PELAJAR-PELAJAR
BARU
1.
Untuk memperkenalkan teknik
bertafakur yang mudah, sesuai untuk mereka yang baru menjejak ke dalam bidang
ini.
2.
Untuk memperkenalkan mereka daya
penumpuan (concentration) supaya dapat bermanfaat dari kursus intensif yang dianjurkan di
tempat lain.
3.
Untuk menolong mereka
memperkembangkan kemampuan mereka untuk menolong
diri sendiri dalam mengatasi masalah-masalah
psikologinya dan emosi.
4.
Untuk menolong mereka membina toleransi
(tolak-ansur), ketenangan dan harmoni dalam hubungan sosial mereka.
5.
Dengan penuh harapan, mereka yang
mengamalkan tafakur ini akan mengalami kesan serba baik dan membina suatu minat
untuk menyiasat Dharma dengan lebih semangat.
1. Peraturan :—
a) berpakaian longgar.
b) peserta wanita dilarang menggunakan minyak wangi.
c) dilarang merokok.
d)
dilarang bercakap lebih daripada
perlu.
e)
pelajar-pelajar digalakkan
membaca dengan lebih luas lagi dalam bidang tafakur.
2.
Pelajar-pelajar digalakkan
bertafakur di rumah mereka sendiri tiap-tiap hari.
3.
Jenis tafakur yang diperkenalkan
ialah :—
a)
Kesedaran proses berjalan.
b)
Metta Bhavana - Tafakur atas Metta. (Loving-kindness).
c)
Anapanasati - Tafakur atas pernafasan.
d)
Tafakur atas 32 bahagian badan.
e)
Kesedaran perasaan dan keadaan
mental. (kesedaraan - mindfulness)
Adalah terpulang kepada pelajar untuk memilih cara yang
paling sesuai untuknya.
4. Dengan cara ini diharapkan kita akan menghasilkan
pelajar-pelajar untuk memperkenalkan
perkhidmatan ini sebagai bahagian daripada kerja penyebaran agama ini di
lain-lain tempat di negara ini pada masa depan.
5. Mereka yang ada pengalaman dalam tafakur adalah
digalakkan untuk menyumbang perkhidmatan mereka dengan sukarela sebagai "Lay
Tutors", demi lebih ramai lagi pelajar baru dapat dibimbing.
MEMILIH SUATU TEMPAT
Jika anda seorang pelajar baru, adalah lebih sesuai jika anda memilih satu tempat yang sunyi. Dengan majunya tafakur anda, anda boleh mempraktiknya di mana-mana saja. Sungguhpun demikian, tempat yang sunyi adalah lebih sesuai dan diingini.
MEMILIH SUATU MASA
Tafakur harus dipraktikkan setiap
hari. Bila-bila masa pun sesuai, walaupun begitu, awal pagi dan masa sebelum
tidur adalah paling sesuai.
Sungguhpun seorang guru yang berkelayakan adalah pandu yang paling baik, sahabat yang berpengalaman dan sudi menerangkan cara-cara tafakur juga adalah sesuai. Buku-buku dan risalah-risalah boleh memberi panduan tetapi anda dinasihatkan mempelajari tafakur di bawah seorang guru yang sebaik sahaja dan peluangnya.
GAYA DUDUK
Gaya yang paling baik merupakan kedudukan bunga teratai (full lotus position) atau setengah bunga teratai (half lotus position). Jika didapati sukar berbuat demikian, duduk tegak atas kerusi yang sesuai. Rehatkan kaki atas lantai supaya tidak mengalami sebarang ketegangan. Jaga badan anda tegak, supaya dapat berada dalam keadaan stabil, tidak kaku atau tegang. Jika leher dan saraf tunjang tidak tegak, anda mungkin berasa kesakitan selepas beberapa minit.
Berikut diberi petunjuk bagaimana anda dapat
melatih diri anda dalam gaya kedudukan bunga teratai ini :—
Duduk di atas lantai. Luruskan kaki kanan, bengkok
kaki kiri dan letakkannya di atas paha kanan. Dengan perlahan-lahan tekan paha
kiri hingga lutut kiri menyentuh lantai. Lepas itu, luruskan kaki kiri, bengkok
kaki kanan. Letakkannya ke atas paha kiri dan dengan perlahan-lahan tekan paha
kanan hingga lutut kanan menyentuh lantai.
