Make your own free website on Tripod.com
Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

1. Pengasas Agama Buddha

Pengasas agama Buddha ialah Siddhartha Gautama. Kita menyanjungnya sebagai Buddha. Buddha memahami kebenaran hidup dengan sepenuhnya. Ajaran Buddha memandu kita ke arah kebahagiaan.

2. Kelahiran Putera Siddhatha

Lebih daripada 2,500 tahun dahulu di India Utara, terapat seorang Raja Suddhodana.

Permaisurinya bernama Ratu Maya . Pada suatu petang semasa berehat di sebuah kebun bunga yang indah, Ratu Maya melahirkan Putera Siddhatha. Tujuh hari selepas itu, Ratu

Maya meninggal dunia. Putera Siddhatha dibesarkan oleh emak saudaranya.

3. Masa Kanak-Kanak

Pada suatu hari Putera Siddhatha melihat orang bersawah. Dia ternampak seorang petani yang berpeluh memecut kerbaunya yang letih. Dia menyedari bahawa hidup adalah penuh dengan kesusahan. Dia juga ternampak cacing tanah dimakan oleh burung kecil, tetapi burung kecil itu pula menjadi mangsa burung helang. Dia menyedari bahawa hidup adalah penuh dengan penindasan.

 

4. Masa Muda

Sejak muda lagi Putera Siddatha menunjukkan belas kasihan bagi semua makhluk . Dia pernah menyelamatkan seekor angsa yang dicedera oleh sepupunya. Putera Siddatha juga pandai dan rajin. Raja Suddhodana berharap dia akan menjadi seorang raja yang baik. Putera Siddhatha berkahwin dengan seorang puteri yang cantik.

 

5. Empat Pandangan

Pada suatu hari, Putera Siddhatha keluar dari Istana. Dalam perjalanan itu, dia ternampak orang tua, orang sakit dan orang mati. Dia menyedari bahawa hidup adalah penuh dengan kesengsaraan yang tidak boleh dielakkan. Dia juga tertarik kepada seorang pertapa yang berupa tenang-lenang. Putera Siddhatha berpendapat bahawa bertapa mungkin dapat menamatkan kesengsaraan hidup.

6. Meninggalkan Istana

Selepas itu Putera Siddhatha bersikap baru dalam hidup . Dia tidak lagi menikmati kemewahan hidup. Dia ingin mencari cara yang boleh menyelamatkan semua makhluk dari kesengsaraan hidup. Pada suatu malam dia menunggang kuda meninggalkan istana serta keluarganya. Pada masa itu dia beusia 29 tahun. Siddhatha mengembara mencari guru yang mengetahui kebenaran hidup. Tetapi tiada orang yang boleh memberi jawapan yang memuaskan.

 

7. Mencari Kebenaran

Siddhatha kemudian berlatih menyiksakan badan diri bersama dengan lima orang pertapa yang lain. Selepas enam tahun, Dia masih belum ada pencapaian. Dia menyedari bahawa sikap melampau tidak boleh menyelesaikan masalah ; kita mesti mengikut jalan tengah. Siddhatha berasa lemah dan letih. Dia meminum bubur susu yang dibawa oleh seorang wanita. Kemudian dia duduk bersendiri dan ber meditasi di bawah sepohon pokok.

 

8. Mengatasi Kuasa Syaitan

Semasa Siddhatha bermeditasi , berbagai kuasa syaitan datang mengganggunya. Dengan keazaman yang kuat, Siddhatha mendamaikan semua kekacauan itu. Dalam meditasi , Siddhatha menumpukan perhatian ke atas kesengsaraan hidup . Akhirnya dia memahami punca kesengsaraan dan menjumpai juga cara menghampuskannya.

 

9. Menjumpai Kebenaran

Selepas Buddha menjumpai kebenaran hidup, dia dikatakan telah mencapai Pencerahan dan diberi gelaran Buddha. Buddha sedia mengajar kebenaran itu untuk menolong semua makhluk yang lain mencari kebahagian . Yang awal sekali menerima ajaran Buddha ialah lima orang pertapa yang pernah bersama dengan Buddha . Mereka menjadi Sangkha Buddha yang pertama. Buddha mengajar mereka Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Benar.

 

10. Pengajaran Pertama

Menurut Empat Kebenaran Mulia, (1) Hidup kita ini penuh dengan kesangsaraan. (2) Kesengsaraan itu akibat loba dan nafsu. (3) Ia dapat dihampuskan dengan mengenepikan segala keinginan mahu dan perasaan tamak yang terlampau. (4) Ini boleh dilakukan dengan mematuhi jalan hidup sederhana yang telah ditunjuk oleh Buddha.

 

11. Ke Arah Kebahagian

Lapan Jalan Benar ialah (1) Pandangan Benar, (2) Fikiran Benar, (3) Pertuturan Benar, (4) Perbuatan Benar, (5) Rezeki Benar, (6) Usaha Benar, (7) Kesedaran Benar, dan (8) Tumpuan Benar. Kita yang hidup mematuhi Lapan Jalan Benar itu akan mencapai kebahagiaan hidup.

 

 

12. Menyebarkan Dharma

Buddha mengembara ke merata tempat menyebarkan Dharma iatu ajarannya. Buddha pernah mengguna api sebagai kiasan dan menasihatkan kita berusaha memadam api ketamakan, api kemarahan dan api khayalan dalam fikiran kita.

 

13. Ajaran-Ajaran Asasi

Ajaran Buddha menegaskan Metta atau belas kasihan. Buddha mengajar kita saling mengasihi dan saling menolong . Buddha sendiri pernah merawati seorang yang sakit teruk

apabila orang-orang yang lain tidak mahu merapatinya. Ajaran Buddha juga menegaskan persamaan antara semua manusia dan semua makhluk. Ajaran Buddha menegaskan pula usaha diri untuk mencapai kebahagiaan hidup . Tidak ada Tuhan yang berkuasa menentukan nasib kita.

 

14. Hukum Karma

Buddha berkata semua makhluk bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri. Hukum Karma bererti perbuatan yang baik akan mendatangkan hasil yang baik dan sebaliknya . Seseorang yang mati itu akan diwujudkan semula di alam neraka, alam hantu, alam binatang , alam manusia , alam jin, atau alam syurga berasakan karmanya.

Buddha menasihatkan kita berusaha membaiki kelakuan dan fikiran kita untuk terlepas dari pusingan kewujudan semula dan mencapai Nirvana.

 

15. Kewafatan Buddha

Apabila Buddha meningkat usia kelapan puluh tahun, dia mengumpul semua pengikutnya dan berkata, "Segala denda di dunia ini tidak kekal lama. Berusahalah dengan penuh ketekunan untuk mencapai Pencerahan." Kemudiannya Buddha pun meninngal dunia.

 

16. Pengikut Buddha

Sungguhpun Buddha tidak lagi bersama dengan kita, ajarannya masih kekal. Buddha, Dharma dan Sangha terus menjadi panduan hidup kita. Sebagai pengikut Buddha, kita mesti selalu ingat dan mengamalkan ajaran Buddha. Menjauhkan diri dari segala kejahatan ; membuat semua yang baik; membersihkan fikirankita; begiutulah ajaran Buddha.