Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

PERAYAAN WESAK

Oleh:

Bhante Dr K. Sri Dhammananda


Apakah Wesak ? *

Ketetapan W.F.B. *

Wesak Cuti Umum di Malaysia *

Kelahiran Seorana Putera Yang Hulia *

Seorang Putera Yanq Luarbiasa Kebijiaksanaannya *

Pencerahan Sempurna Buddha *

Kesedaran Tentang Kebenaran *

Kemangkatan Gautama Buddha *

Hari Trisuci *

Bagaimana Menyambut Hari Wesak *

Membawa Kebahagiaan Kepada Orang Lain *

Perarakan Kereta Berhias *

Cara Yang Betul Untuk Memberi Penghormatan Kepada Buddha *


 

Apakah Wesak ?

Di dalam kalendar Buddhis, hari yang paling penting dan dikenali oleh ramai umat Buddhis dan juga yang bukan Buddhis ialah Hari Trisuci Wesak. Wesak ialah satu bulan di dalam takwim India dahulu kala yang biasanya jatuh pada bulan Mei. Akan tetapi, kadangkala bulan Wesak itu bermula pada hujung bulan April ataupun berlanjutan hingga awal bulan Jun. Wesak berasal daripada perkataan Pali "Wesakha" atau perkataan Sanskrit "Waishakha". Di beberapa negara, hari Wesak juga dikenali sebagai hari Buddha.

 

Ketetapan W.F.B.

Keputusan untuk merayakan Wesak sebagai hari keputeraan Buddha telah dibuat di dalam persidangan pertama W.F.B. (World Fellowship of Buddhists) yang

diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950. Ketetapan itu berbunyi seperti berikut :

 

"Persidangan W.F.B. ini merakamkan perhargaan yang sepenuhnya kepada tindakan mulia yang telah di ambil oleh Duli Yang Teramat Mulia, Maharaja Nepal dalam mengisytiharkan hari bulan purnama Wesak sebagai satu hari cuti umum di Nepal. Pada masa yang sama, persidangan ini dengan ikhlasnya meminta semua ketua kerajaan yang negaranya yang mempunyai penduduk agama Buddha sama ada ramai atau sedikit, mengambil langkah untuk mengumumkan hari bulan purnama di dalam bulan Mei sebagai Hari Buddha dan meraikannya sebagai hari cuti umum. Perkara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Gautama Buddha yang

diakui umum sebagai salah seorang penyumbang bakti yang terbesar kepada manusia."

 

Di dalam mesyuarat M.F.B. yang berikutnya, banyak usul berhubung dengan perayaan Wesak atau Hari Buddha juga telah diluluskan. Mesyuarat W.F.B. yang telah diadakan di Rangoon, Burma pada tahun 1954, telah meluluskan perkara berikut :

"Persidangan W.F.B. ini memohon kepada kerajaan India supaya mengumumkan Hari Purnama Buddha (hari bulan purnama dalam bulan Mei) sebagai satu hari cuti umum bagi seluruh negara India."

Di dalam mesyuarat M.F.B. keempat yang diadakan di Nepal pada tahun 1956, satu usul yang serupa berbunyi seperti berikut telah diluluskan:

"Kerajaan Pakistan dipohon untuk mengumumkan Hari Trisuci Wesak Purnama (hari bulan purnama dalam Mei) sebagai satu hari cuti umum bagi setiap tahun yang akan datang. "

Di dalam Persidangan Dunia yang keenam di Phnom Pehn, Kampuchea, pada tahun 1961, persidangan telah memutuskan

"Hari bulan purnama yang pertama di dalam bulan Mei diiktiraf sebagai Hari Buddha dan dirayakan seperti yang sewajarnya."

Pada tahun 1976, persidangan W.F.B. yang ke sebelas diadakan di Bangkok, Negeri Thai. Keputusan untuk menentukan satu hari umum untuk meraikan Wesak telah dibangkitkan lagi dan keputusan yanq berikut telah dibuat:

 

"Bahawa diputuskan, Majlis berasa adalah perlu usul untuk menyambut hari Wesak pada hari yang sama dilaksanakan. Oleh itu, jawatankuasa ini ingin menyarankan kepada sidang pleno sekali lagi untuk melaksanakan usul yang dibuat dan diluluskan oleh Persidangan Umum yang lalu."

