Make your own free website on Tripod.com
Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

LAMPIRAN

(Nombor-nombor dalam kurungan di sebelah kiri merujuk kepada nombor-nombor rajah)

(1), (4 - 8) Buddha

Perkataan "Buddha" bermaksud "telah mencapai Pencerahan Sempurna" atau "telah mencapai kesedaran". Ianya adalah satu gelaran kepada sesiapa yang telah mencapai Pencerahan yang tertinggi dan sempurna. Buddhis mempercayai Buddha sudah ada dan akan wujud dengan tidak terkira bilangannya. Buddha yang terdapat pada masa ini iaitu Gotama/Gautama, hidup lima abad terdahulu daripada Nabi Isa, lebih kurang hidup sezaman dengan Confucius di China, Parmenides di Yunani, Zoroaster di Iran dan Isaih, seorang nabi Yahudi.

Buddha dilahirkan di Taman Lumbini, terletak di kawasan Rummindai moden di Nepalese Terai sekarang. IbubapaNya adalah Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Nama peribadiNya ialah Siddhattha (Harapan telah dipenuhi). Nama keluargaNya Gotama, dan kaumNya adalah Sakya.

Oleh kerana Beliau cuba mencari kebenaran, Beliau dikenali "Sakyamuni", yang bermakna orang Sakya yang bijaksana. Selama 6 tahun, Beliau menjalani hidup pertapaan melampau, badan yang lemah itu tidak dapat membantuNya dalam menemui hasratNya. Kemudian, Beliau menghindari daripada 2 ekstrim iaitu yang menjauhkan penyeksaan diri sendiri dan keseronokan hawa nafsu yang keterlaluan.

Beliau mencapai Pencerahan Sempurna pada usia 35 tahun dan seterusnya menjadi Buddha. Buddha menyebar AjaraNya selama 45 tahun dan meninggal dunia pada umur 80 tahun.

Ajaran Buddha membawa kesan dari tiga dimensi terhadap semua hidupan - iaitu binatang, manusia dan dewa. Beliau digelar "Jurulatih dewa-dewa dan manusia" (satta deva manusanam). Beliau menyampaikan Ajaran kepada golongan biasa yang berada dalam sesuatu kawasan. Walaupun benar Beliau menyampaikan beberapa syarahanNya dalam bahasa Sanskrit, tetapi Beliau jarang sangat menggunakan bahasa klasik itu.

Buddha adalah seorang yang unik, kerana Beliau meninggalkan kehidupan duniawi semasa berada dalam keadaan yang sangat mewah, semasa berada dalam puncak peringkat muda dan dalam aspirasi dan bukan semasa peringkat tua, bukan disebabkan oleh terlalu kecewa tetapi mempunyai keinginan tertinggi untuk mencari kebenaran hidup. Buddhisme juga mengajar kita semua semoga kita dapat menjadi Buddha pada suatu hari melalui perpupukan sifat-sifat kebaikan yang berada dalam diri dan membina celik akal yang tinggi.

Ramai orang menganggap Buddha sebagai seorang ahli fikir bebas yang terkenal. H.G.Wells meletakkanNya pada tempat pertama dalam senarai tujuh orang yang terkenal dalam dunia. Penyajak India, Tagore menghormati Beliau sebagai orang yang paling terkenal yang pernah hidup. Orang Hindu juga menyifatkanNya sebagai Penjelmaan Vishnu (sesungguhnya ia bertentangan dengan kepercayaan Buddhisme). Gereja Katholik juga mengaitkan Beliau dengan Hikayat Barlaam dan Josphaphat" dan telahpun menetapkan satu hari khas untuk mengenangkanNya.

