Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

RIWAYAT HIDUP BUDDHA

 

Oleh Ven. Piyasilo

 


1. MIMPI PERMAISURI

 

Pada zaman dahulu, terdapat seorang Permaisuri yang cantik bernama MAHA MAYA. Pada suatu hari permaisuri bermimpi.

 

Permaisuri bermimpi baginda telah dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai.

 

Gajah putih itu berjalan mengelilingi permaisuri sebanyak 3 keliling, dan kemudian gajah itu telah masuk ke dalam badan baginda dengan kuasa ajaib. Apabila permaisuri terjaga daripada tidurnya, baginda membuat  keputusan hendak memberitahu  raja tentang mimpinya yang indah itu.

 

LATIHAN 1

Cari jawapan yang betul, dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.


Bahagian A

1.  Permaisuri  Maha Maya mimpikan

2.  Permaisuri mimpikan baginda dibawa oleh dewa

3.  Permaisuri ingin beritahu

Bahagian B

A.  ke sebuah gunung yang tinggi.

B.  gajah putih dengan bunga teratai.

C. Raja mengenai mimpinya.


 

 


2. RAJA SUDDHODANA

 

Apabila permaisuri bangun daripada tidur, baginda pun pergi berjumpa dengan raja. Nama raja ialah RAJA SUDDHODANA. Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya tinggal di  Bandar Kapilavathu.

 

Raja Suddhodana adalah pemerintah kepada semua kaum Sakyas yang tinggal di India pada zaman  dahulu. Setelah mendengar cerita  mimpi Permaisuri Maha Maya, Raja Suddhodana sangat terkejut. Tetapi baginda tidak tahu apa maksud mimpi  itu.

 

Raja Suddhodana bertanya kepada Permaisuri beberapa soalan mengenai mimpi  permaisuri itu, tetapi permaisuri tidak tahu maksud mimpinya itu. Oleh itu, baginda berdua rnembuat keputusan untuk menanyakan hal itu kepada orang-orang bijaksana.

 

LATIHAN 2

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang munasabah

 

1. Raja ________________________ adalah raja kepada kaum______________________.

2.  Raja dan Permaisuri  tinggal di  bandar___________________.

3.  Apabila bangun dari  tidur,  Permaisuri memberitahu kepada___________ mengenai mimpinya.

4.  Baginda berdua membuat keputusan untuk_________________________________________.

 


3. ORANG BIJAKSANA

 

Raja Suddhodana menjemput 64 orang bijaksana ke istana. Baginda mahu menanyakan tentang mimpi Permaisuri Maha Maya.

 

Dayang-dayang menghiasi istana dengan cantiknya, dan menghamparkan tikar-tikar di lantai untuk orang-orang bijaksana itu duduk. Mereka dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat. Raja juga memberi banyak hadiah yang mahal-mahal kepada mereka.

 

Raja bertanya kepada mereka tentang maksud mimpi permaisuri. Mereka meminta supaya Raja jangan bimbang, kerana mereka meramalkan bahawa permaisuri akan melahirkan seorang putera.

 

Mereka juga mengatakan bahawa sekiranya putera raja tinggal di istana, baginda akan menjadi seorang raja yang maha berkuasa dan jika putera raja meninggalkan istana, baginda akan menjadi seorang Buddha.

 

LATIHAN 3

Cari jawapan yang betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.

Bahagian A                                                  Bahagian B

1. Permaisuri Maha Maya                           A.  64 orang bijakpandai.

2.  Raja Suddhodana menjemput                 B.  baginda akan menjadi

                                                                        Buddha

3.  Orang bijakpandai mengatakan              C.  Permaisuri akan melahirkan

seorang putera.

4.  Jika putera raja                                      D.  baginda akan menjadi

     meninggalkan istana   .                                 seorang Yang Maha

Berkuasa.

5.  Jika .putera raja  tinggal di                       E.  bermimpikan seekor gajah

     istana                                                           putih.

 

 

 


4. KELAHIRAN SEORANG PUTERA

 

Sepuluh bulan selepas permaisuri bermimpikan gajah putih, permaisuri meminta izin   daripada  raja  untuk  menziarahlayahbondanya yang tinggal di sebuah bandar lain.

 

Raja mengarahkan rakyatnya supaya membaiki jalan-jalan yang menghubungi bandar  Kapilavathu  dengan bandar Devadaha. Sepanjang  jalan  dihiasi  dengan  bendera  berwarna-warni dan bunga-bunga yang cantik. Permaisuri berangkat dengan diiringi oleh beribu-ribu dayang-dayang dan askar-askar diraja.

 

Dalam perjalanannya, rombongan diraja melalui Taman Lumbini. Permaisuri  memerintahkan rombongan diraja berhenti untuk berehat di Taman Lumbini. Semasa berada di Taman Lumbini, permaisuri memegang pada satu dahan pokok Sala sambil berdiri; kemudian permaisuri melahirkan seorang putera.

 

Peristiwa yang aneh berlaku di Taman Lumbini. Putera raja yang baru dilahirkan itu berjalan sebanyak 7 langkah. Setiap langkah diikuti oleh penjelmaan sekuntum bunga  teratai. Pada langkah  ke  7, putera raja berkata, 'Betalah ketua dalam dunia’.

 

LATIHAN 4.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang munasabah.

 

1.      Taman yang cantik tempat Permaisuri berehat bernama _____________________.

2.      Sepuluh bulan selepas permaisuri bermimpi, baginda meminta izin daripada _________________________________________________________

3.      Putera raja dilahirkan semasa permaisuri sedang berdiri dan memegang _____________ pokok __________.

4.      Setelah dilahirkan, putera raja berjalan ____ langkah dan setiap langkah diikuti oleh penjelmaan __________________________

 

 

 


5. ASITA YANG BIJAKSANA

Raja Suddhodana mempunyai seorang sahabat. Sahabat baginda adalah seorang pertapa yang tua dan bijak. Namanya ASITA. Asita tinggal di kaki Gunung Himalaya.

Pada suatu hari,  Asita mendapat tahu bahawa raja sudah mempunyai seorang putera. Dia mahu melihat putera raja, lalu pergi ke istana pada keesokan harinya. Kedatangan Asita sangat menggembirakan raja.

Raja memakai pakaian yang cantik kepada puteranya dan membawa puteranya itu  menghampiri Asita. Ketika itu, kaki putera  raja  tersentuh dahi  Asita. Asita  terkejut;  kemudian beliau menilik tanda-tanda yang ada pada badan putera raja. Sesudah itu dia menyembah  putera  raja. Raja sangat hairan mengapa Asita berbuat begitu dan baginda juga turut menyembah puteranya.

Kerana Asita seorang yang bijak, beliau dapat menilik masa lampau putera raja itu. Asita  mengatakan bahawa putera raja akan menjadi Buddha pada suatu hari nanti. Ramalan ini membuatkan Asita gembira dan tersenyum. Selepas itu, Asita menilik masa depan anak raja itu pula. Tiba-tiba dia merasa sedih dan menangis kerana mengingatkan usianya yang sudah tua, dan tidak sempat untuk mendengar ajaran Buddha nanti.

 

LATIHAN 5                    .

Cari jawapan yang betui dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.


Bahagian A

1. Asita tinggal di

2.  Asita adalah seorang

3. Asita gembira kerana

4. Asita dukacita kerana

 

Bahagian B

A.     putera raja akan menjadi

seorang Buddha.

B.     dia sudah tua dan tidak

sernpat mendengar ajaran Buddha.

C.     kaki gunung Himalaya.

D.     tua yang bijaksana.

E.      kaki putera raja tersentuh dahinya.



6. LAPAN ORANG BIJAKSANA

Pada hari kelima selepas kelahiran  puteranya, Suddhodana menjemput seramai 108 orang bijaksana ke istana untuk memilih nama yang sesuai bagi putera baginda. Istana dihiasi dengan 5 jenis bunga dan diharumi dengan 4 jenis minyak wangi.  Makanan  yang  sedap-sedap dihidangkan kepada mereka.

Di antara 108 orang bijaksana yang dijemput, lapan orang daripada mereka amat bijak.   Tujuh orang daripada yang amat bijak itu mengatakan ada dua kemungkinan  akan  berlaku  kepada  putera  raja iaitu; pertama, jika putera  itu  meninggalkan  istana,  baginda  akan menjadi seorang guru yang maha agung iaitu auddha.  Kedua, jika putera  terus tinggal di istana, baginda akan menjadi Raja Yang Maha Besar.  Tetapi mereka tidak pasti  kemungkinan  yang  mana satu akan berlaku.

Tetapi seorang lagi daripada yang 8 orang  tadi, KONDANNA mamanya, mengatakan putera raja akan menjadi Buddha; tidak lain daripada  itu.  Kondanna  juga  berkata,  putera  raja   akan meninggalkan  istana setelah melihat 4 perkara iaitu orang tua, orang sakit, orang mati dan Bhikkhu. Pada akhirnya, putera raja diberi nama SIDDHARTHA GAUTAMA, yang membawa makna ‘ Niat terkabul’ 

 

LATIHAN 6.

Tanda  ( \/ )  bagi  kenyataan yang betui dan tanda  ( X )  bagi kenyataan yang salah.

 

1. Raja menjemput 108 orang bijaksana ke istana untuk memilih nama untuk puteranya. ____(       )

2.  7  orang bijaksana mengatakan putera raja pasti akan menjadi Raja Yang MahaBesar.___(       )

3.  Kondanna mengatakan putera raja pasti akan menjadi Buddha pada suatu hari nanti.____(       )

4. Putera raja akan meninggalkan istana apabila melihat 4 perkara.____________________(       )

5. 108 orang bijaksana meramalkan masa depan putera raja.________________________(       )

 

 

 


7. PUTERA YANG BAIK HATI

Pada hari ketujuh selepas keputeraan Siddhartha Gautama, bondanya mangkat. Siddhartha    dipelihara oleh  bonda saudaranya yang bernama  Permaisuri  PRAJAPATI  GOTAMI. Permaisuri  Prajapati Gotami menjaga dan membesarkan Siddhartha seperti anaknya  sendiri. Pada  masa  itu  juga Permaisuri seperti anakriya sendiri. Pada masa itu juga Prajapati Gotami melahirkan seorang putera bernama NANDA.

Putera Siddhartha seorang yang baik hati, baginda sangat menyanyangi semua jenis binatang dan berbaik-baik dengan semua orang.  Putera  Siddhartha  adalah  seorang  yang  tampan   dan sentiasa senyum.

Putera Siddhartha berasa belas kasihan..melihat petani-petani  membajak tanah dengan Kerbau di tengah panas. Putera ini juga melihat bagaimana seekor cicak memakan semut, dan bagaimana cicak  dimakan  oleh  ular,  dan  bagaimana  pula ular  dimakan oleh burung. Putera juga melihat bagaimana burung besar mengejar burung kecil dan  burung-burung mengejar kupu-kupu.  Putera Siddhartha berasa sangat sedih apabila melihat binatang-binatang berbunuhan sesama sendiri.

Pada suatu hari, putera Siddhartha. melihat seorang  petani memajak sawah dan tergali  keluar katak dan ular. Petani itu mengumpulkan katak tersebut untuk dijadikan makanan, tetapi ular  dibunuh  dan  dibuang.  Putera  itu  merasa sedih melihat manusia membunuh binatang seperti itu.  Oleh  itu  putera  raja mula  berfikir,  mengapa  binatang berbunuhan  sesama sendiri dan mengapa semua yang hidup mesti mati?

