Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

Pengenalan kepada Buddhisme


  1. Tiga Permata
  2. Buddha
  3. Ajaran Buddha
  4. Persaudaraan Para Sami
  5. Pagoda
  6. Kuil / Wat
  7. Menghormati Buddha (I)
  8. Menghormati Buddha (II)
  9. Mengingati Buddha
  10. Mengingati Tiga Permata
  11. Memelajari Dharma
  12. Menghormati Bhikkhu
  1. Menghormati Ibubapa Kita Dan Orang Tua
  2. Memberi Dengan Murah Hati
  3. Menjauhkan Dari Perbuatan Membunuh
  4. Menjauhkan Dari Perbuatan Mencuri
  5. Menjauhkan Dari Mencuri Isteri Orang Lain
  6. Mejauhkan Dari Membohong
  7. Menjauhkan Dari Dadah Dan Minuman Keras
  8. Menolong Orang Lain
  9. Menunjukkan Cinta Murni Kepada Semua Orang
  10. Menunjukkan Cinta Murni Kepada Binatang
  11. Perbuatan Baik Akan Menjadikan Kita Gembira
  12. Perbuatan Jahat Akan Mendatangkan Penderitaan
  13. Empat Tempat Suci Buddhis

1. TIGA PERMATA

TIGA PERMATA mewakili tiga permata yang ajaib dan cantik. Mereka digelar sebagai permata kerana mereka berharga kepada kita. Kadangkala TIGA PERMATA juga dikenali sebagai TRIRATANA.

Permata yang pertama ialah BUDDHA. Buddha adalah guru kita. Perkataan Buddha bermakna sesiapa yang telah mencapai PENCERAHAN YANG SEMPURNA. Buddha digelar sedemikian sebab Beliau dapat memahami sebab-sebab mengapa kita menderita. Beliau juga dapat menunjukkan cara untuk menghapuskan penderitaan kita.

Permata yang kedua ialah DHARMA. Dharma adalah AJARAN BUDDHA. Makna Dharma ialah Ajaran. Ajaran Buddha menunjukkan cara bagi kita berbuat baik dan mencari kebahagiaan.

Permata yang ketiga ialah SANGHA. Perkataan Sangha bermaksud PERSAUDARAAN SAMI-SAMI. Sangha mengamalkan Ajaran Buddha dan menyampaikannya kepada kita.

[tajuk]

 

2. BUDDHA

Buddha ialah guru kita. Beliau digelar Buddha kerana Beliau telah mencapai pencerahan dan mengetahui sebab-sebab penderitaan kita. Beliau juga menunjukkan cara-cara untuk menghapuskan penderitaan itu.

Buddha mengajar kita bagaimana melakukan perbuatan yang baik dan hidup dengan gembira. Buddha memberitahu sesiapa yang sentiasa melakukan perbuatan yang baik juga boleh menjadi Buddha.

Buddha dilahirkan di India pada 2,500 tahun yang lalu.

Kita melihat patung Buddha untuk mengingatiNya. Kita dapat lihat patung Guru kita di dalam kuil-kuil. Penduduk-penduduk di beberapa buah negara membuat patung-patung Buddha. Negara-negara itu termasuk India, Sri Lanka, Negeri Thai, Burma dan China.

[tajuk]

 

3. AJARAN BUDDHA

Kita belajar Ajaran Buddha sebab ia menunjukkan kita bagaimana melakukan perbuatan yang baik dan hidup berbahagia.

Beratus-ratus tahun yang lampau, Buddha telah menyampaikan AjaranNya kepada sami dan pengikutNya. Buddha mengajar Ajaran pertamaNya kepada lima orang sami.

Beberapa tahun selepas Buddha meninggal, AjaranNya ditulis di atas daun yang panjang. Pada mulanya, Ajaran ditulis dalam Bahasa PALI.

Pada masa yang lampau, ramai sami pergi ke India untuk mendapatkan buku-buku Buddhis mengenai Ajaran Buddha. Kemudian, Ajaran ditulis dalam banyak bahasa seperti Bahasa Sinhalese, Thai, Burma, Tibet dan Cina.

Hari ini, kita dapat membaca Ajaran Buddha dari buku- buku. Kita akan menjadi lebih bijak sekiranya kita mendengar Ajaran Buddha.

[tajuk]

 

4. PERSAUDARAAN PARA SAMI

SANGHA bermaksud Persaudaraan Para Sami. Persaudaraan bererti Hidup bersama seperti adik-beradik.

