Make your own free website on Tripod.com
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

 

 

SILA

 

 

 

Berdasarkan Upadesa MAHAMATI

(Penerangan ke atas Sutta Maha Prajna Paramita)

Pengarang: Bhante Nagarjuna (150 – 250)

Penterjemah dari Bahasa Sanskrit ke Bahasa Cina:

Bhante Kumarajiva (397 – 415)

Penterjemah dari Bahasa Cina ke Bahasa Melayu:

Upasaka Poh Kim Hee

 

 

 

Apakah dia Buddhisme?

Buddhisme boleh ditakrifkan sebagai:

Satu kumpulan agama yang mempunyai Ti-Ratana(Buddha, Dharma & Sangha) berpandukan kepada sejarah perkembangan, Ajaran Buddha dan pengetahuan duniawi yang berasaskan kepada Sila, Samadhi, Panna yang menegaskan keyakinan serta kekuatan diri, kefahaman dan kultivasi yang sama penting dan mempertunjukkan Maitri Karuna serta Jalan Tengah(Majjhima Patipada)

Daripada definasi di atas, peranan Sila dalam Buddhisme amat ketara sekali.

Apa dia Sila?

Definasi:

  1. Menghindari dari pada membuat jahat, setakat pemikiran jahat pun tidak boleh ada.
  2. Segar, nyaman: Oleh kerana manusia dapat melakukan kebaikan, dia berasa senang hati, tidak menyesal, maka hatinya tidak berasa panas dan memperolehi nyaman.

 

Sejarah:

Selepas 90 hari Buddha memasuki Parinirvana, satu perhimpunan Sangha (500 orang Arahan) diadakan di Gua Sattapanni, Bandar Rajagaha, Negeri Magadha. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Raja Ajatasattu.

Vinaya (Koleksi Sila) dilafaz oleh Bhante Upali.

3 Jenis Sila:

  1. Hina-Sila: Panca-Sila & Atha-Sila untuk pengikut berkeluarga.
  2. Majjhima-Sila: Dasa-Sila untuk Samanera & Samaneri.
  3. Panita-Sila: Upasampada untuk Bhikkhu & Bhikkhuni.

Sila merangkumi beberapa aspek kelakuan badan dan mulut dan mengamalkan kehidupan yang suci.

Badan: 1)tidak membunuh

2)tidak mencuri

3)tidak berzina

Mulut: 1)tidak bohong

2)tidak berlidah cabang

3)tidak guna perkataan yang kasar

4)tidak bercakap angin

Sila diibaratkan:

  1. Bumi. Kesemua kehidupan yang berbentuk bergantung padanya untuk hidup.
  2. Tempat kediaman segala perkara yang baik.
  3. Ubat untuk sakit teruk.
  4. Memberi perlindungan semasa keadaan yang sangat ngeri / ketakutan.
  5. Pelita dalam keadaan gelap.
  6. Jambatan untuk menyeberangi suasana jahat.
  7. Kapal dalam lautan maut.

Badan kita boleh dibahagikan kepada dalaman dan luaran. Bagi dalaman, kita mempraktik meditasi untuk mengawal fikiran. Bagi luaran, kita memegang pada Sila untuk mengawal kelakuan badan dan mulut.

Kelainan antara Sila dan Perintah Tuhan (Rukun).

Perintah Tahun (Rukun) hanya terdapat di agama lain, tiada tempatnya di dalam Ajaran Buddha. Rukun adalah paksaan luaran yang mesti diikuti oleh penganutnya, jika tidak dia akan dihukum oleh Tuhan.

Sila adalah kerelaan jiwa diri sendiri (setelah memahami kamma[hetu=sebab, vipaka=akibat]dengan secukupnya) untuk memegang, mempratikkannya supaya kita dapat menghapuskan kesengsaraan hidup (dukkha nirodha) dan mencapai Pencerahan (samma sambuddhi) dan Nirvana. Jika melanggar Sila, kita akan dapat akibatnya dan akibat ini bukan hukuman Buddha dan kita tidak salahkan Buddha.

 

PANCA-SILA

  1. PANATIPATA VERAMANI SIKKHAPADAM SAMADIYAMI
  2. Menahan diri dari pembunuhan

    1. Sejarah:
    2. Sebab: Ada 2 kumpulan manusia yang hendak berperang.

      Buddha: Oleh kerana semua kehidupan takut kematian, lalu memperkenalkan Sila ini.

