3
SELEPAS BUDDHA
PENGGANTI BUDDHA________________________________________________________ 3
BAKAL BUDDHA_____________________________________________________________ 3
Adakah Buddha wujud selepas pemergianNya?
Soalan mengenai "Adakah Buddha wujud selepas pemergianNya atau tidak" bukanlah satu soalan baru. Soalan yang sama telah dikemukakan kepada Buddha semasa hidupNya.
Apabila sekumpulan
pertapa menanya soalan ini kepada pengikut Buddha, mereka tidak dapat
memberikan jawapan yang memuaskan. Anuradha, salah seorang daripada pengikut
Buddha pun melaporkan perbualan mereka ini kepada Buddha. Biasanya soalan ini
tidak dijawab oleh Buddha apabila menimbangkan daya pemahaman penanya‑penanya.
Walau bagaimanapun untuk kali ini, Buddha menjawab soalan Anuradha:
ÔOh Anuradha, pada pandangan anda, adakah rupa ini kekal atau tidak?Õ
ÔTidak kekal, Tuan. Õ
ÔSesuatu yang tidak kekal menyakitkan atau menggembirakan?Õ
ÔMenyakitkan, Tuan. Õ
ÔAdakah sesuai menganggap sesuatu yang tidak kekal, menyakitkan dan
tertakluk kepada perubahan sebagai: ÒIni kepunyaan saya, ini saya, ini roh saya
atau sesuatu yang kekal?ÓÕ
ÔTidak sesuai, Tuan.Õ
ÔAdakah perasaan sesuatu yang kekal atau tidak?Õ
ÔTidak kekal, Tuan.Õ
ÔAdakah yang tidak
kekal itu menyakitkan atau menggembirakan?Õ
ÔMenyakitkan, Tuan.Õ
ÔAdakah sesuai menganggap apa yang tidak kekal, menyakitkan dan yang
tertakluk kepada perubahan sebagai: ÔIni kepunyaan saya, ini saya, ini roh
saya?ÕÕ
ÔTidak sesuai, Tuan.Õ
ÔAdakah tanggapan, kecenderungan formasi dan kesedaran sesuatu yang kekal
atau tidak?Õ
ÔTidak kekal, Tuan.Õ
ÔAdakah yang tidak kekal ini menyakitkan atau menggembirakan?Õ
ÔMenyakitkan, Tuan.Õ
ÔAdakah sesuai menganggap sesuatu yang tidak kekal, menyakitkan dan yang
tertakluk kepada perubahan sebagai: ÒIni kepunyaan saya, ini adalah saya, ini
adalah roh saya?ÓÕ
ÔTidak sesuai, Tuan.Õ
ÔJadi, tidak kira apa jua rupa, perasaan, tanggapan, kecenderungan formasi
dan kesedaran yang telah, yang akan dan yang sedang ada kaitan dengan diri kita
atau orang lain, kasar atau halus, berkuasa atau lemah, jauh atau dekat; Segala
rupa, perasaan, tanggapan, kecenderungan formasi dan kesedaran perlu
dipertimbang menggunakan pengetahuan yang betul bahawa: ÔIni bukan kepunyaan
saya, ini bukan saya, ini bukan roh saya.Õ Dengan pemahaman ini, seseorang
pengikut yang mulia dan berpengetahuan tidak akan dipesonakan oleh rupa,
perasaan, tanggapan, kecenderungan formasi dan kesedaran. Apabila tidak
terpesona, dia dapat mengawal hawa nafsu dan akhir sekali menghapuskannya. Õ
ÔDengan membebaskan diri daripada hawa nafsu, dia dapat memperoleh
kebebasan, dan celik akal timbul pada dirinya: 'Saya telah bebas.Õ Dia
menyedari bahawa: ÔKelahiran telah ditamatkan, saya telah menjalani kehidupan
suci dan telah melakukan apa yang perlu dilakukan. Tiada kelahiran lagi bagi
saya.Õ
ÔApakah fikiran anda, Anuradha, adakah anda menganggap bahawa Rupa sebagai