 

LATIHAN 7

Jawab soalan-soalan berikut:

 

1.  Bilakah bonda Siddhartha mangkat?

     ___________________________________________________________________________

2.  Siapakah yang menjaga Putera Siddhartha?

     ___________________________________________________________________________

3.  Siapakah ananda?

     ___________________________________________________________________________

4.  Mengapa Putera Siddhartha berasa sedih?

     ___________________________________________________________________________

5. Apakah yang difikirkan oleh Putera Siddhartha?

     ___________________________________________________________________________

 

 

 


8. ANGSA YANG CANTIK

Putera Siddhartha seorang yang pengasih kepada semua binatang. Beliau akan merasa sedih jika melihat ada binatang dianiaya. Pada suatu hari, putera itu duduk di bawah sepohon pokok  memerhatikan  seekor  angsa sedang  terbang  dengan  riangnya. Dia merasa senang hati.

Tiba tiba angsa yang cantik itu jatuh dari udara kepak kakinya. Putera itu terlihat sebilah  anak panah terpacak pada sayap angsa  itu. Angsa  itu  luka di sayapnya. Putera Siddhartha  juga   mengetahui anak panah itu kepunyaan sepupunya, DEVADATTA, yang kejam itu. Putera siddhartha mengarnbil angsa itu dan mengeluarkan anak  panah pada sayapnya  dengan  perlahan-lahan dan mengubati luka angsa tersebut. Angsa itu tidak mati.

Selepas itu Devadattapun sampai dan menuntut angsa itu daripada Siddhartha, tetapi putera Siddhartha enggan memberikan angsa itu kepada Devadatta.

" Awak mesti berikan angsa itu kepada  saya, kerana saya yang memanahnya", kata Devadatta kepada Siddhartha.

" Awak  sangat  kejam,  Devadatta. Saya tidak akan berikan angsa ini kepada awak, kerana awak akan membunuhnya. Saya yang menyelamatkan nyawa angsa ini. Adalah mudah untuk membunuh binatang tetapi tidak mudah untuk menyelamatkan nyawa binatang. Angsa ini masih hidup, dengan itu dia  adalah  kepunyaan  saya, bukan kepunyaan awak." kata Putera Siddhartha.

 

LATIHAN .8

1.  Cari  jawapan yang betui dengan memadankan bahagian A dengan Bahagian B.

 


BAHAGIAN A                        

1.      Devadatta adalah

2.      Putera Siddhartha adalah

3.      Bonda Siddhartha adalah

4.      Selepas kemangkatan bondanya, Putera Siddhartha dipelihara

 

BAHAGIAN B

A.     Putera kepada Raja Suhhhodana.

B.     oleh bonda saudaranya.

C.     sepupu Putera Siddhartha.

D.     Permaisuri Maha Maya.


 

II. Susun peristiwa berikut mengikut urutan dahulu kemudiannya

(     )  A.108 orang bijaksana datang ke Istana untuk memilih nama kepada putera raja.

(     )  B. Asita Bijaksana datang melawat Raja Suddhodana.

(     )  C. Raja Suddhodana menjemput 64 orang bijaksana datang ke istana.

(     )  D. Permaisuri Maha Maya bermimpi tentang seekor gajah putih.

(     )  E. Putera raja. dilahirkan di Taman Lumbini.

 

 

 


9. SAMADHI KALI PERTAMA

Putera Siddhartha seorang kanak-kanak yang bertimbang rasa. Beliau suka duduk di bawah pokok yang indah di taman di dalam kawasan istana, melihat burung-burung dan binatang-binatang. Baginda menyayangi kesernuanya. Putera Siddhartha akan merasa sedih jika melihat sesiapa saja yang menganiaya binatang atau melihat binatang dalam kesakitan.

Pada suatu hari, satu perayaan membajak diadakan. Raja dan rakyatnya bersama-sama membajak tanah pada hari perayaan itu. Mereka menanam untuk mendapatkan makanan.

Semasa seorang petani, membajak tanah, dia tergali keluar katak-katak dan ular daripada  tanah itu. Ada orang mengambil katak-katak itu untuk dijadikan makanan tetapi ular dibunuh dan dibuang. Perbuatan itu dilihat oleh putera raja, beliau sangat sedih lalu pergi ke  pokok  epal  dan  duduk di situ. Putera Sidahartha duduk bersila dengan kedua-dua tangan diletakkan ke hadapan. Baginda menutup mata dan mengamati atau memerhatikan pernafasan sendiri. Putera raja bersamadhi.

Pada waktu tengahari, matahari beralih dan bayang-bayang pokok juga berpindah ke arah lain. Tetapi bayang pokok yang meneduh putera raja tidak berubah walaupun matahari sudah berpindah. Ini merupakan satu perkara yang aneh. Semua orang merasa terkejut melihat kejadian itu. Raja Suddhodana mengadap dan menyembah Putera Siddhartha buat kali kedua. Kali pertama Raja menyembah Putera Siddhartha ialah semasa  Asita  Bijaksana melawat baginda di istana.

 

LATIHAN 9.

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Apakah yang menjadi  kesukaan Putera Siddhartha?

________________________________________________________________

2.      Adakah Putera Siddhartha menyayangi binatang?

________________________________________________________________

3.      Apakah yang menyedihkan Putera Siddhartha?

________________________________________________________________

4.      Peristiwa apakah yang dikatakan aneh itu?

________________________________________________________________

 

 

 


10. PELAJAR YANG PANDAI

Putera Siddhartha juga pergi belajar di sekolah. Pada masa dahulu, sekolah tidak seperti sekolah yang ada pada hari ini; tidak ada kerusi dan meja manakala bangunannya juga tidak cantik. Murid-murid hanya duduk di  atas  lantai  atau  duduk di  atas bangku semasa belajar.

Putera Siddhartha mempunyai seorang guru yang bijak bernama VISAVA MITRA. Visava Mitraialah seorang guru yang baik hati dan mengetahui banyak ilmu. Putera Siddhartha pula seorang pelajar yang pandai. Beliau dapat mengenali semua huruf dan dapat mengeja semua  perkataan. Oleh kerana kepandaiannya, Visava Mitra sangat sukakannya dan bangga dengan kepandaian Siddhartha.

Banyak yang dipelajari Siddhartha. Siddliartha juga pandai berserta kuda dan gajah. Putera itu juga belajar gusti, cara-cara mamanah, cara menggunakan lembing dan lain-lain senjata. Walaupun Siddhartha pandai dalam semua permainan lasak dan kasar, termasuk bermain senjata, tetapi dia tidak suka bermain permainan tersebut. Beliau berpendapat bahawa bemain senjata dan  permainan yang kasar akan mencederakan orang lain. Putera Siddhartha baik hati dan berlemah-lembut kepada semua orang.

 

LATIHAN 10

Jawab soalan-soalan berikut:

1.      Siapa nama guru Siddhartha yang bijak itu?

_________________________________________________________________________

2.      Apa yang dipelajari oleh Siddhartha?

_________________________________________________________________________

3.      Apakah pendapat Siddhartha tentang permainan kasar?

_________________________________________________________________________

4.      Adakah putera Siddhartha bersifat sombong?

_________________________________________________________________________

 

 

 


11. PUTERA RAJA YANG SEGAK

Putera Siddhartha sudah besar dan gagah perkasa, serta sangat pandai dalam pelajaran dan cergas dalam bidang sukan. Semasa urnur putera Siddhartha 16 tahun. Raja Suddhodana mengambil keputusan untuk mengahwinkan putera baginda. Tetapi Putera Siddhartha ingin  berkahwin  dengan  sepupunya,  Puteri YASODHARA.

Putera Siddhartha sentiasa tinggal dalam istana sahaja. Orang ramai menganggap Putera   Siddhartha tidak sesuai dikahwinkan dengan Puteri Yasodhara, kerana beliau hanya menghiburkan diri sendiri saja di istana; tidak pandai bermain senjata dan tidak pandai berperang. Mereka rnenyangka putera Siddhartha tidak pandai memanah, tidak pandai menunggang kuda atau bermain permainan yang kasar. Mereka fikir putera raja itu lemah. Walaupun  begitu, putera Siddhartha tidak merasa kecil hati apabila mengetahui tanggapan orang ramai terhadap dirinya, kerana dia seorang yang baik hati. 

Pada masa itu terdapat ramai pemuda lain yang ingin mengahwini Puteri Yasodhara yang jelita itu. Mereka pun bertemu dan mengadu kekuatan; dan sesiapa yang menang nanti kan dapat berkahwin dengan Puteri yang jelita itu. Putera  Siddhartha dapat memanah dengan jauh dan tidak ada orang yang dapat mengalahkannya. Putera  Siddhartha juga menang dalam acara tinju, gusti  dan lain-lain permainan lagi. Putera Siddhartha menjadi johan dan hadiahnya ialah Puteri Yasodhara.

 

LATIHAN 11

Isi tempat kosonq dengan jawapan yang munasabah.

1.       Raja Suddhodana berpasangan dengan Permaisuri Maha Maya, Putera Siddhartha pula berpasangan dengan _________________ .

2.       Puteri Yasodhara seorang yang jelita, dan Putera Siddhartha pula____________________.

3.       Oranq rarnai mengang-gap Putera Siddhartha seorang yang ________________________.

4.       Pemuda-pemuda mengadu kekuatan supaya boleh _______________________________.

5.       Orang yang menjadi  johan dalam pertandingan itu ialah ___________________________.

 

 

 


12. PERKAHWINAN

Putera Siddhartha sangat cintakan Puteri  Yasodhara;  begitulah juga Puteri Yasodhara   mencintai Putera Siddhartha. Puteri Yasodhara merasa sungguh gembira kerana putera Siddhartha   menjadi juara dalam perlawanan itu. Raja Suddhodana mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka berdua.

Setiap orang bersiap sedia untuk menghadiri perkahwinan itu. Perkahwinan diraja sungguh meriah dan diadakan secara besar-besaran. Setiap orang memakai pakaian yang cantik-cantik dan berwarna-warni. Istana pula dihiasi dengan berbagai-bagai perhiasan. Terdapat banyak makanan yang sedap dan berzat dihidangkan. Muzik yang menarik dimainkan. Setiap orang sangat suka hati dan ada yang menangis kerana terlalu gembira.

Majlis perkahwinan bermula dengan  Putera  Siddhartha  dan Puteri  Yasodhara  memegang  tangan. Air dicucuri di tangan mereka. Mereka berjalan mengelilingi api sebanyak 3 keliling. Selepas  perkahwinan   itu,   kedua-duanya   menjalani   hidup berumahtangga dengan bahagianya.

 

LATIHAN 12

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang munasabah.

1.      Orang yang mengambil keputusan untuk mengahwinkan Siddhartha

dengan Yasodhara ialah ___________________________________________.

2.      Ada orang yang menangis kerana terlalu __________________.

3.      Majlis perkahwinan dimulakan dengan Putera Siddhartha dan Puteri Yasodhara _______________________________________________.

4.      Mereka berjalan mengelilingi _________ sebanyak 3 kali.

 

B. Susun peristiwa-peristiwa berikut mengikut: urutan dahulu kemudiannya.        

 

(    ) A. Putera Siddhartha menjadi juara dalam pertandingan

(    ) B. Putera raja duduk di bawah pokok epal bersamadhi.

(    ) C. Putera Siddhartha mengahwini Puteri Yasodhara.

(    ) D. Asita Bijaksana melawat istana untuk melihat putera.