Sami adalah seorang yang meninggalkan keluarganya untuk mengalami hidup yang suci. Terdapat juga sami perempuan Buddhis. Mereka adalah wanita yang meninggalkan keluarga mereka untuk mengalami hidup yang suci. Akan tetapi terdapat ramai Buddhis yang bukan sami.

Pada masa dahulu, Buddha adalah seorang putra muda yang kaya dan kacak. Tetapi Beliau meninggalkan istanaNya untuk menjadi seorang sami. Beliau ingin mencari sebab-sebab kenapa manusia menderita dan cara untuk hidup dengan kebahagiaan.

Buddha memulakan persaudaraan para sami. Kini terdapat ramai sami dari beberapa buah negara di dunia. Mereka mengamalkan Ajaran Buddha.

Sami-sami dari beberapa buah negara memelajari Ajaran Buddha dalam bahasa mereka sendiri. Kita belajar Ajaran Buddha dalam Bahasa Malaysia. Sami-sami memakai jubah yang berlainan. Setengah-setengah hanya makan sayur-sayuran sahaja. Tetapi, kesemua sami dari Negeri Thai, Sri Lanka, Burma, Laos dan Kampuchia memakai jubah yang sama.

[tajuk]

 

5. PAGODA

Pagoda ialah sebuah bangunan yang dibina untuk mengingati Buddha.

Kadangkala, ia juga dikenali sebagai STUPA, DAGOBA, atau CHEDI.

Setengah pagoda menyimpan sarira Buddha. Setengah pagoda dibina di tempat yang penting bagi Buddhis. Tempat yang penting itu ppernah dikunjungi oleh Buddha. Kita menganggapkan tempat-tempat itu suci.

Semua negara Buddhis mempunyai bentuk pagoda yang tersendiri. Kita mengingati Buddha appabila kita memandang pagoda. Kadangkala, kita menyalakan lampu minyak dalam pagoda seperti setengah orang meletakkan sekalung bunga di kubu peringatan askar. Ada kalanya kita berjalan-jalan mengelilingi pagoda dan berfikir tentang TIGA PERMATA.

* Sarira: tulang atau lain-lain bahagian tubuh yang tertinggal selepas dibakar.

[tajuk]

 

6. KUIL / WAT

Kuil ialah bangunan yang dibina untuk menghormati TRIRATNA.

Dalam kuil Buddhis, terdapat patung dan imej Buddha. Setiap kali kita melihat imej Buddha, kita teringat yang Beliau adalah Guru kita.

Dalam kuil Buddhis juga, terdapat tempat kediaman BHIKKHU. Sebuah kuil yang mempunyai ramai BHIKKHU dikenali sebagai satu VIHARA / WAT.

Setengah kuil mempunyai dewan khas untuk para BHIKKHU, BHIKKHUni dan orang ramai berhimpun pada hari-hari suci Buddhis.

Setengah kuil pula mempunyai dewan keramat yang mana terdapat patung Buddha yang besar. Orang ramai berhimpun di dalam dewan ini untuk memberi penghormatan kepada TRIRATNA.

Kebanyakan kuil m,empunyai dewan syarahan. Di sinilah orang ramai dapat memelajari Ajaran Buddha.

Setengah kuil mempunyai sebuah pagoda. Jika kawasan kuil itu besar, ia mungkin mempunyai banyak pagoda. Kadangkala terdapat pohon BO juga.

[tajuk]

 

7. MENGHORMATI BUDDHA (I)

Kita menghormati Buddha sebab Beliau adalah Guru kita. Kita menghormatiNya dengan banyak cara.

Apabila kita melihat imej Buddha, kita harus menyatukan kedua-dua tapak tangan dan mengangkatkannya ke atas kepala. Dengan cara ini, tangan kita menyerupai bunga teratai.

Kadangkala kita menyalakan lampu minyak atau lilin untuk Buddha. Pengajaran Buddha adalah seperti cahaya yang terang yang menunjukkan arah kebahagiaan.

Kita juga membakar dupa untuk Buddha. Colok adalah dupa juga. Jika kita menurut dan mengamalkan AjaranNya, orang akan menyayangi kita seperti mereka sukakan bau dupa yang harum itu.

Kita juga membawa bunga bagi Buddha. Kita semua sama seperti bunga :

Bunga yang berbagai warna menandakan kita yang berbilang kaum.

Ada bunga besar dan kecil seperti ada orang dewasa dan kanak-kanak kecil.

 

Jika pengajaran Buddha diikuti dan diamalkan, orang akan menyayangi kita seperti mereka sukakan haruman bunga.

