1
KEHIDUPAN DAN SIFAT SEMULAJADI BUDDHA____________________________ 1
Gautama Buddha_________________________________________________________ 1
Sifat Semulajadi Buddha__________________________________________________ 5
Cahaya Dunia_________________________________________________________________________ 5
Adakah Buddha Kelahiran Semula Tuhan?__________________________________ 7
Perkhidmatan Buddha____________________________________________________ 8
Bukti-bukti Sejarah Tentang Buddha______________________________________ 10
Gautama
Buddha, pengasas kepada apa yang kini dikenali sebagai Buddhisme, tinggal di
Inbeliau Utara pada abad ke-6 S.M. Namanya ialah Siddhatta dan nama keluarganya
ialah Gotama. Gelaran "Buddha" diberi setelah beliau bebas dari
kejahilan dan menyedari kebenaran. Ini bermakna 'yang bebas dari segala
kejahilan', 'yang terjaga, tersedar dan terbebas dari segala kejahilan'.
Lazimnya, beliau menggelar diriNya Gotama atau Sakyamuni.
Beliau
dilahirkan seorang putera yang memiliki segala-galanya dan dibesarkan dalam serba
kemewahan. Kedua-dua ibu bapa adalah dari keturunan bangsawan Inbeliau. Beliau
amat disayangi, mendorong keyakinan serta merupakan pewaris takhta kerajaan.
Beliau dikurniakan dengan rupa yang kacak, wajah yang berseri dan gelagat yang
murni. Pada umur enam belas tahun, Beliau mengahwini sepupuNya Yasodhara dan
mendapat seorang cahaya mata bernama Rahula. IsteriNya bersifat mulia, sentiasa
dalam keadaan riang, berseri dan amat dihormati.
Sungguhpun
demikian, Siddhatta merasa terperangkap dalam kemewahan bagaikan seekor burung
dalam sangkar emas. Pada suatu hari, beliau terserempak dengan empat alamat
semasa melawat bandar iaitu orang tua, orang sakit, mayat dan seorang pertapa.
Satu demi satu, alamat yang diperhatikan tersebut membawa kesedaran kepadaNya
bahawa kehidupan adalah tertakluk kepada usia tua dan kematian. Beliau
mempersoalkan di manakah wujudnya kehidupan yang bebas dari usia tua dan
kematian. Pertapa yang diperhatikanNya, kelihatan begitu tenang kerana beliau
telah meninggalkan kehidupan duniawi. Ini memberi Siddhatta satu petunjuk
bahawa langkah pertama dalam usaha mencari kebenaran mutlak adalah meninggalkan
kehidupan duniawi.
Dengan
azam untuk mencari jalan keluar dari segala penderitaan alam, bukan sahaja
untuk diriNya tetapi juga untuk manusia sejagat, beliau membuat keputusan untuk
meninggalkan keluargaNya. Pada suatu malam, ketika umurNya dua puluh sembilan
tahun, beliau secara senyap meninggalkan isteri dan anakNya yang sedang nyenyak
tidur. Setelah memasangkan pelana pada kuda putihNya yang istimewa, Beliau pun
menunggang kuda tersebut menuju ke arah hutan.
Peninggalan
kehidupan duniawiNya merupakan yang pertama dalam sejarah. Beliau meninggalkan
segala-galanya pada kemuncak usiaNya, dari keseronokan kepada keperitan; dari
kemewahan duniawi yang terjamin kepada yang tidak terjamin; dari kedudukan yang
penuh dengan kekayaan dan kuasa kepada seorang pertapa yang terpaksa berlindung
hujan dalam gua dan hutan; jubahNya yang compang-camping itulah yang
melindungiNya dari sinar matahari, hujan dan angin musim dingin. Beliau
meninggalkan kekayaan, martabat, kuasa dan prestij yang terjamin serta hidup
yang penuh dengan kasih sayang dan harapan semata-mata untuk mencari kebenaran
yang belum terjumpa.
