Make your own free website on Tripod.com
Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

Petikan daripada Cahaya Bodhi

Newsletter Berita Susulan Kursus Pendidikan Agama Buddha ke-5,
Persatuan Buddha Wakaf Bharu, Kelantan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabba danam dhamma danam jinati

sabbam rasam dhamma raso jinati

Sabbam ratim dhamma ratijinati

tanhakkhayo sabba dukkham jinat.

Pemberian Kebenaran (Dhamma) mengatasi segala pemberian lain. Nikmat Kebenaran mengatasi segala nikmat lain. Kebahagiaan Kebenaran mengatasi segala kebahagiaan lain.

Dia yang telah menghapuskan segala nafsu (tanha) bebas daripada segala kesengsaraan.

Ayat 354

 

Pada satu ketika, semasa suatu mesyuarat di kalangan dewa di alam dewa Tavatimsa, empat soalan telah dikemukakan, tetapi tiada jawapan yang tepat dapat diberikan.

Pada akhirnya, Sakka (raja kepada segala dewa) membawa dewa-dewa tersebut berjumpa dengan Buddha di Jetavana. Selepas menjelaskan kesulitannya, Sakka mengemukakan empat soalan tersebut:

  • Di antara pemberian, apakah yang terbaik?
  • Di antara nikmat, apakah yang terbaik?
  • Di antara keseronokan, apakah yang terbaik?
  • Kenapakan penghapusan nafsu dikatakan sebagai yang termulia?

Buddha menjawab, ‘Dhamma merupakan pemberian yang termulia di antara semua jenis pemberian, nikmat yang terbaik di antara semua jenis nikmat dan kebahagiaan yang tertinggi di kalangan semua jenis kebahagiaan. Penghapusan nafsu memimpin ke arah penghapusan segala kesengsaraan (dukkha), dan sebab itulah ia merupakan penaklukan yang termulia.’

Pada akhir khutbah, Sakka berkata kepada Buddha, ‘Yang Mulia, sekiranya pemberian Dhamma mengatasi segala pemberian lain, kenapakah kami tidak dijemput untuk berkongsi pahala (bun – bahasa siam) semasa pemberian Dhamma dilakukan? Yang Mulia, saya pohon agar bermula dari sini, kami diberi sebahagian pahala hasil daripada perbuatan baik.’ Seterusnya, Buddha menyuruh para bhikkhu berhimpun dan menasihati mereka supaya berkongsi pahala dengan semua makhluk.

Semenjak itu, telah menjadi satu kebiasaan di kalangan umat Buddhis untuk menjemput semua dewa dan makhluk lain untuk berkongsi pahala.

Sumber: The Dhammapada oleh K.Sri Dhammananda