Chapter_13
SIFAT,_NILAI_DAN_PILIHAN_MENGENAI_KEPERCAYAAN_AGAMA
Manusia_dan_Agama
Manusia ialah satu‑satu
makhluk di dunia ini yang menyedari agama dan mempraktikkan pemujaan dan penyembahan.
Manusia memperkembangkan
agama untuk memenuhi kehendaknya iaitu
memehami erti kehidupan antara dirinya dengan dunia luar. Agama yang paling awal mempunyai sifat animisme yang asal dan ia wujud
akibat dari katakutan manusia
mengenai sesuatu yang tidak diketahui dan
keinginan untuk menenangkan hati akibat dari tekanan yang terhasil dari benda‑benda yang tidak
bernyawa. Masa berlalu, agama
mengalami perubahan yang
dipengaruhi oleh unsur‑unsur geografi, sosial‑ekonomi, politik dan persekitaran intelek yang
wujud pada masa itu.
Kebanyakan daripada agama
ini telah menjadi semakin teratur dan maju pada hari ini disebabkan adanya sokongan yang kuat daripada
pengikut‑ pengikutnya. Ramai orang tertarik kepada agama
kerana kebesarannya dan
upacaranya, manakala ada yang mempraktikkan agama mereka sendiri, menyanjung tinggi guru agama mereka
serta mempraktikkan prinsip‑ prinsip moral dalam kehidupan seharian
mereka. Disebabkan pentingnya mengamalkan prinsip‑prinsip ini,
setiap agama menuntut dirinya sebagai
satu cara kehidupan dan bukan semata‑matanya sebagai satu
kepercayaan. Memandangkan
dari segi asas setiap agama yang berlainan dan arah perkembangannya, tidak hairanlah agama‑agama itu
haruslah berlainan dari segi
pendekatan, pengertian dan tafsiran dari pengikut‑ pengikutnya, matlamat mereka dan
bagaiamana ia dapat dicapai, konsep
ganjaran dan hukuman yang terhasil dari perbuatan yang mereka lakukan.
Dari segi pendekatan,
pengamalan keagamaan mungkin berdasarkan
kepercayaan, ketakutan, ketaakulan atau tidak memberi ancaman
kepada pihak lain. Kepercayaan membentuk asas bagi
kebanyakan agama untuk mengatasi
ketakutan manusia dan memenuhi sesuatu kehendak mereka. Kepercayaan kepada kuasa mukjizat
mengeksploitasi ketakutan yang wujud
dari kejahilan dan berjanji tentang perolehan kebendaan berdasarkan kelobaan. Ketaatan kepada sesuatu yang ghaib dapat diredakan
dengan cara menjalankan upacara
agama. Kepercayaan kepada sesuatu
agama adalah berdasarkan kehendak
manusia untuk memperoleh keyakinan dalam
muka dunia yang penuh dengan ketidakpastian dan takdir Tuhan.
Setengah amalan agama
telah berkembang akibat dari perkembangan
pengetahuan manusia, pengalaman dan kearifbijaksanaan manusia. Pendekatan yang rasional ini telah
diterima dalam hal ini, iaitu
mengabungkan prinsip nilai manusia dan undang‑undang sejagat. Ia adalah berdasarkan sifat kemanusiaan dan menumpu kepada
pemeliharaan kualiti manusia. Sebab dan kesan atau karma bagi sesuatu
agama adalah berdasarkan prinsip
bantu kendiri dan mengandaikan seseorang individu harus bertanggungjawab ke atas kebahagiaan dan penderitaan
serta swabebasnya. Kearifbijaksanaan sesuatu agama adalah
berdasarkan penggunaan sebab dan
berusaha untuk memahami kehidupan dan keadaan dunia yang sebenar melalui pemikiran yang mendalam.
Tidak memberi ancaman
kepada pihak lain serta mewujudkan muhibah adalah elemen yang biasa dijumpai dalam agama. Sesuatu agama yang tenteram ialah berdasarkan prinsip tidak
membahayakan diri dan orang lain,
pengikutnya harus memelihara kehidupan yang harmoni, bebas dan aman. Sesuatu agama yang berunsur muhibah dan kasih sejati
adalah berasaskan pengorbanan,
berkhidmat untuk kebajikan dan kebahagiaan orang lain.
Setiap agama berlainan
daripada agama lain mengikut kapasiti
pengertian pengikut mereka dan interpretasi ajaran agama serta
amalan yang diberikan oleh pihak
berkuasa agama itu. Dalam
sesetengah agama, pihak berkuasa
mempunyai suara yang kuat dalam melaksanakan undang‑ undang keagamaan dan tatatertib
moral. Manakala ada yang
hanya memberi nasihat apabila
diperlukan dan cara untuk mengikut tatatertib ini. Semua
agama akan memberikan sebab bagi menerangkan masalah‑ masalah manusia yang timbul serta menunjukkan
cara untuk menghadapi keadaan
itu. Dari segi penjelasan,
sesetengah agama mengatakan
manusia harus menghadapi masalah itu sebab ia perlu hidup di dunia ini. Apabila keterangan sebegini diberi, orang lain mungkin
bertanya,
"Untuk tujuan apa? Bagaimana seseorang dibicarakan dalam
dasar satu nyawa sahaja apabila
manusia biasanya mempunyai pengalaman fizikal, intelek, sosial, ekonomi dan faktor persekitaran serta
keadaan yang berlainan?"
Semua agama mempunyai
konsepnya yang tersendiri mengenai matlamat kehidupan yang bersemangat. Bagi sesetengah agama, kehidupan yang abadi di alam akhirat atau syurga bersama
Tuhan ialah matlamat akhir.
Bagi sesetengah agama pula, matlamat yang muktamad ialah mencapai penyatuan umum dalam kesedaran deria
sebab ia mempercayai kehidupan
ialah satu unit kesedaran deria dan mesti berbalik kepada kesedaran deria yang asal. Sesetengah agama mempercayai bahawa
penderitaan yang akhir atau
kelahiran semula dan kematian adalah matlamat akhir. Yang lain pula
percaya kebahagiaan di syurga atau bersama pengasas (Brahma) ialah matlamat kedua bagi menghadapi
kewujudan yang tidak pasti, tidak
mengira apakah bentuknya.