Dalam
masa enam tahun, beliau berusaha dengan gigih untuk mencari kebenaran. Beliau
mempelajari segala ajaran yang disampaikan oleh guru-guru agama yang terkemuka
pada masa itu, namun masih gagal menemui apa yang dikehendakiNya. Lantaran itu
beliau pun menyertai sekumpulan zahid. Beliau menyeksa badanNya dengan harapan
dapat menghapuskan daya terpendam serta menghancurkan halangan, kerana
dipercayai kebenaran dapat ditemui dengan cara ini. Sebagai seorang yang
mempunyai azam dan tenaga yang amat kuat, beliau mendahului zahid-zahid lain
dalam setiap teknik pertapaan tegas yang dicadangkan. Semasa berpuasa, beliau
makan begitu sedikit sehinggakan apabila Beliau menyentuh kulit perutNya,
tulang belakangNya turut dapat dirasai. Walaupun
Beliau telah mempraktikkan cara hidup ini ke tahap yang belum pernah tercapai
oleh sesiapa, walau bagaimanapun Beliau masih hidup. Beliau mungkin telah mati
sekiranya tiada kesedaran bahawa penyeksaan diri tidak akan berhasil. Lantaran
itu, jalan kesederhanaanlah pilihanNya.[tkl1][tkl2]
Pada
malam bulan purnama Vesakha, Beliau duduk di bawah pohon Bodhi di Gaya, dan
menyelamkan dirinya di dalam tahap meditasi yang khusyuk. Dengan itu mindaNya
berjaya membongkar misteri alam dan memahami ciri-ciri semulajadi semua
kehidupan dan kewujudan. Ketika umurNya 35 tahun, pencari kebenaran yang
berusaha sepenuh hati selama ini, menjadi Buddha yang telah celik mindaNya.
Hampir setengah abad seterusnya, Buddha merentas jalan-jalan India yang berdebu
untuk menyebar Dhamma agar mereka yang mendengar, dan mempraktiknya menjadi
suci dan memperoleh jiwa yang bebas. Beliau membentuk sistem bhikkhu dan
bhikkhuni, mencabar sistem kasta, meningkatkan status wanita, mengajar
kebebasan beragama dan kebebasan menyoal; Beliau
telah membuka pintu yang membolehkan pembebasan semua wanita dalam keadaan hidup,
tanpa mengira tinggi atau rendah darjatnya, mulia atau berdosa dan menyucikan
hidup penjenayah seperti Angulimala dan pelacur seperti Ambapali. [tkl3]
Beliaulah
yang terunggul dalam intelek dan kearifan. Setiap masalah dianalisa satu
bahagian demi satu bahagian dan kemudian disusun secara logik dengan maksud
yang jelas. Tiada sesiapapun yang dapat menewaskan Buddha dalam dialog. Seorang
guru yang tidak dapat tandingi, Beliau juga merupakan penganalisa minda dan
fenomena yang terulung sehingga kini. Untuk kali pertamanya dalam sejarah,
Beliau menunjukkan jalan kepada manusia supaya berfikir untuk diri mereka,
meningkatkan martabat manusia dan menunjukkan bahawa manusia boleh mencapai
puncak ilmu pengetahuan serta pencerahan sempurna melalui daya usaha sendiri.
Walaupun
dengan kearifan yang tiada tolok bandingannya, dan warisan diraja, Beliau tidak
pernah menjauhkan diri dari penduduk-penduduk kampung. Beliau tidak memandang
berat terhadap perbezaan uriah [tkl4]seperti kelas dan kasta. Tiada seorang pun yang dianggap terlalu hina atau
rendah oleh Buddha untuk dibantu. Kerap kali apabila seseorang yang hina, fakir
miskin, masyghul datang kepadaNya, Beliau akan meningkatkan harga diri mereka
dan mengubah kehidupan mereka yang keji kepada suci.
Buddha yang
maha penyayang (karuna) dan arif (panna), tahu bagaimana dan apa yang hendak
yang hendak diajar kepada individu demi manfaat mereka sendiri berdasarkan
tahap dan kebolehan individu tersebut. Beliau diketahui sanggup berjalan jauh,
hanya semata-mata untuk membantu seseorang.
Beliau
adalah seorang penyayang yang berbakti kepada semua pengikutNya dan memberi
perhatian terhadap kesejahteraan dan kemajuan mereka. Beliau melawat ke wad-wad
pesakit setiap hari semasa berada di Vihara. 'Sesiapa yang melayani pesakit,
melayani saya'. Nasihat Buddha ini memperlihatkan keprihatinanNya [tkl5]terhadap pesakit. Buddha mengekalkan tataterbit dan disiplin berasaskan
prinsip saling menghormati. Raja Pasenadi tidak dapat memahami bagaimana Buddha
dapat mengekalkan tataterbit dan disiplin dalam masyarakat bhikkhu, sedangkan
diriNya sebagai raja yang berkuasa untuk menghukum, tidak dapat mengendalikan
negaranya sebaik itu.
Walaupun
Buddha dikurniakan dengan kuasa sakti, Beliau tidak menganggap kesemua ini
sebagai penting. BagiNya penerangan Dhamma sehingga menyedarkan seseorang itu
merupakan perkara yang paling baik. Penderitaan manusia telah menyebabkan guru
yang penuh dengan prihatin ini amat terharu. Beliau berazam untuk membebaskan
manusia dari belenggu penderitaan ini melalui satu sistem pemikiran dan cara
hidup yang rasional.
