Dadah Dan Buddhisme
Masalah penyalahgunaan dadah merupakan
masalah sedunia yang begitu rumit; yang mana sehingga ke hari ini masih belum
dapat dibanteras
sepenuhnya. Antara negara pengeluar dadah terbesar di dunia iaitu
kawasan Segitiga Emas yang mungkin lebih sesuai dipanggil “Segitiga Maut” dan
juga Amerika Selatan masih dalam kancah pergolakan untuk menghapuskannya.
Bekalan dadah di seluruh dunia adalah
lebih besar daripada permintaannya. Walaupun pemusnahan dan perampasan secara
besar-besaran dilakukan, tetapi
ianya masih tidak memberi kesan kepada
kuantiti atau jumlah yang diperlukan.
Bekalan yang berlebihan ini menambahkan lagi masalah penyalahgunaan dadah di
negara-negara pengeluar, dan membuatkan dadah boleh dibeli dengan lebih murah
di negara-negara pengguna.
Agama Buddha menegah penganut-penganutnya
daripada mengambil sesuatu yang boleh
memabuk atau mengkhayalkan; yang boleh membawa
kepada ketagihan, kecuali untuk tujuan-tujuan perubatan. Sejak 2,500
tahun dahulu lagi Buddha telah menegaskan perkara ini melalui Pancasila yang
ke-5, iaitu ayat yang berbunyi;
" Sura-meraya-majja-pamadatthana-veramani
sikkhapadam samadiyami "
yanq bermaksud:
"
Aku berikrar akan melatih diri menghindari minuman keras dan benda-benda
yang mengkhayalkan."
Pengambilan sesuatu yang memabukkan dan
mengkhayalkan seperti dadah dan alkohol
ini dilarang oleh Buddha, kerana pengambilannya hanya sekadar memberi kegembiraan yang palsu buat seketika sahaja
kepada seseorang itu.
Seseorang akan kehilangan pertimbangan diri dan bertindak di luar
kesedarannya. Pengambilan dadah atau
alkohol juga seringkali menyebabkan berlakunya perpecahan keluarga, penyeksaan
ke atas anak dan isteri, merogol dan lain-lain perbuatan yang tergolong dalam
keruntuhan moral serta menunjukkan sikap kejahilan dalam beragama.
Penagih-penagih dadah adalah sampah kepada masyarakat. Pada hari ini kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta
ringgit untuk membina pusat pemulihan
dadah, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk projek-projek lain yang
lebih bermanfaat.
Kesan-Kesan Penagihan Dadah
A. Kesan_serta_merta:
1.
Tidak dapat
menentukan jarak dan masa dengan betul serta mencacatkan daya
ingatan dan koordinasi.
2.
Risiko
pengambilan dos yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kematian mengejut.
B. Kesan ke atas kesihatan:
1.
Asap
ganja mengandungi THC (tetrahydrocabinol) dan bahan-bahan kimia lain boleh mengakibatkan penyakit paru-paru
serta merosakkan sistem pertahanannya.
Penagih-penagih juga menghadapi risiko yang tinggi berkemungkinan diserang oleh penyakit-penyakit seperti
bronchitis, sakit dada dan kanser.
2.
Peningkatan
kadar denyutan jantung boleh mengakibatkan pengguna menghidap penyakit jantung.
3.
Jangkitan penyakit seperti AIDS, hepatitis dan kancing gigi.
4.
Keracunan
darah boleh berlaku apabila penagih
menggunakan alat-alat suntikan yang kotor.
C. Kesan ke atas personaliti dan sosiaI:
1.
Merosakkan
pertimbangan,motivasi dan persepsi.
2.
Menimbulkan
sikap tidak peduli dan kurang minat untuk bergaul dengan rakan-rakan.
3.
Menimbulkan
perasaan syak wasangka terhadap keluarga sendiri.
4.
Penurunan
produktiviti kerja.
5.
Meningkatnya
perlakuan jenayah.
D,
Kesan ke atas otak:
1. Bahan
kimia THC akan terkumpul dalam otak akan melemahkan aktiviti otak. Ini menyebabkan daya menyelesaikan
masalah serta budi bicara dan analisa akan merosot.