    3. Kebaikan:
      1. Tidak berasa takut.
      2. Semasa mati, jiwanya tenang dan gembira, tiada curiga dan kesal. Jika dilahirkan di dunia Deva atau manusia, dia selalu berumur panjang.
      3. Dapat melindung nyawa kehidupan.
      4. Dapat memupuk baik hati, hati yang penuh dengan belas kasihan.

    4. Keburukan:
      1. Dalam jiwanya selalu dipenuhi dengan fikiran yang jahat, buat beberapa kewujudan.
      2. Kehidupan lain benci dan tidak suka memandangnya.
      3. Selalu memikirkan perkara yang jahat.
      4. Kehidupan lain takut seolah menemui ular / harimau.
      5. Berasa takut semasa tidur, dan tidak dapat tidur dengan lena.
      6. Selalu bermimpi perkara yang ngeri.
      7. Semasa hendak mati, berasa sangat takut dan susah putus nafas.
      8. Menanam benih umur pendik.
      9. Selepas mati, dilahirkan di alam neraka.
      10. Setelah keluar dari neraka dan dilahirkan di alam manusia, selalu berumur pendik.

    5. Soalan:
    6. "Jika orang lain tidak menyerang kita, maka pemikiran yang ingin membunuh itu boleh dihapuskan. Jika sebaliknya, apakah yang harus kita lakukan?"

      Jawapan:

      Kita terpaksa mempertimbangkan keseriusannya. Sebelum dibunuh, kita kena renung: "memegang Sila itu penting atau menjaga badan itu penting; melanggar Sila itu satu kerugian atau kehilangan badan itu kerugian."

      Memegang Sila itu lebih penting daripada badan. Badan kita akan mengalami kelahiran, tua, sakit dan mati, badan akan rosak. Sudah banyak kewujudan yang saya kehilangan badan manusia, ataupun dilahirkan di alam haiwan. Kini saya dapat peluang untuk memegang teguh pada Sila yang suci ini, ia adalah beribu kali ganti lebih baik daripada melanggar Sila untuk menjaga badan ini.

    7. Keputusannya bergantung pada diri sendiri.

  3. ADINADANA VERAMANI
  4. Menahan diri dari pencurian.

    1. Sejarah:
    2. Sebab: Ada seorang Bhikkhu terjumpa sehelai kain di tanah lapang, dia sangkakan kain itu tiada tuannya. Kemudian, dia dituduh mencuri oleh tuan punya kain itu.

      Buddha: Orang yang tidak mencuri itu orang yang bermoral tinggi dan berkearifbijaksanaan (wisdom), lalu memperkenalkan Sila ini.

    3. Kebaikan:
      1. Orang lain dapat bergantung pada barang keperluan untuk terus hidup.
      2. Akan memperolehi kekayaan.

    4. Keburukan:
      1. Tuan punya benda selalu kemarahan.
      2. Orang selalu curiga padanya.
      3. Berjalan pada masa yang tidak betul.
      4. Kawan berasa benci.
      5. Mejauhi nilai moral.
      6. Menyakiti hati pegawai kerajaan.
      7. Tidak ada mata pencarian.
      8. Menanam benih kemiskinan.
      9. Selepas mati, dilahirkan di alam neraka.
      10. Setelah keluar dari neraka dan dilahirkan di alam manusia, selalu mencari wang. Tetapi wang itu selalu diambil oleh orang lain ataupun kehilangan.

  5. KAMESUMICCHACARA VERAMANI
  6. Menahan diri dari perzinaan.

    1. Sejarah:
    2. Sebab: Ada seorang selalu melakukan zina. Sudah beberapa kali dia ditangkap tetapi dia tidak menyesal dan tidak berniat untuk mengubah tabiatnya.

      Buddha: Orang yang selalu berzina akan kebaziran wang, kehilangan nama baik dan bermusuhan.