Buddha
tidak pernah mendakwa diriNya sebagai "pencipta" alam dunia, fenomena
alam atau hukum alam yang dipanggil "Dhamma". Walaupun Beliau digelar
lokavidu yang bermaksud "yang maha mengetahui tentang segala dunia",
Beliau tidak pernah dianggap sebagai penguasa tunggal Hukum Alan Semesta.
Beliau mengakui bahawa Dhamma dan sifat kosmos adalah sesuatu yang abadi; pada
hakikatnya, ia tiada pencipta dan kewujudannya
adalah mutlak[tkl6]. Setiap keadaan benda yang wujud dalam alam semesta ini tertakluk kepada
pengoperasian Dhamma. Apa yang Buddha lakukan (seperti juga Buddha-Buddha
sebelumNya) ialah menemui semula kebenaran mutlak ini dan mengemukakan kepada
manusia. Di samping penemuan kebenaran, Beliau
juga menemui cara untuk membebaskan seseorang daripada pusingan kehidupan yang
tidak terhingga, diikuti dengan ketidakpuasan yang pahit. [tkl7]Setelah 45 tahun berkhidmat, Buddha meninggal dunia pada umur 80 tahun di
Kusinara, meninggalkan beribu-ribu pengikut, bhikkhu dan bhikkhuni serta satu
khazanah ajaran Dhamma yang luas. Kesan keprihatinan dan dedikasi Buddha masih
dapat dirasai sehingga kini.
Dalam buku
'Tiga Insan Terunggul dalam Sejarah', H.G. Wells berkata: "Dalam diri
Buddha, anda dapat lihat dengan jelas, seorang manusia biasa, dengan khusyuk
hati, berjuang demi cahaya kebenaran, satu personaliti manusia yang nyata,
bukan satu mitos. Beliau juga memberikan satu mesej yang bersifat
universal/sejagat kepada manusia. Idea-idea moden kita yang terbaik amat
bersamaan dan berharmoni dengan ajaranNya. Mengikut ajaranNya segala
penderitaan dan ketidakpuasan dalam kehidupan adalah berpunca dari sikap
mementingkan diri sendiri. Sebelum seseorang boleh mencapai ketenangan, beliau
mesti menjauhi kehidupan yang semata-mata untuk nafsu atau dirinya. Dengan ini,
barulah beliau boleh muncul sebagai seorang manusia yang lebih tinggi
darjatnya. 500 tahun terdahulu daripada Nabi Isa, Buddhisme sebagai ajaran yang
berbeza daripada yang lain telah menyeru kepada manusia supaya "melupakan
diri sendiri". Renunsiasi Putera Siddhattha merupakan satu langkah yang
teramat berani, yang pernah dilakukan oleh seorang manusia.
Pemergian
Siddhattha dari keluarga dan kerajaanNya telah dikutuk oleh pengkritik. Ada
yang menyifatkannya sebagai "satu langkah meninggalkan isteri dan keluarga
yang kejam". Apa yang terjadi sekiranya Beliau tidak pergi secara
senyap-senyap dan berhadapan dengan orang-orang kesayanganNya dengan majlis
perpisahan yang rasmi? Sudah pasti mereka akan merayuNya agar berubah fikiran.
Suasana ketika itu mungkin menjadi selap dan kemungkinan mencetuskan huru-hara
di negara kecil bapaNya - Raja Suddhodana. Niat meninggalkan kehidupan duniawi
demi mencari kebenaran mungkin akan gagal disebabkan oleh halangan isteri dan
bapaNya. Pada usia 29 tahun, Siddhattha merupakan seorang pemuda yang berada
pada kemuncak hidupNya. Keinginan untuk meninggalkan mereka yang Beliau kenali
dan sayangi demi mencari kebenaran, tentulah begitu hebat sekali. Pada
saat-saat akhir dalam istana, Beliau telah melawat dan menjenguk bayiNya yang
baru lahir yang sedang nyenyak tidur. Desakan hati untuk terus menetap dan
membatalkan rancangan meninggalkan istana pasti amat perit dan menyeksakan.
Pada
masa itu, di India, langkah seseorang meninggalkan keluarga dan orang-orang
kesayangan yang lain untuk menjadi zahid dan menjalani hidup yang suci amat
dipandang mulia. Setelah mempertimbangkan kesemua ini, jelaslah tindakan
Siddhattha yang berani dan cepat dalam melaksanakan rancanganNya adalah betul.
Meninggalkan kehidupan duniawi bukanlah untuk kepentingan atau kesenangan diri
tetapi untuk umat manusia yang menderita. PadaNya, manusia sejagat merupakan
satu keluarga. Langkah Putera Siddhattha pada umur yang sebegitu muda merupakan
satu langkah yang teramat berani bagi seorang manusia.
Bebas
dari perpautan merupakan salah satu faktor terpenting untuk mencapai
pencerahan. Pencerahan dicapai melalui jalan "tidak-perpautan".