Ada juga yang mempercayai bahawa kehidupan sekarang sudah memadai untuk mengalami matlamat kehidupan.
Untuk mencapai matlamat
yang diingini, setiap agama mengesyorkan
caranya. Sesetengah agama
ingin pengikutnya menyerahkan diri kepada
Tuhan atau bergantung semua kepada Tuhan. Ada yang memerlukan zahid yang ketat bagi menghapuskan segala dosa iaitu dengan cara
menahankan nafsu. Ada pula mengesyorkan perbuatan
mengorbankan nyawa binatang dan
menjalankan upacara agama serta mengetahui riwayat yang panjang mengenai mantera sebagai penyucian
untuk mencapai matlamat akhir.
Terdapat juga pandangan lain yang menyokong pelbagai cara dan doa, kesedaran intelek mengenai kebenaran,
penumpuan minda melalui meditasi
sebagai matlamatnya.
Setiap agama mempunyai
konsep dan hukumannya yang tersendiri bagi perbuatan jahat yang dilakukan. Mengikut sesetengah agama, seseorang ditakdir oleh Tuhan selama‑lamanya
kerana penderhakaannya. Ada
yang mengatakan wujudnya sebab dan
akibat disebabkan undang‑undang
semulajadi dan kesan dari perbuatan jahat yang dilakukan akan ditanggung oleh dirinya bagi sesuatu
tempoh tertentu. Sesetengah agama tetap mengatakan kehidupan ini
ialah satu di antara banyak, dan
seseorang selalunya akan diberi peluang untuk memperbarui dirinya melalui beberapa peringkat sehingga ia
dapat mencapai ketahap kebahagian
yang tertinggi.
Diberikan banyak jenis pendekatan, keterangan dan
matlamat bagi setiap agama yang
dianuti oleh manusia, adalah berguna bagi kita supaya tidak memegang kuat kepada pandangan yang
dibentangkan sebagai dogma
mengenai agamanya tetapi harus berpandangan luas dan bersabar hati dengan pandangan agama lain.
Buddha berkata,
"Seseorang tidak boleh menerima ajaran saya dengan hanya menghormatinya tetapi harus
mencubanya dahulu seperti emas dalam
api."
Selepas menekankan
kepentingan memelihara satu fikiran yang terbuka mengenai ajaran agama, adalah berguna untuk mengingatkan
bahawa sesuatu agama harus
diamalkan untuk kebajikan kebebasan dan
kebahagiaan semua nyawa hidup.
Iaitu, prinsip keagamaan harus
digunakan secara positif untuk memperbaiki kualiti kehidupan bagi semua kewujudan. Tetapi pada hari ini, manusia telah
dirosakkan dan telah terkeluar
dari jalan yang sebenar jika dipandang dari segi prinsip keagamaan.
Tidak bermoral dan amalan‑amalan jahat telah menjadi perkara biasa dan orang‑orang
yang berpegang kuat kepada agama
akan mengalami kesulitan untuk mencuba memelihara prinsip‑prinsip agama di dunia moden ini. Pada masa yang sama, prinsip keagamaan
yang piawai telah dilonggarkan
untuk memenuhi permintaan yang dicemari
serta fikiran yang mementingkan dari sendiri. Manusia tidak harus
menyesuaikan tetatertib moral yang universal untuk memenuhi
ketamakan atau nafsunya tetapi
harus cuba menyelaraskan dirinya kepada
tatatertib‑tatatertib ini.
Tatasila keagamaan telah diperkenalkan oleh guru‑guru agama yang menyedari cara hidup yang
mulia di mana ia boleh memimpin ke
arah keamanan dan kebahagiaan.
Mereka yang tidak mematuhi
tatasila agama telah melanggar undang‑undang universal, di mana mengikut agama Buddha akan membawa
akibat yang buruk melalui prinsip
sebab‑musabab.
Sebaliknya, ini tidak
bermakna bahawa seseorang harus mengikut ajaran‑ ajaran agama secara membuta tanpa
menimbangkan kesesuaiannya pada masa
yang moden ini. Undang‑undang
agama dan tatasila harus memimpin manusia ke dunia kehidupan yang bermakna dan mengikat mereka
kepada amalan‑amalan yang
kuno, percaya kepada kepercayaan‑kepercayaan yang karut. Seseorang yang memegang prinsip agama harus memberi
keyakinan kepada kebijaksanaan
manusia dan hidup saling hormat‑menghormati. Ia harus
mempunyai perubahan dalam aktiviti keagamaan supaya berpadanan dengan pendidikan kita dan sifat masyarakat
yang sentiasa berubah, dengan
syarat tidak mengabaikan prinsip universal yang mulia ini. Tetapi diakui bahawa membuat
perubahan ke atas mana‑mana amalan agama akan selalunya menghadapi kesulitan sebab ramai orang yang
konservatif akan menentang
perubahan ini, walaupun ia adalah untuk kebaikan orang ramai. Pandangan konservatif ini diibaratkan sebagai sebuah kolam
air yang tidak mengalir manakala
idea baru adalah seperti air
terjun di mana air itu
sentiasa bertukar, oleh itu ia dapat digunakan.
Penyimpangan_Agama
Sungguhpun agama dapat
meningkatkan moral tetapi adalah benar juga mengatakan bahawa agama itu merupakan sebidang tanah subur
bagi perkembangan kepercayaan‑kepercayaan
karut serta kelakuan seakan‑akan
berbakti yang terbalut atas alasan keagamaan. Ramai orang menggunakan agama sebagai alat untuk menghindarkan diri daripada
kenyataan hidup dengan hanya
memahami serba sedikit ajaran sebenarnya.