    3. Kebaikan:
      1. Berbudi bahasa.
      2. Keluarga bahagia.

    4. Keburukan:
      1. Suami atau tuan kepada wanita ini selalu hendak menganiyainya.
      2. Suami isteri selalu berkelahi.
      3. Perkara yang jahat bertambah, yang baik berkurangan.
      4. Tidak menjaga diri; isteri akan jadi janda dan anak jadi yatim.
      5. Kekayaan semakin kurang.
      6. Selalu dicurigai orang.
      7. Saudara-mara tidak suka padanya.
      8. Menanam benih permusuhan.
      9. Selepas mati, dilahirkan di alam neraka.
      10. Setelah keluar dari neraka dan dilahirkan di alam manusia sebagai perempuan, dia akan mempunyai ramai orang suami. Jika menjadi lelaki, isterinya berkelakuan curang / zina.

  7. MUSAVADA VERAMANI
  8. Menahan diri dari pendustaan.

    1. Sejarah:
    2. Sebab: Pengikut agama lain berasa cemburu kerana penganut Buddha semakin ramai. Maka mereka( pengikut agama lain) menghantar seorang perempuan untuk tinggal di Wat, kemudian menyamar sebagai wanita yang hamil lalu menuduh Buddha menghamilkannya. Akhirnya muslihat itu terbongkar dan dia dihalau keluar oleh penganut Buddha.

      Buddha: memperkenalkan Sila ini.

    3. Kebaikan:
      1. Bercakap benar dan baik.
      2. Mendapat nama baik.

    4. Keburukan:
      1. Mulut selalu berbau busuk.
      2. Deva yang baik menjauhi; yang bukan manusia dapat kesempatan.
      3. Walaupun dia bercakap benar, tetapi tiada orang percaya.
      4. Tidak menerima percakapan / nasihat orang berkearifbijaksanaan.
      5. Selalu difitnah, suara yang buruk didengari seluruh negara.
      6. Orang tidak menghormatinya. Walaupun ada tunjuk ajar, tetapi orang lain tidak memakainya.
      7. Selalu bermuram durja.
      8. Menanam benih fitnahan.
      9. Selepas mati, dilahirkan di alam neraka.
      10. Setelah keluar dari neraka dan dilahirkan di alam manusia, selalu difitnah oleh orang lain.

  9. SURA-MERAYA-MAJJA PAMADATTHANA VERAMANI
  10. Menahan diri dari minuman keras dan barang-barang yang memabukkan.

    1. Sejarah:
    2. Sebab: Semasa Buddha sedang memberi hujah Dharma, ada seorang yang mabuk dan tidak dapat mengawal diri lalu mengganggu suasana kuliah.

      Buddha: memperkenalkan Sila ini.

    3. Kebaikan:
      1. Kesihatan badan.

    4. Keburukan: 35
      1. Harta benda pada kewujudan ini akan habis.
      2. Punca penyakit.
      3. Punca berkelahian.
      4. Berbogel tanpa malu.
      5. Nama buruk, orang tidak menghormati.
      6. Tiada kearifbijaksanaan.
      7. Benda yang patut dapat tidak dapat, yang sudah dapat mudah hilang.
      8. Rahsia dibongkar.
      9. Semua perkara tidak dapat dilaksanakan.
      10. Punca muram durja.
      11. Kekuatan badan semakin berkurangan.
      12. Tubuh binasa.
      13. Tidak tahu menghormati bapa.
      14. Tidak tahu menghormati ibu.
      15. Tidak tahu menghormati Bhikkhu.
      16. Tidak tahu menghormati Brahma.
      17. Tidak tahu menghormati saudara-mara dan penghulu.
      18. Tidak tahu menghormati Buddha.
      19. Tidak tahu menghormati Dharma.
      20. Tidak tahu menghormati Sangha.
      21. Kawan kepada orang jahat.
      22. Menjauhi orang baik.
      23. Melanggar Sila.
      24. Tidak rasa malu.
      25. Tidak dapat menjaga 6 pintu (mata, telinga, hidung, lidah, tubuh & otak)
      26. Terlalu menurut hawa nafsu.
      27. Orang lain benci, tidak suka menjumpainya.
      28. Saudara dan orang alim menghindari.
      29. Membuat perkara jahat.
      30. Menghindari dari perkara baik.
      31. Tidak dipercayai orang alim.
      32. Menjauhi dari Nirvana.
      33. Menanam benih gila.
      34. Selepas mati, dilahirkan di alam neraka.
      35. Setelah keluar dari neraka dan dilahirkan di alam manusia, dia selalunya gila.

