bergerak.
Hidup kita mungkin akan menjadi lebih bahagia ataupun kita akan menuju
ke arah keburukan dan seterusnya mengalami kesusahan. Jadi, persoalan utama
yang harus kita fikirkan ialah CARA MENUJU KE ARAH KEBAHAGIAAN.
Berikut adalah cara untuk
mengatasi kesengsaraan dan seterusnya mengecapi kebahagiaan. Cara hidup Ini
adalah lebih kurang sama untuk semua; miskin atau kaya, berstatus tinggi atau
rendah, kanak-kanak mahupun orang dewasa tanpa mengira kaum atau jantinanya.
Cara ini adalah sesuai untuk sepanjang zaman; dahulu, kini dan selamanya. Jalan
hidup ini sebenarnya mudah d1fahami dan dapat diingat dengan mudahnya.
Masalahnya hanya bila kita mula mempraktikkannya. Adalah mudah bagi kita berbincang mengenal perasaan belas kasihan
dan kebajikan. Akan tetapi, bukanlah mudah untuk mempraktikkannya bermula dari
perbuatan kita sendiri. Setiap perkara dalam dunia ini wujud secara
berpasangan; positif dan negatif. Dalam
Buddhisme juga, keadaannya adalah sama. Lima peraturan yang pertama ini adalah
negatif, yakni perbuatan yang kita harus menghindarkan diri.
1. Kita tidak harus
membunuh atau bersifat kejam
2. Kita tidak harus mencuri
3. Kita tidak harus berzina
(bermukah)
4. Kita tidak harus menjadi
penipu
5. Kita tidak harus
mengambil sesuatu yang boleh membuatkan
kita hilang pertimbangan atau kebolehan
kawal-diri misalnya dadah atau minuman
keras
Kelima-lima peraturan ini
adalah sebagai asas untuk mempraktik Buddhisme. Selagi kita tidak berupaya mematuhinya, kita tidak dapat
mengorak langkah ke arah kebahagiaan yang positif. Kebanyakan orang menikmati
sedikit kebahagiaan sahaja dalam hidup mereka. Ini disebabkan mereka tidak
mengikuti Jalan Lapan Lapis yang positif.
Mereka hanya mengikuti Lima Peraturan yang negatif sahaja. Ramai mengatakan, "Saya tidak pernah
melakukan perbuatan yang jahat, namun saya tetap tidak bahagia." Mereka
ingin mengetahui mengapakah sedemikian. Jawapannya mudah. Mereka ini langsung
tidak melakukan perbuatan yang jahat, tapi mereka juga tidak pernah berbuat
baik. Hidup mereka hanya berdasarkan aspek negatif (menghindarkan) sahaja.
Dalam erti kata lain, mereka seolah-olah seperti seorang manusia yang cuba
berjalan dengan sebelah kaki sahaja atau seekor burung yang cuba untuk terbang
dengan satu sayap sahaja. Demi mengalami satu hidup yang seimbang, kita harus
mengetahui mengenai pasangan positif dan negatif yang berlawanan itu. Kita
BUKAN SAHAJA mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan tetapi kita juga
HARUS berbuat baik. Sekiranya tidak, kita akan berada dalam satu keadaan yang
tidak seimbang.
JALAN LAPAN LAPIS YAN6
POSITIF
Apakah jalan lapan lapis
positif yang dapat membawa kebahagiaan itu? Jalan ini adalah mudah untuk
diingati dan berguna untuk kehidupan sehari-harian. Harap diingati, saya
nyatakan SEHARI-HARIAN. Tak begitu bergunalah, jika kita mematuhi
peraturan-peraturan tersebut hanya pada hari-hari suci ataupun hanya bila kita
berada di Vihara. Peraturan-peraturan ini adalah untuk dipatuhi setiap hari.
1. Fahaman Yang Betul
Mula-mula sekali kita harus
berusaha memikir dengan mendalamnya. Apa yang saya maksudkan di sini ialah
memikir dengan mendalam sebaik yang boleh mengikut kemampuan seseorang itu.
Fikiran yang sedalam untuk seseorang mungkin tidak begitu mendalam bagi orang
yang lain. Setiap individu harus berfikir dengan mendalaminya mengikut
kemampuannya sendiri. Melalui fikiran yang mendalam), kita akan mempunyai pemahaman yang mendalam. Jika kita tidak
mempunyai pemahaman yang mendalam, kita
adalah seperti seorang yang cuba untuk memandu sebuah kereta di atas sebuah
lebuh raya tanpa mengetahui cara untuk men- gendalikan kereta tersebut. Dia
tentu akan ditimpa kesusahan. Jika dia telah pun mempelajari cara untuk memandu
kereta sebelum mencuba memandu, dia sebenarnya mengikuti nasihat Buddha. Kita
seharusnya cuba untuk berfikir dengan mendalam supaya dapat pemahaman yang
sebaik mungkin mengenai hidup kita.