Istilah "Buddha" bermaksud "Pencerahan Sempurna" (Rujuk sukukata yang kedua dari belakang, 32 & 40 Lampiran ini.). Penggunaan gelaran Lord Buddha mengambarkan Beliau sebagai seorang berpangkat tinggi. Di samping itu, gelaran umum yang biasa digunakan oleh pengikut-pengikut Buddha untuk mengenali Beliau ialah Bhagavantu atau Bhagava (Yang paling mulia). Gelaran dari Bhante (Venerable Sir) juga lazim digunakan oleh pengikut-pengikutNya. Sesungguhnya "Venerable Sir" membawa maksud "O Tuhan", tetapi ia tidak bermakna Buddha sebagai Tuhan, Pencipta Alam ataupun Nabi. Buddha biasanya mengenalkan diriNya sebagai "Tathagata" (Yang Sempurna, "sebab demikian datang" atau "sebab demikian pergi")

Gambarajah 6 menunjukkan satu imej Buddha India dari India Barat-laut. Perhatikan terdapatnya ciri Hellenistic terutamanya pada jubahnya. Gambarajah 7 adalah satu imej Buddha China (581-620 Dinasti Sui).

(2),(9)-(12) Dharma

Perkataan Dharma mempunyai banyak maksud : Pembawa, Perlembangaan, Norma, Hukum, Doktrin, Keadilan, Betul, Kualiti, Kerohaniah, Objek Minda atau Fenomena. Dengan ertikata yang sebenar, ia bermaksud "yang menyokong".

Dharma melindungi manusia dari melakukan kejahatan, menjauhkan dari melakukan kejahatan, mempertingkatkan pahala (jasa, kebaktian)nya, membimbingnya menjalani hidup yang betul dan akhirnya membawa kebahagiaan abadi. Ia merupakan satu pembebasan dan pembebasan sendiri.

Dharma merupakan Hukum yang dijumpai oleh Buddha, dan disimpulkan dalam Empat Kebenaran Mulia. Ia adalah salah satu daripada Tiga Permata dan salah satu daripada Sepuluh Objek Tanggapan. Dharma sebagai objek minda boleh dirujukkan sebagai sesuatu yang lampau, masa kini atau akan datang, jasmani atau fikiran, yang dicipta atau bukan yang dicipta, yang benar atau hanya dalam khayalan.

Dharma bukanlah wahyu dari Tuhan, atau messeg dari Tuhan, Dharma adalah Hukum Alam Semesta yang dijumpai semula oleh Buddha semasa Beliau mencapai Pencerahan. Dharma sentiasa wujud sama ada dengan atau tanpa kehadiran Buddha. Dharma tersembunyi dari pengetahuan umat manusia yang jahil sehinggalah Buddha mengumumkannya kepada dunia.

Dharma juga boleh dianggapkan sebagai Kebenaran. Definasi Kebenaran dalam Buddhisme adalah senang iaitu demikian halnya. Dharma mengajar kita supaya melihat sesuatu perkara berdasarkan apa yang ada/wujud dan bukan mengikut cara ianya wujud sahaja.

Dari sudut pandangan intelektual, Dharma terlalu luas dan tidak boleh dihabiskan. Kitab Suci Tripitaka dalam bahasa Pali, merekodkan bahawa Buddha telah mengatakan Dharma dari 84,000 aspek. Dharma adalah begitu mudah difahami, sehingga seorang budak yang berusia 7 tahun pun boleh memahaminya; tetapi seorang yang berusia 70 tahun mungkin berasa sukar untuk mempraktikkannya.

Dharma sebagai Ajaran Buddha, Dharma terkandung dalam Kitab Suci Tripitaka. kitab Suci dalam bahasa Pali mungkin telah diselesaikan pada Konvensyen Sangha yang ketiga; tetapi Dharma tidak ditulis dalam buku sehingga zaman pemerintahan Raja Vattagamini (29 - 17 SM) yang berbangsa Sinhalese. Setelah didapati orang ramai semakin menjauhi diri dari agama, satu perjumpaan Sangha diadakan untuk mengekalkan Ajaran Sebenar dengan menuliskannya dalam buku. (Mahavamsa, Bab xxxiii 101) Rujuk buku Christmas Humphrey yang bertajuk "Buddhism" Appendix satu untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Tripitaka.