 

 

Wesak Cuti Umum di Malaysia

Selain daripada ketetapan yang diluluskan oleh Mesyuarat Dunia W.F.B., pada tahun 1961 umat Buddhis di Malaysia telah membuat satu rayuan kepada kerajaan

Malaysia untuk mengumurnkan hari Wesak sebagai hari cuti umum di Malaysia. Hujah-hujah yang panjang telah dikemukakan dan di antaranya adalah seperti berikut :

 

"Di dalam mengusulkan ketetapan yang dibuat, kami dengan penuh harapan membuat rayuan kepada Tuan untuk menimbangkan rayuan kami supaya hari purnama Wesak diumumkan sebagai hari cuti umum bagi Persekutuan Tanah Melayu pada setiap tahun. Pada masa yang lalu, tidak terdapat kata sepakat sesama umat Buddhis di Malaysia tentang tarikh untuk memperingati Hari Keputeraan Gautama Buddha. Terdapat mereka yang merayakan hari tersebut pada hari kelapan bulan keempat di dalam kalendar Cina dan yang lain pula merayakan hari kelima belas pada hari bulan purnama pada bulan keempat. Ketiadaan kata sepakat ini telah menentang arus untuk bersama-sama memohon hari cuti umum tersebut sehingga sekarang. Selaras dengan ketetapan yang dibuat ini (yang baru), semua Buddhis di

seluruh Persekutuan Tanah Melayu kini bersetuju untuk menyambut Hari Keputeraan Gautama Buddha pada bulan purnama Wesak (hari bulan purnama di dalam bulan Mei) dan juga dipersetujui bahawa upacara di semua Vihara Buddhis

akan dijalankan pada hari tersebut.”

 

"Hari Wesak adalah hari yang paling suci di antara semua hari suci Buddhis yang lain. Wesak memperingati Hari Keputeraan Gautama Buddha, hari Beliau mencapai Pencerahan Sempurna Tertinggi dan hari Buddha mencapai ‘Parinibbana’, iaitu hari Buddha mangkat. Hari peringatan Trisuci ini umumnya diraikan oleh umat Buddhis dengan penuh penghormatan. Pengikut-pengikut akan mengkhaskan hari ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berpahala seperti menderma kepada fakir miskin, menderma kepada Vihara, melafazkan sutta, bermeditasi, mendengar pengkhutbahan Dhamma serta mempraktik Sila."

 

Walau bagaimanapun, sementara satu kempen seluruh negara sedang dilancarkan untuk mendapat tandatangan daripada semua pemimpin Buddhis untuk menyokong ketetapan ini, kerajaan kita telah bermurah hati dan bersetuju untuk mengumumkan Hari Wesak sebagai hari cuti umum berkuatkuasa mulai daripada tahun 1962.

 

Kelahiran Seorana Putera Yang Hulia

 

Hari Wesak merupakan satu hari yang sungguh bermakna bagi jutaan umat Buddhis yang juga merupakan satu perlima daripada jumlah penduduk di dunia ini. Di beribu-ribu vihara seluruh dunia yang merentangi dari Tokyo di timur hingga San Francisco di barat, umat Buddhis akan memberi penghormatan kepada seorang putera yang telah meninggalkan keseronokan duniawi di istana untuk membawa

ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia.

 

Buddha atau "Yang Telah Mencapai Pencerahan Sempurna Tertinggi" dilahirkan, dalam tahun 623 S.M. pada hari bulan purnama Wesak. Putera muda ini diberi nama Siddhattha atau "Yang Membawa Segala Kebaikan". Ibu-bapanya, Raja Suddhodana dan Permaisuri Mahamaya memerintah sebuah kerajaan kecil yang dipanggil Kapilavattu di utara India.

 

Seorang Putera Yanq Luarbiasa Kebijiaksanaannya

Siddhattha Gautama telah disediakan dengan segala kenikmatan atau kepuasan duniawi yang boleh dibekali oleh sesebuah istana. lbu bapanya melindunginya daripada hakikat dunia luar yang sebenar. Keunggulannya di bidang sukan dan kepintarannya yang luar biasa itu tidak dapat memberinya kepuasan dengan keseronokan yang bersifat sementara sahaja.