Kebanyakan masalah kehidupan berpunca daripada perpautan. Kita naik marah,
bimbang, tamak dan bersungut. Kesemua ini berpunca dari perpautan yang membawa
kepada kesengsaraan, ketegangan jiwa, kedegilan dan kesedihan. Jika kita
menyiasat sebarang masalah atau kebimbangan kita, akan didapati bahawa sebab
utama selalunya perpautan. Sekiranya, Putera Siddhattha mempunyai perpautan
terhadap isteri, anak, kerajaan dan keseronokan keduniaan, sudah pasti Beliau
tidak mungkin dapat mencari penawar penderitaan manusia. Oleh yang demikian,
Beliau terpaksa mengorbankan segala-galanya, termasuk keseronokan keduniaan
untuk memperoleh tumpuan minda dan kebebasan dari gangguan untuk mencari
kebenaran yang boleh membebaskan manusia dari penderitaan.
Dalam
kaca mata Putera muda ini, dunia ini sedang membakar dengan hawa nafsu,
kebencian, ketamakan dan lain-lain unsur pencemaran minda yang menyalakan api
keghairahan manusia. Beliau dapat memerhatikan bahawa setiap makhluk dalam
dunia ini, termasuk isteri dan anakNya sedang menderita akibat dari berbagai
penyakit mental dan fizikal. Tekad beliau untuk mencari satu penyelesaian
kepada penderitaan manusia begitu kuat sehingga Beliau sanggup mengorbankan
segala-galanya.
Dua
ribu lima ratus tahun selepas meninggalkan kehidupan duniawi, Beliau menerima
kritikan dari sesetengah pihak kerana tindakanNya itu. Walau bagaimanapun,
isteriNya tidak pernah menyalahkan beliau di atas pemergianNya apabila
menyedari tujuan sebenar beliau. Sebaliknya, Yasodhara turut meninggalkan
kehidupan serba mewah dan menjalani satu cara hidup yang biasa sebagai tanda
penghormatan kepada suaminya.
Demikian
persepsi seorang penyair terkenal terhadap peninggalan kehidupan duniawi
Buddha:
ÔTwas not through hatred of children sweet,
Twas not through hatred of His lovely wife,
Thriller of hearts-not that He loved them less,
But Buddhahood more, that He renounced them all.Õ
ÔBukan kerana membenci anak yang manis,
Bukan kerana membenci isteriNya yang cantik,
Dengan hati yang bergentar - bukan kerana Beliau
kurang
menyayangi mereka,
Tetapi tekad menjadi Buddha lebih hebat,
Maka Beliau meninggalkan segala-galanya.Õ
(Dwight Goddard)
'Memahami
segala yang perlu difahami,
Memupuk
segala yang perlu dipupuk,
Menghapus segala
yang perlu dihapus,
Maka
Brahmin, saya adalah Buddha.' (Sutta Nipata)
'Wahai
saudara, selagi bulan dan matahari pada dunia ini tidak terbit, sehingga itulah
tiada pancaran sinaran cahaya yang terang-benderang. Dunia diselubungi kegelapan
dan kekeliruan. Malam tidak dapat dibezakan daripada siang, begitu juga dengan
waktu bulan penuh, waktu anak bulan dan musim-musim dalam setahun.
'Namun
apabila bulan dan matahari terbit di dunia ini, akan nampaklah sinaran cahaya
yang unggul. Hilanglah kegelapan dan kejahilan. Maka akan terdapat musim-musim,
bulan-bulan dan waktu-waktu yang terdapat anak bulan dalam satu tahun.'
'Wahai
saudara, selagi Buddha yang juga merupakan Arahant, Buddha yang terunggul,
tidak wujud, maka tiadalah pancaran sinaran cahaya yang terang-benderang. Maka
kegelapan dan kejahilan akan berleluasa. Tiada pendedahan, tiada ajaran, tiada
petunjuk, pembentukan, pembongkaran dan penjelasan mengenai Empat Kebenaran
Mulia.
'Apakah
Empat Kebenaran Mulia itu? Kebenaran mulia mengenai Penderitaan, Punca
Penderitaan, Penghapusan Penderitaan dan Langkah Penghapusan Penderitaan.
'Saudara,
tahukah kenapa anda perlu gigih berusaha untuk menyedari ÒInilah Penderitaan;
Inilah Punca Penderitaan; Inilah Penghapusan Penderitaan; Ini Langkah
Penghapusan PenderitaanÓ.Õ
Kata-kata
di atas memberi suatu gambaran yang jelas kepada kita betapa tingginya nilai
kemunculan Buddha ke dunia ini. Buddha muncul semasa falsafah Barat mula
diperkenalkan oleh orang-orang Gree. Ia dipelopori oleh Heraclites yang
menyebabkan perubahan kepada agama awal ketuhanan Olimpian. Pada masa yang
sama, Jeremiah sedang menyampaikan satu mesej baru kepada orang-orang Yahudi di
Babylon.