Gambarajah 12 menunjukkan Xuan Zang, seorang Buddhis berbangsa China yang berziarah ke India semasa Pemerintahan Harsha. Pemerhatian beliau semasa di India (630 - 643 TM) telah memberi panduan yang tidak ternilai kepada kajipurba moden.

 

(3), (13) - (18) Sangha

Sangha adalah Persaudaraan Bhikkhu / Bhiksu. Dengan ertikata sebenar ianya bermakna kumpulan, Perhimpunan Keagamaan (Jemaah). Sebagai sebuah Masyarakat yang mulia (Bhante) ia merupakan perkara ketiga dalam Triratna, dan menjadi salah satu objek dalam Sepuluh Objek Tanggapan.

Dalam kebanyakan agama, kumpulan penganut ditubuhkan selepas kematian pengasasnya. Dalam Buddhisme, Triratna (Buddha, Dharma dan Sangha) telah digabungkan dari mula-mula lagi. Semasa kematian Nabi Isa, beliau cuma meninggalkan beberapa orang pengikut sahaja. Manakala pada kematian Buddha, Beliau meninggalkan 500 orang Bhiksu dan beribu orang pengikut. Bhiksu-bhiksu ini digelar sebagai Sangha, dan mereka meneruskan penyebaran Ajaran Buddha.

Kadang-kala menjadi persoalan bahawa sesuatu organisasi yang mana orang-orang meninggalkan hidup duniawi, tidak bekerja dan bergaji, meminta sedekah makanan dari orang ramai dan tidak mempunyai anak, adalah bertentangan dengan kebajikan masyarakat. Jawapannya banyak. Apakah tujuan hidup ? Jika tujuan hidup adalah untuk mencapai Pencerahan, maka ia adalah kebaikan moral yang positif bagi masyarakat, kerana ada segulungan yang celik menjalani hidup yang dianggap selamat, seharusnya sentiasa tidak terikat kepada aktiviti-aktiviti sosial dan tidak terikat oleh perhubungan sosial.

Sangha mempunyai dua fungsi: satu ialah membekalkan keadaan-keadaan terbaik yang mungkin untuk kemajuan rohaniah setiap individu, dan mengajar Dharma kepada semua orang. Untuk fungsi pertama, ia adalah satu contoh pengumpulan orang ramai supaya hidup bersama untuk faedah setiap individu. Untuk fungsi kedua, Sangha adalah pembaharuan dari sikap yang negatif terhadap ugama yang lazim berlaku di India; dan juga sesuatu pembaharuan dari amalan yang membenarkan satu-satu puak memonopoli ugama.

Sangha diujudkan secara dinamik. Penganut-penganut pertama terdiri daripada Mubaligh Buddha yang yang pertama. Sebenarnya, Sangha adalah perantaraan penting bagi Buddha memperkenalkan AjaranNya. Pada zaman di mana buku belum dikenali, Sangha menjadi perpustakaan bergerak. Kitab-kitab Suci yang ditulis dalam abad pertama T.M. adalah melalui mereka juga.

Ketika Buddha masih hidup, Beliau adalah Ketua bagi Kumpulan Bhiksu (Order). semasa Beliau meninggal dunia, Beliau tidak mencalonkan penggantiNya. Dengan itu, tidak terdapat Paus (Pope) atau sesuatu perbadanan yang khas yang berkuasa untuk mengistiharkan sama ada sesuatu itu adalah Buddhisme atau bukan.

Ketua dalam sesebuah biara Buddhis, hanya merupakan ketua pada nama sahaja. Beliau tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding dengan yang lain. Setiap Bhiksu mematuhi Peraturan dalam kemiskinan dan kemurnian. Sumpah-sumpah tidak pernah kedengaran. Juga tiada sumpah atau peraturan yang perlu untuk dipatuhi oleh ketua biara.