2. Tujuan Yang Betul
Sebagaimana yang kita sedia
maklum dalam tajuk yang lepas, pemahaman yang betul dan pemikiran yang betul
berfungsi secara bersama-sama. Bagi umat Buddhis, perkataan akal (mind)
mempunyai makna yang istimewa. Bila seseorang telah berfikiran panjang dan
mengambil keputusan tentang sesuatu, dia akan bertekad untuk berusaha
bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai kehendaknya. Kita tidak boleh
mempunyai fahaman yang betul tanpa berfikiran dengan tujuan yang betul. Kita
mungkin mempunyai beberapa kepercayaan yang baik. Tetapi kepercayaan in)
mungkin tanpa pemahaman yang baik yang berakibat dari pemikiran tanpa tujuan
yang betul. Bila kita menerima pendapat seorang lain tanpa persoalan, kita
sebenarnya tidak mengikuti ajaran Buddha kepada kita supaya berfikir untuk diri
sendiri serta mempunyai tujuan sendiri. Kita kadangkala mungkin terdengar
mengenal orang yang tidak mempunya sebarang hala atau tujuan hidup. Orang
seperti Ini tidak suka mempunyai pendirian yang tegas; mereka tidak mempunyai
apa jua tujuan hidup.
Terdapat sebuah peribahasa
yang dijumpai dalam pelbagai bahasa yang berbunyi "Lihat dan fikir sebelum
melompat"1. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang baik untuk kita
semua. Agama Buddha mengajar bahawa setiap orang bertanggungjawab menentukan
jalan hidupnya sendiri. Jika kita tidak mempunyai tekad, hala tujuan yang dirancang dengan baik, tidak banyak
membuat perhitungan, maka akibatnya
ialah hidup kita penuh dengan penderitaan dan kekeliruan (tak tentu hala).
Disebabkan kejahilan, kita menyalahkan nasib kita yang malang. Jalan yang
paling baik dalam mengorak langkah membebaskan akal (mind) kita lalah dengan
menyingkirkan semua aspek-aspek negatif ini daripada akal (mind) kita. Misalnya, kita harus menyucikan flkiran kita
dengan menyingkirkan perasaan seperti hasad-dengki, benci, marah, tamak haloba
dan kemalasan. Kita harus mempunyai tekad untuk berflkir dengan tenang serta
bertindak dengan rasional. Jika kita tidak mempunyai tujuan ini, kita hanya
boleh menyalahkan diri sendiri di atas
penderitaan yang kita alami.
Seorang yang jahil
Leblh kurang 2,500 tahun
lalu, hidup seorang Brahman yang kaya dan telah 1anjut us1anya. Tujuan hidupnya hanya untuk menikmati kepuasan
nafsu serta bersukaria sebanyak yang mungkin. Dia langsung tidak ingin berfikir
mengenai perkara yang akan menyakiti hatinya, Dia juga tidak ingin berfikir
langsung mengenai hakikat pada suatu hari nanti dia akan mati. Si Brahman yang
jahil ini telah membina sebuah mahligai
yang indah buat dirinya. Di dalamnya diisikan banyak harta-benda yang boleh
menampung keperluan hidupnya sehingga seratus tahun.
1. Peribahasa ini membawa makna bahawa sebelum
kita mengambil sebarang tindakan, kita harus berfikir semasak-masaknya tentang
baik buruknya tindakan tersebut.
Buddha menghantar Bhikkhu
Ananda untuk menasihati Brahman yang jahil itu supaya dia akan mempunyai tujuan
hidup yang betul serta dapat bertindak menggunakan akal fikirannya. Tetapi
Brahman yang kaya itu tidak mahu mendengar nasihat Bhikkhu Ananda. Dia telah
pun menyakinkan dirinya bahawa dia tidak akan mati. Tujuan hidupnya salah, begitu
juga cara fikirannya. Tidak lama selepas
pemergian Bhikkhu Ananda, lelaki tersebut jatuh sakit dan seterusnya
meninggal dunia. Berita ini diberitahu kepada Buddha. Buddha kemudian berkata
bahawa seseorang yang jahil tidak akan memahami nasihat baik yang diberi oleh seorang bijaksana. Ini kerana dia
adalah jahil dan hanya mementingkan diri sahaja sebagaimana sebuah sudu tidak
boleh merasa manisan, begitu juga mereka yang mempunyai fikiran salah
tidak akan tahu cara melepaskan diri daripada belenggu
penderitaan.
3. Pertuturan Yang Betul
Cara yang paling baik untuk
mengenali perwatakan seseorang ialah mendengar pertuturannya. Ramai yang
terbongkar rahsia dirinya apabila kita mendengar pertuturannya. Orang boleh
mengenali sama ada kita orang yang baik ataupun banyak cakap sahaja. Seseorang
mendapati adalah mudah untuk bercakap mengenai agama serta falsafahnya tapi
adalah susah untuk mempraktikannya. Terdapat satu peribahasa yang berbunyi
"actions speak louder than words". Semasa bertutur kita harus
mengelakkan daripada percakapan yang jahat, tidak berfaedah dan
tohmah-mentohmah. Salah satu perbuatan yang paling keji ialah menyebar khabar-khabar angin.