 

 

 


13. TIGA BUAH ISTANA

Putera Siddhartha dan Puteri Yasodhara hidup bahagia mereka berkahwin. Mereka  memiliki apa saja yang mereka inginkan. Raja Suddhodana membina 3buah istana bagi puteranya. Sebuah istana untuk digunakan pada musim panas; sebuah lagi digunakan pada musim sejuk dan istana yang ketiga untuk musim hujan.

Di dalam istana itu dibIna 3 buah kolam yang ditanam dengan bunga teratai. Sebuah kolam ditanam dengan bunga teratai warna biru, kolam kedua ditanam dengan bunga teratai berwarna .putih  dan  yang  ketiga  ditanam  dengan  bunga  teratai  berwarna .

Putera Siddhartha memakai baju yang diperbuat daripada kain-kain yang mahal dan memakai minyak wangi  yang. baik-baik. Malam dan siang Putera Siddhartha dipayungkan untuk mengelakkan  daripada terkena pancaran matahari, debu, embun dan sebagainya.

Pada musim hujan, Putera Siddhartha tinggal di istana yang dibina khas untuk musim  hujan. Di istana terdapat banyak dayang-dayang menjaga dan melayaninya. Mereka menghiburkan putera raja dengan muzik, tarian dan nyanyian. Setiap orang diberi makan makanan yang sedap dan berzat.  Putera raja hidup dengan gembira dan bahagia kerana baginda tidak sedar yang setiap orang akan menjadi tua, jatuh sakit dan mati.

 

LATIHAN13

Jawab soalan-soalan berikut:

1.      Berapa buah istana yang telah dibina oleh Raja Suddhodana?

__________________________________________________________________________

2.      Mengapakah istana-istana itu dibina?

__________________________________________________________________________

3.      Pada musim hujan, bagaimana putera raja menghiburkan dirinya?

__________________________________________________________________________

4.      Mengapakah raja diberikan segala benda-benda yang baik dan layanan yang sempurna kepada puteranya?

__________________________________________________________________________

5.      Mengapakah putera raja sangat suka hati dan hidup bahagia?

__________________________________________________________________________

 

 

 


14. ISTANA PUTERA RAJA

Raja Suddhodana telah diberitahu oleh Kondanna dan Asita. bahawa jika putera baginda  meninggalkan istana, beliau akan menjadi BUDDHA. Rajapun melakukan apa sahaja untuk mengelakkan puteranya daripada keluar dari  istana. Raja mahukan  putera Siddhartha menjadi raja sepertinya.

Lapan orang bijaksana yang dijemput ke istana semasa majlis penamaan diadakan   dahulu, telah mengatakan, jika puteranya tinggal di istana, beliau akan menjadi Raja Yang Agung, jika puteranya meninggalkan istana, dia akan menjadi Buddha. Dan seorang daripada mereka mengatakan, putera raja pasti akan meninggalkan istana setelah melihat 4 perkara.

Raja Suddhodana membina 3 buah istana untuk Putera penyanyi dan gadis-gadis cantik ke istana agar puteranya melupakan perkara-perkara lain selain daripada hidup mewah dan gembira di istana. Orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu tidak dibenarkan masuk ke istana atau dibawa masuk ke istana supaya putera raja tidak melihat mereka. Putera raja hidup bahagia di dalam istana dengan tidak menyedari akan tiga perkara tersebut iaitu, orang tua, orang sakit dan orang mati. Putera raja tidak sedar yang setiap orang  akan  menjadi  tua, jatuh  sakit  dan  mati  pada suatu hari nanti. Raja Suddhodana cuba sedaya yang boleh untuk tidak menampakkan 4 perkara tadi kepada-puteranya supaya puteranya terus tinggal di istana dan menjadi Raja Yang Maha Agung.     

 

LATIHAN 14

A.Nyatakan sama ada SALAH atau BETUL kenyataan di bawah ini.

1.      Lapan orang bijaksana memberitahu Raja, bahawa putera raja akan menjadi Buddha.           ----------(               )

2.      Raja mencuba sedaya upaya yang boleh supaya tidak menampakkan 5 perkara kepada puteranya.---------(               )

3.      Perkara-perkara yang boleh dielakkan daripada dilihat oleh puteranya ialah usia tua, kesakitan dan kematian.--------(                )

4.      Putera Siddharta akan meninggalkan istana jika baginda melihat orang tua, orang sakit,dan orang mati.----------(                )

 

B. Garis di bawah jawapan yang betul.

1.      Raja Suddhodana mahukan puteranya menjadi ( Raja Yang Maha Besar, Buddha, askar yang terkenal ).

2.      Usia tua, penyakit dan kematian adalah ( baik, suci, penderitaan ).

3.      Raja Suddhodana menjemput ahli-ahli muzik, penyanyi, penari dan gadis-gadis cantik untuk mengelakkan Putera Siddhartha lupa berkenaan ( Buddha, perkara buruk, 3 penderitaan ).

4.      Jika Putera Siddhartha tingglkan istana, baginda akan menjadi ( Buddha, Raja Yang Maha Besar, Bhikkhu ).

 

 

 


15. PUTERA KE TAMAN

            Pada suatu hari, Putera Siddhartha mengambil keputusan untuk melawat Bandar Kapilavathu. Baginda menyuruh pemandunya menyiapkan kereta kudanya. Pemandu Putera Siddahartha bernama CHANNA. Channa menyiapkan sebuah kereta kuda yang dihias dengan cantiknya. Kereta kuda itu ditarik oleh 4 ekor kuda. Kuda-kuda itu berwarna putih seperti kelopak bunga teratai putih.

Raja Suddhodana pula memastikan agar puteranya tidak ternampak orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu semasa ke taman. Untuk tujuan itu., raja hanya membenarkan orang-orang muda,  orang sihat dan kuat sahaja melihat  putera  raja yang menaiki kereta kuda.

Setiap orang merasa suka hati dan ghairah melihat putera raja yang muda dan kacak itu. Di sepanjang perjalanan, askar-askar raja mengelakkan orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu  daripada dilihat oleh putera raja. Putera raja sangat gembira melihat orang rarnai melambai- lambaikan tangan ke arahnya dan menjerit-jerit namanya. Baginda membalasnya dengan senyuman. Putera raja tidak sedar yang mereka itu akan  menjadi tua, jatuh sakit dan mati pada suatu hari nanti.

 

LATIHAN 15

Isi tempat kosong dengan jawapan yang munasabah.

1.      Pemandu Putera Raja bernama_______________.

2.      Orang tua yang bijaksana yang pada mulanya senyum, dan kemudiannya menangis setelah melihat Putera Raja, bernama _______________.

3.      Seorang daripada 8 oarang yang meramalkan Putera Raja akan menjadi seorang Buddha pada suatu hari nanti ialah _____________________.

 

 

 


16. ORANG TUA

Pada suatu hari, semasa Putera Siddhartha dalam perjalanan ke Taman, baginda terlihat sebuah pondok buruk, di mana seorang tua sedang berjalan keluar.  Orang tua itu berumur kira-kira  80 tahun atau lebih. Dia kelihatan lemah dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Dia berjalan    terhuyung- hayang di tepi jalan.

Putera Siddhartha mendapati orang itu mempunyai rambut yanq sedikit dan hampir botak.  Dia berambut putih; matanya kabur seperti buta; kulitnya berkedut seperti kulit kayu; giginya tidak ada lagi dan badannya kurus seperti lidi.

Setelah melihat keadaan orang tua itu, putera raja menanyakan Channa, pemandunya,  "Siapa  orang  ini?  Apa yang berlaku ke atas rambutnya, kulitnya, tulang dan giginya?"

"Orang itu ialah orang tua. Dia sudah hidup lama. Semasa muda, dia seperti kita." jawab Channa.

"Adakah setiap orang akan menjadi tua seperti dia? Tidakkah ada cara untuk mengelakkannya daripada berlaku?" tanya putera raja lagi.

“Tuanku, semua orang akan menjadi tua apabila sudah lama hidup. Tidak ada orang yang boleh mengelak daripada menjadi tua.” Jawab Channa. Setelah mendenganr kata-kata Channa itu, Putera Raja merasa sangat dukacita dan mengajak Chnna pulang ke istana dan tidak terus ke taman.

 

LATIHAN 16

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Apa yang dilihat oleh Putera Raja dalam perjalanan ke taman?

__________________________________________________________________________

2.      Adakah Putera Raja pernah melihat orang tua sebelum ini?

__________________________________________________________________________

3.      Apa yang dikatakan oleh Channa?

__________________________________________________________________________

4.      Adakah Putera Raja meneruskan perjalanannya ke taman?

__________________________________________________________________________


17. ORANG SAKIT

Putera Siddhartha perqi ke Taman pada kali kedua; kali ini baginda melalui bandar   Kapilavathu juga, tetapi keadaan bandar tidak seperti dahulu lagi. Orang-orang di Bandar itu sibuk  menjalankan kerja masing- masing.

Di tepi jalan, putera Siddhartha ternampak seorang lelaki yang sedang sakit. Dia sangat  lemah dan dalam kesakitan. Badannya sangat kotor dan berbau kerana dia muntah-muntah. Ada  beberapa  orang  cuba mengusungnya,  dan  beberapa  orang  pula cuba meletakkannya di atas katil.

Putera raja bertanya kepada Channa, "Mengapa dengan orang ltd? Mengapa suaranya tidak seperti kita?"

"Orang itu sakit dan lemah." jawab Channa. Putera raja bertanya lagi, "Mengapa dia sakit?   Adakah cara untuk mengelakkannya? Adakah setiap orang akan sakit? Adakah beta akan jatuh sakit juga?"

"Tuanku, setiap orang boleh jatuh sakit, termasuk tuanku. la tidak boleh dielakkan. Sakit boleh menyebabkan seseorang itu mati."  kata  Channa.

Setelah mendengar penerangan itu, Putera Siddhartha mengajak Channa pulang sahaja ke  istana tanpa meneruskan perjalanan ke Taman. Putera raja pulang dengan hati yang sedih dan muram.

 

LATIHAN 17

Cari jawapan yang betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B


Bahagian A

1.      orang yang sakit itu kotor kerana

2.      Putera Siddhartha dukacita kerana

3.      orang yang sakit menderita

4.      sebelum ini, Putera Raja telah melihat

5.      Putera Siddhartha mendapat tahu

6.      Putera Siddhartha terkejut setelah melihat

 

 

Bahagian B

A. Channa mengatakan setiap orang akan jatuh sakit

B. dia muntah

C. dan dia mungkin mati

D. orang tua dan orang sakit

E. setiap orang akan sakit

F. seorang tua

 


 


18. ORANG MATI

Pada kali ketiga lawatan putera raja ke taman di Kapilavathu bersama Channa, baginda ternampak beberapa orang sedang mengusung seseorang yang terbaring dan beberapa orang lagi mengikutinya sambil menangis. Tidak jauh dari tempat itu baginda ternampak beberapa orang sedang menimbunkan kayu. Sesudah itu, mereka meletakkan usungan itu di atas timbunan kayu-kayu tadi. Salah seorang daripada mereka menyalakan api.

"Channa, siapakah orang itu? Mrngapakah dia membiarkan orang lain membakarnya?" tanya putera raja.

"Dia sudah mati tidak tahu apa-apa lagi." jawab Channa.

"Mati? Ini dikatakan mati? Adakah setiap orang akan mati.Bolehkah kita mengelak supaya tidak mati? Adakah beta juga akan mati?" tanya putera raja lagi.