 

Beliau selalu bermeditasi. Pada suatu hari, beliau ternampak seekor katak hampir-hampir ditelan oleh seekor ular. Pada ketika itu, seekor helang telah datang

menyerang dengan mengejut dan terbang dengan ular dan katak di dalam mulutnya. Peristiwa ini telah menyebabkan dia memikir: Hidup manusia adalah sama; mereka yang kuat sentiasa memusnahkan mereka yang lemah dan begitulah seterusnya. Hakikat ini telah menyedarkannya bahawa kebahagiaan hanya dapat dicari apabila semua perjuangan untuk terus hidup (kemandiran diri) ditamatkan.

 

Pada suatu hari, semasa beliau berada di luar perkarangan istana, beliau terlihat seorang tua yang bongkok kerana usianya yang sudah lanjut, seorang yang menghadapi penyakit dan mayat. Putera yang muda itu berasa ngeri apabila beliau memahami bahawa badan manusia yang telah dijaga dengan begitu baik semasa muda boleh juga mengalami kesengsaraan akibat usia yang lanjut, penyakit dan kematian. Diapun mula merenung secara mendalam dan memutuskan untuk berusaha mencari penawar yang dapat mengubati kesengsaraan seumpama ini.

 

Putera juga terlihat seorang pendita yang berpakaian ringkas tetapi kelihatan berseri dan tenang. Ketenangannya itu ialah ketenangan yang dipunyai oleh

seorang yang sanggup melepaskan segala kepuasan nafsu indera. Putera betul-betui kagum dengan kebahagiaan dan ketenangan yang dipancarkan oleh pendita itu.

Sebaik sahaja beliau kembali ke istana, Siddhattha yang pada ketika itu berumur 29 tahun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kesemua kekuasaan duniawi

yang diwarisi olehnya dan mencari jawapan kepada persoalan yang dihadapi olehnya. Apakah yang menyebabkan manusia menderita? Apakah jalan untuk menuju ke arah kebahagiaan?

 

Beliau telah berguru kepada beberapa guru yang bijaksana tetapi kebijaksanaan mereka amat terhad. Mereka tidak dapat membantunya mencapai Pencerahan Sempurna yang dicari olehnya. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk mencari jalan hidup yang benar melalui usaha beliau sendiri. Perjuangan untuk mendapatkan kesedaran tentang Kebenaran tersebut telah mengambil masa selama 6 tahun. Salah satu daripada aspek pertama yang disedari oleh Beliau adalah untuk mencari Jalan Tengah, iaitu tidak mengikuti jalan yang melampau. Beliau berpendapat bahawa tidak seharusnya beliau terlalu menikmati keseronokan duniawi atau menyiksa diri dengan melampau. Oleh itu untuk menenangkan minda kita demi mencapai penyucian, kita mesti bersederhana di dalam semua aspek.

 

Pencerahan Sempurna Buddha

Ahkirnya pada hari ulangtahun Beliau yang ke-35, juga hari bulan purnama Wesak, semasa duduk di bawah pohon Bodhi di Buddha Gaya, Siddhattha telah menjadi seorang Buddha iaitu Yang Telah Mencapai Pencerahan Sempurna Tertinggi. Selama 45 tahun berikutnya, Buddha telah mengembara di Utara India untuk menyampaikan Ajaran Beliau tentang kasih sejati terhadap semua makhiuk hidup serta kesedaran tentang sifat sebenar kewujudan.

 

 

Kesedaran Tentang Kebenaran

 

Beliau sedar bahawa kejahilan manusia merupakan punca bagi semua kesengsaraan. Manusia berpegang kuat kepada khayalan peribadi. Akibatnya, timbul keinginan untuk memuaskan "diri", sedangkan diri hanya suatu konsep sahaja. Asas ajarannya adalah Empat Kebenaran Hulia. Pertamanya, ialah Kebenaran Mulia tentang penderitaan. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan yang merangkumi usia

tua, kesakitan, kemati'an dan ketiadaan kebahagiaan. Manusia berebut-rebut untuk memperolehi kebahagiaan tetapi ini hanya diakhiri dengan lebih penderitaan, lebih kesakitan dan lebih ketidakpuasan.

