Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

Syarat-syarat Penubuhan Sekolah Dharma Jumaat


1.1 Pengasas:

a) mesyuarat kampung

b) mencari murid-murid

 

1.2 Mesyuarat Penderma:

- untuk menentukan tempat atau bangunan, kerusi meja, alat-alat mengajar, buku teks,wang belanjaan, gurubesar dan guru.

 

1.3 Tugas Pentadbir/ Gurubesar :

a) menetapkan bilangan kelas.

b) menetapkan bilangan guru Dharma dan guru matapelajaran.

c) menentukan masa belajar serta waktu (period).

d) memilih buku teks.

e) menentukan kelandar belajar bagi setiap penggal dan aktiviti.

f) belanjawan tahunan, tambah kerusi/meja.

g) upacara pembukaan dan penutup.

h) buku latihan.

i) memengerusikan mesyuarat guru serta menghadiri mesyuarat Lembaga Pengelola.

j) menguruskan hal-hal semasa dan luar.

k) mentandatangani buku mesyuarat dan invos.

 

1.4 Tugas AJK Pengajaran:

a) menyedia jadual waktu.

b) peraturan sekolah dan mengajinya dari masa ke semasa.

c) buku rekod guru.

d) segala statistik mengenai sekolah.

e) mesyuarat matapelajaran.

f) menjaga segala buku dan borang, borang pendaftaran, buku pendaftaran, rekod kedatangan, rekod kad kemajuan, rekod ganjaran murid.

g) aktiviti murid

h) mengendalikan perpustakaan, membahagian tugas.

 

1.5 Tugas AJK Perlaksanaan :

a) bertanggungjawab atas akaun masuk keluar dan persuratan.

b) menjalankan pesanan gurubesar.

c) rekod, menjaga serta membaiki perabut dan bangunan.

d) menjual buku teks dan buku tulis.

e) persipan darjah serta kebersihan sekolah.

f) membeli ubatan.

 

1.6 Tugas guru kelas dan guru matapelajaran :

a) guru kelas:

i) menjaga disiplin kelas, butiran murid dan menanda kedatangan murid.

ii) menjalani peperiksaan dan mengira markah murid.

iii) memilih ketua darjah dan membahagi tugas giliran.

iv) menguruskan hal-hal mengenai kelas dan membuat lawatan ke rumah murid.

b) guru matapelajaran:

i) menjalankan proses pemelajaran dan pengajaran serta mengendalikan kelas.

ii) menjalani peperiksaan dan memberi markah kepada guru kelas mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

iii) menolong menguruskan hal-hal murid.

c) menilai kelakuan murid.

d) menentukan kemajuan pengajaran dan pemelajaran, merekodkan kemajuan dan meyediakan alat mengajar.

 

Tugas guru Dharma :

a) menggunakan buku teks dan merancang kemajuan pengajaran & pemelajaran.

b) menambahkan cerita buddhis.

c) menambahkan alat serta gambar.

d) melukis peta India serta menandakan tempat-tempat penting

e) mengajar lagu Budhis mengikut taraf murid serta menggalakkan murid bercerita.

f) mengajar tentang adat Budhis.

g) mengajar dengan berkesan agar mereka berminat dan membentuk kelakuan yang baik serta mengikut jejak Buddha.

 

1.6 Kerjasama masyarakat tempatan

Sesudah Sekolah Dharma Jumaat ditubuhkan, gurubesar, guru dan semua AJK hendaklah menjalankan tugas masing-masing dengan semangat bergotong-royong agar dapat memajukan perkembangan sekolah. Mereka hendaklah mengkaji semula tugasan mereka supaya dapat meningkatkan lagi prestasi mereka.

 

1.7 Kesimpulan

Dalam proses penubuhan Sekolah Dharma Jumaat tentu ada masalah. Kukuhkanlah objektif serta tabahkan hati anda agar dapat menyelesaikan masalah.

 

BERBAKTILAH UNTUK BANGSA DAN AGAMA