Setiap biara mempunyai disiplin yang sama. Seorang Bhiksu akan dibuang dari Kumpulan Bhiksu jika ia melanggar mana-mana satu dari empat kesalahan yang berat(parajika). Pelanggaran peraturan-peraturan yang kurang berat diambil tindakan juga, iaitu dengan mengakui kesalahan dengan penuh istiadat di depan Bhiksu-bhiksu lain atau di dalam mesyuarat Bhiksu. Satu hukuman dikenakan berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan. Maha Nayaka(rahib) juga tidak dimaafkan sekiranya dodapati bersalah. Pengampunan seperti dalam Agama Katholik tidak ada.

Bagi seseorang yang baru mengenal Buddhisme, mungkin susah hendak membezakan Bhiksu dan paderi. Paderi tidak semestinya membujang dan memainkan peranan sebagai orang perantaraan antara Tuhan dan penganut. Tradisi Buddhis pada peringkat awal ini tiada paderi buddhis.

Sesiapa yang ingin memasuki Kumpulan Bhiksu (Order), haruslah bermula sebagai Samanera (calon Bhiksu). Dari samanera, beliau meneruskan ke peringkat Bhiksu, dari Bhiksu ke Thera. (Tertua; Bahasa Burma pongyi; Bahasa Siam Phra); dari Thera, selepas dua puluh tahun sebagai Bhiksu, beliau akan digelar Maha Thera. Ini merupakan susunan hirarki asas.

Di Negeri Thai, hirarki agama ini adalah lebih kompleks (rumit) berbanding dengan apa yang terdapat dalam Agama Roman Katholik. Terdapat seorang Sangharat (Sangha-raja atau Ketua Sangha) sebagai ketua dan mempunyai empat orang timbalannya. Setiap tingkat dibahagikan lagi dan bercabang ke rahib dan pelajar Pali yang lebih tinggi pangkatnya. Inilah piramid Agama Buddhisme di Negeri Thai.

Setengah-setengah mazhab agama menghadapi ancaman bahaya dari keutamaan kebendaan atau keduniawian. Pandangan Buddhisme terhadap perkara ini adalah seperti berikut : Sangha yang terdapat pada hari ini seharusnya dikekalkan sebagai Lambang Bersejarah Buddhisme disamping terdapatnya kelemahan-kelemahan. Kebanyakan amalan tradisi Buddhis, seperti cara-cara hidup, cara-cara berpakaian, mempunyai sedikit perubahan. Jadi, Sangha harus dipelihara seperti sesuatu Parthenon (sesuatu yang membiak tanpa hubungan jenis) yang sangat bernilai, atau seperti jenis burung, serangga, ikan atau binatang yang jarang diperolehi.

(4),(5), (6), (7,) dan (8) -- lihat (1)

(9), (10), (11) dan (12) -- lihat (2)

(13), (14), (15), (16), (17), dan (18) -- lihat (3)

 

(19) -- (24) Pagoda

Kesenian Buddhis bermula selepas Buddha meninggal dunia. Berdasarkan Kitab Suci ada mengatakan, Beliau mengarahkan pembinaan Stupa (suatu bekas seperti kotak) di atas abu peninggalan Beliau. Beliau juga menetapkan 4 tempat penziarahan. Sama ada Beliau ada membuat arahan itu atau tidak, tidak dapat dipastikan; tetapi pemujaan stupa dan penziarahan memang bermula pada awal-awal lagi. Stupa atau dagoba (bilik menyimpan sarira peninggalan orang mati) didirikan untuk memuliakan saririka dhatu (jenazah Buddha atau penganut utama Buddha) atau untuk menandakan tempat-tempat yang ada kaitan dengan peristiwa penting dalam kehidupan Buddha atau keramat Buddhis yang lain.