Mereka mungkin selalu
berpuja, namun begitu mereka tidak berpegang kuat kepada agama dan tidak faham apakah yang diertikan
oleh agama. Apabila sesuatu agama dipalsukan oleh kejahilan,
ketamakan kuasa dan mementingkan diri
sendiri, dengan cepatnya orang ramai akan menuduh agama itu adalah tidak rasional. Tetapi 'agama' (amalan adat istiadat
bagi sebarang ajaran dari segi
luaran) mesti dibezakan daripada ajaran yang sebenarnya.
Sebelum seseorang mengkritik sesuatu agama, dia mesti mempelajari ajaran asal bagi pengasas
agama tersebut untuk memerhatikan
sama ada terdapat apa‑apa kesalahan pada ajaran asalnya.
Agama menasihati orang
ramai melakukan perbuatan baik dan berkelakuan baik tetapi mereka tidak berminat membuat begitu. Sebaliknya mereka lebih suka berpaut dalam amalan‑amalan
lain yang tidak mempunyai nilai
agama yang sebenar. Jika
mereka pernah cuba memperkembangkan minda
mereka melalui penghapusan iri hati, sombong , kekejaman dan sifat mementingkan diri sendiri, sekurang‑kurangnya mereka telah
menemui cara betul untuk
mengamalkan sesuatu agama.
Malangnya mereka bukan
sahaja tidak menghapuskan sifat‑sifat buruk tadi malah memperkembangkan sifat‑sifat
buruk tersebut. Ramai orang berpura‑pura beragama tetapi melakukan perbuatan
buruk atas nama agama. Mereka melawan, mendiskriminasi dan mewujudkan
kegelisahan kerana agama. Ini telah memesong tujuannya yang mulia
memandangkan perkembangan berbagai
aktiviti yang berunsur agama, kita mungkin berpendapat bahawa agama itu telah bertambah maju tetapi
sebenarnya tidak kerana sedikit sahaja
kesucian mental dan pergertian benar‑benar diamalkan.
Mengamalkan ajaran sesuatu
agama ialah memperkembangkan kesedaran
batin, menjalin hubungan muhibah dan pengertian. Masalah‑masalah yang akan dihadapi oleh seseorang bergantung
sama sekali kepada kekuatan batin
seseorang itu. Mengelakkan diri dari
menyelesaikan masalah dari kaca
mata ilmu wasitah adalah tidak digalakkan malah dianggapkan sebagai rohani. Dalam keadaan kacau bilau pada masa
kini, kaum lelaki dan wanita
sedang menuju ke arah permusnahan diri dengan cepat. Namun begitu
mereka masih menganggap bahawa mereka sedang melangkah maju ke satu tamadun yang cemerlang.
Pada ketika yang
membingungkan ini, konsep khayal
dan agama palsu telah berkembang
luas untuk mewujudkan lebih godaan serta kebingungan di dalam minda manusia. Agama telah disalahgunakan demi kepentingan diri dan kuasa. Sesetengah amalan yang tidak bermoral
seperti pembebasan seks telah
digalakkan oleh kumpulan agama yang tidak
bertanggungjawab untuk memperkenalkan agama mereka di kalangan belia. Dengan membangkitkan keinginan
nafsu, mereka berharap dapat memujuk
muda mudi menganut agama mereka.
Pada hari ini agama telah semakin
merosot bahkan dianggap sebagai suatu barang murah di dalam pasaran agama kerana ia memberi sedikit sahaja
tunjuk ajar tentang nilai moral
dan fungsi sebenarnya.
Terdapat dharmaduta yang mendakwakan bahawa amalan moral, ertika dan tatasila adalah tidak penting
asalkan seseorang itu berbakti dan
berpuja kepada Tuhan yang mana ia
dipercayai sudah memadai untuk mencapai swabebas. Setelah memperhatikan bagaimana sesetengah pihak agama menyesat dan
menipu pengikut mereka di Eropah,
Karl Marx berpendapat bahawa agama
merupakan keluhan bagi makhluk yang tertindas, perasaan bagi dunia yang kejam seperti keadaan jiwa yang
tidak berperasaan. Ia adalah candu bagi orang ramai.
Seseorang memerlukan
sesuatu agama bukan kerana agama itu dapat memberi satu impian bagi hidup akan datang atau menyediakan
idea dogmatik untuk diikuti. Kalau begitu dia telah mengaku
kalah kebijaksanaan manusia dan
menjadi gangguan kepada orang lain.
Sesuatu agama harus
merupakan satu cara yang boleh dipercayai dan diterima oleh orang ramai untuk mengamalkan
ajarannya dan dianggap sebagai satu
kebudayaan, pada masa itu juga sebagai satu contoh yang baik untuk diikuti oleh orang lain. Banyak agama dapat menukarkan fikiran
orang dan menjadikannya seorang
yang agong tetapi agama Buddha mengarahkan orang mencari keamanan di dalam dirinya kerana terdapat
keupayaan yang terpendam dalam
diri sendiri. Dharma bukan sesuatu
yang dapat dicari di luar
seseorang kerana daripada analisis terakhir didapati orang merupakan Dharma dan Dharma merupakan
orang. Oleh yang demikian, agama yang benar iaitu Dharma bukan
sesuatu yang dapat diperolehi dari
luar kita tetapi merupakan pengusahaan dan kesedaran yang
bijaksana, belas kasihan dan suci
yang dikembangkan dalam diri kita.
Yang_Mana_Satu_Merupakan_Agama_Benar_?
Jika sebarang agama
mempunyai Empat kebenaran Mulia dan Jalan Arya Lapan Faktor maka ia boleh dianggap sebagai agama benar.
Adalah sangat sukar bagi
seseorang untuk mengenalpasti kenapa wujud begitu banyak agama yang berlainan dan mana pula merupakan
agama benar. Penganut‑penganut bagi setiap
agama cuba menunjukkan kelebihan
agama masing‑masing.
Mempelbagaikan agama mewujudkan persamaan tertentu tetapi dalam hal agama orang ramai cemburu, benci
dan menghina sesama mereka.