Pertuturan yang betul harus
merangkumi kedua-dua aspek positif serta negatif. Yakni pertuturan
tanpa tipu muslihat, kebencian mahupun
kesat bahasa. Pertuturan kita tidak harus berdasarkan perasaan
benci atau ingin menipu, serta harus
bebas dari khabar angin dan cakap kosong yang tidak berfaedah. Kita harus
bertutur dengan lemah lembut yang bermakna yang mana dapat membawa kegembiraan
kepada seseorang yang bergaul dengan kita. Jika kita tidak dapat menggembirakan
orang lain melalui pertuturan sebaik-baiknya janganlah kita menyakiti mereka
dengan pertuturan yang salah. Menipu adalah salah satu daripada bentuk-bentuk
pertuturan yang paling salah. Penipuan yang menyakitkan perasaan orang lain
adalah paling buruk sekali. Adalah salah juga untuk menyatakan kebenaran supaya
ia dapat membawa masalah atau kesedihan kepada orang lain. Ada baiknya juga
untuk mendiamkan diri bergantung kepada situasi. Buddha juga kadang kala
mengamalkan sikap ini. Melalui teladanNya, Buddha menunjukkan bahawa kadang
kala ada baiknya untuk berdiam diri daripada bercakap benar.
4.
Tindak-tanduk Yang Betul
Petua jalan positif lapan
yang berikutnya ialah tindakan yang betul. Kita harus menggunakan sepenuhnya tenaga kita untuk menjadi teladan
yang baik untuk orang lain dan
mengelakkan diri daripada mempamerkan teladan yang buruk khasnya kepada
kanak-kanak. Beberapa tahun dahulu seorang bapa datang berjumpa saya. Dia
mengatakan anaknya ditimpa kesusahan berhubung dengan jenayah. Lelaki itu
berkata dia tidak pernah menggunakan percakapan yang kasar di depan anaknya.
Saya kemudian bertanya sama ada dia telah menunjukkan beberapa teladan baik
yang boleh diikuti oleh anaknya. Leiaki itu membisu seketika sebelum mengatakan
tidak.
Sebelum kita merancang
sesuatu langkah kita harus memikir dengan berhati-hati sama ada perkara
tersebut dapat membawa kebahagiaan atau penderitaan kepada kita. Jika kita bertindak dengan bijaknya, kita tidak harus berasa malu dengan
perbuatan kita. Tindakan bijak yang didahului oleh pemikiran secara
berhati-hati akarn menyebabkan orang lain menghormati kita dan tidak
menjatuhkan air muka kita. Ramai yang mendakwa mempercayai ajaran Buddha tetapi
apabila kita perhatikan kelakuan mereka, kita meragui kenyataan mereka. Ini
adalah kerana lain yang dicakap, lain pula yang dibuat. Ajaran Buddha adalah
sesuatu untuk dipraktik bukan untuk dibincang sahaja.
5.
Cara Sara-hidup Yang Betul
Kita kini membincangkan
cara yang paling baik untuk mencari nafkah hidup. Sebagai permulaan, kita harus
memastikan bahawa usaha kita mencari nafkah hidup tidak membawa kesusahan
kepada orang lain. Kita tidak harus mencari nafkah hidup dengan melibatkan diri
dalam pertumpahan darah, menjual sesuatu yang dapat meracuni badan atau akal
(mind) orang lain. Kita harus yakin bahawa cara kita mencari nafkah adalah
jujur keseluruhannya. Sebaik mungkin, pekerjaan kita juga membantu orang lain
serta menyebabkan mereka menghormati kita.
6. Usaha Yang Betul
Usaha yang betul dan
kefahaman yang betul sering dikatakan dua aspek yang paling penting dalam Jalan
Lapan Lapis Positif. Pemahaman yang betul merupakan aspek yang paling penting
tetapi kesemua kefahaman yang betul ini tidak bernilai jikalau kita tidak
mempergunakannya. Maka usaha diperlukan. Usaha adalah peraturan keenam.
Sebaliknya, jika kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa PEMAHAMAN yang betul padah akibatnya. Kita
adalah umpama seorang kanak-kanak yang cuba untuk memandu keretapi. Jika kita
berusaha tanpa benar-benar
memahami apa yang kita lakukan,
kita sebenarnya menanam benih Kamma tidak baik kepada diri kita sendiri.