Pada masa
itu juga, Pythagoras sedang memperkenalkan suatu doktrin mengenai kelahiran
semula di Italy. Pada masa itu juga Confucius sedang membentuk cara hidup orang
China dan sistem kesusilaannya.
Pada ketika
itu, struktur sosial India dikuasai dengan ketat oleh peraturan-peraturan ketua
agama, idea-idea penyeksaan diri, pembezaan kasta, feudalisme yang tercemar,
status kedudukan wanita yang rendah dan takut kepada kekuasaan Brahmin.
Pada masa
itulah, Buddha bagaikan bunga yang terharum di kalangan umat manusia, muncul
pada tanah yang tersemai satu golongan besar orang salih dan arif, yang dengan
sepenuh hati, sedang mencari kebenaran.
Beliau
merupakan seorang manusia yang unggul yang begitu istimewa dan berpengaruh
kepada orang ramai sepanjang riwayatNya. Daya tarikan dari segi peribadiNya, prestij
dan moralNya dan keyakinan yang bersinaran dalam penemuan diri Buddha telah
membuatNya begitu terkenal. Semasa Beliau bergiat sebagai seorang pendidik,
Buddha telah mencelikkan akal mereka yang mendengar ajaranNya. Beliau telah
menarik mereka yang tinggi atau rendah darjatNya, kaya atau miskin, terpelajar
atau buta huruf, lelaki atau wanita, penghuni rumah atau orang zahid, orang
mulia mahupun petani biasa. Beliau mendekati orang-orang jahat untuk mendidik
mereka; manakala orang yang suci dan berbudi pekerti pula mendekatiNya untuk
belajar. Kebenaran yang ditemuiNya dihadiahkan kepada semua.
Pengikut-pengikutNya terdiri daripada golongan raja, perwira, saudagar,
jutawan, pengemis, pelacur, dan orang yang suci mahupun yang jahil. Beliau
mendamaikan mereka yang sedang bertelagah. Beliau mencelikkan mereka yang
berada dalam kekeliruan. Beliau menyirami mereka yang terbakar dalam api
kemarahan dan hawa nafsu dengan air kebenaran yang menenangkan. Dengan hati
penuh belas kasihan, Beliau menghulurkan cinta-kasih yang tidak terhingga
kepada mereka yang malang dan terbiar.
Beliau
tidak bercadang untuk membentuk semula dunia ini. Beliau merupakan 'lokavidu' - 'orang yang tahu segala-galanya tentang dunia ini'. Adalah mustahil
untuk Buddha membuat satu tanggapan khayal tentang dunia atau mempercayai
bahawa hukum alam boleh diubahsuai mengikut kemahuan manusia sebab Beliau maha
mengetahui dunia ini. Beliau tahu bahawa kewujudan dunia ini bukan untuk
keseronokan manusia. Beliau mengetahui sifat semula jadi dunia dan menyedari
bahawa kehidupan keduniaan adalah tidak kekal (sentiasa berubah). Beliau juga
tahu tentang khayalan dan imaginasi manusia tentang kehidupan dunia ini.
Buddha
tidak menggalakkan idaman terhadap pembentukan Utopia keduniaan. Sebaliknya,
Beliau menunjukkan setiap cara di mana seseorang itu dapat menakluki dunia
dirinya - dunia dalaman setiap peribadi yang subjektif. Dalam bahasa yang lebih
mudah, Beliau memberitahu kita bahawa keseluruhan dunia wujud dalam diri kita
dan dunia ini dipandu oleh minda. Justeru itu, minda mestilah dilatih dan
disucikan dengan baik.
Pada
asasnya, ajaran Buddha adalah mudah dan amat bermakna:
'Elakkan segala kejahatan; buat segala kebaikan, Sucikan minda. Inilah
nasihat semua Buddha.' (Dhammapada 183)
Beliau mengajar manusia bagaimana hendak
menghapuskan kejahilan. Beliau menggalakkan mereka mengekalkan kebebasan
memikir tanpa sebarang kongkongan. Upacara keagamaan dan dogma yang tegas,
kepercayaan yang membabi buta dan sistem kasta langsung tidak diberi tempat
dalam cara hidup yang disyorkanNya. Semua manusia adalah sama dalam kaca mata
Buddha.
Penilaian
terhadap ucapan, perlakuan dan sifatNya membuktikan keunggulanNya pada ketika
itu. Beliau mempamerkan jasa, pengorbanan dan pencapaian sepanjang tempoh
perkhidmatan beliau. Beliau menasihati kita supaya memulakan kehidupan kita
pada hari ini dan seterusnya seolah-olah inilah titik permulaan hidup kita.