Tapak stupa biasanya mempunyai 3 tingkat yang menandakan tiga dunia, iaitu Rupaloka, Vijnanantyayatanam dan Akincanyayatana. Buddhis yang taat sentiasa berjalan mengelilingi stupa-stupa itu dengan hormat mengikut pergerakan jarum jam, untuk mencerminkan kesucian Buddha, Ajaran Buddha dan Order. Mengikut peredaran masa, stupa diubahsuaikan kepada tempat keramat. (cetiya, Siam - Phra Chedi)

Stupa di Karli, berhampiran dengan Bombay, merupakan salah sebuah kuil dalam gua yang dibina dalam abad pertama sebelum Masihi, cuma mempunyai satu tempat untuk orang duduk, dua lorong dan tempat pedupaan. Tempat pedupaannya terletak di dalam sebuah gereja Kristian yang kecil dan stupa itu cuma dilindungi oleh suatu payung kayu. Sebuah stupa yang besar di Bharhut juga ditetapkan dalam masa Sunga yang sama (180 - 80 SM). Di sini, terdapat ukiran yang cantik walaupun mudah. Tetapi oleh kerana ia bertarikh, ia lebih mudah dikaitkan dengan kerja halus Sanchi (lihat 38). Semua kerja-kerja yang masyhur itu menunjukkan kesukaan pada binatang dan bunga yang terbit dari perasaan hidup bersama. (lihat 97 - 99)

Apabila stupa dibinakan di negara-negara Buddhis yang lain, bentuk asal mula berubah. Pagoda China merupakan sesuatu perubahan. (sinicized transformation) Kebanyakan negara-negara Buddhis mempunyai sifat-sifat pindaan tersendiri daripada bentuk asal India.

Gambarajah 19 menunjukkan Stupa Ruanweli-seya dari Sri Lanka. Gambarajah 21 menunjukkan Stupa Bobo-gyi dari Burma dan gambarajah 23 menunjukkan Bodh-nath (semasa Mauryan) di Kathmandu, Nepal.

(20) dan (21) -- lihat (16)

 

(25) - (29) Vihara / Biara

Sebuah biara dibina di Jetavana Grove yang terletak di sebuah kawasan yang cantik oleh Anathapindika untuk Buddha. Selepas Buddha menziarahi tempat lahirNya, Kapivatthu, Buddha banyak menghabiskan masaNya, dengan aktiviti-aktiviti keagamaan di Savatthi di mana terletaknya biara itu..

Biara Jetavana ini merupakan tempat yang tidak pernah diabaikan oleh mana-mana Buddhis. Justeru itu Fragrant Pavilion (gandha-kuti) di mana merupakan tempat tinggal Buddha, menjadi bentuk asal biara-biara Buddhis yang dibina sehingga sekarang.

Buddha telah memberi arahan supaya dibina sebuah kubur (stupa) bagi abu-abuNya. Selepas itu sebuah makam (tempat keramat) dibina di sekelilingnya, dan kemudiannya tempat itu menjadi sebuah kuil dan ianya dikelilingi oleh batang-batang besi untuk membolehkan pengunjung-pengunjung memegangnya semasa berjalan mengelilingi makam itu. Kuil itu kemudiannya dihiasi dengan rapi. Sesudah itu ia menjadi sebuah dewan mesyuarat vihara dan ditukarkan pula kepada sebuah biara yang sama dengan rumah yang digunakan untuk musim hujan pada masa Buddha dulu. Akhirnya biara itu menjadi sangat besar dan mempunyai tiang yang indah serta berukir dengan bahasa yang indah-indah.

Mengikut tradisi Buddhis Thai, sebuah wat / biara adalah dianggap sempurna jika ia mengandungi ciri-ciri berikut :

1) rumah tumpangan Bhiksu (kuti)

2) dewan pentahbisan konvokasyen (bodh atau uposatha atau uposatha-gara)

3) dewan keramat (vihara)

4) dewan ceramah

Mengikut tradisi Buddhis Sinhalese, ia termasuk dagoba / stupa dan pokok Bo di mana keturunannya boleh didapati dari pokok Bodhi yang asli di Buddha-gaya.