Amalan agama yang paling
dihormati bagi sesuatu agama ialah
pertimbangan kegembiraan orang lain. Untuk memperkenalkan mesej ketuduhan dan kesejahteraan, sesetengah orang menggunakan
senjata dan peperangan. Tidakkah mereka mencemarkan nama baik
agama? Rupanya agama tertentu perlu bertanggungjawab
atas memecahbelahkan dan bukannya
menyatupadukan manusia.
Untuk mencari sesuatu
agama yang benar, kita mesti
mempertimbangkan apakah itu
sebenarnya agama palsu dengan minda yang tidak memihak. Agama atau falsafah palsu
termasuk : materialisme yang menafikan
kebaikan dan keburukan; sebarang agama yang mendakwa bahawa manusia adalah selamat atau bernasib malang
secara ajaib; evolusi tauhid yang
mengatakan bahawa semua benda telah ditentukan terlebih dahulu dan semua orang adalah bernasib untuk
mencapai swabebas dengan keimanan
semata‑mata.
Agama Buddha adalah bebas
daripada asas ketidakpuasan dan
ketidakpastian. Agama
Buddha adalah realistik dan dapat dibuktikan kebenarannya.
Kebenarannya telahpun dibuktikan oleh Buddha, dibuktikan oleh
penganutnya dan sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin membuktikan kebenarannya. Pada masa kini, ajaran Buddha telah juga dibuktikan dengan pemeriksaan
sains yang paling hebat.
Buddha menasihati bahawa
sebarang agama adalah benar jika ia
mengandungi Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Arya Lapan Faktor. Ini jelas menunjukkan bahawa Buddha tidak ingin membentuk satu
agama yang istimewa. Apa yang diinginkan hanya mendedahkan
kebenaran kehidupan di dunia
ini. Sungguhpun Buddha yang
menghuraikan Empat Kebenaran Mulia
dan Jalan Arya Lapan Faktor, tetapi cara ini bukan harta Buddhis saja. Ia merupakan kebenaran universal.
Kebanyakan orang berasa
perlu untuk menimbulkan perbahasan demi
membuktikan keadaan sah agama yang mereka anuti. Ada yang mendakwa bahawa agama mereka adalah yang tertua
dan oleh yang demikian mengandungi
kebenaran. Lain pula mendakwa
bahawa agama mereka adalah yang
terbaru dan oleh itu mengandungi kebenaran. Ada pula yang
mendakwa bahawa agama mereka mempunyai penganut yang terbanyak dan oleh itu mengandungi kebenaran. Namun begitu tiada satu pun perbahasan‑perbahasan itu yang
sah untuk menentukan kebenaran sesuatu
agama. Seseorang dapat mempertimbangkan
nilai sesuatu agama dengan hanya
menggunakan pengetahuan am dan pengertiannya.
Terdapat tradisi agama
yang meminta manusia menyerahkan diri kepada satu kuasa yang lebih besar, satu kuasa yang mengawal
kejadiannya, perbuatannya dan pembebasan
akhirnya. Buddha tidak menerima
kuasa sebegitu. Malahan Buddha mengatakan bahawa setiap
orang adalah penciptanya sendiri
dan bertanggungjawab ke atas swabebasnya.
Itulah sebabnya dikatakan
tidak sesiapa yang tidak boleh mencapai tahap seperti Buddha, akan tetapi sehingga takat ini tidak seorang
pun yang menjadi seperti
Buddha. Agama Buddha memberi
manusia perasaan kemuliaan, pada masa yang sama ia juga memberinya
tanggungjawab besar. Seseorang Buddhis tidak boleh
menyalahkan kuasa luaran apabila
sesuatu yang tidak baik terjadi padanya. Tetapi dia boleh menghadapi sesuatu yang malang dengan hati yang tenang kerana dia tahu
bahawa dia mempunyai kuasa untuk
melepaskan diri daripada segala kesengsaraan.
Salah satu sebab agama
Buddha menarik perhatian orang‑orang terpelajar ialah kerana Buddha tidak menggalakkan penganut‑penganutnya
menerima sahaja apa yang didengar
(termasuk daripada Buddha) tanpa menguji
kebenarannya. Ajaran Buddha
masih kekal dengan tepat sebab ramai
orang terpelajar telah mencabar ajaran Buddha dari semua segi dan mendapat kesimpulan bahawa Buddha
sentiasa mengatakan kebenaran yang
tidak dapat dinafikan, ketika penganut agama lain sedang cuba mentaksir semula ajaran pengasas mereka
perihal pengetahuan moden berkenaan
alam semesta, ajaran Buddha telahpun dibuktikan oleh ahli‑ ahli sains.
Perkembangan_Moral_Dan_Rohani
Tanpa latarbelakang
rohani, manusia tidak mempunyai tanggungjawab moral : manusia yang tidak bertanggungjawab moral merupakan
suatu bahaya kepada masyarakat.
Agama Buddha merupakan
satu rumah api yang terpuji dalam hal memberi bimbingan kepada penganut‑penganut demi mencapai
kesenangan hati yang kekal. Agama Buddha diperlukan terutamanya
dalam dunia kini yang penuh dengan
salah faham perkauman, ekonomi serta ideologi. Salah faham
tersebut tidak akan diselesaikan dengan berkesan sehingga sikap toleransi wujud di antara pihak‑pihak
yang terlibat. Semangat ini dapat diperkembangkan dengan baik di
bawah bimbingan agama Buddha yang
mendesak kerjasama etika‑moral untuk kebaikan universal.
Kita tahu bahawa adalah
senang mempelajari kejahatan tanpa guru tetapi mempelajari kebaikan memerlukan guru. Mengajar kebaikan amat memerlukan tatasila dan contoh‑contoh.
Tanpa latarbelakang rohani,
manusia tidak mempunyai tanggungjawab
moral : manusia yang tiada tanggungjawab moral merupakan suatu
bahaya kepada masyarakat.
Menurut ajaran Buddha,
perkembangan rohani manusia lebih penting
daripada perkembangan kebendaan.