Pada kewujudan ini, kita harus memenuhi segala tanggungjawab dan kewajipan kita
tanpa bergantung kepada orang lain.
Beliau
memberi satu penerangan baru tentang alam semesta ini. Beliau memberi satu
pandangan baru mengenai kebahagiaan abadi, iaitu dengan pencapaian kesempurnaan
Buddha. Beliau telah menunjukkan jalan ke Nibbana, satu keadaan abadi yang
merupakan pembebasan muktamad dari segala penderitaan. Beliau bukan saja
disanjung tinggi oleh orang-orang yang beragama malah disanjung juga oleh
ateis, ahli sejarah, rasionalis dan para intelek di seluruh dunia yang
mengiktiraf Buddha sebagai pendidik yang telah mencapai pencerahan, yang paling
liberal dan penuh belas-kasihan.
'Sukho
Buddhanam Uppado.'
Bahagianya
kelahiran Buddha. (Dhammapada 194)
Buddha
tidak pernah mendakwa diriNya sebagai anak ataupun rasul Tuhan.
Buddha
adalah manusia unik yang mencapai pencerahan di atas usahaNya sendiri. Tiada
seorang pun yang boleh dianggap sebagai guruNya. Atas usahaNya sendiri, Beliau
menyempurnakan sepuluh kualiti teragung iaitu murah hati, disiplin, melepaskan
kehidupan duniawi, kearifan, ketekunan, kesabaran, kebenaran, kegigihan,
cinta-kasih dan ketenangan minda. Melalui pemupukan mindaNya, Beliau membuka
pintu kepada segala pengetahuan. Beliau memahami segala yang perlu difahami,
memupuk segala yang perlu dipupuk dan menghapus segala yang perlu dihapus.
Sesungguhnya, tiada guru agama yang setanding dengan Beliau dari segi pemupukan
dan pencapaian.
Betapa
istimewa Buddha dan betapa mengkagumkan mesejnya sehinggakan ramai orang
tertanya-tanya 'Apakah (bukannya siapa) Beliau'. Pertanyaan 'Siapakah Beliau'
adalah berhubung kait dengan nama, tempat asal keturunan dan sebagainya
manakala 'Apakah Beliau' merujuk kepada persoalan kedudukan Beliau di kalangan
semua makhluk. Sifat ÔketuhananÕ dan inspirasi yang wujud pada Buddha telah
menyebabkan ramai orang pada zaman itu yang mengandaikan beliau sebagai Tuhan
ataupun kelahiran semula Tuhan. Beliau tidak pernah bersetuju dengan anggapan
itu. Dalam Anguttara Nikaya, Beliau berkata:
ÔSesungguhnya saya bukan deva, gandharva,
yaksa ataupun manusya. Saya adalah Buddha". Selepas pencerahan, Buddha tidak boleh lagi
dikelaskan sebagai ÔmanusyaÕ ataupun manusia
biasa. Beliau digolongkan dalam 'wangsa Buddha', iaitu bangsa ataupun spesis istimewa yang telah mencapai pencerahan, di
mana semuanya dikenali sebagai Buddha.
Buddha
wujud di dunia ini dari semasa ke semasa. Tetapi terdapat orang yang mempunyai
pandangan salah iaitu mempercayai bahawa Buddha yang sama dilahirkan semula
atau wujud di dunia ini berulang-ulang kali. Sebenarnya, mereka adalah orang
yang berlainan, sekiranya tidak; orang lain tidak akan berpeluang mencapai
tahap Buddha. Buddhis mempercayai bahawa sesiapa boleh menjadi Buddha sekiranya
dia dapat memupuk dan menyempurnakan kualiti-kualiti murni dan dapat
menghapuskan segala kejahilan, dengan berkat usaha sendiri. Selepas pencerahan,
semua Buddha adalah sama dari segi pencapaian dan pengalaman Nibbana.
Di
India, ramai pengikut dari kumpulan-kumpulan agama ortodoks cuba mengutuk
Buddha kerana ajaranNya yang liberal telah membawa revolusi kepada masyarakat
India. Ramai yang menganggap Beliau sebagai musuh apabila bilangan para
intelektual dan penduduk dari segenap lapisan masyarakat yang menganuti agama
ini semakin meningkat. Apabila gagal untuk menewaskanNya, mereka telah
menggunakan strategi melabel Buddha sebagai salah satu kelahiran semula Tuhan
mereka. Dengan cara inilah mereka dapat menyerap Buddhisme ke dalam agama
mereka. Di India, strategi ini berkesan pada tahap tertentu selama beberapa
kurun, dan ia telah membawa kepada kemerosotan dan seterusnya kepupusan
Buddhisme dari tanah asalNya.