"Ya, Tuanku! Setiap orang akan mati. Tidak boleh dielakkan. Tuankupun akan mangkat pada suatu hari nanti." Kata Channa.

Setelah mendengar kata-kata  Channa,  putera  raja  sangat terkejut  dan  tidak  terkata  apa-apa  lagi. Putera Siddhartha menganggapkan kematian adalah satu kejadian yang menakutkan dan mengapa tidak ada orang yang boleh mengelak daripada mati. Putera raja sangat susah hati dan terus pulang ke istana.

 

LATIHAN 18

Gariskan jawapan yang betul.

1.      Mereka menangis kerana ada orang ( dilahirkan, mati, kahwin ).

2.      Mereka menimbunkan kayu untuk ( bakar, tanam, tutup ) mayat.

3.      Dalam cerita tadi, putera raja mendapati setiap orang akan ( tua, jatuh sakit, mati ).

4.      Putera Siddhartha menjadi dukacita apabila diberitahu bahawa ( semua orang , sesetengah orang, beberapa orang ) akan mati.

 

 

 


19. SAMI ( BHIKKHU )

Setelah terlihat orang tua,orang sakit dan orang mati, kini Putera Siddhartha terlihat pula seorang bhikkhu semasa kali keempat baginda ke bandar. Orang yang dilihat kali ini ialah seorang   yang memakal jubah berwarna oren, tidak berambut dan dalam keadaan yang tenang dan gembira.    Orang  ini  tidak kelihatan tua dan sakit.

Putera raja melihatnya dengan penuh kehairanan lalu bertanya kepada Channa."Siapakah dia? Di  mana  dia  tinggal?  Apa kerjanya? Mengapa dia tidak bsrambut

“Tuanku, dia adalah seorang bhikkhu, iaitu orang yang telah meninggalkan keluarganya untuk menjalani hidup sebagai orang alim. Dia tingqal di kuil. Dia pergi dari rumah ke rumah   untuk mendapatkan. makanan. Dia sentiasa menasihatkan orang lain untuk berbuat baik dan menunjukkan cara-cara untuk hidup bahagia." jawab Channa.

"Seorang bhikkhu sentiasa tenteram. Dia sentiasa melakukan perkara yang baik. Dia tidak menyakiti orang lain serta baik hati kepada semua mahkluk." jawab Channa lagi.

Setelah mendengar kata-kata Channa, putera raja merasa sangat sukahati. Orang yang  dilihat kali ini tidak seperti sebelumnya. Baginda ingin menjadi seperti orang ini, kerana hidupnya   gembira dan aman, tidak seperti 3 orang yang dilihatnya terdahulu itu. Putera Siddhartha ingin  menjadi bhikkhu. Baginda pulang dengan hati yang gembira.

 

LATIHAn 19

Cari jawapan yang betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahgian B.


Bahagian A

1.      Seseorang bhikkhu ialah

2.      Setelah Channa memberitahu Putera Siddhartha mengenai bhikkhu

3.      Putera Siddhartha sedih

4.      Semua yang mempunyai nyawa

5.      Bhikkhu sentiasa menasihati

 

Bahagian B

a. apabila baginda melihat orang tua, orang sakit dan orang mati.

b. Seseorang yang tenteram hidupnya.

c. Beliau sungguh sukahati.

d. Orang supaya berbuat baik.

e. Dipanggil mahkluk.


 

 

20. RAHULA

Selepas Putera Siddhartha melihat seorang bhikkhu; dia pun pulang ke istana. Di istana,  putera Siddhartha mandi dalam sebuah kolam yang besar lagi cantik, beliau dibantu oleh pelayan-pelayan istana. Ada yang membawa baju yang cantik dan berwarna-warni; ada yang membawa barang-barang perhiasan diri, ada yang membawa  bunga-bunga yang cantik, minyak wangi yang baik dan sebagainya untuk dipakaikan kepada putera raja itu.

Sesudah siap, Putera Siddhartha kelihatan sungguh kacak dan segak. Beliau bersiap untuk  ke bandar lagi. Pemandunya sudah bersedia dengan kereta kuda. Semasa putera raja pergi mendapatkan pemandunya, datang seorang pelayan membawa berita bahawa isterinya, Puteri  Yasodhara  sudah melahirkan seorang anak lelaki.

Ramai yang berfikir tentu sekali Siddhartha akan merasa bangga dan gembira kerana dia  dikurniakan seorang putera. Tetapi, setelah berita kelahiran anak lelaki didengar, dengan tidak sengaja Siddhartha mengatakan "Rahula sudah tiba." Yang bermaksud "Halangan sudan tiba". Siddhartha mengatakan demikian kerana dia mengetahui niatnya hendak menjadi seorang bhikkhu akan menghadapi halangan kerana dia sudah ada anak dan dia bertanggungjawab menjaga anaknya.

Kemudian anak Siddhartha diberi nama RAHULA kerana Siddhartha sendiri yang mengatakan ."Rahula sudah lahir".

 

LATIHAN 20

Tandakan (   V   ) untuk jawapan yang betul dan (   X   ) untuk jawapan yang salah.

1.      Rahula adalah cucu Raja Suddhodana.------------------------(      )

2.      Putera Siddhartha tidak gembira apabila Rahula dilahirkan.------------(      )

3.      Adalah sukar bagi Putera Siddhartha untuk keluar dari istana kerana adanya Rahula.---(      )

4.      Selepas mandi, Putera Siddhartha berhias diri dengan minyak wangi dan pakaian yang cantik-cantik.-------(      )

 

 

 


21. PUTERA YANG SEDIH

Selepas melihat 4 perkara, iaitu orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu, putera raja sangat susah hati. Dia duduk dan berfikir tentang perkara yang sudah dilihatnya itu. Dia memikirkan   mengenai  orang  tua, orang   sakit,  orang  mati  dan bhikkhu.

Putera raja terkejut setelah melihat orang tua, orang sakit, orang mati dan bhikkhu kerana dia  tidak  pernah  melihat  orang-orang  seperti  itu di dalam kawasan istana.                         .

Pada suatu hari, semasa putera raja bersiar-siar di bandar, dia terdengar  kata-kata  seorang .gadis  kepadanya;

"Bahagianya ayah,

Bahagianya ibu,

Bahagianya isteri,

Mempunyai orang seperti Tuan"

 

Setelah Siddhartha mendengar perkataan 'BAHAGIA', dia mula berfikir "Bagaimanakah seseorang itu boleh bahagia sekiranya dia akan menjadi  tua, akan jatuh sakit dan akan mati? Kita hanya akan jadi bahagia jika kita tidak akan menjadi tua, tidak sakit dan tidak mati."

Tiba-tiba putera raja teringat kepada perkara yang keempat dilihatnya iaitu seorang. bhikkhu. Bhikkhu yang dilihatnya sangat bahagia dan tenang, tidak susah hati. Bhikkhu itu kelihatan seperti tidak tua dan tidak sakit. Seolah-olah dia mempunyai masa yang lebih lama lagi untuk hidup.

Putera raja pun berkata, "Kalau begitu,  saya  mesti  jadi seorang bhikkhu."

 

LATIHAN 21

I.Susun mengikut urutan peristiwa dahulu kemudiannya, apa yang dilihat oleh Siddhartha.


a.       orang mati

b.      orang sakit

c.       orang tua

d.      bhikkhu

1.      ___________________

2.      ___________________

3.      ___________________

4.      ___________________


II. Cari jawapan yang betul dengan memadankan bahgian A dengan Bahagian B


Bahagian A

1.      Putera Siddhartha

2.      Bhikkhu

3.      Raja Suddhodana

4.      Permaisuri Maha Maya

5.      Emak saudara Putera raja

 

Bahagian B

a.       permaisuri Raja Suddhodana.

b.      Melihat 4 perkara.

c.       Tidak mahu Putera Siddhartha menjadi Buddha.

d.      Hidup bahgia dan tenang.


III. Apakah perkataan berlawan bagi perkataan di bawah ini?

Contoh:            tua                    lawan               muda

           

                        A. mati             lawan               ___________

                        B. sakit lawan               ___________

                        C. Bandar        lawan               ___________

                        D. bahagia        lawan               ___________


22. GADIS-GADIS YANG TIDUR

Selepas bersiar-siar di bandar Kapilavathu, Siddharthapun pulang ke istana dengan hati yang sedih. Raja Suddhodana tahu bahawa puteranya susah hati. Raja takut puteranya akan meninggalkan istana seperti yang diramalkan oleh bijakpandai-bijakpandai yang dijemputnya dahulu.

Raja dengan segeranya memanggil pemuzik, penari dan penyanyi ke istana untuk menghiburkan puteranya. Tetapi putera raja sangat susah hati; dia tidak merssa gsmbira dengan apa yang dilakukan oleh pemuzik, penari-penari dan penyanyi-penyanyi yang cantik-cantik itu. Beliau tertidur.

Setelah gadis-gadis penari, penyanyi dan pemuzik melihat putera raja sudah tidur,  merekapun berhenti  menari, menyanyi dan berhenti  bermain muzik. Mereka  juga  ikut  tidur di situ. Tetapi putera raja  tidur tidur lama, beliau bangun pada waktu tengah malam.

Apabila putera raja bangun dari tidur, beliau melihat gadis-gadis yang cantik tadi tidur di  atas lantai. Keadaan mereka tidur sangat memalukan kerana ada yang tidur dengan mulut ternganga, air liur meleleh keluar, ada yang mengigau, ada yang mulutnya bergerak-gerak dan pakaian mereka terbuka. Apa yang dilihat oleh putera raja itu sangat memalukan beliau. Mereka tidur dengan nyenyaknya.  Mereka kelihatan seperti orang mati di tanah perkuburan.

 

LATIHAN 22

Isi tempat kosong dengan jawapan yang munasabah.

1.      Putera Siddhartha bersiar-siar di________________________________.

2.      Gadis-gadis dating ke istana untuk _________________________ putera raja.

3.      Gadis-gadis cantik tidur seperti ______________________________________________ .

4.      Putera raja tertidur kerana __________________________________________________ .

 

 

 


23. MENINGGALKAN ISTANA

Pada masa usianya 29 tahun, Putera Siddhartha meninggalkan istana dan menjadi  seorang bhikkhu. Walanpun beliau seorang putera raja yang kaya dan hidup mewah di istana, dia tetap mengambil keputusan untuk menjadi seorang bhikkhu. Dia masih muda, kacak gagah perkasa dan bakal mewarisi takhta kerajaan, tetapi dia sanagup meniggalkan istana untuk mencari jalan bagaimana hendak mengatasi usia tua, sakit dan kematian.

Pada suatu malam, putera raja keluar dpri biliknya dan pergi mencari pemandunya.. Channa. Channa didapati tidur dekat pintu. Putera Siddhartha menyuruh Channa pergi menyiapkan kuda putih kesayangannya, KANTHAKA. Channa merasa hairan mengapa putera Siddhartha mahukan kudanya pada tengah malam buta ini.

Sementara menunggu Channa mendapatkan kudanya, Putera Siddhartha pergi ke kamar  Puteri Yasodhara untuk melihat puteranya, Rahula. Apabila sampai ke kamar Puteri Yasodhara,  baginda melihat isterinya sedang tidur nyenyak. Puteranya tidur di sisi isterinya. Muka anaknya terlindung di sebalik tangan isterinya. Siddhartha tidak dapat melihat muka anaknya, tetapi dia sangat ingin melihat muka Rahula, anaknya. Dia berfikir, "Kalau saya mengalihkan tangan isteri  saya, dia akan terjaga daripada tidurnya. Dia akan menangis dan tidak membenarkan saya meninggalkan istana. Tidak mengapalah, saya akan balik ke mari suatu hari nanti untuk melihat mereka berdua".  Beliaupun keluar dari kamar itu untuk mendapatkan Channa dan Kanthaka.