Sejarah telahpun menunjukkan bahawa kita tidak boleh berharap memiliki kegembiraan dunia dan
kebahagiaan selama‑lamanya
pada masa yang sama. Kehidupan
bagi kebanyakan orang secara amnya
diatur oleh nilai rohani dan prinsip moral di mana agama sahaja yang dapat memperuntukannya
dengan berkesan. Campurtangan kerajaan tidak diperlukan dalam
kehidupan kita jika manusia sedar akan
nilai bakti dan dapat mengamalkan kebenaran, keadilan dan pemujaan.
Kesusilaan adalah
diperlukan untuk mencapai swabebas, tetapi kesusilaan sahaja tidak mencukupi. Kesusilaan mesti bergabung dengan kearifbijaksanaan.
Kesusilaan dan kearifbijaksanaan adalah seperti sayap burung. Kearifbijaksanaan juga boleh diibaratkan sebagai mata orang; manakala kesusilaan merupakan
kakinya. Kesusilaan boleh disamai dengan suatu alat pengangkutan
yang membawa manusia ke pintu
swabebas. Tetapi
kearifbijaksanaan ialah kunci sebenar untuk membuka pintu.
Kesusilaan ialah sebahagian daripada kemahiran teknik dan kehidupan mulia. Tanpa sebarang etika displin, tiada
juga penyucian minda yang akan
wujud.
Agama Buddha bukan suatu
mitos yang menjamukan minda manusia atau
memuaskan emosi manusia tetapi ia merupakan satu cara bebas dan
mulia kepada mereka yang ingin faham
dan mengalami kebenaran kehidupan.
Idea Tuhan/Konsep
Ketuhanan
Kebenaran atau kesahan
kepada kepercayaan Tuhan bergantung pada keupayaan dan kematangan pemikiran
seseorang.
Perkembangan
Idea-Ketuhanan
Bagi menyusuli asal-usul
perkembangan idea-ketuhanan, seseorang mesti kembali kepada masa permulaan
tamadun atau peradaban manusia dimana zaman sains moden belum wujud lagi.
Manusia primitif mempercayai kewujudan pelbagai dewa-dewi serta roh akibat
daripada ketakutan dan sanjungan kepada fenomena alam semulajadi. Manusia telah
mewujudkan agama masing-masing dengan adanya kepercayaan mereka ini. Manusia
juga menyembah kepada dewa-dewi yang berlainan dan menubuhkan kepercayaan yang
berbeza-beza mengikut keupayaan pemahaman serta situasi masing-masing.
Pada permulaan
idea-ketuhanan ini, manusia memuja kepada pelbagai dewa-dewi misalnya dewa
kepada pokok, sungai, kilat, angin, matahari serta fenomena bumi yang lain.
Dewa-dewi ini saling dikaitkan dengan fenomena tadi serta sifat-sifat
semulajadinya. Lama-kelamaan manusia pula mula mengkaitkan sifat-sifat
kemanusiaan kepada dewa-dewi mereka misalnya dari segi kejantinaan, bentuk
serta sifat-sifat fizikal dan mental. Sifat-sifat kemanusiaan seperti perasaan
kasih sayang, benci, cemburu, takut, megah, iri hati serta perasaan emosi
manusia lain telah diberikan kepada dewa-dawi ini. Lama-kelamaan manusia mula
menyedari bahawa fenomena-fenomena alam semesta ini boleh disatukan dibawah
satu kuasa. Pemahanan inilah yang melahirkan kepercayaan Tuhan monoteistik
iaitu kepercayaan kepada Tuhan hanya satu.
Dalam proses pembangunan,
idea-ketuhanan telah menghadapi pelbagai perubahan sosial dan intelektual.
Manusia yang berlainan akan mempunyai anggapan yang berbeza. Sesetengah manusia
memganggap Tuhan sebagai Raja kepada syurga dan Bumi iaitu mengifatkan Tuhan
seperti seorang manusia. Ada orang pula menganggap Tuhan sebagai sesuatu yang
abstrak. Sesetengah pula mengambarkan Tuhan melalui ukiran patung penyembahan
yang dibentuknya. Keterlaluan manusia dapat dilihat dengan adanya anggapan
bahawa tiada keselamatan tanpa Tuhan iaitu tidak kira berapa banyak kebaikan
yang telah dilakukan, seseorang tidak akan memperolehi apa-apa balasan baik
melainkan beliau melakukannya demi da kepercayaan kepada Tuhan. Disebelah pihak
yang berlainan pula, misalnya pihak ÒAtheistsÓ (orang yang tidak percaya kepada
kequjudan Tuhan) pula menyatakan ÔTidakÕ dengan menganggap tiada wujudnya Tuhan
langsung. Pihak ÔScepticsÕ atau ÔAgnosticeÕ pula menyatakan bahawa Òkami tidak
tahu dan kami juga tidak boleh tahuÓ. Pihak ÔPositivitsÕ pula menganggap
idea-ketuhanan ini dalah satu masalah yang tidak bermakna kerana ia tidak
jelas. Dengan anggapan ini, maka lahirlah pelbagai idea dan kepercayaan
misalnya ÒpantheismÓ, ÒidolatryÓ, kepercayaan kepada Tuhan yang tiada jasad
serta kepercayaan kepada kewujudan pelbagai dewa-dewi.
Kepercayaan Tuhan
ÔmonotheistikÕ zaman kini juga telah mengalami pelbagai perubahan akibat
daripada pelbagai bangsa dan masyarakat. Misalnya Tuhan Hindu adalah berbeza
berbanding dengan Tuhan Kristian. Tuhan Kristian pula berlainan dengan Tuhan
dari agama lain. Agama yang berbeza-beza ini wujud dan masing-masing meyatakan
Tuhan hanya satu (God is one).