Kita adalah pengikut Buddha dan menyerupai bunga-bunga yang dikumpulkan dalam satu talam yang besar.

Sesungguhnya, bunga yang cantik dan harum itu akan menjadi tua dan layu. Dari Ajaran Buddha, kita mengetahui kenapa sesuatu yang hidup pasti akan mati. Jika kita mengikuti Ajaran Buddha, kita akan berbahagia wwalaupun kita sudah mati.

[tajuk]

 

8. MENGHORMATI BUDDHA (II)

Terdapat banyak cara bagi kita menghormati Buddha.

Pada hari-hari suci Buddhis, kita membaca beberapa rangkap ayat suci mengenai Buddha semasa kita berhimpun di dalam kuil. Kadangkala kita menyanyikan lagu-lagu mengenai Buddha. Setiap orang suka menyanyi. Apabila kita menyanyi kita lupakan segala masalah dan runsing.

Apabila kita menyanyi mengenai Buddha, seolah-olah kita memberikan sesuatu kepadaNya.

Apabila kita tiada apa-apa yang boleh kita berikan kepadaNya, kita cuma satukan kedua-dua belah tangan kita dan membongkokkan badan di hadapppan imej Buddha. Semasa membongkok, kita berfikir tentang Triratna. Kita memejamkan mata supaya kita tidak memikirkan perkara yang lain.

[tajuk]

 

 

9. MENGINGATI BUDDHA

Sedangkan Buddha pun mesti meninggal!

Kita mengingati Buddha seperti kita mengingati seorang pahlawan yang gagah berani.

Semasa kita lihat pohon Bodhi, kita teringat akan Buddha. Putra Siddhartha menjadi Buddha di bawah pohon ini pada Hari Wesak. Apabila kita menghormati pohon Bodhi, kita mengingati dan memikirkan tentang kebijaksanaan Buddha. Pohon Bodhi digelar sebagai pohon kebijaksanaan.

Apabila kita melihat sebuah pagoda, kita juga akan teringat pada Buddha. Beberapa buah pagoda menyimpan sarira Buddha. Kita mengingati Buddha seperti kita mengingati nenek-moyang kita.

Beberapa buah pagoda dibina di tempat yang Buddha pernah lawati. Kita boleh melihat gambar beberapa tempat ini di pelajaran 25 nanti. Pagoda telah dibina di tempat kelahiran Buddha, tempat Beliau menjadi Buddha dan tempat kematianNya.

Bunga teratai memperingatkan kita akan Buddha. Akar teratai yang tumbuh di dalam lumpur tetapi bunganya berkembang dengan cantik di bawah matahari. Daun teratai tidak basah kalau kena air. Jika kita tuangkan sedikit air ke atas daun teratai, air akan mengalir turun. Begitulah jika kita mengamalkan Ajaran Buddha, kejahatan akan lari dari kita seperti air mengalir turun dari daun teratai.

Bunga teratai mempunyai benih walupun ia masih berbunga lain. Ini bermaksud kita mempunyai BENIH BUDDHA dalam kita. Kita semua boleh menjadi Buddha sekiranya kita mengikuti Ajaran Buddha.

[tajuk]

 

 

10. MENGINGATI TIGA PERMATA

Kita mengenangkan Tiga Permata dengan banyak cara.

Roda Peraturan mewakili Ajaran Buddha. Ia juga digelar sebagai DHARMACAKKA.

Dharma seperti sebuah roda. Roda akan mendatangkan faedah jika ia berputar. Dharma hanya berfaedah jika kita mengamalkannya.

SWASTIKA juga mewakili Dharma. Swastika mengingatkan kita tentang Roda Peraturan. Ia juga boleh berputar seperti roda. Ia bergerak seakan-akan jam tangan. Swastika mengingatkan kita bahawa semua benda dalam dunia ini sentiasa bergerak dan bertukar.

BENDERA BUDDHIS mengingatkan kita bahawa kita semuanya bersatu dan Buddha sebagai Pemimpin dan Guru kita. Bendera Buddhis mempunyai 6 jalur warna: biru, kuning keemasan, merah, putih, jingga dan jalur terakhir adalah campuran lima warna itu.

Enam warna di Bendera Buddhis adalah warna yang dipancar dari badan Buddha. Kadangkala kita dapat melihat warna yang cantik ini mengelilingi bahagian kepala Buddha. Kadang-kadang kita hanya dapati satu cahaya yang bulat di bahagian kepalaNya. Cahaya ini bermaksud bahawa Buddha telah mencapai Percerahan.

