HARI-HARI PERAYAAN THAI
A. Perayaan Berunsur Keagamaan
1. Tot Pha Pa
- Perayaan pemberian kain jubah (berwarna kuning) kepada Bhikkhu di dalam hutan.
- Bermula semanjak zaman Buddha.
- Dimasukkan ke dalam kalendar Thai oleh Raja Rama IV.
- Sebab kemunculannya: Bhikkhu dilarang mengambil pakaian kepunyaan orang lain, maka
terpaksa mendapatkan pakaian atau kain di dalam hutan yang tidak dimiliki oleh sesiapapun,
kemudian menghasilkan kain jubah sendiri. Orang ramai memandangkan cara ini sangat
menyulitkan para Bhikkhu, mereka cuba memberi kain kuning baru kepada Bhikkhu. Jikalau
tidak menemui Bhikkhu, mereka meletakkan kain kuning di dalam hutan di mana Bhikkhu akan
keluar mencari kain buangan itu.
2. Khao Pansa (Memasuki Vassa)
- Bermula semenjak zaman Buddha.
- Dalam tempoh ini, Bhikkhu mempraktikkan disiplin yang ketat, puja dan memberi syarahan
Ajaran Buddha kepada penduduk berdekatan. Orang ramai juga memberi sumbangan kepada
Bhikkhu kerana difikirkan bahawa seseorang itu akan dapat balasan yang lebih besar jika
sumbangan dibuat pada musim hujan kerana aktiviti Bhikkhu dihadkan di dalam kawasan kuil /
wat sahaja.
- Sebab kemunculan: Musim hujan merupakan musim penanaman padi. Bhikkhu (dengan tidak
sengaja) merosakkan benih atau anak padi apabila sedang berjalan. Maka Buddha menghadkan
pergerakan Bhikkhu di dalam kawasan kuil / wat sahaja.
3. Ork Pansa (Keluar Vassa)
- Perarakan diadakan pada penghujung musim hujan oleh penduduk-penduduk ke kuil / wat
untuk memberi kain serta sumbangan-sumbangan lain kepada Bhikkhu. Para Bhikkhu keluar dari
kuil / wat di awal pagi dan orang ramai menunggu mereka di setiap tempat untuk memberi
makanan. Kemuncak perayaan ialah apabila raja sendiri menyertai perarakan tersebut.
4. Mangha Puja.
- Perayaan ini menandakan sesuatu peristiwa di mana seramai 1250 orang Bhikkhu Buddha
dengan tidak sengaja menziarahi Buddha pada hari yang sama.
5. Visakha Puja (Hari Wesak)
- Hari yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Buddha.
6. Asalaha Puja
- Hari yang memperingati Syarahan pertama yang diberikan oleh Buddha.
B. PERAYAAN-PERAYAAN LAIN
1. Loy Kratong
- Perayaan ini diadakan selepas musim hujan, iaitu pada hari bulan mengambang di antara
bulan-bulan Oktober dan November. Pada hari tersebut orang ramai akan menghayutkan perahu
yang diperbuat daripada daun pisang serta dihiasi dengan bunga-bunga gerharu dan lilin.
Terdapat berbagai pendapat sama ada perayaan ini berunsur agama atau tidak. Ada yang
berpndapat bahawa ia dilakukan untuk meminta pengampunan dari dewa air yang menyebabkan
berlakunya banjir. Sementara itu, Phya Anuman Rajadhon berpendapat bahawa ia bermula dari
zaman Buddha di mana Raja Naga meminta Buddha meninggalkan tapak kaki Beliau di tebing
sungai supaya orang ramai dapat memuja setelah Buddha meninggal. Walau bagaimanapun, Raja
Mongkut berpendapat perayaan ini merupakan suatu amalan Brahmin yang mula diperkenalakan
oleh Raja Ruang Rama Kamhaeng (Sukhotai) yang diambil dari isterinya, Nang Nopamas,
seorang Brahmin. Walaupun pada asalnya amalan ini merupakan amalan Brahmin, Raja Ruang
Rama Kamhaeng yang beragama Buddha cuba memasukkan unsur-unsur agama ke dalam amalan
tersebut. Baginda menyatakan bahawa Kratong yang dihayutkan itu adalah sebagai satu tanda
penghormatan kepada wat-wat, pagoda-pagoda dan bahagian-bahagian badan peninggalan Buddha
seperti tulang dan rambut, sementara itu pahala yang diterima akan diberikan kepada dewa
sungai.
2. Songkran (Perayaan Tahun Baru)
- Ia biasanya disambut pada 13hb April iaitu hari yang terpanas dalam satu tahun. Sambutan
dilakukan dengan perarakan beramai-ramai menuju ke wat-wat. Di samping itu, mereka
menyiram air terhadap satu sama lain sebagai tanda bertuah bagi tahun baru itu. Orang
ramai membersihkan patung-patung Buddha serta sekitar ramah sebagai tanda bahawa mereka
akan memulakan satu penghidupan baru. Mereka juga memberi penghormatan kepada abu atau
tulang sanak saudara yang telah meninggal dunia. Perayaan ini berasal dari sebuah cerita
dongeng: DEWA BRAHMA, merasa cemburu apabila mengetahui bahawa terdapatnya seorang pemuda
yang tahu berbahasa burung, maka untuk membunuh pemuda itu, Dewa Brahma memberi 3 buah
teka-teki untuk dijawab oleh pemuda itu dengan syarat, sekiranya pemuda itu berjaya
menjawab dengan betul, kepala Brahma akan dipancung. Sebaliknya, jika pemuda itu gagal,
kepalanya akan dipancung.Pemuda itu tidak tahu menjawab, lalu pergi ke hutan untuk
membunuh diri. Ketika itu, dia terdengar jawapan teka-teki tersebut dari seekor helang.
Akhirnya, kepala Brahman dipancung. Oleh kerana kepala itu menjadi amat panas akan
menimbulkan binasa pada bumi, maka kepala itu disimpan di syurga. Anak-anak perempuan
Brahma mengambil giliran untuk membawa kepala Brahma keluar setahun sekali dan ini
merupakan hari yang paling panas.
3. Sarta.
- Ia merupakan amal ibadat di mana penyembahan makanan kepada nenek-moyang yang telah
meninggal dunia dilakukan. Walau bagaimanapun, mereka memerlukan Bhikkhu sebagai orang
perantaran. Amalan ini bermula dari zaman Buddha, yang mana Raja Bimbisara banyak kali
diusik hantu. Buddha memberitahunya hantu-hantu itu kelaparan. Maka, Baginda seharusnya
memberi makanan kepada Bhikkhu Buddha dan selepas itu, Bhikkhu akan membaca ayat-ayat suci
untuk memberi rahmat atau semangat kepada hantu tersebut. Semasa melakukan Sarta, orang
ramai akan menyembahkan makanan yang bercampur dengan madu lebah kepada Bhikkhu sebagai
peringatan terhadap saudara-mara yang telah meninggal dunia dan makanan dapat diberikan
kepada mereka menerusi Bhikkhu.
|