 

Soalan:

Bagi penganut yang berkeluarga (upasaka, upasika), selain daripada Panca-Sila, apakah Sila yang lain yang boleh diikuti?

Jawapan:

Mereka boleh memegang dan mempraktik Atha-Sila untuk sehari semalam.

Atha-Sila

Selain daripada 5 Sila yang dibincang di atas, tambahan lagi 3 Sila. Ada sedikit perubahan pada Sila ke 3.

Asal: KAMESUMICCHACARA VERAMANI

Diubah kepada: ABRAHMACARIYA VERAMANI

Menahan diri dari hubungan kelamin.

Sila ke 6.

VIKALA-BHOJANA VERAMANI

Menahan diri dari makan selepas pukul 12 tengahari

Sila ke 7

NACA-GITA-VADITA-VISUKADASSANA-MALAGANDHA-

VILEPANA-DHARANA-MANDANA VIBHUSANATTHANA VERAMANI

Menahan diri dari menari, menyanyi, bermain musik, melihat pertunjukan,memakai bunga-bungaan, wangi-wangian, pomade(sejenis minyak wangi) dan perhiasan bersolek.

Sila ke 8

UCCASAYANA MAHASAYANA VERAMANI

Menahan diri dari menggunakan tempat duduk dan tempat tidur yang tinggi dan mewah.

Soalan:

Mengapakah penganut berkeluarga(upasaka & upasika) perlu mengikut Sila ke 3, 6, 7 & 8?

Jawapan:

Bagi mereka yang berkeluarga supaya boleh mempraktik kehidupan suci seperti Sangha, mereka mesti mengikuti Sila-Sila tersebut. Akan tetapi Atha-Sila hanya untuk 24 jam sahaja. Atha-Sila akan hapus secara otomatis apabila retak tapak tangan mereka boleh dilihat. Sila ini boleh dipraktik bila-bila masa sahaja. Buddha telah memperkenalkan 6 hari dalam setiap bulan yang sangat sesuai untuk tujuan ini. Mengikut kalendar Cina, hari-hari itu ialah: hari ke 8, 14, 15, 23, 29 & 30. Jika Bulan Kecil, 2 hari terakhir ialah 28 & 29. Hari-hari tersebut ada sedikit persamaan dengan ‘Wan-Phra’ bagi kalendar Thai.

Bagi mereka yang berkeluarga, Buddha memperkenalkan 2 jenis Sila: Panca-Sila dan Atha-Sila. Bagi mereka yang ingin memasuki Kumpulan Sangha, iaitu meninggalkan kehidupan berkeluarga dan mengamalkan kehidupan suci, Buddha telah memperkenalkan Dasa-Sila dan Upasampada.

Seorang lelaki yang umurnya <25 (mengikut tradisi orang India), dia boleh memakai jubah kuning dengan mempraktik Dasa-Sila. Dia digelar Samanera. Jika genap umur 25 dan dia ingin menerima dan mempraktik Sila yang lebih tinggi & banyak (Upasampada), iaitu 250 Sila, maka dia boleh digelar Bhikkhu.

Seorang perempuan yang umurnya <25, dia hanya boleh memakai baju putih (seperti yang didapati di Malaysia & Thailand) dengan mempraktik Dasa-Sila. Dia digelar Samaneri. Setelah dia memutuskan untuk menjadi Bhikkhuni, dia terpaksa melalui satu latihan tekat selama 2 tahun. Dia digelar Siksamana. Genap 2 tahun dengan kelakuan yang baik, baharulah dia diterima memasuki Kumpulan Bhikkhuni dengan mempraktik 348 Sila.

Sejarah:

Pada masa Buddha, ada seorang wanita memasuki Kumpulan Bhikkhuni. Dia tidak tahu yang dia sedang hamil. Apabila tubuhnya semakin besar, baharulah dia tahu yang dia sudah hamil. Akibatnya, Buddha dan Kumpulan Sangha disindir dan dituduh oleh sekumpulan orang awam pangkat atasan.

Maka Buddha memperkenalkan 6 Sila(Sila 1 – 6 dari Atha-Sila) bagi setiap perempuan yang ingin memasuki Kumpulan Sangha. Dia akan menjalani latihan selama 2 tahun, supaya dapat memastikan perempuan itu tidak hamil.