Bendera Buddhis Negeri Thai berwarna kuning dan mempunyai sebuah Roda Peraturan di tengahnya.

[tajuk]

 

11. MEMELAJARI DHARMA

Kita pergi ke kuil untuk memelajari Dharma. Kita mendengar BHIKKHU berkhutbah tentang Dharma. Kadangkala kita menyoal tentang Dharma. Kita memelajari Dharma sebab ia mengajar kita bagaimana hendak membuat baik dan hidup berbahagia.

Untuk membuat baik, kita haruslah berkelakuan baik dan membantu orang yang menderita.

Kita semua mengalami penderitaan semasa kita dilahirkan. Apabila usia meningkat, orang jadi tua dan lemah, mereka juga menghadapi penderitaan. Apabila kita jatuh sakit, kita mengalami kesakitan dan berasa tidak gembira. Apabila orang yang kita sayangi meninggal dunia, kita berdukacita sebab kita tidak dapat berjumpa dengan orang yang kita sayangi itu lagi.

Kita rasa tidak gembira apabila bersama-sama orang yang kita tidak suka. Kita rasa tidak gembira apabila tidak dapat bersama- sama dengan kawan yang kita suka. Jika kita tidak dapat apa yang kita hendak, kita berasa sangat sedih.

Buddha mengajar kita bagaimana membebaskan diri kita daripada kesemua kesedihan dan penderitaan.

[tajuk]

 

 

12.MENGHORMATI BHIKKHU

Ada banyak cara kita boleh menghormati BHIKKHU.

Kita menghormati BHIKKHU sebab mereka menganggotai Persaudaraan Sami. Sami Buddhis berasal dari banyak negara. Ada yang berasal dari Sri Lanka, Negeri Thai, Burma dan lain-lain negara. Ada yang berasal dari Timur dan ada dari Barat.

Kita menghormati BHIKKHU apabila kita berjumpa mereka. Kita mengjhormati sami dengan menyatukan kedua-dua tapak tangan kita. Kadang-kadang kita membongkokkan badan. Apabila kita menghormati sami, kita mengingati Triratna.

Ramai orang menghormati sami dengan menyembahkan 4 jenis barang kepada mereka : (catvarah pratyayah)

  1. Setengah orang menyembahkan makanan.
  2. Setengah orang menyembahkan jubah.
  3. Setengah orang menyembahkan tempat berteduh.
  4. Setengah orang menyembahkan ubat-ubatan.

Kita menyembahkan 4 jenis barang ini kepada para BHIKKHU supaya mereka menjadi sihat dan kuat untuk mengamalkan Dharma. Barang-barang yang kita sembahkan kepada BHIKKHU dikenali sebagai DERMA.

Sedekah adalah juga barang-barang yang kita beri kepada orang miskin supaya kita tidak terlalu mementingkan diri sendiri.

[tajuk]

 

 

13. MENGHORMATI IBUBAPA KITA DAN ORANG TUA

Kita harus sentiasa menghormati ibubapa dan orang tua kita.

Ibubapa kita menjaga kita dengan penuh kasih sayang ketika kita kecil. Ibu kita berikan kita makanan. Bapa kita pergi kerja untuk mendapatkan wang untuk membeli makanan, pakaian dan lain-lain keperluan untuk kita.

Orang usia tua bermaksud orang yang lebih tua daripada kita. BHIKKHU adalah orang usia tua. Datuk dan nenek, abang dan kakak, semua adalah orang usia tua. Kawan-kawan kita yang lebih tua adalah juga orang usia tua.

Kita harus menghormati ibubapa dan orang usia tua kita setiap pagi dan apabila kita berjumpa dengan mereka. Kita harusnya mengucapkan selamat malam sebelum pergi tidur.

Ketika ibubapa atau orang tua berikan kita sesuatu, kita harus satukan tapak tangan kita dan mengucapkan terima kasih setelah menerima sesuatu barang.

Pada hari-hari penting seperti Hari Wesak, Hari Perayaan Tahun Baru dan harijadi, kita mesti berucap agar ibubapa dan orang-orang tua kita sentiasa hidup berbahagia, melanjutkan usia dan sentiasa sihat. Kita berhasrat usia mereka dilanjutkan supaya kita dapat menjaga mereka apabila mereka sudah tua. Kita berhasrat mereka sentiasa sihat supaya tidak dijankiti penyakit. Kita berhasrat mereka hidup berbahagia sebab setiap makhluk sukakan kebahagiaan.

[tajuk]

 

14. MEMBERI DENGAN MURAH HATI

Kita mesti bermurah hati.