Sehingga
hari ini, terdapat penganut agama tertentu yang cuba menyerap Buddha ke dalam
kepercayaan mereka. Dengan cara ini, mereka memperoleh pengikut dari komuniti
Buddhis. Tindakan mereka adalah berasaskan dakwaan Buddha sendiri pernah
meramalkan kemunculan Buddha lain pada masa depan.
Seorang
guru agama yang hidup 600 tahun selepas Gautama Buddha telah digelar sebagai
Buddha yang terbaru oleh suatu kumpulan. Kumpulan lain mengatakan Buddha yang
seterusnya telah berada di Jepun pada abad 13. Kumpulan yang satu lagi
mempercayai pengasas mereka adalah Buddha baru yang datang dari keturunan
mahaguru (seperti Gautama dan Nabi Isa). Kumpulan ini menasihati umat Buddhis
meninggalkan Buddha lama mereka dan mengikuti kononnya Buddha baru mereka.
Adalah baik melihat mereka memberi status yang sama di antara Buddha dan guru
agama mereka, namun kami berasa amat sedih dengan usaha menarik Buddhis ke
dalam kepercayaan mereka dengan memutar belitkan kebenaran.
Jelas
sekali, mereka yang mendakwa bahawa Buddha baru telah tiba, telah tersalah
tafsir kata-kata Buddha. Walaupun Buddha ada meramalkan ketibaan Buddha pada
masa akan datang, menurutNya, ini hanya akan berlaku apabila beberapa syarat
dipenuhi. Selagi ajaran Buddha sekarang masih wujud, Buddha lain tidak akan
muncul; ini adalah sifat semulajadi Buddha. Beliau akan muncul hanya apabila
Empat Kebenara Mulia dan Jalan Mulia Lapan Faktor telah lenyap sama sekali.
Orang-orang yang hidup pada masa itu mestilah dibimbing dengan betul supaya
mereka dapat memahami kebenaran yang sama yang telah diajar oleh Buddha sebelum
itu . Sekarang, kita masih berada di zaman ajaran Buddha Gautama. Kini,
kelakuan moral manusia secara amnya semakin merosot. Namun demikian, Buddha
seterusnya hanya akan muncul pada masa depan yang lampau apabila Jalan ke
Nibanna telah lenyap sama sekali dan orang-orang
pada masa itu telah bersedia untuk menerimaNya.
Kelahiran
Buddha adalah untuk menghapuskan kegelapan kejahilan dan untuk memimpin dunia
ke arah pembebasan dari penderitaan.
Buddha sendiri mempamerkan segala nilai kesucian yang diajar olehNya. Dalam tempoh 45 tahun perkhidmatan yang cemerlang dan bermakna, Beliau melaksanakan segala yang diucapkanNya. Beliau tidak pernah menunjukkan sebarang kelemahan manusia atau hawa nafsu. Tata terbit moral Buddha adalah yang paling sempurna dalam sejarah dunia. Dalam tempoh lebih daripada 25 abad, jutaan orang telah memperoleh inspirasi dan ketenangan jiwa dari ajaran Buddha. Hari ini keagunganNya masih bersinar seperti sang suria yang memalapkan cahaya-cahaya lain yang lemah. AjaranNya sentiasa memberi petunjuk kepada pengikutNya yang lesu dalam perjalanan spiritual ke arah keselamatan dan keamanan - Nibbana. Tiada orang lain yang pernah mengorbankan sebegitu banyak keselesaan duniawi demi kepentingan manusia sejagat yang menderita.
Dalam
sejarah manusia, Buddha merupakan pemimpin agama pertama yang melarang korban
binatang tidak kira apa alasannya, dan merayu kepada manusia supaya tidak
mencederakan makhluk lain.
Mengikut Buddha, agama bukan sesuatu yang boleh ditawar-menawar, tetapi cara ke arah pencerahan. Beliau tidak mahu para pengikut yang percaya secara membabi buta; sebaliknya Buddha mahukan para pengikut yang boleh berfikir dengan bebas dan bijaksana.
Keseluruhan
umat manusia mendapat berkat dengan kemunculan Buddha. Buddha tidak pernah
menunjukkan sifat tidak mesra terhadap seseorang, sungguhpun terhadap lawan
atau musuh paling ketatNya. Terdapat beberapa orang mempunyai prasangka yang
bertentangan dengan Buddha dan cuba membunuhNya. Namun, Buddha tidak pernah
menganggap mereka sebagai musuh. Buddha pernah berkata ÔBagaikan seekor gajah
dalam medan peperangan yang sabar menahan anak panah yang dipanah ke arahNya;
begitu jugalah saya akan bersabar terhadap penghinaan serta ekspresi tidak
mesra yang ditunjukkan oleh orang lain." (Dhammapada 320)
Catatan
sejarah menyatakan tiada sesiapapun yang sanggup berjasa demi kebajikan semua
makhluk seperti Buddha. Dari saat mencapai pencerahan sehingga ke akhir
hayatNya, Buddha bertungkus-lumus tanpa mengenal erti penat lelah meningkatkan
martabat manusia. Beliau tidur dua jam sahaja sehari. Walaupun 25 abad telah
berlalu sejak peninggalan Guru yang unggul ini, mesejNya yang penuh dengan
kasih sayang dan kearifan masih wujud sebagaimana keadaan asalnya yang suci.