 

LATIHAN 23

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Kenapakah Siddhartha ingin menjadi bhikkhu?

__________________________________________________________________________

2.      Mengapakah Siddhartha pergi ke kamar isterinya?

__________________________________________________________________________

3.      Mengapakah Siddhartha tidak mengalihkan tangan isterinya untuk melihat anaknya?

__________________________________________________________________________

4.      Siapa nama anak Siddhartha ?

____________________________________

5.      Siapa nama pemandu Siddhartha?

____________________________________

 

 

 


24. KUDA PUTIH

Kanthaka adalah seekor kuda yang besar dan gagah. La mempunyai bulu berwarna putih, seputih kulit kerang. la adalah seekor kuda yang pantas. Sekali ia merengek dan menghentak kakinya; bunyinya sangat kuat sehinggakan ramai orang dapat mendengarnya. Tetapi pada malam putera Siddhartha keluar dari istana, seluruh penghuni bandar Kapilavathu tidak mendengar bunyi bising kuda itu, kerana Dewa Kayangan menjadikan mereka tidur nyenyak.

Pada malam itu, putera Siddhartha menunggang kuda putih keluar melalui pintu pagar istana ke arah bandar Kapilavathu. Channa duduk di belakang Putera Siddhartha. Tiba-tiba, datanglah MARA iaitu syaitan menghasut putera Siddhartha supaya jangan pergi kerana seminggu lagi dia akan ditabalkan menjadi Raja Yang Agung. Tetapi Putera Siddhartha tidak mempedulikan hasutan syaitan itu.

Setelah melihat bandar Kapilavathu buat kali terakhir, putera Siddhartha memecut    kudanya untuk meneruskan perjalanannya di malam yang gelap-gelita itu. Putera Siddhartha terus  menunggang kuda sehingga dia melalui 3 buah negeri dan akhirnya dia sampai di sebuah sungai yang bernama Sungai ANOMA.

Dengan satu  lompatan  yang  jauh,  Kanthaka  berjaya menyeberangi Sungai  Anoma. Di  tebing sungai Anomalah Putera Siddhartha mengambil keputusan untuk berhenti.

 

LATIHAN 24

Isi tempat kosong dengan jawapan yang munasabah.

1.      Kuda putih Siddhartha bernama __________________ .

2.      Siddhartha berhenti setelah menyeberangi __________________________ .

3.      Kanthaka adalah kuda putih yang _______________________________ .

4.      MARA menghasut supaya Siddhartha __________________________________________ .

 

 

 


25. DI SUNGAI ANOMA


Setibanya mereka di tebing Sungai Anoma, Putera Siddhartha dan Channapun turun  daripada kudanya. Putera Siddhartha menanggalkan baju yang mahal dan barang-barang kemas  yang ada pada badannya lalu diberikannya kepada Channa. Kemudian Siddhartha memakai jubah berwarna kuning. Siddhartha menyuruh Channa membawa pulang baju dan barang-barang kemas  ke  istana dan berikannya kepada Permaisuri Prajapati Gotami.

Selepas itu, Siddhartha mengambil pedangnya dan memotong rambutnya sehingga pendek.  Rambutnya yang kerinting itu kini sudah menjadi pendek. Sebab itulah jika kita lihat BUDDHA rupa, kita dapati kepalaNya mempunyai rambut kerinting yang kemas. Rambut yang telah  dipotong itu dibuang ke udara.  Ada orang mengatakan, rambut Siddhartha itu diambil oleh dewa  kayangan dan dibawanya ke syurga.

Setelah melihat Putera Siddhartha berbuat demikian, Channa juga teringin menjadi bhikkhu seperti Putera Siddhartha. Tetapi Putera Siddhartha tidak membenarkan Channa berbuat begitu dan mengikutnya.

 

LATIHAN 25

Susun peristiwa di bawah mengikut urutan dahulu kemudian.

(     ) A. Putera Siddhartha memotong rambutnya.

(     ) B. Putera Siddhartha melihat 4 perkara.

(     ) C. Putera Siddhartha menyuruh Channa menyiapkan Kanthaka.

(     ) D. Putera Sddhartha mengambil keputusan meninggalkan istana.

(     ) E. Mereka menunggang pada waktu malam.

(     ) F. Apabila sampai di Sungai Anoma, Kanthaka melompat menyeberangi Sungai Anoma itu.

 

 

 


26. LAPAN BARANG

Selepas memotong rambutriya, putera Siddhartha pun berfikir, "Adakah hamba kelihatan  seperti bhikkhu?" Kemudian dating seorang lelaki, memberikannya lapan barang yang diperlukan oleh seorang bhikkhu.

Lapan barang tersebut ialah 3 helai jubah, sebiji mangkuk meminta DANA, sebilah pisau  cukur, sebatang jarum bersama benang, seutas tali pinggang dan sebuah penapis air. Putera Siddhartha memakai sehelai daripada jubah-jubah yang diberikan, dan meninggalkan kehidupan  duniawi. Selepas itu, Channa pun berlutut dan memberi hormat kepada bhikkhu Siddhartha. Sekarang Siddhartha bukanlah seorang anak raja lagi. Kini beliau adalah seorang bhikkhu yang mencari jalan bagaimana hendak mengatasi usia tua, sakit dan kematian.

Kuda Siddhartha, Kanthaka merasa sangat sedih melihat tuannya sudah menjadi seorang  bhikkhu. la merasakan yang tuannya itu tidak akan pulang lagi ke istana serta ia tidak akan dapat melihat tuannya lagi. Kanthaka menundukkan kepalanya dan air matanya meleleh keluar. la pun berjalan perlahan-lahan pergi dari situ dan baring di atas tanah. Tidak lama kemudian, ia pun mati kerana amat kecewa.

Ramalan Kondanna adalah tepat; Siddhartha meninggalkan istana dan menjadi seorang bhikkhu. Beberapa tahun kemudian, Siddharthapun menjadi Buddha. Tetapi sebelum dia menjadi Buddha,  dia dinamakan sebagai  BODHISATTA yang membawa maksud 'Bakal Menjadi Buddha'.

Selepas Channa dan Kanthaka meninggalkan Siddhartha, Siddhartha pergi ke sebuah kebun mangga dan tinggal di sana selama 7 hari. Dia merasa bahagia kerana beliau sudah meninggalkan kehidupan duniawi.

 

LATIHAN 26

Nyatakan sama ada SALAH atau BETUL kenyataan di bawah ini.

1.      Bodhisatta menerima 8 barang sebelum beliau menjadi bhikkhu.------------------(            )

2.      Sebelum menjadi Buddha beliau dipanggil Bodhisatta.----------------------------(            )

3.      Ramalan Kondana tidak betul.---------------------------------------------------(             )

4.      Putera Siddhartha meninggalkan kehidupan duniawi untuk mencari penderitaan.---(            )

 

 

 


27. RAJA BIMBISARA

Pada zaman dahulu, ada seorang Raja yang baik memerintah Rajagaha. Nama raja itu ialah RAJA BIMBISARA. Di bandar Rajagaha itulah Bodhisatta meminta dana makanan daripada  penduduk-penduduk di situ. Pada suatu hari, pengawal raja memberitahu Raja Bimbisara, bahawa  terdapat seorang Bodhisatta meminta sedekah makanan di bandar itu. Bodhisatta itu kelihatan kacak dan tenang.

Raja Bimbisara dapat melihat Bodhisatta dari istana baginda. Raja sangat suka hati  melihatNya. Kemudian Raja mengambil keputusan untuk pergi dan berjumpa dengan Bodhisatta. Rajapun  memanggil  pemandunya  dan pergi ke tepi bukit di mana Bodhisatta sedang bertapa.

 Raja Bimbisara sangat gembira setelah melihat Bodhisatta. Baginda ingin menyerahkan kerajaan baginda k&pada Bodhisatta. Tetapi Bodhisatta menolak tawaran Raja itu kerana dia  sudah meninggalkan  kehidupan  duniawi dan ingin mencapai "Pencerahan Sempurna".

Raja Bimbisara mengerti dan menghormati cita-cita Bodhisatta. Baginda menyuruh Bodhisatta datang semula ke Bandar Rajagaha selepas dia mencapai Pencerahan Sempurna dan  memberi ceramah  kepada raja  dan  rakyat baginda. Bodhisatta setuju dengan cadangan Raja Bimbisara itu.  Semenjak dari hari itu, kedua-dua mereka menjadi sahabat baik.

 

LATIHAN 27

Isi tempat kosong dengan jawapan yang munasabah.

1.      Nama raja yang pergi berjumpa dengan Bodhisatta ialah ___________________________ .

2.      Bodhisatta meminta sedekah  ________________________________________________ .

3.      Cita-cita Bodhisatta ialah ____________________________________________________ .

4.      Bodhisatta kelihatan ________________________________________________________ .

 

 

 


28. ALARA KALAMA

Bodhisatta meniriggalkan Rajagaha untuk mengembara. Sepanjang pengembaraannya dia makan makanan yang didanakan. Bodhisatta pergi dari rumah ke rumah untuk meminta dana makanan. Ramai orang memberinya makanan. Beliau mendapat berbagai-bagai jenis makanan yang mempunyai bermacam-macam rasa.

Bodhisatta memakan apa saja makanan yang diperoleh itu walaupun ia mempunyai berbagai-bagai rasa. Setelah makan, perutnya membuat ragam. Semasa inilah Bodhisatta teringat akan makanan yang sedap-sedap yang pernah dimakannya di istana dan bagaimana cita-citanya  dahulu ingin menjadi seorang Bodhisatta dan medoakan makanan yang didanakan kepadanya.  Setelah mengingati semua itu, Bodhisatta terus makan juga makanan yang telah didanakan kepadanya.

Bodhisatta terus berjalan menijju ke tempat kediaman Guru ALARA KALAMA.  Kemudian Bodhisatta belajar dengan guru Alara Kalama yang bijaksana dan  terkenal itu. Guru  itu  mempunyai rarnai murid. Bodhisatta menjadi seorang murid Alara Kalama yang terbaik dan terpandai. Setelah lama belajar, Bodhisatta menjadi pandai setanding dengan Alara Kalama. Alara Kalama rasa gembira dan bangga dengan kepandaian Bodhisatta. Tetapi Bodhisatta tidak  puas  hati  kerana dia masih tidak mengetahui bagaimana hendak mengelakkan usia tua, sakit dan kematian;  walaupun  dia menjadi lebih bijak sekarang.

Pada akhirnya, Bodhisatta meninggalkan  Alara  Kalama  dan meneruskan perjalanannya.

 

LATIHAN 28

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Bagaimanakah Bodhisatta mendapat makanan?

