Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

FALSAFAH SEKOLAH DHARMA JUMAAT

 

1. Latarbelakang

Sekolah Dharma Jumaat adalah sebuah institusi pengajian Agama Buddha yang tidak formal dan tidak diiktiraf oleh kerajaaan atau Kementerian Pendidikan.

Oleh sebab yang demikian, maka kita tidak boleh mendapat peruntukan baik dari segi kewangan mahupun dari segi bahan.

 

2. Falsafah SDJ

Pengajaran serta pemelajaran Ajaran Buddha adalah untuk membentuk ciri pemikiran dan reaksi keagamaan individu agar dapat menghasilkan rakyat/Buddhis yang berakhlak mulia serta berkelakuan baik dan positif untuk memenuhi kehendak masyarakat dan negara.

 

3. Kurikulum

Kurikulum SDJ terbahagi kepada kepada 2 bahagian:

a) kurikulum yang berasaskan kepada Sukatan Pendidikan.

b) Ko-kurikulum yang terkandung aktiviti rekeasi, hiburan, seni budaya serta amalan kebajikan.

 

4. Sukatan Pendidikan Ajaran Buddha

Sukatan Pendidikan Ajaran Buddha akan ditentukan oleh pihak Persatuan yang berdasarkan kepada sukatan pendidikan yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan MBA dan YBAM, atau jika perlu pihak persatuan berhad membentuk sukatan pendidikan sendiri.

 

5. Objektif

a) Proses pengajaran dan pemelajaran adalah unik. Ini kerana guru Dharma mesti mempunyai pegangan/konsep keagamaan yang baik. Maka dia tidak sombong, menghormati dan mengamalkan Ajaran Buddha.

b) Proses pengajaran dan pemelajaran adalah bercorak demokratik, kerana tidak boleh memaksa pelajar menganuti agama ini.

c) Proses pengajaran dan pemelajaran yang lebih teratur dan sempurna adalah mempunyai sukatan pendidikan serta membentuk para Buddhis yang baik dan berakhlak mulia.

d) Penyebaran Ajaran Buddha dengan berkesan tanpa membizirkan wang dan tenaga.

e) Memupuk ciri-ciri pemikiran individu yang positif.

f) Memenuhi kehendak masyarakat dan negara.

 

6. Tanggungjawab Guru Dharma

a) Selain daripada melaksanakan objektif SDJ, dia juga mesti memahami Buddhadharma dengan mendalam, sentiasa memelajari dan memikirkan tentang cara untuk mepertingkatkan lagi pengetahuan Buddhadharma. (To be an extended person rather than a restricted person)

b) Mengenali ke;las yang diajar dengan baik, supaya dapat membentuk sahsiah/personaliti yang baik. Ini memerlukan pengetahuan psikologi dan kebolehan membuat keputusan. Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik, maka kehidupan peribadi guru sentiasa dikawal agar mengikuti sila Buddha.

c) Menyediakan bahan pengajaran, guru tahu apa yang hendak diajar dan bagaimana mengajar.

Bahan mengajar:

i) yang bercorak kelakuan

ii) tidak terhad kepada ilmu pengetahuan, termasuk kemahiran, kebiasaan.

iii) tidak terhad kepada buku, boleh guna kaedah yang lain : video, filem, carta, OHP, gambar dll.

d) Menentukan kerja dan ujian untuk menilai sekatan mana kefahaman pelajar. Boleh gunakan kerja latihan, soal jawab, ujian, kuiz.

e) Mengkaji masalah kelakuan dan mengenali pelajar.

i) tidak perlukan rotan.

ii) jangan malu berbincang dengan guru lain, tetapi sebelum itu, guru mesti berikhtiar dengan cara sendiri dahulu.

f) Sentiasa berminat: buku kedatangan, buku rekod, APD, mengetuai menjalankan Buddhapuja, memahami pejaran, melawat ke rumah.

g) Mempunyai missi yang mulia. Tidak terkungkung/terhad kepada masa mengajar atau masa pejabat sahaja.

 

Penyebaran Pendidikan

Supaya pelajaran memahami bahawa tujuan mencari dan mendapatkan pengetahuan bukan untuk mendapatkan kedudukan atau pekerjaan yang selesa, sebaliknya menjadikan kehidupan itu penuh bermakna dan gembira, gemar serta menghayati atau menikmati benda yang bernilai seperti seni, kemahiran atau sebuah buku yang baik.

Pendidikan bukan sahaja menyediakan seseorang mendapat pekerjaan tetapi pandai menggunakan masa lapang dengan berguna.

 

KUALITI SEORANG GURU YANG BAIK

1. baik hati

2. toleransi

3. adil saksama

4. membuat keputusan yang baik

5. sentiasa menerima nasihat/pandangan

6. kebolehan menguruskan aktiviti dalam & luar bilik darjah

7. membimbing murid dengan baik

8. menepati masa/janji/temujanji

9. sedia berbakti untuk pendidikan Buddha

10. menjadi teladan

11. understanding/bertimbang rasa

12. sifat humour/gelak

13. sentiasa memajukan diri

14. sentiasa memberi tujuk ajar bila-bila masa