Gambarajah 25 menunjukkan sebuah biara Buddhis China yang menggambarkan dewan utama Kuil Hsien-Tung (Dinasti Ming ?) Tingginya hampir 18.6 m dan lebarnya 34.65 m. Gambarajah 27 menunjukkan kawasan asli Horyuji, dekat Nara, Jepun. Gambarajah 28 ialah sebuah biara Buddhis Kampuchea (Khmer) di Lopburi, Negeri Thai (Abad ke 11). Gambarajah 29 ialah Biara Ananda, sebuah bangunan Mon yang didirikan oleh Kyanzittha, Burma pada tahun 1105.

Mengenai dengan istilah gereja, ianya biasa juga digunakan untuk kuil Buddhis, biara atau dewan keramat. Istillah ini, kebanyakannya digunakan di sebelah Timur sebagai Dewan Konvokasyen atau dengan mudahnya hanya biara (di Negeri Thai, kedua-dua istilah boleh digunakan secara am untuk bodh atau uposatha) di mana Bhiksu dan orang ramai berhimpun pada Hari Suci Buddhis. Di sini juga, golongan Bhiksu akan melaksanakan upacara Sangha Karma (satu upacara yang dilaksanakan oleh segolongan Bhiksu)

(26), (27), (28) dan (29) -- lihat (25)

(30), (34), (36), (48), (53) & (54). Kamalanjali.

Kamalanjali adalah gaya bunga teratai yang digunakan untuk menunjukkan penghormatan. Ia mencerminkan satu cara lama untuk memberi penghormatan serta memuliakan kesucian sesuatu. Istilah ini didapati dari kesamaan gaya dengan bunga teratai - satu simbol keagamaan yang suci. Pencantuman kedua-dua tapak tangan mengambarkan penumpuan seseorang. Ia juga boleh dianggapkan serupa dengan penjabatan tangan oleh orang Eropah, di mana tangan kanan (senjata) seseorang itu digoncang untuk menunjukkan pengakuan orang itu bertujuan damai dan bersefahaman.

Mengikut amalan biasa ialah, mencantumkan kedua-dua tapak tangan dengan rapat serta kedua-dua pergelangan tangan menyentuhi dada (sternum). Sendi siku diletakkan di sisi tubuh badan supaya ia tidak menonjol keluar. Di Negeri Thai, gaya teratai biasanya digunakan semasa sesi membaca ayat-ayat suci, ketika mendengar ajaran agama dan dalam pertemuan rasmi dengan Bhiksu yang berpangkat tinggi atau kerabat diraja. Jika duduk di atas lantai, gaya duduk telah dihuraikan di (35), (46) dan lain-lain.

Semasa menunduk kepala untuk memberi penghormatan, kedua-dua tapak tangan mesti dibawa ke paras kepala dengan ibujari dan jari telunjuk menyentuhi dahi, kemudian kedua-dua tangan dibawa semula ke posisi asal, di hadapan dada. Kedua-dua tapak tangan mesti sentiasa bersentuhan satu sama lain; bergitulah juga jari jarinya mempunyai kesedaran mengawal diri dalam pergaulan sosial.

(31) Penyembahan Cahaya

Cahaya dapat disembahkan dalam bentuk lilin, pelita atau lampu elektrik. Cahaya melambangkan Pencerahan, cahaya yang menerangi Kegelapan ketakutan, kejahilan dan penderitaan. Penggunaan Colok juga, kita boleh kaitkan dengan pemberian cahaya. Sumber cahaya dari lilin bergantung kepada lilin, sumbu dan syarat-syarat yang sesuai. Jika salah satu daripadanya tiada, cahaya akan malap.