Kedua-dua faktor usaha dan pemahaman yang betul saling berkait dan harus dipraktik dan dipupuk
bersama. Usaha yang bersungguh-sungguh tanpa pemahaman yang betul adalah
berbahaya. Sedangkan pemahaman yang betul tanpa usaha yang bersungguh-sungguh
adalah sia-sia sahaja. Seorang yang tidak mempunyai usaha yang betul adalah
seorang yang MALAS. Tanpa mengatasi kemalasan,
kita tidak boleh mencapai kebahagiaan. Setiap orang harus berusaha untuk
menjalani hidup yang dipuji serta bermaruah. Dalam Buddhisme, usaha betul
dibahagikan kepada empat. Kita harus mengikutinya supaya dapat hidup
selaras dengan ajaran Buddha. Keempat-empatnya adalah seperti
berikut :-
1. berusaha menghalang ciri kejahatan daripada menapak dalam diri
kita
2. berusaha menyingkir ciri-ciri
kejahatan yang telah sedia ada dalam fikiran serta perbuatan kita
3. berusaha meneruskan ciri-ciri kebaikan yang sedia ada dalam
fikiran dan kelakuan kita
4. berusaha menyernai serta
memupuk ciri-ciri kebaikan yang
bet urn ada di
dalam hati, fikiran serta perbuatan kita
Ramai di antara kita mempunyai
tujuan dan idea yang baik tapi kita tidak
berusaha mempraktikannya. Situasi ini umpama seekor burung yang hanya
mempunyai sebelah kepak sahaja.
Kebanyakan di antara kita juga mempunyai satu tabiat yang buruk, iaitu
melengah-lengahkan kerja kita yang harus dibuat hari ini hingga keesokan
harinya, minggu depan ataupun bulan depan. Kita hanya pasti tentang masa kita bagi hari ini sahaja. Semalam
telah pun berlalu dan esok pula belum
tentu tiba lagi. Masa yang paling baik untuk mempraktik usaha yang betul ialah
pada hari ini juga. Lebih cepat kita mula mempraktik Jalan Lapan Lapis ini lebih cepat kita mula mencapai
kebahagiaan. Jalan inilah satu-satunya jalan ke arah kebahagiaan abadi. Tiada
apa yang boleh dibuat jika kita masih
belum mula mempraktiknya.
7. Kesedaran Yang Betul
Kesedaran yang betul boleh
membawa manfaat pada sesiapa pun yang mengamalkannya dalam hidup sehari-harian.
Ramai ahli perniagaan berjaya menggunakannya. Makna kesedaran ialah kita harus
menumpukan perhatian kita kepada apa yang kita lakukan. Tidak lama dahulu, saya
ternampak seorang wanita yang kehilangan salah satu jari tangannya. Semasa dia
sedang memotong cili dengan sebilah pisau yang tajam, fikirannya asyik
menyingkap kembali sebuah wayang gambar
yang ditontonnya pada hari sebelumnya. Tiba-tiba dia terpotong jarinya.
Seseorang yang tidak tahu cara menumpukan fikirannya tidak akan berjaya dalam
hidupnya. Suatu ketika yang lain pula,
saya mengenali seorang lelaki yang hampir-hampir meninggal dunia kerana
doktornya telah tersilap memberi suntikan kepadanya. Doktor itu tidak
menumpukan perhatian kepada apa yang sedang dilakukannya, akibatnya
nyaris-nyaris menyebabkan kematian seorang pesakitnya. Pelajar yang paling
berjaya adalah mereka yang telah melatih diri mereka untuk memberikan
perhatian) sepenuhnya kepada sebarang mata pelajaran yang sedang dipelajarinya
ketika itu. Jika dia sedang belajar matematik, adalah sia-sia untuk khuatir
tentang ujian Sejarahnya. Dia akan mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk lulus dalam semua mata
pelajaran jika dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap mata
pelajarannya satu demi satu. Pernahkah anda perhatikan bahawa apabila kita
membuat tiga atau empat perkara dengan
serentak, biasanya kita hanya
akan menyelesaikannya separuh jalan sahaja. Ataupun kerja itu tidak
dilaksanakan dengan sempurna. Ini disebabkan perhatian kita tidak ditumpukan
kepada satu perkara sahaja. Perhatian yang tidak tertumpu bukanlah Kesedaran
Yang Betul.
8. Konsentrasi Akal (Mind) Yang Betul
Dalam bahasa Pali, petua
yang kelapan ini dikenali sebagai Samma Samadhi. Petua ini tidak
bermaksud penumpuan fikiran biasa yang terdapat dalam petua ketujuh. Petua kelapan merupakan satu ciri
penumpuan spritual dan dikenali umum
sebagai MEDITASI (bersemadhi). Petua kelapan ini merupakan tahap yang tertinggi
di antara kesemua Jalan Lapan Lapis Positif. Seseorang yang kerap
bermeditasi akan mencapai ketenteraman
fikiran serta kearifan. Oleh kerana
meditasi ini merupakan satu faktor yang paling penting untuk dipraktik oleh
setiap Buddhis, saya akan memberi gambaran yang ringkas tentang manfaatnya.