Murah Hati bererti tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Ketika kita memberi sesuatu kepada orang lain, kita tidak boleh memikir akan mendapat segala-gala untuk diri sendiri. Kita memberi barang kepada orang lain supaya kita menjadi murah hati.

Ada orang memberi pakaian kepada orang lain.

Ada yang memberi makanan kepada orang lain.

Ada yang memberi beras kepada orang lain.

Setengah orang menderma kepada kuil. Derma ialah wang yang diberi oleh orang ramai kepada kuil supaya ia boleh bertambah besar dan baik.

Ada pula orang memberi wang kepada orang miskin dan orang sakit. Orang miskin memerlukan wang untuk membeli makanan, pakaian, ubat dan lain-lain benda keperluan.

Kita juga mesti memberi Dharma kepada orang lain. Kita memberitahu mereka tentang Triratna. Dengan cara ini kita memberi Dharma kepada orang lain. Ini adalah benda yang paling berharga yang boleh kita berikan sebab ia akan mendatangkan kebahagiaan kepada mereka.

[tajuk]

 

15. MENJAUHKAN DARI PERBUATAN MEMBUNUH

Menjauhkan bermaksud mengelakkan dari. Apabila kita menjauhkan perbuatan membunuh kita patut mengelakkan dari membunuh sesiapapun atau sebarang makhluk hidup.

Membunuh bermaksud tidak membenarkan sesuatu makhluk terus hidup. Kita mesti cuba dengan sedaya-upaya supaya tidak membunuh sebarang makhluk hidup.

Jika kita membunuh manusia, keluarganya menjadi sedih dan berkemungkinan tidak seorangpun yang akan menjaga keluarga itu. Sekiranya kita membunuh seorang manusia, kita mungkin dimasukkan ke penjara.

Kita juga tidak boleh mencederakan atau membunuh binatang-binatang. Binatang-binatang liar selalu berlawan dan membunuh antara mereka. Kita tidak boleh berkelakuan seperti binatang liar. Kita adalah manusia.

Binatang juga mempunyai ibubapa dan anak-anak kecil. Anjing mempunyai anak-anak anjing. Kucing mempunyai anak- anak kucing yang kecil. Kalau kita membunuh mereka, tiada sesiapapun yang akan menjaga anak-anak itu. Mereka mungkin mati sebab mereka masih kecil dan lemah.

Setengah orang membunuh diri. Perbuatan demikian adalah salah sebab keluarga mereka akan mengalami penderitaan. Kemungkinan tiada sesiapapun yang akan membeli makanan atau pakaian untuk keluarganya.

Kadangkala kita makan daging. Tidak salah bagi kita makan daging tetapi kita tidak boleh membunuh binatang untuk keseronokan. Jika kita memberi masakan daging kepada sami, kita tidak boleh membunuh sebarang binatang untuk tujuan itu. Sami tidak boleh melihat binatang dibunuh. Kita tidak boleh memberitahu BHIKKHU yang binatang itu dibunuh kerana untuk mereka. BHIKKHU tidak akan meminta orang membunuh binatang untuk menjadi makanan mereka.

Setiap orang dan binatang ingin hidup. Nyawa kita adalah berharga. Kita tidak mahu orang lain membunuh kita.

[tajuk]

 

16. MENJAUHKAN DARI PERBUATAN MENCURI

Mencuri bermaksud mengambil sesuatu barang yang bukan diberi kepada kita dan barang itu adalah kepunyaan orang lain.

Jika kita mencuri sesuatu barang, kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Seseorang itu mungkin tidak ada wang untuk membeli makanan, pakaian dan barang-barang lain sekiranya kita mencuri wangnya.

Seseorang yang mencuri dipanggil pencuri. Kita tidak mahu pencuri mencuri barang-barang dari rumah kita. Kita rasa sedih sekiranya ada orang mencuri sesuatu daripada kita. Jadi, kita tidak patut dan tidak boleh mencuri benda orang lain.

Pencuri biasanya dimasukkan ke penjara.

Setengah orang mencuri sebab mereka miskin. Setengah pula mencuri sebab mereka tamak dan memikirkan untuk diri sendiri sahaja. Kita tidak boleh menjadi begini. Kita patut bermurah hati dan berbaik hati terhadap orang miskin. Jika kita membantu orang miskin, mereka tidak akan mencuri atau menjadi pencuri.

[tajuk]

 

17. MENJAUHKAN DARI MENCURI ISTERI ORANG LAIN

Mencuri isteri orang lain bermaksud melakukan kesalah dan melakukan perbuatan buruk dengan isteri orang lain.

