Make your own free website on Tripod.com
Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

KAMMA / KEWUJUDAN SEMULA

 

BAHAGIAN 1

 

  1. Apa itu kamma?
  • Kamma dalam Bahasa Pali bermaksud perlakuan (action).

Apa itu kewujudan semula atau punarjadi?

  • Suatu keadaan yang mana makhluk (manusia, dewa, haiwan, peta, dan lain-lain) itu mati dan dilahirkan semula. Di mana ia dilahirkan semula bergantung kepada kamma/perlakuan yang lampau.

   Buddha pernah berkata:-

  • "Wahai bikkhu-bikkhu, niat itu ialah kamma, dengan mempunyai niat, seseorang itu melakukan dengan tubuh badan, pertuturan dan minda."
  1. Samyutta Nikaya
  2. "Bergantung kepada benih yang disemai,

    Begitu juga hasil yang diperolehi,

    Melakukan kebaikan akan mendapat kebaikan,

    Melakukan kejahatan, keburukan diterima,

    Setelah benih disemai, kamu akan merasai hasilnya kemudian."

     

  3. Teori Sains
  • Setiap tindakan mempunyai tindak balas.
  1. Dengan kesimpulannya, kita katakan Peraturan Kamma ialah peraturan sebab dan akibat (kamma dan vipaka).
  2. Kamma boleh dibahagikan kepada 2 bentuk:-
  1. Kusala Kamma - perlakuan yang baik atau menguntungkan.
  2. Akusala Kamma - perlakuan yang tidak baik atau merugikan.
  1. Kamma dilakukan dengan 3 cara:-
  1. Tubuh badan
  2. Pertuturan
  3. Minda
  1. Cara hukum kamma bertindak:-
  • Hukum Kamma ialah peraturan semula jadi (natural law).
    1. Hukum yang ‘impartial’.
    2. Hukum yang bertindak mengikut perlakuan itu.
  1. Akusala Kamma boleh diatasi (bukan dihapuskan) dengan memperbanyakkan Kusala Kamma supaya ia boleh menenggelamkan Akusala Kamma.
  2. Kenapa kita lakukan Akusala Kamma?
  • Ada 3 sebab yang dikenali sebagai Akusala Mula atau punca kejahatan.
  • Akusala Mula:-
    1. Lobha - haloba, tamak
    2. Dosa - kemarahan, kebencian
    3. Moha - delusi, pengeliruan minda

 

  1. Dari manakah lahirnya Akusala Mula?
  • Ia dilahirkan dari 6 pintu deria atau Ayatana:-
    1. mata
    2. telinga
    3. lidah
    4. hidung
    5. badan/kulit
    6. minda
  1. Untuk melengkapkan Akusala Kamma, beberapa faktor diperlukan.
  • Contoh: membunuh
    1. ada makhluk
    2. sedar yang makhluk itu hidup
    3. niat untuk membunuh
    4. melakukannya
    5. makhluk itu mati

 

BAHAGIAN 2

  1. Jenis-jenis Kamma:-
  • Kamma dibahagikan kepada 12 jenis dalam 3 kumpulan:-
  1. Klasifikasi mengikut masa ia matang
    1. Ditthadhammavedaniya kamma
    2. Kamma yang akan dialami dalam kehidupan sekarang.

    3. Upapajjavedaniya kamma
    4. Kamma yang akan dialami selepas kehidupan ini.

    5. Aparapariya vedaniya kamma
    6. Kamma yang akan dialami dalam beberapa kehidupan akan datang (tidak tentu bila).

    7. Ahosi kamma

Kamma tidak efektif. Jika tidak sempat dialami dalam kehidupan ini, ia akan menjadi lemah dan lenyap.

  1. Klasifikasi mengikut fungsi
  1. Janaka kamma
  2. Kamma reproduktif atau regeneratif. Kamma yang menyebabkan kelahiran akan datang.

  3. Upatthambaka kamma
  4. Kamma sokongan. Kamma yang memberi sokongan kepada kamma yang sedang dialami.

  5. Upapilaka kamma
  6. Kamma yang mengubahsuai kamma janaka dengan yang baru.

  7. Upaghataka kamma

Kamma halangan. Kamma yang menghalang kamma yang sedia ada dengan yang baru.

  1. Klasifikasi mengikut susunan kematangan

Yang berat dahulu dan yang ringan kemudian.

  1. Garuka kamma
  2. Kamma berat. Kamma ini akan timbul terdahulu dari yang lain.

    Kusala

    Akusala

    Jhana dan meditasi

    membunuh ibu bapa

    membunuh arahant

    mencederakan Buddha

    memecah belah sangha

     

     

  3. Asana kamma
  4. Kamma di saat-saat kematian. Kamma ini akan menentukan keadaan pada kelahiran akan datang jika tiada Garuka kamma.

  5. Acinna kamma
  6. Kamma tabiat. Kamma yang sentiasa dilakukan.

    Contoh:- pemburu - memburu dan membunuh

    doktor - mengubati pesakit

    guru - mengajar

    pencuri - mencuri

  7. Katatta kamma

Kamma simpanan, perlakuan kasual. Semua jenis kamma yang tidak termasuk dalam ketiga-tiga yang disebut di atas.

  1. Proses Punarjadi/kewujudan semula/punabbhava
  • Untuk mengetahuinya, kita perlu tahu apa dia kelahiran dan kematian.

Kematian

  • Bila berlaku kematian, vinnana atau sedardaria atau kesedaran deria berpisah dari jasad. Jasad yang terdiri dari 4 elemen akan berpecah:
    1. udara
    2. air
    3. api (haba)
    4. tanah
  • Apabila vinnana berpisah dari jasad, ia akan memasuki jasad lain (bergantung kepada kammanya). Sesuatu makhluk itu (misalnya manusia) akan mati disebabkan oleh salah satu dari 4 sebab-sebab berikut:-
    1. kehabisan janaka kamma
    2. cukup tempoh umur
    3. kehabisan janaka kamma dan cukup tempoh umur
    4. kamma halangan yang lebih kuat menghalang janaka kamma
  • Ia boleh diumpamakan dengan pelita minyak. Contoh:-
    1. pelita itu akan mati jika kehabisan sumbu.
    2. kehabisan minyak.
    3. kehabisan sumbu dan minyak.
    4. angin kuat akan mematikan pelita itu.

Kelahiran

  • Ada 4 jenis kelahiran
    1. kelahiran dari telur: ayam, ular, penyu
    2. kelahiran dari rahim: manusia
    3. kelahiran dari kelembapan (moisture): hidupan seni (mikro-organisma)
    4. kelahiran spontan: dewa, peta, brahma
    • Kelahiran dari rahim dan telur memerlukan 3 faktor:-
    1. pertemuan kedua-dua benih ibu bapa (sperma + ovum).
    2. masa yang sesuai iaitu waktu ibu subur.
    3. makhluk yang sedia untuk dilahirkan.

 

 

 


Kembali ke Laman Utama