 

Kedua ialah Kebenaran Mulia tentang punca penderitaan. Ketamakan kita, ego dan

kehendak kita yang tidak ada batasan merupakan punca penderitaan. Ketiga ialah Kebenaran Mulia tentang tamatnya penderitaan. Apabila kehendak dihapuskan,

berakhirlah juga penderitaan. Kebenaran Mulia yang keempat ialah jalan untuk memimpin kita ke arah tamatnya penderitaan.

 

Beliau kemudian menjelaskan Jalan tersebut, iaitu Jalan Mulia Lapan Faktor seperti berikut:

1. Pemahaman benar

2. Pemikiran benar

3. Pertuturan benar

4. Tindak-tanduk benar

5. Cara sara-hidup benar

6. Usaha benar

7. Kesedaran benar

8. Samadhi (Konsentrasi) benar

 

 

Kemangkatan Gautama Buddha

Seperti juga pengasas agama yang lain, Buddha turut menerima bangkangan terhadap ajarannya. Akan tetapi ramai yang telah menyedari ajarannya dan mengikutinya. Mereka mempelajari cara untuk menjalani satu hidup beragama demi melepaskan diri daripada kesengsaraan yang diakibatkan oleh kewujudan. Akhirnya, selepas 45 tahun menyebar Dhanma, ketika berbaring di bawah sepohon pokok Sala, di depan satu perhimpunan besar para bhikkhu, Gautama Buddha (mangkat di Kusinara. Kemangkatannya juga dikenali sebagai Mahaparinibbana atau pencapaian tertinggi di dalam kedamaian dan kebahagiaan. Peristiwa bersejarah ini juga berlaku pada hari purnama Wesak. Kalendar Buddhis dikira bermula daripada Maha-Parinibbana (Kemangkatan) Buddha.

 

 

Hari Trisuci

Justeru itu pada hari Wesak, Buddhis daripada setiap pelusuk dunia memperingati tiga peristiwa yang penting iaitu Kelahiran, Pencerahan Sempurna dan Kemangkatan Gautama Buddha. Agama Buddha berkembang dari India ke seluruh pelusuk dunia. Ajarannya telah diserap ke dalam kebudayaan penduduk tempatan yang menerima ajarannya. Lantas, kebudayaan dan kesenian Buddhis yang merangkumi berbagai aspek, kebaikan hati dan sifat lemah-lembut terbentuk kerana Buddha dengan jelasnya telah melarang penggunaan kekerasan.

 

Oleh yang demikian, Wesak dirayakan dengan berbagai cara di merata dunia. Akan tetapi pada hakikatnya, banyak amalan ini telah menjadi universal. Satu perkara penting yang harus diingati ialah hari yang suci ini merupakan satu hari untuk perayaan agama dan bukannya untuk perayaan berpesta, minum minuman keras dan menari. Pada hari Wesak, semua Buddhis diharap menegakkan keyakinan

mereka di dalam agama Buddha dan menjalani hidup yang berlandaskan agama. Wesak juga merupakan satu hari bagi mengamalkan meditasi dan memancarkan Metta-Kasih Sejati.

 

Bagaimana Menyambut Hari Wesak

Pada hari Wesak, umat Buddhis diharapkan berhimpun di Vihara sebelum terbitnya fajar untuk menaikkan bendera Buddhis dan menyanyi lagu agama demi memberi hormat kepada Tiratana - iaitu Buddha, Dhamma (Ajarannya) serta Sangha (para siswanya). Pengikut agama Buddha boleh membawa pemberian yang ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan mempersembahkannya di kaki Guru mereka yang agung. Persembahan simbolik ini mengingatkan kita bahawa seperti juga bunga

yang cantik akan layu di dalam masa yang pendek dan lilin dan colok akan habis membakar dengan cepatnya, hidup ini juga menghadapl pereputan dan disintegrasi.