E.
Kesan ke atas sistem pembiakan lelaki:
1.
Pengeluaran
hormon merosot dan akan mengurangkan bilangan sperma serta boleh
mencacatkannya.
2.
Kemungkinan
penagih yang teruk menjadi mandul.
F. Kesan ke atas sistem pembiakan dan
wanita mengandung:
1.
Kedatangan
haid tidak menentu.
2.
Mengurangkan
bilangan telur dalam ovari.
3.
Melemahkan
daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir.
4.
Membahayakan
pembentukan janin dan melahirkan anak yang cacat, atau bayi yang menunjukkan
gejala tarikan (seperti rasa marah, ciri-birit, sakit perut dan mata serta
hidung berair).
5.
Berlaku
keguguran, kelahiran bayi songsang, melahirkan bayi yang belum cukup bulan, kelahiran melalui pembedahan
Caesarean dan kematian bayi semasa lahir.
Langkah-langkah mengelakkan
belia-belia daripada
Terjerumus ke dalam kancah penagihan dadah
1. Kelas-kelas Dharma:
Melalui kelas-kelas Dharma, kanak-kanak
dan belia-belia Buddhis dapat mendalami ajaran Buddha, berpendirian positif dan
sukar dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat seperti penagihan dadah.
2. Ceramah-ceramah:
Lebih banyak ceramah-ceramah tentang
bahaya dadah haruslah dianjurkan oleh
badan-badan tertentu seperti PEMADAM, Jabatan Penerangan,
persatuan-persatuan Buddhis dan sebagainya.
3. Peranan Sekolah:
a)
Mengadakan
aktiviti-aktiviti mengisi masa lapang terutama pada masa cuti. Elok sekiranya
pelajar-pelajar mengadakan perkhemahan, lawatan sambil belajar, mengadakan
projek dan sebagainya.
b)
Memberikan
panduan tentang karier, masa depan seperti menjemput mereka yang berjaya dalam
karier atau sesuatu bidang untuk memberikan ceramah. Memberi penekanan yang
lebih tentang keburukan dadah dalam pelajaran agama dan moral. Dengan cara ini
pelajar-pelajar mempunyai arah dan tujuan masing-masing dan seterusnya akan
menjauhkan mereka daripada terjebak ke dalam gejala buruk tersebut.
4. Sukan:
Menggalakkan belia-belia bergiat aktif
dalam sukan termasuk juga seni
mempertahankan diri. Ini dapat menggalakkan mereka bergaul dalam
lingkungan rakan-rakan sebaya yang sihat dan cergas.
5. Persatuan Kebajikan:
Menggalakkan belia-belia menyertai
persatuan-persatuan kebajikan dan sosial, seperti St.John Ambulans, pengakap Belia 4 B dan sebagainya.
6. Peranan ibu bapa:
lbu bapa sepatutnya selalu memberi nasihat
dan nengawal perkembangan serta pergerakan anak-anak di luar rumah. Ke
mana mereka pergi, dengan siapa mereka
bergaul dan apa yang mereka buat?
Dalam ajaran Buddha, jelas menunjukkan
pencegahan terhadap pengambilan kesemua benda-benda yang memabukkan dan
mengkhayalkan diberi penekanan yang khusus.
Selain daripada tegahan
yang terdapat dalam Pancasila, Buddha juga menyeru
manusia dengan seruan yang berbunyi:
" jangan kamu menghambakan diri kepada minuman yang memabukkan; jangan kamu menggalakkan orang lain turut
meminumnya ataupun membenarkan mereka meminumnya, ketahuilah ianya hanya
membawa kepada keburukan."
Dhammika Sutta, 23
" kerana melalui sesuatu yang
memabukkan dan mengkhayalkan seseorang itu akan melakukan dosa-dosa dan juga
membuatkan orang lain juga mabuk. Elakkan
diri daripada dosa-dosa ini, keburukan-keburukan ini, kebodohan ini;
yang semuanya hanyalah keseronokan kepada si jahil dan si bodoh sahaja."
Dhammika
Sutta, 24