Idea-Ketuhanan Dan
Hasil Ciptaannya
Ketika setiap agama mulai
wujud dan berkembang dengan idea-ketuhanan, ia juga mula memberi makna
tersendiri mengenai Pencipta dan hasil ciptaannya. maka idea ini sering
mengkaitkan unsur-unsur dongeng/mitos. Manusia mengunakan Òidea TuhanÓ sebagai
panduan dalam penjelasan kewujudan manusia dan alam semesta semulajadi. Hari
ini, para cendikawan yang mengkaji fakta-fakta yang ada telah menyimpulkan
bahawa idea-ketuhanan serta ciptaan mitos mesti dianggap sebagai evolusi
khayalan manusia akibat tidak memahami tentang fenomena semulajadi sebenar.
Perselisihan faham ini adalah disebabkan oleh kekhuatiran serta kejahilan
masyarakat primitif. Sehingga kini manusia masih memegang kepada konsep ciptaan
(Creation) primitif ini. Tetapi pada pemahaman saintifik baru-baru ini, ia
telah menganggap definasi ÒTuhanÓ adalah tidak jelas dari segi teori kekuasaan
Tuhan serta mitosnya.
Para Buddhist percaya
bahawa kewujudan manusia adalah akibat tindakan beliau sendiri iaitu melalui
proses evolusi. Manusia tidak dihukum/ditawarkan ganjaran oleh sesiapa tetapi
semuanya bergantung kepada tindakan dirinya samada baik atau jahat. Lagipun
tidak ada ajaran Buddha yang dapat menyokong bahawa dunia ini adalah dicipta
oleh seseorang. Malah penemuan saintifik mengenai perkembangan sistem dunia
secara beransuran telah mengukuhkan lagi ajaran Buddha.
Kelemahan Manusia Dan
Konsep Ketuhanan
Selama ini kedua-dua
konsep ketuhanan dan ciptaan mitos telah dipertahankan serta dilindungi oleh
para penganutnya yang memerlukan idea ini untuk menjustifikasikan kewujudan
mereka dan kepentingan mereka kepada masyarakat secara umumnya. Boleh dikatakan
kesemua pengasas idea tersebut mendakwa bahawa terdapatnya penerimaan kitas
suci masing-masing melalui wahyu, dalam kata lain, mereka ini mengakui bahawa
dirinya berasal dari satu Tuhan. Setiap agama tersebut mendakwa bahawa dirinya
mewakili keamanan sejagat, persaudaraan sejagat dan lain-lain.
Sejarah dunia menunjukkan
bahawa perkembangan agama sehingga kini juga telah membantu kepada perluasan
kepercayaan karut atau tahyul. Terdapat sesetengah kepercayaan ini yang menolak
ilmu sains dan juga menghalang kepada perkembangan ilmu manusia, sehingga
timbulnya perselisihan faham, perasaan curiga dan dengki serta peperangan
dikalangan manusia.
Kalau begitu, agama telah
gagal memainkan peranan untuk ÒenlightenÓ manusia. Misalnya di negara-negara
tertentu semasa masyarakat melakukan persembahan kepada Tuhan demi untuk
keampunan, mereka telah melakukan pengorbanan binatang secara besar-besaran,
kadang-kadang nyawa manusia sendiri juga terkorban. Binatang-binatang tersebut
telah disembelihkan dan dikorbankan untuk upacara penyembahan Tuhan. Perkara
ini telah mengambil masa yang lama bagi manusia untuk menyedari bahawa tindakan
mereka itu langsung tidak berfaedah dan zalim atau nama keagamaan. Masa sudah
tiba bagi manusia menyedari hakikat bahawa kesucian jalan sebenar ialah dengan
mengemai perasaan kasih sayang serta sikap persefahaman.
Dalam buku ÔBuddhist
Critique of the Christian Concept of GodÕ, Dr G. Dharmasiri menyatakan bahawa
Ôwalaupun saya difahami bahawa idea Tuhan mengandungi suatu ikatan moral yang
mulia tetapi ia juga mempunyai implikasi tertentu yang agak bahaya kepada
manusia dan juga kehidupan lain didunia iniÕ. Satu ancaman besar kepada manusia
ialah timbulnya konsep ÔotoritiÕ (Kuasa mutlak) yang dikenakan ke atas manusia
dan konsep ketuhanan. Kesemua agama ÔtheisticÕ (tauhid) menganggap kuasa
otoriti sebagai suci dan muktamad. Ini amat bahaya seperti yang dikatakan oleh
Buddha dalam kalama sutta, iaitu pelbagai bentuk kuasa otoriti boleh mengancam
kebebasan dan keindividuan seseorang. Pelbagai kuasa otoriti cuba menjadikan
ÔandaÕ sebagai pengikutnya. Disamping semua kuasa ÔtradisiÕ otoriti, suatu
bentuk otoriti baru telah bangkit atas nama ÔsainsÕ. Baru-baru ini dengan
kebangkitkan pelbagai agama baru serta ancaman daripada Guru-gurunya (seperti
yang dinyatakan oleh Jim Jones) ia telah mengugut kebebasan serta kemuliaan
manusia. Buddha sendiri telah merayu dan memberi kami satu petunjuk jalan yang
rasionalk supaya setiap kami berkeupayaan dan berpotensi untuk mencapai
matlamat Buddha.
Agama Tuhan tidak dapat
menawarkan keselamatan tanpa adanya Tuhan. Jadi walaupun seseorang telah
mencapai kebudian, kesucian hidup tertinggi seta kehidupan yang benar, beliau
masih boleh dihukum ke neraka selama-lamanya kerana beliau tidak percaya kepada
kewujudan Tuhan. Sebaliknya, seseorang boleh mempunyai dosa yang besar tetapi
sekiranya beliau bertaubat beliau akan dimaafkan dan diselamatkan. Dari
pandangan penganut Buddha, tiada justifikasi bagi doktrin tersebut. Walaupun
terdapatnya kontradiksi agama Tuhan, tetapi doktrin ketuhanan masih memainkan
peranan yang penting dari segi perkhidmatannya kepada manusia sejagat.
Kepecayaan kepada Tuhan
telah membantu manusia mengawal sifat-sifat binatang semulajadi. Pada masa yang
sama, manusia berasa tidak selamat tanpa wujudnya kepercayaan kepada Tuhan.
