|
Pengetahuan Am tentang Buddhisme
1. APAKAH BUDDHISME? Apabila Buddha menerima pengikutNya, maka terbentuklah satu kumpulan agama. Kumpulan ini terdiri daripada 7 jenis pengikut: Bhiksu, Bhiksuni, Samanera, Samaneri, Siksamana,(meniggalkan keluarga untuk kehidupan keagamaan) Upaseka dan Upasika.(mempunyai keluarga) Pada masa sekarang, Buddhisme boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan agama yang mempunyai Trisarana (Buddha, Dharma dan Sangha) berpandukan kepada sejarah perkembangan, Ajaran Buddha dan pengetahuan am yang berasaskan kepada Sila, Samathi, Panna yang menegaskan keyakinan serta kekuatan diri, kefahaman dan kultivasi yang sama penting, dan mempertunjukkan Maitri Karuna serta Jalan Tengah.
Dari segi sejarah: kita melihat bagaimana semangat Buddhisme mempengaruhi dan membentuk corak kebudayaan. Dari segi Dharma : kita mendapat pertolongan semasa kultivasi. Dari segi pengetahuan am : Kita dapat mengukuhkan keyakinan diri.
2. ADAKAH BUDDHA PENCIPTA? Di dalam kontek buddhisme, konsep pencipta tidak wujud. a. Buddha ialah seorang yang telah mencapai Pencerahan Sempurna, Beliau telah memahami segala hukum-hukum semulajadi, tetapi Beliau tidak dapat mengubah keadaan yang telah sedia ada. b. Buddha boleh mengajar pengikutNya, tetapi sama ada mereka boleh mencapai Pencerahan Sempurna atau tidak, bergantung pada ketekunan mereka diri sendiri. c. Buddha diibaratkan seperti seorang doktor yang bijak, boleh memberi perskripsi yang baik. Jika pesakit makan ubat itu, tentu boleh sembuh, tetapi Buddha tidak boleh buat apa-apa jika mereka engan makan ubat. d. Buddha diibaratkan seperti seorang petunjuk jalan yang baik, tetapi pengikutNya tidak mahu ikut, Beliau pun tidak boleh buat apa-apa. e. Beliau bukan pencipta, dan tidak mahu pengikutNya menganggapkanNya sebagai satu idol (patung pujaan) untuk disembah. f. Beliau hanya mengajar cara-cara menghapuskan kesengsaraan hidup, tetapi tidak boleh menanggung penderitaan orang lain. g. Beliau mengajar kita bertanggungjawab atas perbuatan kita sendiri.
3. SEBAGAI SEORANG BUDDHIS, BOLEHKAN DIA MAKAN DAGING LEMBU? Masyarakat dulu adalah masyarakat pertanian yang tidak menggunakan jentera, apabila mereka nampak lembu bekerja begitu kuat sekali, akhirnya dagingnya dimakan orang. Maka mereka berasa kasihan dan tidak makan dagingnya. Kenapa hanya daging lembu tidak makan, tetapi daging yang lain dihantam semua?
4. SEJARAH PERKEMBANGAN BUDDHISME DI INDIA. a. Buddhisme Theravada. b. Buddhisme Mahayana. c. Buddhisme Vajrayana. d. Lenyap. e. Buddhisme Kemanusiaan.
5. APAKAH TUJUAN BUDDHA MEMPERKENALKAN SILA? Ada 10 kebaikan: a. Supaya bhikhu boleh hidup dengan baik. b. Menggunakan perhubungan hidup yang baik untuk mempereratkan lagi persahabatan bhikhu. c. Menggunakan Dharma untuk mengawal pengikut yang degil/nakal/keras kepala. d. Supaya bhikhu menyesal tentang kesalahannya dan berjanji tidak mengulangi lagi, selepas itu, mindanya berasa gembira dan suci. e. Supaya perbuatan dan pertuturan bhikhu ada sesuatu yang boleh diikut, dan menghapuskan penderitaan sekarang. f. Dengan menghapuskan penderitaan sekarang, para bhikhu dapat kuasa samadhi untuk menghapuskan penderitaan yang akan datang. g. Supaya semua hidupan dapat melahirkan keyakinan. h. Yang sudah berkeyakinan, keyakinannya bertambah. i. Supaya dharma berada di dunia ini lebih lama lagi. j. Supaya sila selalu berada, maka pengamal dharma akan dapat kesenangan hati.
6. APAKAH SYARAT UNTUK MELAKUKAN DANA? 1. Bagi diri sendiri: tidak terasa susah dan sengsara. 2. Bagi penerima: tidak terasa susah dan sengsara. 3. Bagi kedua-dua pihak: berasa gembira. |