Dalam dunia moden ini, kita
sering mengalami tekanan emosi. Tanggungjawab seorang ayah dalam memenuhi
keperluan fizikal keluarganya seperti pakaian, makanan, tempat tinggal dan
sebagainya merupakan satu masalah. Kita juga
seringkali khuatir tentang kesihatan kita, mengalami masalah emosi dan
pelbagai masalah, kegelisahan dan ketakutan. Ada yang buat sehingga mengambil
dadah, atau minuman keras untuk menenangkan dirinya. Menurut Buddha, ubat yang
paling mujarab sekali bagi segala masalah ialah meditasi (bersemadhi).
Bagaimanakah kita bermeditasi? Bolehkah seslapapun bermeditasi atau lanya
d1khaskan untuk Bhikkhu sahaja? Dapatkah seorang wanita bermeditasi setanding dengan
seorang lelaki? Adakah perlu untuk mencari suatu tempat yang sunyi atau hutan
belantara untuk bermeditasi? Apakah langkah-langkah bagi meditasi?
Meditasi tidak dikhaskan
untuk bhikkhu sahaja. Orang kebanyakan juga boleh mempraktik meditasi. Meditasi
boleh dipraktik tidak kira oleh lelaki mahupun
wanita dan boleh dipraktikkan di bandar mahupun di sebuah tempat yang
sunyi dan terpencil. Meditasi
sebenarnya tidaklah begitu susah
atau kompleks. Masalah utama ialah ramai yang tidak sanggup
untuk duduk diam tanpa bergerak buat beberapa minit pun. Dalam masa yang
singkat saja, seorang individu akan hilang konsentrasi kerana ingin minum air
untuk menghilangkan dahaga, tali pinggangnya terlalu ketat, terdengar hon
kereta, atau lututnya terasa sakit. Ataupun dia khuatir tentang cara untuk
menyelesaikan semua bil-bil tanggungannya. Jadi, terdapat berberapa kesukaran
bagi seorang yang mula mempelajari meditasi. Justeru itu, dia harus mempunyai
banyak kesabaran. Seseorang harus mempunyai
banyak kesabaran serta benar-benar ingin mempelajari meditasi. Seluruh
hidup kita akan berubah dan
kita akan menikmati ketenteraman serta ketenangan jiwa apabila kita
mempraktik petua kelapan ini.
Berikut secara ringkas
adalah beberapa langkah-langkah untuk bermeditasi. Adalah lebih baik untuk
bermeditasi di sebelah pagi, iaitu semasa badan kita masih segar. Basuh muka
dan tangan serta tarik beberapa nafas yang panjang. Pakaian semasa bermeditasi
harus longgar dan tidak ketat. Duduk dalam posisi yang membolehkan anda tidak
sedar mengenai badan anda. Jika anda selalu duduk d1 atas kerusi dan berasa
tidak selesa apabila duduk di atas lantai dengan bersilang kaki, maka anda akan
berasa sukar untuk bermeditasi d1 atas lantai. Jadi, dudukiah tegak d1 atas
kerusi dengan kaki anda tegap d1 atas lantai. Hidung dan dagu anda haruslah
dalam satu garisan yang sama dengan tali pusat (naval) anda. Bahu anda harus
dalam posisi yang baik supaya anda dapat bekalan udara segar yang berterusan.
Pejamkan (bukan sepenuhnya) mata anda. Letakkan tangan kanan anda di atas
tangan kiri dengan kedua-dua ibu jari anda bersentuhan. Mulakan dengan menarik
nafas. Secara mental, sebut "Satu, saya menarik nafas (tahan nafas anda
buat seketika) dan kemudlan, "Satu, saya menghembuskan keluar nafas".
Menarik dan menghembus keluar nafas ini haruslah dilakukan dengan perlahan dan
berterusan. Ulangi langkah inl sehingga anda telah bilang hingga nombor
sepuluh. Kemudian, tumpukan akal (mind) anda pada satu titik tunggal dan jangan
biarkan fikiran tentang perkara lain masuk akal (mind) anda. Jika ini berlaku,
biarkan fikiran tersebut berlalu tanpa berpaut padanya. JANGAN BERPAUT PADA
PERKARA-PERKARA LAIN. Jika anda memilih untuk menumpukan akal (mind) anda ke
atas keamanan, jangan fikirkan tentang perkara lain melainkan KEAMANAN.
Teruskan selama lima belas minit.
Ramai yang cuba untuk
bermeditasi untuk satu jam terus dalam sessi-sessi meditasi mereka yang
pertama. Perkara ini tidak digalakkan. Sessi meditasi anda yang pertama dan
seterusnya (lebih kurang dua belas sessi) haruslah lebih kurang 15 minit dan
kemudian ditingkatkan kepada 20 minit bagi beberapa minggu yang kemudlan. Sessi ini ditambah beransur-ansur
kepada setengah jam dan akhirnya kepada satu jam selepas enam atau tujuh bulan
bermeditasi. Jika boleh, cuba belajar dari seorang guru meditasi yang mahir.