Kewujudan kita juga bergantung pada beberapa syarat, jika salah satu daripadanya tiada, kita akan mati. Lilin seumpama makanan yang kita makan; cahaya seumpama minda atau proses hidup kita, dan syarat-syarat yang membantu hidup kita mungkin tidak boleh diramalkan seperti kemalangan atau kejadian-kejadian hasil daripada perbuatan kita. (karma-vipaka)

Cahaya lilin juga mencerminkan pembakaran nafsu buas yang ada pada kita, yang dikawal oleh badan dan deria kita. Jika kita melatihkan diri kita untuk menguasai perasaan, kita dapat mengamal dan menghapuskan cahaya itu, dan akhirnya kita berjaya mencapai nirvana. Kewujudan hidup akan menjelma jika semua syarat-syarat yang sesuai berlaku serentak, dan sebaliknya jika salah satu daripadanya tidak berlaku, maka sudah tentu ia tidak tercapai.

(32) & (40) Persembahan Bunga

Perkataan yang ringkas dalam teks (Pelajaran 7) menunjukkan berbagai-bagai simbolik yang dipaparkan oleh bunga dalam Buddhisme. Kediaman Buddha dikenali gandha kuti (Pavilion Wangi) kerana ia diharumi dengan kewangian bunga-bunga.

Bunga Teratai, terutamanya yang berwarna biru, adalah bunga suci dalam Buddhisme. Pentingnya bunga teratai dari segi ugama, adalah timbul dari kenyataan, iaitu akarnya tumbuh dalam lumpur sedangkan bunganya berkembang dengan cantik dan berseri di atas permukaan air lumpur, tanpa dikotori oleh air yang berlumpur itu.

Begitu juga dengan manusia yang mempunyai akarnya tertanam dengan dalam di dalam lumpur kejahilan dan dikelilingi oleh godaan-godaan duniawi. Melalui Ajaran Buddha, kita boleh keluar dari kejahilan dan menyempurnakan diri ke arah pencapaian Pencerahan.

Bungan teratai ada disebut dalam semua teks Buddhisme. Kita selalu merujukkan bunga teratai sebagai kaki guru kita yang suci. Gajah putih dalam mimpi Maha Maya membawa sekuntum bunga teratai putih di belalainya. Ia menjadi satu tema yang popular dalam kesucian Buddhis dan terbukti dalam lukisan gua di Ajanta. Mengikut tradisi yang popular, semasa Bodhisatva dilahirkan, Beliau telah berjalan sebanyak 7 langkah dan dari setiap langkah itu menjelma sekuntum bunga teratai. Selain daripada itu, di dalam banyak syarahanNya, Buddha juga membandingkan fikiran manusia dengan bunga teratai.

Kebanyakan pokok berbuah selepas bunganya gugur, tetapi bunga teratai sudahpun mempunyai buah semasa ia berkembang dengan mekarnya. Ini melambangkan bahawa setiap manusia seperti bunga teratai, mengandungi benih Buddha yang wujud dalam dirinya, hanya perlu diperkembangkan untuk mencapai kebuddhaan pada akhirnya.

Semasa menjawab soalan Brahmin Dona tentang identitiNya, Buddha menjawab :

Seperti bunga teratai yang cantik berseri,

Berada di air kotor tetapi tidak dikotori,

Berada di air kotor tetapi saya tidak dikotori,

Maka, Brahmin, sayalah Buddha

Tiang-tiang yang didirikan oleh Asoka mempunyai ukiran bunga teratai. Bunga teratai telah menjadi simbol Buddhis India pada zaman dahulu. Adalah berkemungkinan tukang seni dari Persepolis meminjam simbol bunga teratai dari Negara India, sama juga dengan Asoka, meminjam corak huruf dari negara Persia walaupun beliau telah mempunyai banyak corak-corak simbol.