 

Dasa-Sila

Sila ini hanya untuk Samanera dan Samaneri.

  1. Peringkat ini dianggapkan sebagai peringkat permulaan bagi mereka yang ingin memasuki Kumpulan Sangha. Mereka boleh meninggalkan Kumpulan ini sekiranya mereka rasa tidak sesuai dengan kehidupan begini.
  2. Sila 1 – 6 adalah sama dengan Atha-Sila.
  3. Sila ke 7 (dari Atha-Sila) dipecahkan kepada Sila 7 & 8 bagi Dasa-Sila.
    1. Sila 7: NACCA-GITA-VADITA-VISUKA-DASSANA VERAMANI
    2. Menahan diri dari menari, menyanyi, bermain musik dan melihat pertunjukan.

    3. Sila 8: MALA-GANDHA-VILEPANA-DHARANA-MANDANA-VIBHUSANATTHANA VERAMANI

    Menahan diri dari memakai bunga-bungan, wangi-wangian, pomade(sejenis minyak wangi) dan perhiasan bersolek.

  4. Sila ke 9 adalah sama dengan Atha-Sila.
  5. Sila ke 10: JATARUPA-RAJATA-MAHA-SAYANA VERAMANI

Menahan diri dari menerima emas dan perak(bererti wang).

 

Soalan:

Mengapakah peranan Sila begitu penting dalam Buddhisme ?

Jawapan:

Sebelum Buddha memasuki Parinirvana, Bhante Ananda bertanya pada Buddha: "Semasa Buddha berada, kami mengikut Buddha sebagai guru. Setelah Buddha memasuki Parinirvana, siapa akan menjadi guru kami?"

Beliau bertitah: "Anggaplah Vinaya sebagai guru kamu."

Begitu jelas sekali peranan Vinaya (koleksi Sila) di dalam Buddhisme.

Semua penganut Buddha memainkan peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Maka tahap kultivasi pun berlainan. Tahap ini bergantung pada kemampuan memegang Sila.

Kenapa kita harus memegang & mempraktik Sila ?

  1. Sila boleh melahirkan Sila.
  2. Dari Panca-Sila, lahirnya Dasa-Sila, lahirnya Upasampada Sila. Dengan mempraktik Sila, kita akan memperolehi Sila yang luhur, suci, tiada ketkotoran batin (kilesa)

  3. Sila boleh melahirkan Dana.
  4. Dana ada 3 jenis:

    1. Amisa-Dana: Berdana barang-barang.
    2. Dharma-Dana: Berdana Dharma.
    3. Abhaya-Dana: Berdana dengan membantu kehidupan lain terbebas dari bahaya.

    Dengan mempraktik Sila, kita tidak menyerang kehidupan lain. Ini ialah Amisa-Dana.

    Dengan mempraktik Sila, orang lain menghormati dan memuliakan. Kita boleh memberitahu tentang Dharma & kebaikan Sila agar mereka juga dapat mempraktik dan memperolehi pahala. Ini ialah Dharma-Dana.

    Dengan mempraktik Sila, kita tidak membinasakan kehidupan lain, kerana kehidupan bernyawa takut akan kematian. Mereka terbebas dari bahaya. Ini ialah Abhaya-Dana.

  5. Sila boleh melahirkan Khanti (kesabaran).
  6. Kini kita memegang dan mempraktik Sila, sebenarnya kita melatih Citta (fikiran). Untuk menguatkan Sila, maka kita kena bersabar. Bukan sahaja bersabar dengan Citta, kita juga kena bersabar dengan tubuh dan mulut.

    Sila diibaratkan pisau yang tajam, kesabaran itu sarung pisau. Kalau kita tidak bersabar, maka Sila akan melukakan kita.

    Ibarat orang tua berjalan pada waktu malam, jika tidak bertongkat, dia tidak boleh berjalan. Kesabaran ialah tongkatnya.

  7. Sila boleh melahirkan Viriya(Usaha).

Mempraktik Sila dapat membasmi rasa malas dan melahirkan usaha untuk mencapai Pencerahan.

Viriya-Samvara: Menahan diri dengan berusaha, iaitu berusaha mengendalikan dan membasmi kilesa.