Lakukan latihan ini untuk beberapa minit sehari
sehingga anda dapat duduk dengan lega gaya bunga teratai ini.
Pertama sekali, demi menenangkan din dan untuk
perlindungan dan kegentaran semasa bertafakur di tempat-tempat yang gelap dan
sunyi sepi, bacalah "Salutation to the Buddha" (Salam kepada Buddha),
'Taking of Refuge in the Triple Gem", "Taking of Five
Precepts" dan "The Salutations to the Buddha, the Dhamma and
the Sangha." (Rujuk kepada "RECOLLECTION" buku
panduan untuk "chanting" oleh Ven. Bhikkhu Khantipalo atau
buku panduan yang lain.
Kesesuaian : Sesuai untuk semua
tidak kira sifat pembawaan mereka.
Tujuan-tujuan utama :
a)
Untuk menenangkan fikiran sebelum
mempraktikkan cara tafakur yang lain.
b)
Untuk menyediakan suatu
pertukaran dan suatu penggantian selepas bertafakur dalam gaya duduk selama
jangka masa yang panjang.
Cara-cara :
o
Berdiri tegak dengan tumit kedua
kaki bersama. Menyedarkan diri dengan keadaan berdiri dengan mengatakan secara
mental "berdiri, berdiri, berdiri."
o
Mula berjalan perlahan-lahan
dengan menumpukan perhatian kepada tumit kaki kanan. Mengenali proses
mengangkat kaki kanan dengan mengatakan secara mental "mengangkat,
mengangkat, mengangkat."
o
Menolakkan kaki itu ke depan,
mengenali dengan "menolak, menolak, menolak."
o
Menurunkan kaki itu ke atas
lantai, mengenali dengan "meletak, meletak, meletak."
o
Ulang seperti cara-cara di atas
untuk kaki kiri, kemudian kaki kanan dan seterusnya sehingga sampai ke akhir
tempat yang disediakan untuk berjalan.
o
Berhenti dengan menempatkan kedua kaki bersama dalam gaya
berdiri. Mengenali dengan "berdiri, berdiri, berdiri."
o
Apabila anda berpusing di atas
tumit kanan dalam arah mengikut jam, mengenalinya dengan "berpusing,
berpusing, berpusing." Apabila selesai pusingan, mengenali dengan
"berdiri, berdiri, berdiri." Kemudian mula berjalan sekali lagi.
o
Gerakan kaki seharusnya diteliti
dengan otak (mind).
o
Gangguan-gangguan yang paling biasa semasa berjalan
merupakan bunyi-bunyian dan fikiran yang mengalih ke perkara-perkara lain
o
Mengenali gangguan-gangguan. Bagi bunyi-bunyian, jangan memberi perhatian kepada bunyi
sebaliknya kepada telinga-telinga anda dan mengatakan secara mental,
"mendengar, mendengar, mendengar."
o
Mengenali fikiran yang merayau ke
sana-sini dengan mengatakan secara mental "merayau, merayau, merayau".
o
Buat latihan ini selama 5 hingga
30 minit.
Faedah-faedah lain :
Langkah
pertama dalam memperoleh kesedaran yang lebih dalam ke atas aktiviti-aktiviti
mental dan fizikal itu. Daya penelitian
diperkuatkan.
Dengan
secara langsung, muncul kesedaran ke atas ciri pertama daripada tiga ciri
seluruh bendaan, iaitu ‘Anicca’ atau ketidakkekalan. Gerakan kaki-kaki adalah tidak kekal, ia
diangkat diikuti dengan ditolak dan diletak serta seterusnya.
Kesesuaian :
Sesuai untuk semua orang terutamanya mereka yang selalu merengus (hot-
tempered)
Tujuan utama :
a) Untuk mengatasi
kemarahan dan kekejaman.
b) Untuk memperkembangkan Metta (Loving-Kindness) dan Karuna (belas kasihan atau compassion).