Jika tiada, gunakan faktor pertama, kedua dan keenam dalam Jalan Lapan
Lapis yang positif, yakni fikir
baik-baik, fahami dengan betul serta berusaha dengan gigih. Ramai doktor
di Eropah mengesyorkan meditasi kepada
pesakit mereka yang mengalami penyakit tekanan darah tinggi, asma,
hypertension, kegellsahan, ketakutan, ketumbuhan ulser, kerunsingan serta
penyakit saraf. Peratus yang berjaya diubati melalui meditasi adalah tinggi. Dr
Graham Lye, seorang doktor di London telah bertahun-tahun menggunakan perubatan
secara meditasi ini. Beliau merupakan salah seorang doktor yang paling berjaya
di England dalam mengubati beberapa penyakit tertentu. Jika anda ingin
memastikan tentang kesahihan cara perubatan ini, cubalah bermeditasi. Anda akan
lihat betapa berubahnya hidup anda. Perhatikan juga cara tekanan darah anda
akan turun hingga ke paras yang normal selepas anda telah bermeditasi.
Adalah sedih untuk
memerhatikan cara Buddhisme dipraktik oleh beberapa orang. Bagi mereka, untuk
menjadi seorang Buddhis yang baik, mereka harus pergi ke Vihara atau mempersembahkan kayu colok atau mengucap Lima
Peraturan Hidup (PancaSila) sahaja. Ajaran Buddha adalah bagaikan permata yang terletak
di dalam satu lombong yang dalam. Kita harus menggali dengan dalam untuk
mendapatkan permata-permata tersebut. Sesiapa yang benar-benar ingin
mempelajari Kebenaran ajaran Buddha akan dapat mengecapi kebahagiaan dan
kepuasan yang tidak dapat dinikmati oleh orang lain. Haruslah ingat bahawa
dengan semata-mata mengatakan "Saya adalah seorang Buddhis" tidak ada
gunanya. Apa yang penting ialah cara kita menjalani hidup kita. Konsep cara
hidup Buddhisme ialah ianya sesuatu untuk dipraktikkan setiap hari sepanjang
hidup kita. Jika kita mengikuti pedoman Buddha, kita pasti akan mengecapi
kebahagiaan dalan) hidup ini dan juga hidup yang akan datang.
TIGA BUKTI MENGENAI A6AMA YANG
SAHIH
Jangan melakukan kejahatan
tetapi berbuat baik,
Sucikan akal (mind) anda,
Semua Buddha mengajar agama
sahih ini,
Yang akan abadi
selama-lamanya.
HUKUM SEMULAJADI KAMMA
Kamma
adalah perkataan Sanskrit yang bermakna tindakan. Dalam Buddhisme, Kamma
bermaksud tindakan dan tinda kbalasnya. Kamma
juga diterangkan sebagai hukum punca dan akibat.
Apabila kita menanam benih padi, kita tidak boleh mengharapkan
lada hitam dihasilkan. Kita tidak boleh menjadi sejuk dengan menyalakan api.
Jika dalam setiap aspek hidup, kita boleh mencari sebab atau puncanya, maka
kita dengan yakin boleh meramalkan akibatnya.
Buddha telah mengajar
bahawa kebahagiaan dan kensengsaraan itu adalah suatu hasil sahaja, seperti api adalah sebab atau punca dan haba
pula adalah hasilnya. Jika kita menjalani hidup kita dengan banyak kejahilan,
kejahatan serta tamak-haloba, sudah
tentu kita harus bersedia menghadapi hasil yang selaras dengan hidup
sedemikian. Perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat pula dibalas jahat. Barangkali, ramai di
antara anak sekalian mempunyai satu akaun simpanan di bank. Setiap minggu anda
akan memasukkan wang ke dalam bank. Fikiran dan kelakuan kita adalah seperti
membubuh beberapa keping sylling wang
ke dalam tabung wang kita, tapi dalam hal ini, ia adalah TABUNG KAMMA.
Fikiran dan kelakuan yang jahat adalah
seperti wang palsu. Kadang kala orang yang cuba untuk menggunakan wang
palsu akan ditahan polis. Kecelakaan akan menimpa sesiapa yang cuba menggunakan wang palsu; seperti juga kecelakaan
pasti menimpa seseorang yang mendepositkan fikiran dan kelakuan yang jahat ke dalam
"Tabung Kamma" mereka.
Kebahagiaan akan dapat dikecapi jika kita mendepositkan fikiran dan kelakuan
yang baik ke dalam "Tabung Kamma"
kita. Sesiapapun tidak boleh menghalang Kamma
kita. Hasil yang buruk selalu datangnya daripada perbuatan yang jahat; hasil
yang baik selalu datangnya daripada perbuatan yang baik. Jika kita ingin
bahagia, kita harus mendepositkan simpanan punca-punca kebahagiaan seperti juga kita menanam benih padi untuk
mendapatkan hasil padi.