Tathagata?Õ
ÔTidak, Tuan.Õ
ÔO Anuradha, apakah pandangan anda, adakah anda melihat Tathagatha dalam
rupa?Õ
ÔTidak, Tuan.Õ
ÔAdakah anda melihat seorang Tathagata terpisah daripada Rupa?Õ
ÔTidak, Tuan.Õ
ÔAdakah anda melihat Tathagata dalam rupa, perasaan, tangapan dan
kesedaran?Õ
ÔTidak, Tuan.Õ
ÔO Anuradha, apakah pandangan anda, adakah anda menganggap sesuatu yang
tanpa rupa, perasaan, tanggapan, kecenderungan formasi dan kesedaran sebagai
Tathagata?Õ
ÔTidak, Tuan.Õ
ÔAnuradha, memandangkan
seorang Tathagata tidak wujud dalam kehidupan ini, anda boleh mengatakan:
"Buddha yang mulia dan agung ini telah menunjukkan dan menerangkan empat
perkara ini:
Tathagata wujud selepas kematian;
Tathagata tidak wujud selepas kematian;
Tathagata sebenarnya wujud dan tidak wujud selepas kematian;
Tathagata tidak wujud dan bukan tidak wujud selepas kematian?Õ
ÔTidak, Tuan.Õ
ÔBaik Anuradha, sejak dahulu
sehinggalah kini, saya hanya menerangkan kebenaran mengenai Dukkha dan
penghapusan Dukkha." (Anuradha Sutta - Samyutta Nikaya)
Perbualan di antara Buddha dan Anuradha di atas mungkin tidak memuaskan
hati semua memandangkan ia tidak dapat memenuhi pertanyaan yang tertimbul di
hati manusia. Kebenaran ialah sesuatu yang tidak dapat memuaskan emosi dan
intelek. Ia merupakan perkara yang paling sukar difahami oleh semua. Pemahaman
sepenuh hanya dapat dicapai melalui celik akal. Kebuddhaan merupakan penyatuan
semua nilai-nilai suci tertinggi dan pencerahan yang teragung. Inilah sebabnya
amat jarang sekali wujudnya Buddha yang boleh mencelik akal orang lain di dunia
ini.
Kebuddhaan
merupakan pencapaian yang tertinggi.
Ramai orang menyoal
kenapa Buddha tidak melantik seorang pengganti. Tetapi, bolehkah sesiapa
melantik orang lain untuk menggantikan tempat Buddha yang telah mencapai
pencerahan sempurna? Kebuddhaan merupakan pencapaian yang tertinggi dan hanya
dapat dicapai oleh manusia yang paling arif. Beliau diibaratkan bunga bagi kaum
manusia. Untuk mencapai tahap ini, seseorang mesti mempunyai
kelayakan-kelayakan seperti keupayaan melatih diri sendiri, mendisiplinkan
diri, bermoral, pengetahuan tinggi dan mempunyai belas kasihan yang tidak
terbatas terhadap semua benda hidup. Jadi seseorang perlu berusaha dengan amat
gigih untuk mencapai Kebuddhaan. Contoh: Seorang doktor tidak boleh melantik
seseorang sebagai doktor walaupun anaknya sendiri, kecuali anaknya mempunyai
kelayakan menjadi doktor. Seorang peguam tidak boleh melantik orang lain
menjadi peguam kecuali orang tersebut mempunyai kelayakan tertentu. Seorang
ahli sains tidak boleh melantik orang lain menjadi ahli sains kecuali orang itu
mempunyai pengetahuan setaraf ahli sains.
Oleh sebab inilah, Buddha tidak melantik penggantiNya. Sekiranya Buddha
berbuat demikian, penggantinya mungkin tidak mempunyai kualiti setaraf BUddha
dan sudah pasti penyalahgunaan kuasa akan berlaku serta mengelirukan orang
ramai.