Isteri ialah wanita yang telah berkahwin. Lelaki dan perempuan berkahwin sebab mereka bercinta satu sama lain.

Suami ialah lelaki yang telah berkahwin. Tugasnya ialah mengasihi dan menjaga isterinya.

Mencuri isteri orang lain adalah salah. Sebab suaminya akan merasa marah dan dukacita. Anak-anaknya juga merasa sedih dan malu. Kadangkala tiada orang yang akan menjaga anak-anaknya.

Seseorang yang mencuri isteri orang lain mungkin menghadapi penyakit yang dasyat dan menyakitkan. Mereka mungkin dihadap ke mahkamah. Setengah mungkin didenda dan membayar gantirugi kepada suami itu. Ada pula mungkin dimasukkan ke penjara.

[tajuk]

 

18. MEJAUHKAN DARI MEMBOHONG

Membohong bermaksud bercakap sesuatu yang tidak benar.

Jika kita bercakap bohong, kita cuba menipu orang lain.

Sekiranya kita tidak menepati janji, ia juga menandakan kita berbohong.

Kita patut tidak berbual kosong atau mengumpat. Mengumpat ialah memburukkan nama orang lain di belakang orang itu. Seseorang yang berbual-bual bertujuan menghabiskan masa atau mengumpat digelar pengumpat.

Kita sepatutnya tidak boleh meneritakan keburukan orang.Menceritakan keburukan orang bermaksud menceritakan hal orang lain. Seseorang yang suka menceritakan keburukan orang ialah orang yang suka mengambil tahu hal-hal orang lain.

Bercakap bohong mungkin memulakan pergaduhan. Setengah orang berlawan sebab mereka tidak percaya satu sama lain. Apabila berlakunya pergaduhan, tentu ada orang akan cedera.

Sekiranya kita membohong, orang lain mungkin tidak akan percaya apabila kia bercakap benar. Kebanyakan orang tidak suka pengumpat dan orang yang suka mengambil tahu hal-hal orang lain.

Cara menjauhkan dari membohong ialah kita mesti sentiasa bercakap benar.

[tajuk]

 

19. MENJAUHKAN DARI DADAH DAN MINUMAN KERAS

Dadah adalah ubat merbahaya yang menjadi kita mengantuk dan berasa aneh. Menghisap dadah adalah kelakuan yang buruk.

Minuman keras menyebabkan seseorang itu mabuk. Pemabuk tidak tahu apa yang dilakukan olehnya.

Menghisap dadah adalah perbuatan buruk sebab kita akan menambahkan amaun dadah yang dihisap. Menghisap dadah seakan-akan makan terlalu banyak gula-gula. Kita akan jatuh sakit sekiranya kita makan terlalu banyak gula-guka. Kita akan sakit tenat sekiranya kita menghisap terlalu banyak dadah.

Dadah pula mahal harganya. Kita membazirkan wang kita sekiranya kita menghisap dadah. Orang yang menjual dadah akan ditangkap oleh polis dan dimasukkan ke penjara. Penjual dadah mendapat keuntungan wang yang banyak dari pembelinya. Orang yang selalu membeli dadah akan ketinggalan wang yang sedikit sahaja.

Minum minuman keras seperti arak adalah perbuatan buruk sebab kita akan menjadi mabuk. Dalam keadaan mabuk, kita akan melakukan banyak perbuatan buruk yang biasanya kita tidak buat.

Pemabuk mungkin membunuh orang.

Pemabuk mungkin mengambil barang-barang orang.

Pemabuk mungkin tidak berkelakuan baik.

Pemabuk mungkin bercakap hal-hal yang tidak benar dan yang tidak baik didengar.

Seseorang menjatuh sakit tenat sekiranya dia minum terlalu banyak minuman keras. Keluarganya akan menderita sebab dia tidak boleh bekerja dan mendapatkan upah untuk keperluan keluarganya.

Kita boeh mematuhi PANCA SILA dengan mudah sekiranya kita tidak menghisap dadah dan minum minuman keras.

[tajuk]

 

20. MENOLONG ORANG LAIN

Apabila kita menolong orang lain, kita menenangkan kehidupan mereka. Jika kita tidak menolong mereka, mereka akan mengalami lebih banyak penderitaan. Kita haruslah memberi bantuan kepada orang lain supaya mereka dapat membuat sesuatu dengan diri sendiri. Dengan cara ini, lama- kelamaan, mereka tidak akan memerlukan bantuan lagi pada masa depan.