Cara-cara :
(1)
Fikirkan diri sendiri dan bacakan :
Semoga saya sihat dan bahagia,
Semoga saya bebas daripada kemarahan dan kebencian,
Semoga saya bebas daripada penderitaan jasmani dan
rohani,
Semoga saya dapat mempertahankan kebahagiaan
sendiri.
(2) Kemudian fikirkan ibu bapa anda dan bacakan :
Semoga kamu sihat dan bahagia,
Semoga kamu bebas daripada kemarahan dan kebencian,
Semoga kamu bebas daripada penderitaan jasmani dan
rohani,
Semoga kamu dapat mempertahankan kebahagiaan kamu
sendiri.
(3) Fikirkan guru-guru anda dan baca seperti (2).
(4) Fikirkan seorang sahabat dan
baca seperti (2).
(5) Fikirkan semua benda hidup dan baca seperti (2).
(6)
Selepas menjalankan tafakur ini untuk beberapa lama, anda fikirkan musuh-musuh
anda dan baca seperti (2).
Bacaan-bacaan ini boleh berterusan selama
5-30 minit. Baca secara lisan atau mental.
Faedah lain :
Mahaguru Buddha pernah menyebut sebelas faedah cara tafakur ini.
Tafakur ini
juga berguna kepada kehidupan harian dengan menolong pelajar dan orang lain
untuk hidup dengan harmoni dan bahagia, iaitu memperbaiki tolak ansur dan
kesabaran serta perhubungan manusia.
Perhatian :
Tafakur atas - Karuna (belas kasihan),
Mudita (sukacita atas kejayaan orang
lain) dan
Upekkha (ketenteraman fikiran)
juga adalah sesuai untuk pelajar-pelajar baru.
TAFAKUR ATAS KARUNA merupakan
percubaan untuk mengatasi kezaliman atau kekejaman. la termasuk secara
automatik dalam bacaan-bacaan yang biasa dalam Metta
Bhavana, sebab yang penting dalam tafakur Karuna ini ialah bacaan :
Semoga saya (atau anda) bebas daripada penderitaan.
TAFAKUR ATAS MUDITA merupakan
percubaan untuk mengatasi perasaan iri hati dan untuk memperkembangkan suatu
keadaan fikiran di mana seseorang dapat merasai sukacita atas kejayaan dan
kegembiraan orang lain. Bacaan-bacaannya adalah berbentuk sama seperti Metta
Bhavana tetapi perkataan-perkataannya mementingkan benda-benda yang
mengakibatkan keseronokan duniawi :
Semoga saya dapat sentiasa
menikmati kebahagiaan saya,
Semoga saya dapat sentiasa menikmati kemakmuran dan
kemuliaan saya (atau benda duniawi lain),
Apabila pelajar-pelajar memikirkan mereka yang
menimbulkan kecemburuan dan perasaan iri hatinya, maka "saya"
digantikan dengan"anda".
TAFAKUR ATAS UPEKKHA bertujuan
untuk mengatasi perasaan berat sebelah, prasangka dan memperkembangkan suatu
keadaan fikiran yang seimbang yang sukar diganggu oleh lapan keadaan duniawi :
Keuntungan,
Kerugian,
Kepujian,
Kecelaan,
Kemasyhuran,
Ketidakharuman nama,
Kebahagiaan,
Kedukaan/kesedihan.
Bentuk bacaan untuk jenis tafakur ini berasaskan pada suatu kefahaman karma, iaitu segala yang terjadi ke atas setiap orang diakibat oleh diri sendiri. Kebaikan yang dinikmati oleh orang itu adalah akibat daripada sesuatu perbuatan baik yang pernah dilakukan sama ada dalam kehidupan ini atau yang lepas, manakala keburukan yang dialami pula akibat daripada sesuatu perbuatan yang buruk yang pernah dilakukannya. Bacaannya adalah seperti berikut :
Saya adalah pemilik kamma saya.
Anda adalah pemilik kamma anda.
Kesesuaian : Sesuai untuk semua orang, terutamanya mereka yang sentiasa berasa tidak tenteram.