_________________________________________________________________________ .

2.      Mengapakah makanan mempunyai berbagai-bagai rasa?

_________________________________________________________________________ .

3.      Mengapakah Bodhisatta makan juga makanan walaupun tidak sedap?

_________________________________________________________________________ .

4.      Mengapakah Alara Kalama gembira dan merasa bangga terhadap Bodhisatta?

_________________________________________________________________________ .

 

 

 


29. UDDAKA RAMAPUTTA

Bodhisatta mendapat tahu bahawa terdapat seorang lagi guru yang bijaksana dan terkenal, iaitu UDDAKA RAMAPUTTA. Bodhisatta pergi belajar dengan Uddaka. Sekali lagi Bodhisatta dapat mengikuti pengajaran Uddaka dengan cepat dan menjadi sangat pandai. Uddaka bangga  dengan kepandaian, kebolehan dan kecekapan Bodhisatta. Uddaka mengajar segala ilmu pengetahuan yang ada padanya kepada Bodhisatta, sehinggakan apa yang dia tahu, juga diketahui oleh Bodhisatta.

Oleh kerana Bodhisatta seorang murid yang pandai dan mengetahui segala yang diajar,  Uddaka menyuruh Bodhisatta menjadi ketua murid dan mengajar mereka. Bodhisatta menolak permintaan Uddaka.

Bodhisatta masih tidak gembira walaupun sudah mempelajari kesemua ilmu daripada Uddaka, kerana dia masih tidak mengetahui bagaimana  hendak  menyelesaikan  penderitaan  yang  berpunca daripada usia tua, sakit dan mati. Bodhisatta mengambil keputusan meninggalkan Uddaka dan meneruskan perjalanannya.

Bodhisatta berjalan menuju ke URUVELA. Uruvela ialah satu tempat yang indah, sunyi dan mempunyai hutan yang menarik serta mempunyai tasik-tasik yang cantik. Tidak jauh dari Uruvela terdapat beberapa buah kampung dan sungai. Selepas melihat keadaan sekeliling yang sunyi. dan menarik, Bodhisatta mengambil keputusan untuk tinggal di situ dan mengamalkan samadhi.

 

LATIHAN 29

Susun peristiwa di bawah mengikut urutan dahulu kemudiannya.

(      ) a. Putera Siddhartha melihat 4 perkara.

(      ) B. Seseorang memberi Bodhisatta 8 barang.

(      ) C. Putera Siddhartha tinggalkan istana.

(      ) D. Raja Bimbisara menemui Bodhisatta.

(      ) E. Bodhisatta belajar dengan Uddaka Ramaputta.

(      ) F. Bodhisatta menuntut dengan Alara Kalama.

 

 

 


30. DI URUVELA

Setelah menuntut dengan dua orang guru yang terkenal, Bodhisatta masih tidak menernui cara untuk mengatasi usia tua, sakit dan kematian.  Lalu Bodhisatta bertekad untuk berusaha sendiri sehingga mencapai Pencerahan Sempurna. Pada masa itu di bandar Uruvela,  semua orang percaya bahawa dengan menyeksa diri sendiri seseorang itu akan memperolehi kebahagiaan. Bodhisatta juga berfikir begitu dan cuba menyeksa dirinya untuk mengetahui jalan kebenaran yang dicari-carinya selama ini.

Bodhisatta menyeksa diri sendiri selama 6 tahun. Bodhisatta  berpuasa dan mengurangkan  makan.  Kadang-kala, Bodhisatta hanya makan sekali sehari, dua tiga hari sekali dan makanan yang dimakan pula tidak berzat, seperti daun-daun, akar kayu, dan air buah-buahan dalam hutan. Bodhisatta juga berjemur panas di siang hari semasa panas terik dan merendarnkan diri dalam  kolam air batu pada tengah malam yang sejuk. Apabila Bodhisatta duduk di sesuatu tempat, Bodhisatta duduk berjam-jam tanpa bergerak. Penyeksaan diri sendiri menyebabkan badan Bodhisatta menjadi kurus, lemah dan hodoh.

Bodhisatta terus menyeksa diri sehinggakan kulitnya menjadi kering dan seakan-akan kulit kayu. Badannya ternampak tulang-tulang dan tidak berdaging lagi. Matanya cengkung, dan kalau Bodhisatta meraba perutnya, apa yang dapat dirasakan ialah tulang sahaja. Penyeksaan diri  menjadikannya  tidak seperti manusia biasa lagi.

Semasa Bodhisatta mengadakan samadhi, syaitan menjelma di hadapan Bodhisatta dan menyuruh serta merayu kepada Bodhisatta supaya berhenti daripada menyeksa dirinya. Syaitan jahat kerana ia selalu menyuruh orang jangan melakukan kebaikan. Tetapi Bodhisatta tidak mengikut hasutan syaitan itu.

 

LATIHAN 30

Tandakan (  V    ) untuk kenyataan yang betul dan tandakan (   X   ) untuk kenyataan yang salah.

1.      Bodhisatta menyeksa diri di Uruvela.------------------------------------------(      )

2.      Bodhisatta makan banyak di Uruvela.-----------------------------------------(      )

3.      Bodhisatta tidur di tengah panas terik pada siang hari.--------------------------(      )

4.      Bodhisatta bersamadhi di tanah oerkuburan.-----------------------------------(      )

5.      Bodhisatta merendamkan diri dalam kolam air panas.--------------------------(      )

6.      Bodhisatta menyeksa diri kerana hendak mencapai Pencerahan Sempurna.-----(      )

 

 

 


31. LIMA ORANG BHIKKHU

Semasa Bodhisatta menyeksa diri sendiri di Uruvela, terdapat lima orang bhikkhu bersama-samanya. Mereka.ialah Kondanna, Bhaddiya, Vappa, Mahanama dan Assajji. Mereka menqanggap  Bodhisatta ialah seorang yang sangat suci kerana beliau menyeksa diri. Mereka berpendapat  Bodhisatta  akan berjaya mencapai Pencerahan Sempurna pada suatu hari nanti.

Seorang daripada mereka yang paling muda ialah Kondanna. Beliau pernah pergi ke istana  Raja Suddhodana sebanyak dua kali. Kali pertama beliau pergi ialah semasa menilik maksud mimpi  permaisuri bersama 63 orang bijakpandai yang lain. Kali keduanya iala:h semasa Upacara  Penamaan  diadakan  di  istana, iaitu pada masa putera raja berumur 5 hari.

Bodhisatta menyeksa diri sendiri selama 6 tahun. Kelima-lima orang bhikkhu bersamanya sepanjang masa. Mereka berlima sangat mengharapkan Bodhisatta mencapai Pencerahan Sempurna.

 

LATIHAN 31

Cari jawapan yang betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B


Bahagian A

1.      Lima orang Bhikkhu berfikir bahawa

2.      Salah seorang daripada 5 orang bhikkhu ialah

3.      Bodhisatta menyeksa diri sendiri

4.      Lim orang bhikkhu mengharapkan Bodhisatta

5.      Semasa Bodhisatta menyeksa diri sendiri,

Bahagian B

a.       selama 6 tahun.

b.      lima bhikkhu bersamanya.

c.       Kondana, pernah bertemu dengan Bodhisatta.

d.      Mencapai Pencerahan Sempurna.

e.       Menyeksa diri adalah suci.


 

 


32. BODHISATTA PENGSAN

Bodhisatta menyeksa diri sehingga menjadi kurus dan badannya hanya tinggal tulang  sahaja. Warna kulitnya yang dahulu putih sekarang menjadi gelap dan menakutkan. Badannya dahulu gagah dan kacak, sekarang menjadi lemah dan hodoh.

Pada satu hari, semasa Bodhisatta bangun dari tempat duduknya dan menggerakkan  badannya, Bodhisatta rebah lalu pengsan. Apabila lima orang bhikkhu yang bersamanya itu terlihat  Bodhisatta jatuh pengsan, mereka pun berlari untuk menolongnya. Seorang memegang kakinya,  dua  orang mengangkat badannya,  seorang  mengibasnya  dan  seorang  lagi  menangis.

Sesetengah dewa menyangka bahawa Bodhisatta sudah mangkat. Dewa-dewa yang menyangka Bodhisatta sudah mangkat, pergi memberitahu Raja Suddhodana mengenainya. Tetapi Raja Suddhodana tidak percaya. "Beta tidak percaya Putera beta tidak akan mangkat sebelum beliau mencapai Pencerahan Sempurna." Baginda masih ingat apa yang diramalkan oleh Asita  semasa putera baginda masih kecil dahulu, dan baginda juga masih ingat .putera baginda pernah bersamadhi di  bawah  pokok  epal  semasa perayaan membajak diadakan dahulu.

 

LATIHAN 32

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Bilakah masanya raja memberi hormat kepada Putera Siddhartha?

__________________________________________________________________________

2.      Apakah yang dilakukan oleh Siddhartha semasa perayaan membajak diadakan?

__________________________________________________________________________

3.      Apakah yang dikatakan oleh Asita semasa dia melawat raja di istana untuk melihat putera raja yang baru lahir?

__________________________________________________________________________

4.      Bagaimanakah rupa Bodhisatta setelah menyeksa diri?

__________________________________________________________________________

5.      Apakah yang dilakukan oleh lima orang bhikkhu setelah melihat Bodhisatta jatuh pengsan?

__________________________________________________________________________

 

 

 


33. JALAN TENGAH

Apabila Bodhisatta pengsan kerana badannya terlalu lemah berpunca daripada penyeksaan  diri, Bodhisatta mulai sedar bahawa dengan cara menyeksa diri seseorang itu tidak akan mencapai  Pencerahan Sempurna. Lalu Bodhisatta teringat akan kemewahan hidupnya semasa di istana, tetapi hidup cara itu juga tidak membolehkan seseorang mencapai Pencerahan Sempurna. Bodhisatta pun berfikir, kalau begitu sekiranya diambil 'JALAN TENGAH' pasti  ia merupakan cara yang betul.

Semasa Bodhisatta pengsan, turunlah seorang Raja kepada dewa-dewa dari syurga dengan  membawa sebuah gitar yang mempunyai 3 tali. Tali yang pertama longgar ikatannya, dan apabila  dipetik bunyinya tidak sedap didengar. Tali kedua sangat tegang, apabila dipetik ia putus, dan tali ketiga diikat dengan sederhana dan memberi bunyi yang sedap didengar.

Daripada peristiwa itu, Bodhisattapun fahamlah apa yang hendak ditunjukkan kepadanya  oleh Dewa itu. Bodhisatta mengatakan bahawa jika seseorang itu menjalani  hidup yang senang dan mewah, hidupnya seperti tali yang longgar itu. Jika seseorang itu menyeksa diri, hidupnya seperti tali yang tegang itu. Kedua-dua cara hidup itu tidak membolehkan seseorang mencapai  Pencerahan Sempurna. Seseorang yang mengelak daripada dua cara hidup itu dan  mengamalkan  cara hidup sederhana iaitu mengikut JALAN TENGAH samalah seperti tali yang ketiga itu, ia akan memberi bunyi yang merdu. Bermakna dengan mengikut Jalan Tengah, hidup seseorang akan menjadi bahagia dan boleh mencapai Pencerahan Sempurna.

 

LATIHAN 33

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Mengapakah Jalan Tengah merupakan cara yang betul?

__________________________________________________________________________

2.      Mengapa dewa menggunakan gitar yang mempunyai tali yang pelik?

__________________________________________________________________________

3.      Mengapakah cara menyeksa diri tidak akan mencapai Pencerahan Sempurna?

__________________________________________________________________________

4.      Mengapakah cara hidup yang senang dan seronok tidak boleh mencapai Pencerahan Sempurna?

__________________________________________________________________________

5.      Apakah yang patut anda lakukan untuk mengikuti Jalan Tengah?

__________________________________________________________________________


34. BODHISATTA KESEORANGAN

Sekarang Bodhisatta mulai sedar bahawa penyeksaan diri bukanlah caranya untuk  mencapai Pencerahan Sempurna. Jalan Tengah merupakan satu-satunya cara yang  boleh mencapai Pencerahan Sempurna. Bodhisatta teringat akan peristiwa di mana beliau pernah bersamadhi di bawah pokok epal semasa Perayaan Membajak diadakan. Mulai dari saat itu, Bodhisatta mengambil keputusan untuk  bersamadhi  seperti  yang pernah dilakukannya ketika kecil dahulu.