Kesahan dan kebenaran bagi kepercayaan ini adalah berdasarkan kepada kematangan
rohani serta keupayaan pemahaman manusia.
Walaubagaimanapun, agama
haruslah berkaitan dengan kehidupan praktikal manusia. Ia harus digunakan
sebagai panduan kehidupan kita dalam dunia ini misalnya agama memberitahu kita
apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kita lakukan. Kepercayaan Tuhan tidak
membawa apa-apa makna dalam kehidupan seharian kita sekiranya kita tidak
mengikut ajaran agama secara ikhlasnya.
Sebaliknya, jika
penganut-penganut dari pelbagai agama sentiasa bergaduh dan saling mengutuk
kepercayaan masing-masing ataupun menyimpan perasaan dengki terhadap agama
lain, ia boleh menimbulkan ketidak harmonian dikalangan masyarakat pelbagai
agama. Kita harus mengamalkan sikap toleransi, sabar dan saling memahami
diantara satu sama lain. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati
setiap agama walaupun kita tidak boleh menerimanya kerana sikap toleransi
begini boleh mewujudkan keharmoni dan keamanan hidup.
Bagaimanapun, ia tidak
memberi apa-apa manfaat untuk memperkenalkan konsep tuhan ini kepada mereka
yang tidak akan menhargainya. Kepada setengah-setengah orang, kepercayaan ini
adalah tidak penting untuk menjalani hidup yang baik. Terdapat ramai orang yang
menjalani hidup yang mulia tanpa kepercayaan seperti ini sementara antara
mereka yang mempercayai ramai yang mengganggu ketenteraman dan kebahagian orang
yang tidak bersalah.
Buddhis boleh bekerjasama
dengan mereka yang memegang teguh konsep tuhan, jika mereka menggunakan konsep
untuk ketenteraman, kebahagian dan kebajikan manusia tetapi bukan dengan mereka
yang menyalahgunakan konsep ini dengan mengugut orang ramai supaya dapat
memperkenalkan kepercayaan ini semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri dan
dengan niat yang terselindung.
Untuk lebih daripada 2,500
tahun, penganut-penganut Buddhist di seluruh dunia telah meamalkan dan
memperkenalkan agama Buddha secara aman tanpa keperluan mengekalkan konsep
Tuhan maha pencipta. Dan mereka akan terus mengekalkan agama ini dengan cara
yang sama tanpa menganggu pengikut agama lain.
Jadi, sambil menghormati
agama-agama lain, adalah penting untuk menyatakan bahawa apa-apa cubaan untuk
memperkenalkan konsep ini kedalam Buddhisme adalah tidak perlu. Biar
penganut-penganut Buddhist mengekalkan kepercayaan mereka oleh kerana ia tidak
membahayakan orang lain dan biar ajaran asas Buddha tinggal sebagaimana
keadaannya yang asal.
Sejak zaman dahulukala,
Buddha telah menjalani hidup beragama yang tenteram tanpa menggabungkan apa-apa
konsep Tuhan. Mereka harus berupaya mengekalkan sesuatu agama tanpa keperluan, pada ketika ini, dipaksa
seorang sesuatu yang bertentangan dengan kemahuan mereka. Dengan adanya
keyakinan penuh terhadap Buddha Dhamma, Buddhis patut diberi peluang bekerja
dan mencari pembebasan mereka sendiri tanpa gangguan punca-punca lain. Yang
lain boleh menegakkan kepercayaan dan konsep mereka, sementara Buddhis akan
menyokong kepercayaan mereka tanpa dendam dengki. Harus tidak mencabar yang
lain berhubung dengan pemujukan demi agama, tetapi kami berharap untuk mendapat
perlakuan yang sama berhubung dengan kepercayaan dan amalan kami.
Penukaran Tanda Nama
Agama Sebelum Mati
Kepercayaan bahawa
terdapatnya seorang yang boleh menghapuskan dosa-dosa kita tanpa menahan
pemikiran kita yang jahat, adalah tidak searus dengan Ajaran Buddha.
Kerap kali, kita mendapati
kes-kes di mana orang menukar agama pada saat-saat terakhir sebelum meniggal
dunia. Setengah-setengah orang menyalah anggap bahawa dengan memeluki agama
lain, maka boleh Òmembersihkan dosa-dosaÓ dan memperolehi satu jalan yang mudah
ke syurga. Meraka juga berharap ia dapat memberi jaminan kepada diri mereka
satu pengkebumian yang ringkas dan lebih baik. Untuk mereka yang telah memeluk
sesuatu agama seumur hidup, tiba-tiba memeluk agama lain yang baru dan kurang
diketahui dan seterusnya berharap untuk penyelamatan serta-merta melalui
kepercayaan baru ini, adalah tidak wajar. Ini cuma satu miropi. Adalah diketahui
bahawa setengah-setengah orang ditukar ke agama lain bilan mereka berada dalam
keadaan tidak sedarkan diri dan dalam kes-kes tertentu selepas orang tersebut
mati. Mereka yang terlalu ingin menukar agama orang lain kepada agama mereka,
telah menyesatkan mereka yang kurang berpelajaran kepada mempercayai bahawa
hanya agama mereka sahaja satu-satunya cara atau jalan pintas ke syurga.
Jikalau akibat perbuatan mereka, orang ramai mempunyai bahawa terdapatnya
seorang yang duduk di syurga yang dapat membersihkan segala dosa-dosa mereka
yang dilakukan dalam sepanjang hidupnya, maka kepercayaan ini hanya akan
menggalahkan orang lain melakukan lebih kejahatan.
Mengikut Ajaran Buddha,
tidak terdapat kepercayaan bahawa terdapatnya seorang yang boleh membersihkan
dosa-dosa. Hanya bila seseorang dengan ikhlasnya sedar bahawa apa yang
dilakukan adalah salah dan selepas menyedari, cuba membetulkan segala kesalahan
yang telah dibuat serta membuat baik, barulah mereka boleh menahan atau
menentang tindakbalas buruk akibat kejahatan yang dilakukan.