Tujuan utama :
a)
Untuk memperkembangkan daya
penumpuan yang mendalam.
b)
Untuk memperkembangkan ketenteraman mental (rohani) dengan
mengatasi gangguan-gangguan
mental.
c)
Untuk mengatasi banyak masalah psikologi dan emosi akibat
daripada kekurangan ketenteraman dan daya penumpuan, misalannya gelisah,
perihal tidak dapat tidur, kebimbangan, ketakutan, kegentaran dan lain-lain.
Cara-cara
:
Duduk dengan lega. Beristirahat. Bernafas dengan
tenang dan bersahaja. Menumpukan segala perhatian kepada perasaan akibat
sentuhan nafas ke atas lubang hidung atau kepada tempat di antara lubang-lubang
hidung dengan bibir atas.
Apabila menarik nafas, mengenali proses ini dengan
"menarik nafas". Apabila mengeluarkan nafas, mengenali dengan
"menghembus nafas". Jika pelajar mendapati kesukaran dalam cara ini,
bolehlah menggantikan pengenalan ini dengan mengira "1" apabila
menarik nafas, mengira "2" apabila mengeluarkan nafas, mengira
"3" apabila menarik nafas, "4" apabila mengeluarkan nafas,
sedemikian sehingga "10",kemudian mula dari "I " dan
seterusnya.
Dengan bertambah daya penumpuan, pengiraan itu
boleh digantikan dengan "menarik nafas" dan "menghembus
nafas".
Nafas mungkin dalam atau cetek, lambat ataupun
cepat. Pelajar harus ikut rentak biasanya.
Latih selama 5 hingga 30 minit sehari.
Gangguan-gangguan yang paling biasa merupakan
kesakitan akibat daripada duduk terlalu lama dalam suatu gaya tertentu; gatal;
fikiran merayau ke perkara lain atau bunyi. Semua gangguan ini harus dikenali
dengan "sakit, sakit, sakit", kemudian tukar gaya duduk itu kepada
gaya yang lebih lega, atau "gatal, gatal, gatal" atau "merayau,
merayau, merayau" atau apabila gangguan adalah merupakan bunyi, jangan beri
perhatian kepada bunyi itu, sebaliknya kepada telinga-telinga dan mengenalinya
dengan "mendengar, mendengar, mendengar".
Perhatian :
Dengan berkembangan daya
penumpuan, tertimbulnya kegirangan atau kebahagiaan. Jangan terikat kepada kegirangan ini, sebaliknya menggunakan
kuasa daya penumpuan ini untuk memperkembangkan "mindfulness"
terhadap aktiviti-aktiviti fizikal dan mental.
Anapanasati dan bagaimana ia dapat menolong pelajar mengatasi banyak
gangguan-gangguan duniawi.
Cara yang telah diterangkan
adalah untuk memperkembangkan daya penumpuan dalam latihan yang beradab. Daya
menumpu ini boleh dipergunakan dalam beberapa situasi dalam kehidupan duniawi
kita ini.
Misalannya :
Anda tersepit
dalam suatu barisan yang panjang atau suatu kesesakan lalu lintas. Dengan
menumpukan perhatian anda pada pernafasan anda dapat mengurangkan perangsangan
yang mungkin timbul.
Anda berasa
bosan kerana tiada pekerjaan atau apa-apa yang ingin dilakukan, atau anda
mungkin berasa gelisah. Anda mungkin berasa resah atau risau semasa membuat
persediaan untuk menghadapi sesuatu peperiksaan, atau anda mungkin mengalami "stage
fright" semasa berpidato di hadapan orang ramai atau anda berasa
gelisah apabila bertutur dengan seseorang yang terkemuka. Masalah-masalah
seperti ini boleh diatasi dengan menumpukan perhatian kepada pernafasan anda.
Kesesuaian :
Sesuai untuk kebanyakan orang, terutamanya untuk mereka yang penuh berani (lustful).
Tujuan utama :
a)
Untuk mengatasi pemikiran yang penuh berahi dan perikatan
yang kuat kepada badan fizikal itu.