Orang-orang berusia tua memerlukan bantuan kita sebab mereka tidak lagi gagah. Mereka tidak dapat melihat dengan baik. Mereka tidak boleh berjalan dengan baik. Itulah kenapa kita mesti sentiasa membantu orang-orang tua.

Orang-orang yang sakit juga memerlukan bantu kita sebab mereka adalah lemah dan mengalami banyak kesakitan. Kebanyakan orang-orang sakit terpaksa berbaring di atas katil. Kita membantu orang-orang sakit supaya mereka akan sembuh dengan lebih cepat.

Orang-orang yang sesat jalan memerlukan bantuan kita. Apabila seseorang itu sesat, dia tidak tahu ke mana dia patut tuju. Kita boleh menunjukkannya jalan yang betul.

Ramai orang yang memerlukan bantuan kia. Kawan-kawan dan jiran-jiran kita kadangkala memerlukan bantuan kita. Setengah orang membantu jirannya dengan membina jambatan dan membuat sesuatu yang berguna untuk mereka. Ada pula membantu orang lain dengan membuat kerja-keja lain. Setengah orang berkongsi barang-barang elok yang mereka memperolehi.

Jika kita saling membantu, kita akan berbahagia dan mempunyai hampir kesemua benda yang kita ingini.

[tajuk]

 

21. MENUNJUKKAN CINTA MURNI KEPADA SEMUA ORANG

CINTA MURNI bererti menunjukkan kebaikan kepada orang lain supaya mereka akan berbahagia dan berada dalam keadaan yang baik. Istilah untuk cinta murni ialah maitri.

Kita menunjukkan cinta murni kepada orang lain dengan mengharapkan mereka sentiasa sihat dan gembira. Kita berhasrat demikian supaya kita boleh melakukan kebaikan dan membantu orang lain. Kita inginkan gembira sebab kita semua mahukan kegembiraan.

Kita harus cuba menjadikan ibubapa dan guru-guru kita sihat dan gembira, sebab mereka mengajar kita banyak perkara yang baik yang kita tidak mengetahui.

Kita harus cuba menjadikan setiap orang sihat dan gembira. Jika setiap orang sihat dan berbahagia mereka akan saling bantu-membantu. Dengan ini, dunia ini akan menjadi satu tempat yang istimewa untuk hidup.

Kita harus cuba berusaha supaya binatang-binatang juga menjadi sihat dan gembira. Mereka sama seperti manusia sebab mereka juga bernyawa seperti kita. Binatang-binatang juga mengalami kesakitan dan penderitaan.

Sebelum tidur, kita harus memancarkan perasaan cinta murni kepada semua makhluk. Jika kita sentiasa berbuat demikian, kita akan menjadi gembira dan tenteram selalu.

[tajuk]

 

22. MENUNJUKKAN CINTA MURNI KEPADA BINATANG

Kita harus menunjukkan cinta murni kepada binatang. Kita menunjukkannya dengan membantu mereka menjadi sihat dan gembira.

Kita menunjukkan cinta murni kepada binatang dengan memberikan jagaan. Kita menjaga mereka dengan memberikan makanan, memelihara kebersihan dan menyediakan tempat tinggal yang baik.

Kita boleh menunjukkan cinta murni kepada binatang dengan membebaskan mereka. Burung-burung suka kebebasan dan berterbangan di udara, seperti kanak-kanak suka berlari dan bermain di padang.

Setengah binatang tiada kaki. Setengah binatang mempunyai dua kaki,empat kaki, enam kaki, lapan kaki dan banyak kaki. Kita harus menunjukkan cinta murni kepada semua binatang dengan tidak mencederakan mereka. Mereka juga tidak akan mencederakan kita.

[tajuk]

 

23. PERBUATAN BAIK AKAN MENJADIKAN KITA GEMBIRA

Ketika kita membantu orang lain, kita melakukan suatu perbuatan yang baik.

Perbuatan yang baik akan mendatangkan kegembiraan kepada ramai orang. Buddha mengajar kita supaya jangan melakukan perbuatan jahat, lakukan perbuatan yang baik dan sucikan fikiran kita.

Menolong orang yang sakit adalah baik. Kalau kita tolong orang-orang sakit, mereka akan sembuih dengan cepat. Jika kita tolong orang yang sakit, kita akan bergembira juga. Ini adalah sebab orang yang sihat dan gagah boleh melakukan banyak perkara yang baik.