Ia telah menjadi kebiasaan
untuk melihat orang dari setengah-setengah agama berlegar-legar disekeliling
pesakit di hospital sambil menjanjikan Òkehidupan selepas matiÓ. Cara ini
mempergunakan kejahilan dan ketakutan psikologi persakit tersebut. Sekiranya
mereka betul-betul ingin menolong, maka mereka mesti boleh melakukan
ÒkeajaibanÓ yang mereka tuntut terdapatnya dalam kitab suci mereka. Jika mereka
boleh melakukan keajaiban, kita tidak perlukan hospital-hospital.
Penganut-penganut Buddhis tidak boleh menjadi mangsa kepada orang seperti ini.
Mereka harus mempelari ajaran asas agama mereka yang memberitahu mereka bahawa
semua penderitaan adalah asas semua manusia. Satu-satu caranya untuk menamatkan
penderitaan adalah dengan menyucikan minda. Seseorang individu menyebabkan
penderitaannya sendiri dan dialah satu-satunya orang yang dapat menamatkannya.
Seseorang tidak dapat berharap untuk menghapuskan akibat perbuatan-perbuatan
jahatnya sendiri dengan hanya menukar tanda nama agama seseorang di pintu maut.
Takdir hidup berikutnya
orang yang akan mati bergantung kepada fikiran berakhirnya yang bergantung pula
kepada kamma baik atau buruk yang dikumpulkan olehnya dalam jangka hidupnya
ini, tidak kira tanda nama agama yang digunakan olehnya pada saat-saat
terakhir.
Jalan Pintas Kesyurga
Syurga adalah terbuka
bukan sahaja untuk pengikut sesuatu agama, tetapi dibuka kepada setiap orang
yang menjalankan hidup yang betul dan mulia.
Ia bukanlah sukar untuk
penganut-penganut Buddhis pergi ke syurga jika mereka betul-betul ingin pergi.
Tetapi ada setengah-setengah orang yang cuba dari rumah ke rumah dengan hajat
untuk menukar penganut-penganut lain kepada agama mereka dan menjanjikan
syurga. Mereka menuntut bahawa mereka sahaja orang yang diberkati yang boleh
pergi ke syurga, mereka juga menuntut bahawa mereka mempunyai kuasa eksklusif
(khas) untuk menghantar orang lain ke matlamat yang sama. Mereka memperkenalkan
agama mereka seperti ubat paten dan ini menyebabkan mereka tidak disukai oleh
orang ramai hari ini. Ramai orang yang jahil yang kurang pengetahuan tentang
agama mereka telah menjadi mangsa-mangsa penjual syurga.
Jika penganut-penganut
Buddhist boleh memahami Ajaran Buddha yang mulia, mereka tidak akan menjadi
sesat akibat penganut orang ini. Penjual-penjual syurga ini juga cuba
menyesatkan orang lain dengan menyatakan bahawa dunia ini dicipta oleh tuhan
dan ia akan menemui akhiratnya tidak lama lagi. Mereka yang inginkan satu hidup
yang kekal di syurga mesti menerima sesuatu agama sebelum dunia ini berakhir,
kalau tidak mereka akan ketinggalan peluang emas ini dan perlu menderita dalam
nereka selama-lamanya.
Ancaman akhiran dunia ini,
telah bermula sejak beratus-ratus tahun dahulu dan sampai hari ini masih ada
orang mempercayai ancaman ini yang tidak rasional dan cuma khayalan
semata-mata. Ada orang yang berjaya ditukar sepeas mendengar khutbah
(preaching) seperti ini, tanpa menggunakan akal fikiran mereka.
Dalam agama Buddhis, tidak
adanya penyadilan sendiri sama ada menghukum atau memberi ganjaran tetapi cuma
tindaka hukum semulajadi-sebab dan akibat.
Kenapa orang jahat
menikmati kebahagian sementara orang baik menderita.
Setengah-setengah orang
bertanya ÒJika yang baik akan mendapat kebaikan dan yang jahat akan menerima
kejahatan, kenapa masih ramai orang yang baik menderita dan mereka yang jahat
berjaya dalam dunia iniÓ. Jawapannya kepada soalan ini, mengikut pandangan
Buddhis, walaupun ada orang adalah baik secara semulajadi, mereka masih belum
mengumpul cukup pahala dalam hidup sebelum ini untuk mengganti akibat buruk
kamma tidak baik dalam hidup ini, pada sesuatu masa dalam hidup yang lepas
mesti adanya sesuatu ÔdefectÕ. Sebaliknya ada yang jahat secara semulajadi
tetapi masih boleh menikmati kebahagian dalam hidup ini untuk jangka waktu uang
pendek akibat kamma baiknya yang kuat yang telah dikumpul dalam hidup sebelum
ini.
Sebagai contoh, terdapat
setengah-setengah orang yang secara semulajadi manusia tubuh badan yang sihat
dan akibatnya menikmati kesihatan yang sempurna. Kuasa penahan fizikal mereka
adalah kuat maka tidak mudah jatuh sakit. Walaupun mereka tidak mengambil
pencegahan terhadap kuman dan kekotoran, mereka masih kekal kuat dan sihat.
Sebaliknya, walaupun ada setengah-setengah orang yang mengambil berbagai-bagai
tonik dan vitamin - makanan berkhasiat untuk menguatkan badan mereka, ia tidak
bertambah baik.
Walau apa-apa pun kebaikan
atau kejahatan yang dilakukan oleh orang dalam jangka hidup ini, mereka pasti
akan merasai tindakbalasnya dalam hidup ini atau selepas ini. Ia adalah
mustahil untuk mengelak dan akibatnya cuma dengan sembayang, tetapi dengan
membangunkan minda dan menjalani hidup yang mulia.
Penganut-penganut Buddhis
digalakkan untuk melakukan kebaikan bukan sahaja untuk mendapat satu tempat
disyurga. Mereka dikehendaki untuk membuat baik supaya dapat menghapuskan sikap
memetingkan diri dan untuk merasai ketenangan dan kebahagiaan.