Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

Petikan daripada Cahaya Bodhi

Newsletter Berita Susulan Kursus Pendidikan Agama Buddha ke-5,
Persatuan Buddha Wakaf Bharu, Kelantan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Bulan Purnama

Jika anda teliti latar belakang Riwayat Hidup Buddha, terdapat banyak khutbah penting yang telah disampaikan oleh Buddha pada hari bulan purnama. Tarikh-tarikh tersebut mempunyai maknanya yang tersendiri kepada Buddhis. Antaranya ialah:

Magha Puja (1hb Mac, 1999) - "Hari Sangha "

Memperingati perhimpunan 1,250 orang arahant pada zaman Buddha. Pada perhimpunan inilah Buddha menkhutbahkan Ovada-Patimokkha Gattha – rumusan berkenaan ciri-ciri utama Dhamma kepada perhimpunan, sebelum menyeru mereka keluar ke seluruh pelusuk untuk menyebar ajarannya.

Visakha Puja (Wesak) (29 Mei, 1999) - "Hari Buddha"

Memperingati tiga peristiwa penting pada kehidupan Buddha yang setiap satunya berlaku pada hari bulan purnama ini: kelahiran, pencerahan sempurna dan Parinibbana.

Asalha Puja (27hb Julai, 1999) - "Hari Dhamma"

Seperti yang diterangkan di bahagian muka satu. Vassa bermula pada hari berikutnya.

Hari Pavarana (24 Oktober, 1999)

Menandakan akhirnya vassa. Sebulan selepas hari ini, upacara Kathina dilangsungkan, di mana umat Buddhis berkumpul dan mempersembahkan jubah serta keperluan lain kepada para Sangha.

Hari Anapanasati (23 November, 1999)

Memperingati hari Buddha menkhutbah cara-cara mengamalkan meditasi pernafasan (anapanasati) pada hari bulan purnama bulan keempat selepas vassa, menandakan akhirnya vassa. Teknik meditasi yang amat mashyur ini boleh dirujuk daripada Anapanasati Sutta (MN 118).

¯

Abhivadanasilissa niccam vaddhapacayino

Cattaro dhamma vaddhanti

ayu vanno sukkham balam

Seseorang yang sentiasa menghormati orang tua, akan diberkati dengan 4 perkara: umur panjang, kecantikkan, kebahagiaan dan kekuatan.


Dhammapada, ayat 109.