Cara-cara :
Duduk dengan lega dan baca seperti berikut :
Badan ini dari atas kepala ke tapak kaki adalah
penuh dengan kekotoran. Mereka adalah :
(1 - 5)
Rambut, kepala, bulu badan,
kuku, gigi, kulit;
(6 - 10) Urat,
otot, tulang, tulang sumsum, buah pinggang;
(11 - 15) Jantung,
hati, sekat rongga badan, limpa, paru-paru;
(16 - 20) Usus, mesenteri, perut, najis, otak;
(21 - 26) Hempedu,
air penghadaman, nanah, darah, lemak, minyak;
(27 - 32) Air
mata, peluh, air liur, lendir hidung, minyak sendi, kencing.
Apabila bahagian-bahagian ini telah dihafal, bacaan
boleh dibuat secara mental, dan dengan mencapainya lebih kemajuan, maka bacaan
boleh diterbalikkan susunannya.
Faedah-faedah lain:
a) Daya menumpu dan ketenteraman mental berkembang.
b) Pengertian yang dalam terhadap sifat badan yang
sebenarnya menjijikkan ini membawa kepada suatu keinsafan atau kesedaran bahawa
kecantikan dan kemolekan seseorang itu adalah di luar sahaja.
c) Perikatan dan kebanggaan terhadap badan dikurangkan.
Perhatian :
Kerap kali perasaan jijik yang melampau
terhadap badan mungkin muncul semasa tafakur. Sebaik sahaja ini ternyata,
pelajar harus beralih ke Anapanasati.
Kesesuaian : Pada kehidupan sehari-harian, tafakur ini
hanya dapat diamalkan oleh mereka yang telah memajukan serba sedikit daya
penumpuan dan juga sedia hendak memperkembangkan "mindfulness".
la adalah sesuai untuk semua tidak kira sifat pembawaannya. la adalah sesuai
terutamanya untuk mengatasi perasaan muram, kegelisahan, ketakutan,
kemasyghulan, kedukaan dan banyak lagi perasaan yang mengakibatkan keadaan
mental yang negatif.
Tujuan utama :
Untuk memperkembangkan daya untuk mengenali keadaan-keadaan fikiran,
perasaan dan keadaan mental demi mengawalnya
.
Cara-cara :
a) Mengenali kesemua perasaan sebagai salah satu daripada
tiga jenis umum ini :-
I.
menyeronokkan
II.
tidak menyeronokkan
III.
bukan menyeronokkan dan bukan
tidak menyeronokkan.
Mengenali dengan "Perasaan
menyeronokkan, perasaan menyeronokkan, perasaan menyeronokkan", kemudian
beralih ke pernafasan. Dengan cara yang sama, mengenali perasaan yang tidak
menyeronokkan dan perasaan yang bukan menyeronokkan dan bukan tidak
menyeronokkan.
b) Mengenali keadaan mental yang negatif dan sakit seperti :
perasaan muram,
kegelisahan,
kemasyghulan,
kesedihan dan sebagainya dengan
"muram, muram, muram",
"gelisah, gelisah, gelisah",
"masyghul, masyghul, masyghul",
"duka, duka, duka",
"sedih, sedih, sedih", dan seterusnya.
Kemudian beralih perhatian kepada pernafasan.
Perasaan dan keadaan mental timbul akibat daripada
reaksi-reaksi yang tidak dikawal sebaik sahaja adanya perhubungan di antara
organ-organ deria dengan benda-benda deria :
mata dengan benda ternampak,
lidah dengan bunyi,
hidung dengan bau,
badan dengan sentuhan,
ingatan (mind) dengan fikiran, pendapat
dengan khayalan.
"Mind" yang tidak
dilatih mempunyai kecenderungan yang semula jadi untuk mengenangkan dan
memikirkan perasaan dan keadaan mental ini, maka ia terus mengalami benda-benda
ini.
Latihan Vipassana yang
mudah ini mengalihkan benda-benda renungan atau pemikiran daripada perasaan dan
keadaan mental ke perkataan-perkataan muram, muram, muram; sedih, sedih, sedih;
dan lain-lain. "Mind" itu dialihkan daripada benda yang kurang
sihat. Dengan ini, perasaan dan keadaan mental yang berbahaya ini dapat dikawal
dengan mudahnya.