Adalah penting bagi semua
belia menyedari betapa pentingnya memahami Hukum Semulajadi Kamma ini. Dengan memahaminya, kita
dapat mengawal hasil yang menimpa kita dengan mengawal sebabnya (atau
puncanya). Kita akan mengetahui bahawa dengan berbuat baik, kita akan mengecapi
kebahagiaan, manakala yang berbuat jahat pula akan menghasilkan penderitaan.
KEWUJUDAN SEMULA (REBIRTH)2
Kita tidak akan dapat
memahami fenomena kewujudan semula jikalau kita tidak memahami Hukum Semulajadi Kamma. Kewujudan semula bergantung kepada Kamma. Dengan fikiran dan
perbuatan yang baik dalam hidup ini, kita bukan hanya akan mendapat hasil yang
baik dalam hidup inl, bahkan juga mendapat hidup kewujudan semula yang lebih
baik apabila tamat hayat ini.
2. Buddha telah mengajar melalui pengalamanNya
sendiri bahawa terdapat kewujudan semula selepas mati. Istilah Palf bagi
kewujudan semula ialah "Punnabhava". Istilah patisandhi
juga kerap digunakan dalam beberapa teks Pali.
Kamma
seseorang, baik atau buruk sebenarnya adalah dirinya sendiri. Kamma
ini akan wujud semula dalam satu kehidupan yang lain, sama ada di syurga,
neraka ataupun di dunia ini. Ada kes di mana, seseorang yang mempunyai Kamma
yang sangat buruk dilahirkan sebagai haiwan. Cuba kita bayangkan seorang
yang sangat kejam sifatnya, tak ubah seperti seekor harimau baik dari segi
perbuatan mahupun fikiran. Orang seperti ini mungkin menjadi seekor harimau
dalam hidupnya yang akan datang. Cuba
kita bayangkan satu kes yang lain pula - seseorang yang mempunyai tabiat dan
kelakuan seperti seekor babi. Bagaimana kita hendak mengharapkan orang seperti
itu hidup semula di syurga ataupun sebagai manusia yang normal, baik hati serta
senonoh?
Terdapat lebih daripada
satu jenis kewujudan semula. Sejenis kewujudan semula ialah dalam hidup ini
sendiri. Sebagai contohnya perubahan perwatakan seseorang daripada jahat kepada
baik, atau pun sebaliknya. Kewujudan semula dalam Buddhisme merujuk kepada
kewujudan semula selepas kematian seseorang, iaitu selepas hayatnya
dalam dunia ini telah tamat. Jika kita ingin tahu keadaan hidup yang akan
datang, cuba perhatikan cara kita menjalani hidup kita sekarang ini. Jika kita malas, tidak mempelajari ajaran Buddha, tidak mematuhl
Lima Peraturan Hidup (Five Precepts) dan Jalan Lapan Lapis, sudah tentu kita
tidak boleh harapkan kehidupan akan datang yang lebih baik. Sebaliknya jika
kita mempelajari serta mempraktik Dhamma,
menjadi seorang yang balk hati, mempunyai sifat belas kasihan serta tidak
tamak, kehidupan yang akan datang pasti lebih baik.
Hayat kita dalam dunia ini
berlalu dengan cepatnya. Kita sekarang adalah murid-murid di alam persekolahan.
Beberapa tahun akan berlalu tanpa disedari kita akan menjadi orang dewasa dan
akhirnya meningkat usia menjadi orang tua.
Tidak ramai yang hidup sampai 100 tahun, tetapi walaupun dapat hidup
sehingga usia ltu, kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh hidup
selama-lamanya. Jadi, kita harus berhati-hati dengan apa yang kita fikir dan
lakukan. Perbuatan dan fikiran kita adalah Kamma
kita, baik mahupun buruk. Kammalah yang akan muncul dalam hidup
kita yang akan datang.
Seseorang budak lelaki atau
perempuan yang mula hidup dengan jalan yang betul semasa kanak-kanak lagi dan
seterusnya menjadi seorang Buddhis yang baik sepanjang hayatnya tidak perlu
khuatir tentang kewujudan semula. Tapi pokok persoalannya ialah bilakah kita hendak
bermula mengamalkannya. Jika kita menghasilkan benih Kamma yang baik dalam hidup ini, kita tidak perlu tunggu sampai
mati untuk menerima manfaatnya. Kita akan mengecapi kebahagian dalam hidup ini
dan juga hidup yang akan datang.
MANFAAT DARIPADA BUDDHISME
Pada zaman ini, kita sering
mendengar orang lain berkata "Apakah manfaat yang boleh saya dapati dengan
melibatkan diri di dalam aktiviti ini?".
Sering kali, manfaat yang mereka maksudkan ialah dalam bentuk lahiriah
misalnya wang, status, kesihatan dan sebagainya. Apakah manfaat yang boleh kita
dapati dari mengikuti ajaran Buddha?
