Make your own free website on Tripod.com
Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

HARI-HARI PERAYAAN THAI

A. Perayaan Berunsur Keagamaan

1. Tot Pha Pa

  • Perayaan pemberian kain jubah (berwarna kuning) kepada Bhikkhu di dalam hutan.
  • Bermula semanjak zaman Buddha.
  • Dimasukkan ke dalam kalendar Thai oleh Raja Rama IV.
  • Sebab kemunculannya: Bhikkhu dilarang mengambil pakaian kepunyaan orang lain, maka terpaksa mendapatkan pakaian atau kain di dalam hutan yang tidak dimiliki oleh sesiapapun, kemudian menghasilkan kain jubah sendiri. Orang ramai memandangkan cara ini sangat menyulitkan para Bhikkhu, mereka cuba memberi kain kuning baru kepada Bhikkhu. Jikalau tidak menemui Bhikkhu, mereka meletakkan kain kuning di dalam hutan di mana Bhikkhu akan keluar mencari kain buangan itu.

2. Khao Pansa (Memasuki Vassa)

  • Bermula semenjak zaman Buddha.
  • Dalam tempoh ini, Bhikkhu mempraktikkan disiplin yang ketat, puja dan memberi syarahan Ajaran Buddha kepada penduduk berdekatan. Orang ramai juga memberi sumbangan kepada Bhikkhu kerana difikirkan bahawa seseorang itu akan dapat balasan yang lebih besar jika sumbangan dibuat pada musim hujan kerana aktiviti Bhikkhu dihadkan di dalam kawasan kuil / wat sahaja.
  • Sebab kemunculan: Musim hujan merupakan musim penanaman padi. Bhikkhu (dengan tidak sengaja) merosakkan benih atau anak padi apabila sedang berjalan. Maka Buddha menghadkan pergerakan Bhikkhu di dalam kawasan kuil / wat sahaja.

3. Ork Pansa (Keluar Vassa)

  • Perarakan diadakan pada penghujung musim hujan oleh penduduk-penduduk ke kuil / wat untuk memberi kain serta sumbangan-sumbangan lain kepada Bhikkhu. Para Bhikkhu keluar dari kuil / wat di awal pagi dan orang ramai menunggu mereka di setiap tempat untuk memberi makanan. Kemuncak perayaan ialah apabila raja sendiri menyertai perarakan tersebut.

4. Mangha Puja.

  • Perayaan ini menandakan sesuatu peristiwa di mana seramai 1250 orang Bhikkhu Buddha dengan tidak sengaja menziarahi Buddha pada hari yang sama.

5. Visakha Puja (Hari Wesak)

  • Hari yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Buddha.

6. Asalaha Puja

  • Hari yang memperingati Syarahan pertama yang diberikan oleh Buddha.

 

B. PERAYAAN-PERAYAAN LAIN

1. Loy Kratong

  • Perayaan ini diadakan selepas musim hujan, iaitu pada hari bulan mengambang di antara bulan-bulan Oktober dan November. Pada hari tersebut orang ramai akan menghayutkan perahu yang diperbuat daripada daun pisang serta dihiasi dengan bunga-bunga gerharu dan lilin. Terdapat berbagai pendapat sama ada perayaan ini berunsur agama atau tidak. Ada yang berpndapat bahawa ia dilakukan untuk meminta pengampunan dari dewa air yang menyebabkan berlakunya banjir. Sementara itu, Phya Anuman Rajadhon berpendapat bahawa ia bermula dari zaman Buddha di mana Raja Naga meminta Buddha meninggalkan tapak kaki Beliau di tebing sungai supaya orang ramai dapat memuja setelah Buddha meninggal. Walau bagaimanapun, Raja Mongkut berpendapat perayaan ini merupakan suatu amalan Brahmin yang mula diperkenalakan oleh Raja Ruang Rama Kamhaeng (Sukhotai) yang diambil dari isterinya, Nang Nopamas, seorang Brahmin. Walaupun pada asalnya amalan ini merupakan amalan Brahmin, Raja Ruang Rama Kamhaeng yang beragama Buddha cuba memasukkan unsur-unsur agama ke dalam amalan tersebut. Baginda menyatakan bahawa Kratong yang dihayutkan itu adalah sebagai satu tanda penghormatan kepada wat-wat, pagoda-pagoda dan bahagian-bahagian badan peninggalan Buddha seperti tulang dan rambut, sementara itu pahala yang diterima akan diberikan kepada dewa sungai.

2. Songkran (Perayaan Tahun Baru)

  • Ia biasanya disambut pada 13hb April iaitu hari yang terpanas dalam satu tahun. Sambutan dilakukan dengan perarakan beramai-ramai menuju ke wat-wat. Di samping itu, mereka menyiram air terhadap satu sama lain sebagai tanda bertuah bagi tahun baru itu. Orang ramai membersihkan patung-patung Buddha serta sekitar ramah sebagai tanda bahawa mereka akan memulakan satu penghidupan baru. Mereka juga memberi penghormatan kepada abu atau tulang sanak saudara yang telah meninggal dunia. Perayaan ini berasal dari sebuah cerita dongeng: DEWA BRAHMA, merasa cemburu apabila mengetahui bahawa terdapatnya seorang pemuda yang tahu berbahasa burung, maka untuk membunuh pemuda itu, Dewa Brahma memberi 3 buah teka-teki untuk dijawab oleh pemuda itu dengan syarat, sekiranya pemuda itu berjaya menjawab dengan betul, kepala Brahma akan dipancung. Sebaliknya, jika pemuda itu gagal, kepalanya akan dipancung.Pemuda itu tidak tahu menjawab, lalu pergi ke hutan untuk membunuh diri. Ketika itu, dia terdengar jawapan teka-teki tersebut dari seekor helang. Akhirnya, kepala Brahman dipancung. Oleh kerana kepala itu menjadi amat panas akan menimbulkan binasa pada bumi, maka kepala itu disimpan di syurga. Anak-anak perempuan Brahma mengambil giliran untuk membawa kepala Brahma keluar setahun sekali dan ini merupakan hari yang paling panas.

3. Sarta.

  • Ia merupakan amal ibadat di mana penyembahan makanan kepada nenek-moyang yang telah meninggal dunia dilakukan. Walau bagaimanapun, mereka memerlukan Bhikkhu sebagai orang perantaran. Amalan ini bermula dari zaman Buddha, yang mana Raja Bimbisara banyak kali diusik hantu. Buddha memberitahunya hantu-hantu itu kelaparan. Maka, Baginda seharusnya memberi makanan kepada Bhikkhu Buddha dan selepas itu, Bhikkhu akan membaca ayat-ayat suci untuk memberi rahmat atau semangat kepada hantu tersebut. Semasa melakukan Sarta, orang ramai akan menyembahkan makanan yang bercampur dengan madu lebah kepada Bhikkhu sebagai peringatan terhadap saudara-mara yang telah meninggal dunia dan makanan dapat diberikan kepada mereka menerusi Bhikkhu.
 

Kembali ke Laman Utama