 

Umat Buddhis diajar menjauhkan diri darlpada membunuh sebarang makhluk hidup. Mereka digalakkan menjamu makanan vegetarian pada hari tersebut. Di setengah negara, terutamanya di Sri Lanka, dua hari diperuntukkan untuk merayakan hari Wesak dan semua kedai minuman keras dan rumah sembelih ditutup atas warta kerajaan. Ribuan burung dan binatang juga dibebaskan sebagai tanda simbolik memberikan kebebasan kepada mereka yang di dalam tawanan. Walau bagaimanapun, kita tidak digalakkan membebaskan burung di dalam bandar yang penuh sesak kerana melalui tindakan ini, kita akan menyebabkan kerumitan kepada burung yang sedang keliru itu dan ia tidak dapat terbang jauh setelah sekian lama berada di dalam tawanan. Peniaga burung yang tidak bertimbangrasa akan menangkap semula burung itu untuk dijual semula kepada pengikut agama Buddha yang baik hati. Sekiranya burung itu dibebaskan di kawasan luar bandar, burung itu akan mencapai kebebasan yang sebenarnya.

 

Sesetengah Buddhis akan memakai pakaian putih yang ringkas dan berada sepanjang hari di vihara dengan membaharui keazaman mereka untuk mengikuti Sila. Wesak juga adalah hari untuk bermeditasi dan mengikuti Lapan Peraturan Hidup. Seseorang Buddhis yang taat akan berazam mengikuti Panca Sila (Lima Peraturan Hidup) untuk memahami cara menjalani hidup yang mulia yang berlandaskan Ajaran Buddha. Walau bagaimanapun pada hari yang istimewa,

terutamanya pada hari bulan baru dan hari bulan purnama, mereka mengikuti beberapa peraturan tambahan untuk melatih diri mereka mempraktikkan kesusilaan, kesederhanaan dan sifat merendahkan diri.

 

Lapan Peraturan Hidup tersebut adalah :

1.Menghindari membunuh

2.Menghindari mencuri

S.Menghindari aktiviti seks

4.Menghindari ucapan yang tidak benar

S.Menghindari minuman keras dan dadah

S.Menghindari makanan pada masa yang tidak berpatutan

7.Menghindari daripada kepuasan nafsu indera seperti menari, menyanyi dan menghiaskan diri.

8.Menghindari daripada menggunakan tempat yang tinggi dan mewah untuk mempraktikkan nilai merendahkan diri

 

Membawa Kebahagiaan Kepada Orang Lain

 

Meraikan harl Wesak juga bermakna berusaha membawa kebahagiaan kepada mereka yang tidak bernasib baik seperti orang tua serta mereka yang cacat dan sakit. Untuk maksud ini, umat Buddhis akan menderma wang dan barang-barang ke berbagai rumah kebajikan di seluruh negara. Wesak juga merupakan masa untuk berasa riang dan gembira akan tetapi, kegembiraan ini bukan dicapai dengan memuaskan keinginan diri sendiri sahaja tetapi juga dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang berguna seperti menghiasi dan menerangi vihara serta

melukis dan menggubah lukisan yang menggambarkan riwayat hidup Buddha untuk disebarkan kepada orang ramai. Umat Buddhis juga berpusu-pusu membekalkan minuman dan makanan vegetarian kepada mereka yang melawat vihara untuk

memberi hormat kepada Buddha.

 

 

Perarakan Kereta Berhias

 

Sejak kebelakangan ini, banyak persatuan Buddhis telah mengadakan perarakan kereta berhias yang membawa imej Buddha bagi merayakan Hari Wesak. Sebenarnya, memang tidak ada tradisi mengadakan perarakan kereta berhias di

negara-negara Buddhis. Namun demikian, tidak rugi kalau kita mengadakannya, jika perarakan seperti ini dapat membantu meningkatkan keyakinan dan membantu memimpin seseorang itu ke arah hidup beragama. Malangnya, sesetengah usaha pembinaan kereta berhias ini terlalu dipentingkan sehingga mereka lupa pada erti Wesak yang sebenarnya. Mereka membazir sejumlah wang yang besar ke atas kereta-kereta berhias dan perhiasan sedangkan wang ini boleh digunakan untuk maksud yang lebih bermanfaat seperti menyebarkan Dhamma dan menderma bagi mengurangkan penderitaan orang lain. Lebih baik jika perarakan yang diadakan itu dapat dihadkan kepada skala yang berpatutan dengan satu kereta berhias dan vihara pula dihiasi dengan sederhana supaya menggalakkan orang ramai melawat vihara

