Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MENTERJEMAH KARYA BUDDHIS

 

1. Pendahuluan

Semasa Buddha menyampaikan AjaranNya, Beliau kebanyakan menggunakan Bahasa Magadhi, bahasa yang terdapat di India Timur pada masa itu. Selepaas Buddha memasuki Nirvana, pengikut-pengikutNya mengadakan 4 kali Kaunsil untuk menentukan Ajaran Buddha, dan menggunakan Bahasa Pali serta Bahasa Sanskrit untuk merekodkan Ajaran Buddha. Apabila Bhiksu-Bhiksu menyebarkan Ajaran Buddha ke merata-rata tempat, mereka terpaksa menggunakan bahasa tempatan. Di sinilah bermulanya penterjemahan karya Buddhis. Kadangkala terdapat Bhiksu yang tidak begitu fasih dalam bahasa tempatan, maka mutu hasil penterjemahan mereka itu kurang sedikit, walau bagaimanapun jika tiada hasil penterjemahan tersebut maka kitapun tidak akan dapat memelajari Dharma.

2. Alat :

  • kekurangan istilah dan kamus dwibahasa yang baik
  • kekurangan program komputer yang dapat menjalani penterjemahan (Ven. Piyasilo menggunakan Expert System untuk membuat penterjemahan dalam Bahasa Pali dan Inggeris di Damansara Vihara, PJ)

 

3. Bahan :

  • Mazhad Buddhis : Theravada, Mahayana, Vajnahana.
  • Bahasa Cina, Pali, Sanskrit, Jepun, Tibet, Inggeris, Siam.

 

4. Kepakaran / tenaga :

  • kekurangan kepakaran dalam teks
  • kekurangan kepakaran dalam exegesis (menerangkan makna tulisan asal agama)
  • kekurangan kepakaran dalam lexical (makna istilah atau perkataan dan tatabahasa dalam bahasa terjemah
  • kekurangan pekaparan dalam indigenous (bahasa asli/tempatan
  • kekurangan kepakaran dalam style (corak penulisan asal)
  • kekurangan penterjemah yang bertauliah/terlatih, dapat menguasai 2 atau lebih jenis bahasa dengan baik

 

5. Sikap :

  • tabah : kerana kerja tanpa ganjaran, sukarela, makan masa yang panjang, bukan untuk keuntungan diri, salah sedikit kena teguran.
  • gembira : kerana memperkenalkan pemikiran/pendapatan orang lain, menunaikan kewajiban sebagai seorang Buddhis, bebas dari kebongkakan.
  • `committed' dalam penyebaran Dharma
  • sedia memelajari dari orang lain
  • jangan kerja seorang
  • sentiasa berbanding dengan hasil orang lain

 

6. Peranan Penterjemahan :

  • supaya orang boleh faham Dharma
  • menambahkan bilangan pembaca
  • menolong membentuk identiti Buddhis Malaysia
  • meningkatkan pengajian dan berdekatan dengan Dharma
  • bahasa menunjukkan kebudayaan

 

7. AJK Penterjemahan terdiri daripada:

  • AJK Penterjemahan
  • AJK Pemeriksaan
  • AJK Penyuntingan
  • AJK Pengesahan

 

8. Panduan/teknik penterjemahan

  • Jangan tambah/kurangkan ide asal
  • Bila dibaca, seolah-olah karya asal
  • Mencerminkan corak penulisan yang asal
  • Memahami peribahasa/simpulan bahasa, nilai hidup, dasar kebudayaan, sejarah atau riwayat hidup pengarang
  • Jangan menterjemah satu perkataan demi satu perkataan, tetapi dari satu prosa ke satu prosa
  • Gunakan bahasa yang mudah difahami
  • Menterjemah topik yang tertentu
  • Tambah/tinggalkan perkataan supaya makna/erti lebih jelas
  • Kadang-kadang perkataan itu tidak diterjemahkan
  • Gunakan banyak kamus
  • Taat-setia kepada karya asal
  • Cantikkan bahasa penterjemahan

Rumusan: Setelah memahami masalah serta peranan penterjemahan karya atau sastera Buddhis, maka saya yakin dan percaya, untuk menyebarkan Dharma yang maha suci ini, berbaktilah untuk bangsa dan agama.