Sebagai langkah pertama untuk mengikut Jalan Tengah, Bodhisatta meninggalkan amalan berpuasa. Bodhisatta mulai makan seperti biasa untuk memulihkan kekuatan dan kesihatan badannya. Setelah berbuat demikian, Bodhisatta menjadi semakin kuat dan sihat seperti sediakala. Kulitnya menjadi cerah dan bersih.

Tindakan Bodhisatta mengikut Jalan Tengah dengan meninggalkan amalan berpuasa tidak disukai oleh 5 orang bhikkhu yang bersamanya itu. Mereka mengatakan yang Bodhisatta tidak akan memperoleh Pencerahan Sempurna walaupun selepas 6 tahun kerana  mereka  masih  menganggap melalui berpuasa dan menyeksa diri sahajalah seseorang itu akan mencapai Pencerahan Sempurna. Mereka berfikir, "Bagaimanakah Bodhisatta boleh mencapai                                                         Pencerahan Sempurna kalau beliau makan? Mereka berlima meninggalkan Bodhisatta keseorangan selepas menganggap bahawa Bodhisatta tidak mahu berusaha untuk mencapai Pencerahan Sempurna lagi dan menganggap bahawa Bodhisatta bukan orang yang suci lagi. Mereka pun pergi ke Taman Rusa ( Deer Park ) di Isipatana.

 

LATIHAN 34

Susun peristiwa-peristiwa berikut mengikut urutan dahulu dan kemudian.

(      ) A. Bodhisatta mengambil keputusan mengikut Jalan Tengah.

(      ) B. Putera Siddhartha bersamadhi di bawah pokok epal.

(      ) C. Putera Siddhartha melihat 4 perkara.

(      ) D. Putera Siddhartha dilahirkan di Taman Lumbini.

(      ) E. Putera Siddhartha mengahwini Puteri Yasodhana.

(      ) F. Asita menziarahi putera raja di istana.

(      ) G. Bodhisatta memnuntut dengan Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta.

(      ) H. Bodhisatta menyeksa diri sendiri.

(      )  I. Putera Siddhartha meninggalkan istana untuk menjadi bhikkhu.

(      )  J. 5 orang bhikkhu meninggalkan Bodhisatta dan pergi ke Taman Rusa di Isipatana.


35. SUJATA DAN NASI SUSUNYA


Di sebuah kampung yang bernama Senani, di Uruvela, tinggal seorang gadis yang kaya-raya  bernama Sujata. Sujata pernah memohon seorang anak lelaki. Sujata mempersembahkan makanan kepada penunggu pokok Banyam, pada hari bulan purnama dalam bulan Mei tahun tersebut setelah dia mendapat seorang anak lelaki.

Sujata mempersembahkan nasi yang dimasak dengan susu lembu yang enak. Sujata  mendapatkan susu lembu yang manis daripada lembu-lembu yang dipeliharanya. Lembu-lembu itu diberi makan rumput Valmee yang baik. Kemudian susu lembu-lembu itu pula diberikan kepada  lembu-lembu lain. Sujata membuat demikiart kerana hendak mendapatkan susu yang sedap dan berzat. Susu itulah yang digunakannya untuk memasak nasi itu.

Sujata menyuruh orang gajinya yang bernama Punna pergi membersihkan kawasan sekeliling pokok Banyam.  Setelah Punna pergi, dia terlihat Bodhisatta sedang duduk di bawah  pokok sambil bersamadhi. Dia menyangkakan Bodhisatta itu adalah penunggu pokok Banyam,  lalu berlari pulang dengan gembiranya dan memberitahu Sujata yang penunggu pokok sudah turun dari pokok untuk makan.

Sujata pun mengisikan nasi susu yang enak itu dalam mangkuk bersalutkan emas, dan ditutup dengan tudung serta dibungkus dengan kain. Sujata dan Punna pun pergi ke pokok Banyam dengan bungkusan nasi susu itu. Apabila sampai ke pokok Banyam, Sujata pun mempersembahkan nasi susu itu kepada Bodhisatta yang disangkakan penunggu pokok Banyam.

Bodhisatta menerima pemberian nasi susu oleh Sujata itu. Selepas itu,  Bodhisatta beredar dari situ dan meneruskan perjalanannya ke sungai Neranjara untuk mandi. Selepas mandi, barulah  Bodhisatta membuka bungkusan yang diberikan kepadanya oleh Sujata. Bodhisatta makan nasi susu itu. Ini merupakan makanan terakhir yang dimakan oleh Bodhisatta sebelum menjadi Buddha. Setelah makan nasi itu Bodhisatta tidak  memakan  apa- apa lagi selama 49 hari.

 

LATIHAN 35

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Adakah Sujata tahu yang berada di bawah pokok Banyam itu adalah Bodhisatta?

__________________________________________________________________________

2.      Berapa lamakah Bodhisatta berpuasa selepas memakan nasi susu Sujata?

__________________________________________________________________________

3.      Bagaimanakah Sujata memasak nasi susu tersebut?

__________________________________________________________________________

4.      Bilakah Sujata memberi nasi susu kepada Bodhisatta?

__________________________________________________________________________

5.      Adakah Bodhisatta makan serta-merta nasi susu yang diberikan oleh Sujata?

__________________________________________________________________________

 

 

 


36. SOTTHIYA PEMOTONG RUMPUT

Selepas makan nasi susu itu, Bodhisatta membawa mangkuknya ke sungai. Di sungai,  Bodhisatta berkata,"Jika saya boleh menjadi Buddha pada hari ini, mangkuk ini akan dihanyutkan oleh air ke hulu sungai; jika tidak, mangkuk ini akan dihanyutkan ke hilir."

Selepas Bodhisatta berkata demikian, Bodhisatta pun meletakkan mangkuk emas itu ke dalam sungai. Ajaib, mangkuk itu bergerak ke hulu. Mangkuk itu kemudiannya berlaga dengan 3 biji mangkuk emas yang telah digunakan oleh 3 orang Buddha yang terdahulu dan kemudiannya mangkuk itu berbunyi 'killi-killi' dan seterusnya bergerak turun ke bawah bersama-sama dengan 3 biji mangkuk yang lain itu.

Pada hari itu, cuaca panas terik; Bodhisatta beristirehat di bawah pokok Sala di sebuah taman yang nyaman. Pada sebelah petangnya, Bodhisatta berpindah ke pokok Bodhi. Dalam perjalanan menuju ke pokok Bodhi, Bodhisatta berjumpa dengan SOTTHIYA, pemotong dan  penjaja  rumput.  Sotthiya mempunyai 8 ikatan rumput yang lembut.

Sotthiya sangat suka hati berjumpa dengan Bodhisatta, lalu dia memberi seikat rumput  kepada Bodhisatta. Bodhisatta mengambilnya dan membawa rumput itu ke pokok Bodhi.  Bodhisatta menjadikan rumput itu sebagai alas tempat duduknya di bawah pokok itu. Bodhisatta duduk di atas rumput dan mengadap ke TIMUR. Bodhisatta bertekad, "Saya tidak akan bangun dari tempat duduk ini selagi saya tidak mencapai Pencerahan Sempurna walaupun badan, kulit dan tulang saya  binasa  dan  darah  saya  kering." Bodhisatta terus bersamadhi di situ.

 

LATIHAN36

Isi tempat kosong dengan jawapan yang munasabah.

1.      Gadis kaya yang memberikan nasi susu kepada Bodhisatta bernama ______________ .

2.      Pemotong rumput yang memberikan rumput kepada Bodhisatta bernama ______________ .

3.      Mangkuk emas bergerak atau hanyut ke _____________________ .

4.      Pada waktu petangnya, Bodhisatta duduk di bawah pokok ____________ .

5.      Bodhisatta duduk di bawah pokok Bodhi mengadap ke ____________ .

 

 

 


37. MARA

Selepas makan nasi susu, Bodhisatta duduk di bawah pokok Bodhi dan bersamadhi. Bodhisatta juga bertekad tidak akan bangun dari tempat duduknya selagi dia  tidak memperoleh Pencerahan Sempurna. Niat Bodhisatta diketahui oleh syaitan (Mara). Mereka pun turun dan  menggoda  serta  mengganggu Bodhisatta yang sedang bersamadhi itu.

Mara datang dengan satu angkatan jin, syaitan dan iblis. Mereka semua adalah makhluk yang jahat. Mara mempunyai beribu-tangan tangan dengan pelbagai senjata. Mara membuat satu tiupan angin yang kencang ke atas Bodhisatta. Tetapi Bodhisatta melindungi diri dengan segala kebaikan yang beliau lakukan dan Bodhisatta tidak tercedera.

Kemudian Mara menurunkan hujan yang sangat lebat sehingga menyebabkan. banjir.  Bodhisatta tidak juga terjejas. Mara menurunkan batu yang besar ke arah Bodhisatta, tetapi tidak melukakan beliau. Mara menurunkan berbagai-bagai senjata ke atas Bodhisatta, juga tidak mencederakan Bodhisatta. Kemudian Mara menyerang Bodhisatta dengan api, pasir dan lain-lain cara lagi namun Bodhisatta tetap tidak tercedera.

Akhirnya Mara mengatakan Bodhisatta tidak layak duduk di bavah pohon Bodhi. Selepas  itu Bodhisatta menyentun tanah dengan tangan kanannya. Maka berlakulah gempa bumi yang dasyat.  Mara yang kejam dan keji itu pun lari ketakutan.

 

LATIHAN 37

Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Mengapakah Mara mengganggu Bodhisatta semasa beliau bersamadhi?

__________________________________________________________________________

2.      Apakah cara-cara yang dilakukan oleh Mara untuk mengganggu Bodhisatta?

__________________________________________________________________________

3.      Apakah yang menyebabkan Mara lari ketakutan?

__________________________________________________________________________

4.      Apakah yang ditekadkan oleh Bodhisatta?

__________________________________________________________________________

 

 

 


38. PENCERAHAN YANG SEMPURNA

Pada hari bulan purnama, dalam bulan Mei (Hari Wesak) genaplah usia Bodhisatta 35 tahun. Pada hari keputeraan Bodhisatta inilah Bodhisatta mencapai PENCERAHAN  SEMPURNA,   di  bawah pokok BODHI.

Selepas syaitan-syaitan lari, langit menjadi cerah semula. Bulan mengambang cerah;    Bodhisatta bersamadhi di bawah pokok Bodhi semenjak petang hari lagi. Bodhisatta bersamadhi   dengan tekunnya. Akhirnya melalui samadhi, Bodhisatta dapat melihat kehidupanNya yang  lampau. Bodhisatta juga dapat melihat bagaimana sesuatu makhluk itu mati dan wujud semula.   Akhirnya, Bodhisatta mengetahui bagaimana caranya untuk mengatasi usia tua, sakit dan mati. Bodhisatta juga mengetahui sebab berlakunya tua, sakit dan mati. Dari saat itulah Bodhisatta    menjadi   BUDDHA (PENCERAHAN SEMPURNA).