Mesej ini tetap mempengaruhi haluan matlamat manusia sehingga kini. Buddhalah
yang mempunyai sifat belas kasihan tertinggi menyinari dunia ini dengan cinta
kasih.
Setelah
mencapai Nibbana, Buddha meninggalkan satu mesej abadi yang masih bersama kita.
Pada hari ini, keadaan huru-hara dunia sentiasa mengancam kedamaian yang sedia
ada. Justeru itu, ajaran Buddha amat diperlukan pada zaman ini berbanding
dengan masa lampau.
Kelahiran
Buddha adalah untuk menghapuskan kegelapan kejahilan dan memberi petunjuk
kepada dunia ini untuk bebas dari penderitaan dan penyakit, penuaan dan
kematian serta segala kebimbangan dan kesengsaraan semua makhluk.
Menurut
sesetengah kepercayaan, Tuhan tertentu akan muncul di dunia ini dari semasa ke
semasa untuk menghapuskan orang yang jahat dan melindungi mereka yang baik.
Kemunculan Buddha ke dunia ini bukan untuk memusnahkan orang yang jahat tetapi
untuk menunjukkan kepada mereka suatu jalan yang betul.
Dalam
sejarah dunia sebelum zaman Buddha, pernahkah kita mendengar tentang guru agama
seperti Buddha yang begitu bersimpati dan sayangkan manusia sejagat yang
menderita? Pada zaman Buddha yang sama, kita tahu tentang kewujudan beberapa
bijaksana di Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle dan lain-lain. Tetapi,
mereka hanya merupakan ahli falsafah, pemikir dan pencari kebenaran; kekurangan
mereka ialah inspirasi kasih sayang terhadap penderitaan manusia yang
berleluasa.
Cara
Buddha menyelamatkan manusia ialah dengan mengajar mereka cara memperoleh
mencapai pencerahan. Beliau tidak mementingkan beberapa peluang untuk
meringankan kesengsaraan mental mahupun fizikal. Beliau lebih prihatin dalam
mengemukakan jalan yang boleh diikuti semua.
Dengan hati
yang saksama, marilah kita membandingkan keunggulan, kesusilaan, jasa dan
khidmat dan kearifan kesemua ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli fikir yang
unggul, saintis, rasionalis, pekerja sosial, pengubah dan guru-guru agama lain
dengan kesusilaan, belas kasihan dan pencerahan Buddha. Dengan ini, kita boleh
memahami kedudukan Buddha di kalangan manusia hebat dan unggul tersebut.
Buddha
merupakan penakluk teragung di dunia ini. AjaranNya kepada manusia sejagat
menyuluh jalan menyeberangi dunia kegelapan, kebencian dan penderitaan ke satu
dunia baru yang terang, penuh kasih sayang dan kebahagiaan.
Gautama Buddha bukan satu tokoh mitos, tetapi merupakan seorang personaliti
sejarah benar yang telah memperkenalkan agama yang dikenali sebagai Buddhisme.
Bukti-bukti kewujudan Guru agama agung ini boleh diterangkan melalui
fakta-fakta berikut:
1.
Testimoni orang-orang yang
mengenali beliau secara peribadi. Testimoni-testimoni ini direkod pada batu
bersurat, tiang dan pagoda yang dibina sebagai tanda penghormatan kepadaNya.
Pada zaman Buddha, testimoni dan monumen memperingati Buddha dibuat oleh
raja-raja serta orang lain sudah cukup untuk membuktikan kisah kehidupan
Buddha.
2.
Penemuan tempat-tempat dan runtuhan
bangunan yang disebut dalam riwayat hidupNya.
3.
Sangha, golongan suci yang diasas
oleh Buddha, masih wujud sehingga kini. Komuniti Sangha mencerminkan fakta
kehidupan Buddha dan ajaranNya, yang telah diwarisi dari generasi ke generasi
di serata dunia.
Mencapai
Nibbana dengan kearahatan bukanlah tindakan yang pentingkan diri sendiri.
Bodhisatta
adalah insan yang bakal mencapai Pencerahan.
Pencapaian
Kebuddhaan merupakan usaha yang paling susah untuk dicapai oleh seseorang di
dunia ini.
Tiga jenis tubuh Buddha terdiri daripada Dharma-kaya (Tubuh Kebenaran),
Sambhoga-kaya (Tubuh duniawi) dan Nirmana-kaya (Tubuh Manifestasi)[tkl8]