Kuasa terhadap suatu agama mesti dipegang oleh seseorang yang mempunyai
pemikiran yang jelas, pemahaman yang benar, kesempurnaan dan yang menjalani
kehidupan suci. Kuasa tidak harus dipegang oleh seseorang berfikiran duniawi
yang menghambakan diri kepada keseronokan deria atau sesiapa yang ketagih
kepada keuntungan kebendaan dan kuasa duniawi. Jika tidak, kesucian, kebebasan
dan kebenaran pada sesuatu agama akan disalahgunakan.
`Saya bukanlah
Buddha pertama yang datang ke dunia ini, saya juga bukanlah Buddha yang
terakhir. Sebelum ini, terdapat banyak Buddha yang muncul di dunia ini. Pada
masa yang sesuai, Buddha lain akan muncul di dunia ini, pada kitaran dunia ini.
Menjelang pemergian
Buddha, Yang Mulia Ananda dan pengikut‑pengikut lain menangis. Buddha
berkata: "Cukuplah Ananda. Jangan menyusahkan dirimu. Janganlah menangis.
Bukankah saya pernah memberitahu kamu bahawa adalah sifat semula jadi setiap
benda musnah pada akhirnya? Kita terpaksa berpisah dengan semua orang
kesayangan dan terdekat. Orang jahil memegang kepada idea kewujudan diri; orang
arif memahami bahawa idea tersebut adalah tidak berasas. Orang bijaksana
mempunyai konsep keduniaan yang betul. Dia memahami bahawa setiap benda
komponen akan berubah tetapi kebenaran akan sentiasa berkekalan.
Buddha meneruskan percakapanNya, "Mengapa saya perlu memelihara jasad
ini sedangkan jasad hukum agung tidak akan luntur? Saya telah mengambil
keputusan muktamad. Saya telah melaksanakan tugas saya dan telah mencapai
tujuan saya. Ananda, anda telah lama bersama saya dari segi pemikiran,
percakapan dan kelakuan yang penuh dengan kasih sayang tidak terbatas. Anda
telah melakukannya dengan baik. Ananda, dengan usaha yang bersungguh‑sungguh,
anda juga akan bebas daripada segala ikatan! Anda akan bebas daripada hawa
nafsu, kekeliruan minda dan kejahilan. Sambil menahan tangisannya, Ananda
bertanya: ÔSiapa yang akan mengajar kami setelah pemergian Tuan?Õ Buddha
menasihatinya supaya menganggap ajaranNya sebagai guru selepas pemergianNya.
Buddha meneruskan lagi: "Saya bukanlah Buddha pertama yang datang ke
dunia ini, saya juga bukanlah Buddha yang terakhir. Pada masa yang sesuai
kelak, Buddha lain akan muncul di dunia ini. Dia merupakan seorang yang amat
suci, yang telah mencapai pencerahan sempurna, amat arif, suci
tindak-tanduknya, memahami alam semesta, pemimpin manusia yang tiada tandingan,
guru kepada dewa dan manusia. Beliau akan menyampaikan Kebenaran Abadi seperti
yang telah saya ajar kamu. Dia juga akan menunjukkan kehidupan agama yang
sempurna dan suci sebagaimana yang saya tunjukkan sekarang.
"Bagaimana kita dapat mengenalinya?" tanya Ananda. Buddha
menjawab: "Buddha yang akan datang akan dikenali ramai sebagai Maitreya
yang bermakna kasih sayang dan peramah."
Buddhis mempercayai bahawa sekiranya mereka menjalani kehidupan keagamaan
yang berpahala, mereka akan berpeluang dilahirkan sebagai seorang umat manusia
pada zaman Buddha Maitreya dan mencapai Nibbana yang sama seperti
Buddha Gautama. Dengan cara ini, mereka akan memperoleh kebebasan mutlak
melalui pimpinan ajaranNya. AjaranNya menjadi satu harapan kepada semua manusia
pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, menurut Buddha, orang yang sahih
boleh mencapai Nibbana pada bila‑bila masa sekiranya mereka berusaha
gigih, tidak kira sama ada Buddha wujud ataupun tidak.
"Selagi pengikut‑pengikut saya mengamalkan kehidupan beragama
yang suci, selagi itulah dunia ini tidak akan ketiadaan Arahant."
(Maha Parinibbana Sutta)