Kita mempraktik Sila kerana sudah jemu akan dukkha duniawi: tua, sakit & mati, maka lahirlah usaha :

  • Ingin membasmi dukkha,
  • Memberitahu orang lain tentang dukkha supaya mereka juga boleh membasmi kilesa.

Berusaha menjaga 5 Mula(tapak, akar, dasar; iaitu mata, telinga, hidung, lidah & tubuh) supaya tidak dicemari oleh 5 kilesa (rupa[bentuk & warna], bunyi/suara, bau, rasa & sentuhan).

  1. Sila boleh melahirkan Jhana(Meditasi).
  2. Mempraktik Sila dapat membasmi kilesa tubuh, mulut & pemikiran. Ketiadaan kilesa, maka kita mudah dapat Samadhi(konsentrasi). Samadhi akan melahirkan Panna.

    Sila memeriksan yang kasar (tubuh & mulut), Jhana memeriksa yang halus (pemikiran).

    Ibarat kita hendak naik ke bumbung, kita memerlukan tangga. Tiada tangga Sila, maka Jhana tidak akan wujud.

  3. Sila boleh melahirkan Panna(kearifbijaksanaan).

Memegang pada Sila dapat merenung(sanna, observe) bahawa semua perkara / benda itu wujud kerana paticca samuppada (sebab-musabab); sifat benda adalah sunnata(kekosongan). Kita akan menyedari sikap ‘Tidak paut dan tidak tinggal’

Tidak paut:

Semua perkara / benda mengalami proses anicca. Anicca membawa dukkha. Jika tidak berpaut, maka tiada kilesa.

Tidak tinggal:

Walaupun semua perkara / benda mengalami proses anicca, tetapi kita bergantung padanya untuk mempraktik supaya kita boleh terbebas dari kilesa.

Kita meminjam tubuh kita yang palsu, yang anicca untuk mencapai Pencerahan yang jati.

Sila Samadhi

Panna

Kes

impulan:

Setelah kita memahami:

  1. Apa itu Sila,
  2. Mengapa kita mesti memegang dan mempraktik Sila

Sedikit sebanyak kita sudah tahu akan kepentingan Sila.

Kita sudah percaya dan yakin kepada Buddha(Guru), Dharma(AjaranNya) dan Sangha(Kumpulan Bhikkhu-Bhikkhuni), dan kita sudah faham akan AjaranNya, maka tibalah masanya untuk kita melaksanakan. Setelah melaksanakan, kita akan dapat kepastian. Kepastian itu lebih menyakinkan kita. Dengan keyakinan itu, kita lebih faham dan lebih ingin melaksanakannya, ‘and so on and so for.’

Keyakinan

Kepastian Kefahaman

Perlaksanaan

Gambarajah di atas menunjukkan bahawa pusingan bulatan ini adalah seperti ubat nyamuk, semakin ia berpusing semakin besar bulatannya.

Perjalanan menuju ke Pencerahan adalah satu perjalanan yang pahit, susah dan menelan masa yang panjang. Kita selalunya tidak pasti akan kewujudan kita selepas ini akan menjadi manusia (Bahasa Pali: Manussa, Bahasa Sanskrit: Manushya) atau tidak dalam Samsara (Roda kehidupan / kewujudan). Kehidupan ini, kita dapat mempelajari Buddha-Dharma, tetapi kewujudan yang akan datang kita tidak pasti. Yang pasti, wlaupun kita akan terumbang-ambing dalam Samsara ini, kita telah memegang dan mempraktik Sila, kita akan balik juga ke pangkuan jalan yang menuju ke Pencerahan. Ini kerana kita telah menanam benih Kebuddhaan.

Umpama seorang budak yang belajar berjalan, sudah tentu dia akan teratuk, rebah sehingga dia boleh berjalan. Apabila kita memperhatikan dia, dia sangat gembira. Kegembiraan itu merebak ke semua ahli dalam keluarga. Jikalau budak itu takut rebah, teratuk, maka dia akan mengambil masa yang lebih panjang untuk berjalan.

Ini adalah sama dengan kita apabila kita mempraktik Sila. Kita akan melanggar Sila, atau tidak ada peluang untuk mempraktik Sila. Bila kita mencapai Pencerahan, semua kehidupan baik di alam manusia mahupun di alam Deva, mereka akan berasa gembira.

POH KIM HEE

25.12.1998 untuk kursus pendidikan agama Buddha kali ke 5