dan memberi perhatian kepada puja dan bukan hanya semata-mata untuk melihat perhiasan. Hari Wesak akan lebih bermakna jika orang ramai digalakkan untuk memahami agama Buddha dengan lebih mendalam, mempraktik sifat kedermawan, bermeditasi untuk melatih minda, menjauhkan diri daripada kekejaman dan berusaha meningkatkan tahap spritual mereka. Manusia mestilah mempraktikkan kasih sejati dan sanggup memahami sesama mereka.

 

 

Cara Yang Betul Untuk Memberi Penghormatan Kepada Buddha

 

Gautama Buddha sendiri telah memberi nasihat yang bernilai tentang cara memberi penghormatan kepadanya sebelum kemangkatan Beliau. Sebelum mangkat, Beliau nampak siswanya yang setia dan telah banyak berbakti kepadaNya, iaitu Ananda meratapi pemergiannya. Gautama Buddha menasihatinya supaya jangan menangis tetapi memahami hukum universal (alam) iaitu semua benda yang terjadi (termasuk jasad Gautama Buddha) mestilah mengalami disintegrasi. Buddha menasihati semua yang hadir supaya jangan menangis setelah pereputan jasad fizikal Beliau tetapi menghormati Ajarannya (Dhamma) sebagai guru mereka, sebab hanya DHAMMA (KEBENARAN) sahaja yang akan kekal abadi dan tidak tertakluk kepada hukum ketidakkekalan. Beliau juga menekankan bahawa cara memberi hormat kepada Buddha bukan hanya semata-mata dengan persembahan bunga, kemenyan dan cahaya tetapi dengan benar-benar dan ikhiasnya mengikuti ajarannya.

 

Beginilah caranya kita harus menyambut perayaan Wesak:

Gunakan peluang ini bagi menguatkan azam kita untuk menjalani hidup yang mulia, memperkembangkan minda kita, mempraktikkan kasih sejati dan membawa kedamaian dan keharmonian kepada seluruh umat manusia.

 

 

SEHOGA HARI TRISUCI WESAK MEMBAWA KEDAMAIAN

DAN KEBAHAGIAAN KEPADA SEMUA.

 

ASPIRASI PENTERJEMAH

Imina punna kammena,

Hame bala samagamo,

Sat am samgamo hotu,

Yava nibbana patiya.

 

Semoga melalui pahala (kerana dana Dhamma) ini,

Saya tidak mengikuti mereka yang jahil,

Tetapi hanya mengikuti mereka yang arif,

Sehingga tercapainya Nibbana.

 

Teks asal : Celebration of Wesak

Penerbit : Buddhist Missionary Society,

Vihara Buddhis Brickfields,

123, Jalan Berhala,

50470 KUALA LUMPUR.

Diterjemahkan oleh Rakan-rakan SeDhamma,

Universiti Sains Malaysia

Penyelaras : Hong Tai Fook

Penterjemah : Ooi Lea Hun Hong Tai Fook

Penyunting : Tan Hock Ming Sim Miw Ing K. Don Premaseri

Typeset : Tan Sook Min Tan Sook Wai

Tarikh : 25hb Nov, 1988. (B.E. 2532)

Cetakan Pertama November, 1990.

 

 

RENUNGAN KERAP KALI

Aku akan menderita usia tua

Aku belum mengatasi usia tua,

Aku akan menderita penyakit

Aku belum mengatasi penyakit,

Aku akan menderita kematian

Aku belum mengatasi kematian,

Segala milikku, yang kucintai dan menyenangkanku

Akan berubah, terpisah dari ku.

Aku adalah pemilik kammaku sendiri

Pewaris kammaku sendiri

Lahir dari kammaku sendiri

Berhubungan dengan kammaku sendiri

Terlindung oleh kammaku sendiri,

Apa pun kamma yang kuperbuat

Baik atau buruk

ltulah yang akan kuwarisi,

Hendaklah ini kerap kita renungkan.