Jawapannya ialah badan atau
akal(mind) kita lebih sihat
kerana menjalani cara hidup cara yang lebih raslonal. Anda akan lebih berjaya
dalam pernlagaan anda kerana dapat berfikir dengan lebih baik. Anda juga akan
mendapat ketenteraman dan ketenangan jiwa.
Dalam akhbar, sering
kita terbaca tentang kisah kanak-kanak
yang nakal. Kanak-kanak seperti ini terpaksa dihantar ke sekolah-sekolah khas
bagi "kanak-kanak yang nakal". Apabila kita bercakap dengan kanak-kanak inl, mereka adalah normal dan tidak
ubah seperti kanak-kanak lain yang
sebaya dengan mereka. Mereka adalah nakal kerana telah di abaikan oleh ibubapa
mereka atau saudara lebih tua yang tidak mengajar mereka membezakan yang baik
dan yang buruk.
Ibubapa seperti ini tidak
berhak dipanggil Buddhis. Adalah tidak adil mengharapkan kewajipan serta
penghormatan kepada ibubapanya jika anak itu tidak dididik sejak dari kecil
lagi. Jika ibubapa gagal untuk menunjukkan
teladan yang baik, menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang dan mendidiknya
ke arah hidup yang lebih baik, terpuji serta bahagia, maka tidaklah adil untuk
mengharapkan anaknya menunaikan kewajipan serta penghormatan kepada ibubapa.
Ramai hakim menyatakan
terdapat lebih ramai ibubapa yang "deliquent" berbanding dengan
kanak-kanak yang "deliquent". Hidup mengikuti Dhamma haruslah bermula daripada rumah tangga kita sendiri. Ajaran
yang diberikan dalam buku ini disesuaikan untuk murid-murid, tetapi perkara ini
juga sesuai untuk ibubapa. Buku ini
harus dibaca dengan teliti dan direnung kembali oleh setiap ibubapa yang
beragama Buddhis.
Jika kita berasa tidak
bahagia, ini disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Jika kita mempelajari
serta mempraktikkan Dhamma, menjadi
seorang yang baik hati, mempunyai sifat belas
kasihan serta tidak tamak,
kehidupan akan datang kita pasti lebih baik.
SUTTA TENTANG BERKAT UTAMA
(Mangala Sutta)
Demikianlah telah kudengar:
Pada suatu ketika Bhagava
Bersemayam di dekat Savatthi
Di hutan Jeta di Vihara
Anathapindika.
Maka seorang dewa, ketika
malam menjelang pagi, dengan cahaya
yang cemerlang menerangi
selumh hutan Jeta.
Menghampiri Bhagava dan
menghormati Beliau, dia berdiri ke satu
sisi; sambil berdiri di
satu sisi, dewa itu berkata kepada Bhagava
dalam syair ini:-
Banyak dewa dan manusia
Berselisih faham tentang
Berkat
Yang dfflarap membawa
keselamatan;
Terangkanlah, apa Berkat
Utama.
Tak bergaul dengan orang
yang tak bijaksana
Bergaul dengan mereka yang
bijaksana
Menghormati mereka yang
patut dihormati,
ltulah Berkat Utama.
Hidup di tempat yang sesuai
Berkat jasa-jasa dalam
hidup yang lampau,
Menuntun diri ke arah yang
benar,
ltulah Berkat Utama.
Memiliki pengetahuan dan
kemahiran
Terlatih baik dalam tata
susila,
Ramah tamah dalam ucapan,
ltulah Berkat Utama.
Membantu Ayah dan lbu,
Menyokong anak dan isteri,
Bekerja bebas dari
pertentangan.
ltulah Berkat Utama.
Menderma dan hidup sesuai
dengan Dhamma,
Menolong sanak keluarga,
Kamma
yang tidak menyusahkan
ltulah Berkat Utama.
Menjauhi, tak melakukan
kejahatan,
Menghindari minuman keras,
Tekun melaksanakan Dhamma,
ltulah Berkat Utama.
Selalu hormat dan rendah
hati,
Merasa puas dan berterima
kasih,
Mendengarkan Dhamma pada soat yang sesuai,
ltulah Berkat Utama.
Sabar, rendah hati bila
diperingati,
mengunjungi para pertapa,
Membahas Dhamma pada soal yang sesuai,
ltulah Berkat Utama.
Bersemangat, menjalankan
hidup suci,
Menembus Kebenaran Ariya,
Serta mencapai Nibbana,
ltulah Berkat Utama.
Meski tergoda hal-hal duniawi,
Namun batin tak tergoyah,
Tiada susah, tanpa cemar,
penuh darnai,
ltulah Berkat Utama.
Kerana dengan mengusahakan
hal-hal itu,
Manusia tak terkalah di
manapun juga,
Serta berjalan aman ke mana
juga,
ltulah Berkat Utama.