Putera Siddhartha menghabiskan masa selama satu tahun menuntut dengan guru-guru yang  bijaksana dan enam tahun menyeksa  diri.  Akhirnya  Bodhisatta  dapat  menemui  jalan bagaimana hendak mengelakkan daripada 3 perkara laitu usia tua, sakit dan kematian. Beliau memperoleh Pencerahan Sempurna melalui ketekunan usahaNya dan perbuatan-perbuatan baikNya. Kita semua boleh menjadi Buddha  jika  kita  tekun  dan  berusaha  seperti Siddhartha.

 

LATIHAN 38

Cari jawapan yang betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.


Bahagian A

1.      Bodhisatta memperoleh Pencerahan Sempurna pada bulan purnama bulan

2.      Bodhisatta mencapai Pencerahan Sempurna semasa duduk di bawah

3.      Melalui Pencerahan Sempurna Buddha mengetahui

4.      Bodhisatta menerima Pencerahan Sempurna semasa

5.      Jika kita berusaha seperti Siddhartha

Bahagian B

a.       pokok Bodhi.

b.      Wesak ( Mei ).

c.       Cara mengatasi usia tua, sakit dan mati.

d.      Buddha

e.       Kita juga boleh menjadi Buddha.

f.        Berumur 35 tahun.


 

 


39. DUA SAUDAGAR


Dalam tujuh minggu selepas mencapai Pencerahan Sempurna, setiap hari Buddha  bersamadhi.  Pada minggu pertama selepas Pencerahan Sempurna, Buddha bersamadhi di bawah pohon Bodhi. Sepanjang minggu kedua pula, Buddha merenung pohon Bodhi tanpa mengalihkan pandangan mataNya ke tempat lain, untuk menunjukkan yang beliau terhutang budi kepada pohon  Bodhi yang telah memberi tempat perlindungan semasa beliau berusaha mendapatkan Pencerahan Sempurna. Pada minggu ketiga, Buddha berjalan ulang-alik sambil bersamadhi. Untuk minggu  keempat pula, Buddha bersamadhi di sebuah bilik kecil. Semasa inilah terdapat 6 cahaya terpancar keluar dari badan Buddha iaitu cahaya warna kuning, putih, biru, merah, oren dan campuran kesemua warna itu. Pada minggu kelima, Buddha bersamadhi di bawah pohon Banyam. Pada minggu keenam pula, Buddha duduk bersamadhi di bawah pohon Mucalinda. Pada minggu inilah turunnya hujan yang lebat, tetapi Buddha tidak basah kerana seekor ular senduk yang besar melilit badan Buddha dan meneduhkan kepala Buddha dengan kepalanya. Pada minggu ketujuh, Buddha  bersamadhi di Bawah pohon Rajayatana. Sepanjang tujuh minggu itu, Buddha bersamadhi dan tidak makan. Kali terakhir Buddha makan ialah makan nasi susu yang diberi oleh Sujata sebelum  mencapai  Pencerahan Sempurna. Ini bermakna Buddha berpuasa selama 49 hari.

Pada hari kelima puluh selepas mencapai Pencerahan Sempurna, Buddha dikunjungi oleh 2 orang saudagar. Mereka ialah TAPASSU dan BHALLUKA. Mereka membawa dan makanan untuk Buddha. Kemudian mereka mendapat rahmat dan perlindungan daripada Buddha dan Dharma. Merekalah yang menjadi penganut Agama Buddha yang pertama di dunia. Sebelum mereka  meneruskan perjalanan, mereka memohon sesuatu daripada Buddha yang boleh dijadikan kenangan. Buddha menggunakan tangan kananNya untuk mencabut beberapa urat rambutNya dan  memberi kepada mereka sebagai azimat. Adalah dipercayai rambut Buddha masih ada di salah  sebuah kuil di Myanmar sampai ke hari ini.

 

LATIHAN 39

Cari jawapan yang betul dengan memadankan Bahagian A dengna Bahgian B


Bahagian A

1.      Penganut agama Buddha yang pertama ialah

2.      Kali pertama Buddha bersamadhi

3.      Kali pertama Raja Suddhodana menghormati Buddha ialah pada masa

4.      Perkara pertama yang dilihat oleh Putera Siddhartha ialah

5.      Dipercayai azimat rambut Buddha masih berada

 

Bahagian B

a.       di kuil di Myanmar.

b.      di bawah pohon epal.

c.       Tapussa dan Bhalluka.

d.      seorang tua.

e.       Asita Pertapa melawat istana


 

 


40. GURU KITA YANG BAIK HATI

Selepas makan makanan yang diberi oleh Tapassu dan Bhalluka, Buddha pergi ke pohon yang besar dan duduk di bawah pokok itu. Buddha berfikir tentang Pencerahan Sempurna yang diperolehiNya. Ajaran yang diperolehNya sangat sukar. Orang kebiasaan tidak mungkin dapat  memahaminya kerana mereka tidak suci; mereka mempunyai rasa tamak, dengki dan fikiran yang salah; fikir Buddha keseorangan.

Kemudian datanglah dewa. Dia menyuruh Buddha mengajar Ajaran Buddha (Dharma) kepada orang ramai. Dewa itu mengatakan, tentu ada orang yang boleh memahami ajaran yang  sukar itu. Selepas itu Buddha pun bersamadhi. Melalui mataNya, Buddha dapat lihat ada sesetengah orang .boleh memahami ajaranNya nanti.

Buddha mengumpamakan dunia ini seperti sebuah kolam bunga teratai. Sesetengah bunga teratai masih berada jauh di dalam air, dan sesetengahnya pula sudah berkembang cantik di atas permukaan air. Walau bagaimanapun ada juga yang sudah berada berdekatan dengan permukaan air; cuma masih belum berkembang di permukaan. Ini bermakna, orang yang bodoh, tidak mahu mendengar dan mengamalkan ajaran Buddha sepertilah bunga teratai yang berada jauh di dalam air. Orang yang cerdik diibaratkan seperti bunga teratai (Lotus) yang berkembang cantik di atas  air. Kepada orang yang belum mendengar ajaran dan memerlukan pertolongan diibaratkan seperti bunga teratai yang berada di bawah permukaan air.

Buddha mengambil keputusan untuk mengajar ajaranNya. Pada mulanya Buddha berfikir kepada siapa yang patut diajarNya dahulu? Dua orang  bekas guruNya sudah meninggal dunia iaitu Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta. Kemudian  Buddha teringat akan lima orang bhikkhu yang pernah bersamaNya dahulu. Mereka sekarang berada di Taman Rusa dekat Isipatana. Buddha mengambil keputusan untuk mengajar lima orang  bhikkhu yang pernah bersamaNya dahulu. Buddha pun meninggalkan Uruvela dan menuju ke Tainan Rusa di Isipatana.

 

LATIHAN 40

A.Nyatakan sama ada kenyataan di bawah ini SALAH atau BETUL.

1.      Seseorang itu tidak dapat memahami ajaran Buddha jika dia mempunyai rasa tamak, dengki dan fikiran yang sakah.------(              )

2.      Buddha ingin mengajar Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta tetapi mereka sudah meninggal dunia.-----(               )

3.      Buddha tidak mahu mengajar lima orang bhikkhu kerana mereka meninggalkannya.----------(              )

 

B. Jawab soalan-soalan berikut.

1.      Mengapakah Buddha tidak mahu mengajar ajaranNya pada mulanya?

2.      Bagaimanakah keadaan dunia ini yang diibaratkan sebagai sebuah kolam bunga teratai?

 

 

 

41. DI TAMAN RUSA


Buddha meinggalkan Uruvela dan pergi ke Taman Rusa untuk mencari 5 orang bhikkhu tersebut. Buddha hendak mengajar mereka ajaranNya. Ajaran Buddha dipanggil DHARMA.

Taman Rusa adalah sebuah taman yang besar dan cantik. Taman ini terdapat banyak pokok yang besar dan cantik-cantik. Di taman ini juga terdapat banyak rusa, oleh sebab itulah ia dinamakan Taman Rusa. Di taman ini terdapat banyak orang alim dan bhikkhu.

Buddha pergi kepada 5 orang bhikkhu tersebut dan memberitahu mereka bahawa dia sudah  mencapai Pencerahan Sempurna. Mereka pun bersedia untuk mendengar Dharma. Buddha mengajarkan Dharma kepada mereka. Selepas mendengar Dharma, mereka pun menjadi seperti  Buddha iaitu mereka juga mencapai Pencerahan Sempurna. Kelima-lima orang bhikkhu itu merupakan Bhikkhu Buddhis yang pertama di dunia.

Semua bhikkhu Buddhis dipanggil SANGHA. Maksud Sangha ialah 'Bhikkhu Kebuddhaan'. Di Taman Rusa terdapat TIGA PERMATA iaitu Buddha, Dharma dan Sangha.

Buddha adalah Guru kita. Buddha menjadi Guru kita kerana Dia mencapai Pencerahan  Sempurna. Ajaran Buddha menunjukkan Jalan Tengah kepada kita. Untuk mengikut Jalan Tengah,  kita tidak boleh terlalu berseronok dan tidak boleh terlalu menyeksa diri. Sangha adalah pengikut-pengikut Buddha yang mempelajari dan mengamalkan ajaran Buddha; di samping mengajar dan menyebarkan Dharma untuk kebahagiaan kita semua.

 

LATIHAN 41

A.Gariskan jawapan yang betul.

1.      Buddha adalah ( guru, pengajar, bhikkhu ) kita.

2.      Dharma adalah ( guru, ajaran, bhikkhu ) Buddha.

3.      Sangha adalah sekumpulan ( guru, ajaran, bhikkhu ).

4.      Buddha, Dharma dan Sangha dipanggil ( ajaran, Pencerahan Sempurna, 3 permata )

 

B. Cari jawapan yang betul dengan memadankan Bahagian A dengan Bahagian B.


Bahagian A

1.      Buddha memperoleh

2.      5 orang bhikkhu

3.      Dharma

4.      Sangha

5.      3 permata

6.      Buddha adalah

 

 

 

 

Bahagian B

a.       guru kita yang menunjukkan jalan kebaikan.

b.      Mengajar kita mengikuti Jalan Tengah.

c.       Terdiri daripada Buddha, Dharma dan Sangha.

d.      Sekumpulan bhikkhu-bhikku.

e.       Berada di Taman Rusa, Isipatana.

f.        Pencerahan Sempurna.


 

C.susun peristiwa berikut mengikut urutan dahulu kemudian.

(      ) a. Putera Siddhartha meninggalkan istana dan menjadi bhikkhu.

(      ) b. Permaisuri Maha Maya mimpikan seekor gajah putih.

(      ) c. Buddha mengajar 5 orang bhikkhu di Taman Rusa.

(      ) d. Bodhisatta menjadi Buddha.

(      ) e. 8 orang bijaksana pergi ke istana.

(      ) f. Putera raja dilahirkan di Taman Lumbini.

(      ) g. Rahula dilahirkan.

(      ) h. 64 orang bijak pandai pergi ke istana.

(      ) i. Asita Pertapa melawat istana.

(      ) j. Putera Siddhartha bersamadhi di bawah pohon epal.

(      ) k.Putera Siddhartha mengahwini Puteri Yasodhara.

(      ) l. Bodhisatta mengambil keputusan mengikut Jalan Tengah.

(      ) m. Bodhisatta melihat 4 perkara.

(      ) n. 2 orang saudagar yang menjadi penganut Buddha yang pertama.