Menolong orang-orang yang miskin juga adalah baik. Kita tolong orang-orang yang miskin dengan memberikan mereka wang, makanan, pakaian dan lain-lain barang. Kita menolong orang-orang miskin supaya mereka berdaya melakukan apa yang mereka ingin. Jika seorang boleh melakukan sesuatu dengan diri sendiri dan mempunyai pekerjaan yang baik, dia tidak akan menjadi miskin. Jika dia tidak lagi miskin, dia tidak akan menjadi pencuri.

Adalah baiknya jika kita menolong orang-orang tua yang kesunyian. Kita menolong mereka dengan memberikan jagaan. Orang-orang tua yang kesunyian memerlukan teman. Jika kita berikan mereka jagaan, mereka akan bergembira. Keluarga kita akan menyayangi kita sebab kita adalah anak-anak yang baik.

Adalah baik sekiranya kita menyembahkan barang-barang kepada Triratna. Setengah orang sembahkan cahaya kepada Buddha. Cahaya menghilangkan kegelapan. Orang yang cerdik sukakan cahaya yang terang sebab dia dapat memahami dan melihat perkara dengan baik dan jelas, kita akan jadi bijaksana dan gembira.

[tajuk]

 

24. PERBUATAN JAHAT AKAN MENDATANGKAN PENDERITAAN

Ketika kita menyakiti hati orang lain, kita tidak menolong mereka. Kita sedang melakukan sesuatu perbuatan yang jahat. Perbuatan jahat ini m,enyedihkan mereka. Buddha mengajar kita supaya jangan melakukan perbuatan yang jahat.

Adalah tidak baik jika kita mementingkan diri sendiri. Kalau kita ada banyak wang atau barang-barang, kita harus cuba menolong orang lain. Orang yang mementingkan diri tidak mempunyai kawan yang ramai. Orang yang mementingkan diri akan menjadi sangat sedih pada suatu hari kerana wang yang mereka mempunyai itu tidak boleh membeli kegembiraan.

Tidak baik juga jika kita memarahi orang atau menggunakan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati orang, kita harus mengelakkan dari mengutuk, atau mengeluarkan perkataan yang kasar atau buruk terhada ibubapa, orang-orang tua atau kawan-kawan kita. Jika kita menyakitkan hati orang lain dengan cara begini, maka bilangan kawan kita adalah kecil. Orang-orang tidak suka kita disebabkan perkataan- perkataan yang kita gunakan. Maka apa yang kita katakan itu akan menyebabkan kita menderita.

Adalah tidak baik jika kita menganiayai orang-orang lain. Bila kita menganiayai orang lain, mereka menjadi sedih dan menderita. Kita tidak boleh menganiayai kawan-kawan kita walaupun mereka kecil atau lemah. Jika kita menyakitkan hati mereka dengan cara begini, mereka tidak akan berkawan dengan kita lagi. Dengan itu kita akan kehilangan kawan dan kita akan berasa sedih.

Kita mesti mengelakkan dari perbuatan yang jahat sebab orang-orang lain akan menderita.

[tajuk]

 

25. EMPAT TEMPAT SUCI BUDDHIS

Terdapat empat tempat suci Buddhis, tiga di India dan satu di Nepal. Buddha pernah tinggal di India pada zaman dahulu.

Tempat-tempat suci Buddhis adalah tempat-tempat pernah Buddha lawati. Setiap Buddhis harus cuba melawati keempat- empat tempat suci ini untuk mengingati Buddha.

Empat tempat suci Buddhis ialah LUMBINI, BUDDHAGAYA, ISIPATANA dan KUSINARA. Tempat-tempat ini adalah tempat- tempat purba yang Buddha mengunjungi.

Lumbini ialah tempat suci yang penting sebab Buddha dilahirkan di sana. Buddha adalah seorang putra yang kaya, muda dan kacak. NamaNya ialah SIDDHARTHA.

Buddhagaya ialah tempat suci yang penting sebab Putra Siddhartha menjadi Buddha di sana. Sebelum itu Beliau tidak dipanggil Buddha, tetapi digelar bakal Buddha.

Isipatana adalah tempat suci yang penting sebab Buddha, buat kali yang pertamanya, menyampaikan DharmaNya. Beliau berkhutbah kepada lima orang sami.

Kusinara adalah tempat suci yang penting sebab Buddha meninggal dunia di sana. Buddha meninggal dunia ketika Beliau berusia 80 tahun. Ini berlaku lebih daripada 2,500 tahun yang lalu.

Hari ini ramai Buddhis yang taat mengunjungi keempat- empat tempat suci ini untuk mengingati Buddha.

[tajuk]

 


Kembali ke Laman Utama