(33) Penyembahan Setangi & Dupa

Pada kebiasaannya sama ada penganut yang salih atau yang biasa, akan menunjukkan ketaatan melalui penyembahan dupa. Makna yang sebenar penyembahan itu mungkin tidak diketahui dengan jelas. Walaupun begitu, dalam masa yang singkat semasa seseorang itu menyembahkan dupa di hadapan imej Buddha, mungkin telah memberi keriangan batin dan kebebasan dari gangguan duniawi.

Dupa mengeluarkan asap yang harum semerbak ke udara. Demikian juga, perbuatan yang baik memancar getaran yang baik yang akan mengembirakan dewa-dewa di syurga. Sebagai balasannya, dia akan diberkati oleh dewa-dewa itu.

Dupa yang membakar diibaratkan seperti kewujudan kita. Dupa itu adalah badan dan puncak hujungnya adalah minda kita yang sentiasa berubah. Dengan itu manusia adalah gabungan minda dan jirim.

Selepas beberapa ketika, dupa akan habis dibakar atau jika keadaan buruk wujud, api mungkin akan padam sebelum pembakaran dupa dihabiskan. Demikianlah juga kita perlu memikirkan sifat kewujudan kita yang tidak berkekalan, tidak puas dan tanpa roh itu.

(34) Imej Buddha

Kesenian Buddhis bermula selepas Buddha meninggal dunia. Pada masa kesenian Buddhis telah mencapai tahap kemuncaknya, masih tiada sebarang langkah awalan diambil untuk menganggapnya sebagai keramat sehingga 4 abad selepas Buddha meninggal dunia. Walaupun Gandha-kuti adalah tempat kediaman Buddha yang tetap, tetapi Buddha tidak sentiasa menetap di situ. Sebab itulah timbulnya masalah yang berkaitan dengan tempat keramat. Persoalan mengenai dengan jenis simbol atau tempat keramat yang sesuai yang dipersetujui oleh Buddha untuk dijadikan tempat upacara/penghormatan semasa peninggalanNya pun juga timbul (di dalam Kalingabodhi Jataka).

Jawapan Buddha berkenaan perkara di atas ialah, Beliau patut diwakili oleh Pokok Yang Maha Bijaksana (Maha-bodhi-rukkha) semasa Beliau masih hidup dan diwakili oleh sarira iaitu sisa-sisa tulang selepas mayat dibakar. Buddha tidak setuju dengan menggunakan barang untuk menandakan barang-barang keramat yang anthropomorphik, sebab Buddha menganggapkannya sebagai barang-barang khayalan yang tiada asas.

Oleh hal yang demikian, kesenian Buddhis yang awal menggambarkan Buddha sebagai pokok Bodhi, Bilik yang wangi, Roda Hukum, bekas tapak kaki (pada-valanja), timbunan batu berbentuk piramid (stupa), pelana kosong atau takhta, atau sekaki payung. Payung masih melambangkan simbol raja di negara-negara Timur.

Buddha mulai diwakili dalam bentuk manusia pada abad pertama S.M. Walaubagaimanapun, imej Buddha yang biasa terdapat mencerminkan Buddha sebagai Penduduk Yang Sangat Baik, orang yang terbaik, orang Kosmik atau dengan secara langsung menetapkan imej Beliau dalam bentuk Yakkha-Agathos, Daimon atau Tutelary Genius. Imej demikian adalah selaras dengan hakikat bahawa Buddha sendiri adalah Yakkha yang patut diperkorbankan, bersama dengan doktrin Kesucian Yakkha, dan dengan latarbelakang berkenaan pre-Buddhis Sakya, Licchavi dan sistem agama Vajji Yakkha, yang mana Buddha sendiri telah menasihati orang-orang Vajji supaya jangan mengabaikan kewajipan kebiasaan mereka.

Sebagai Bodhisatva, Beliau disalahanggap sebagai roh pokok di mana Beliau duduk. Dalam Jetavana dan kesenian Buddhis yang awal, Buddha diwakili sebagai tempat keramat pokok (rukkha-cetiya). Begitu juga untuk Yakkha, kuil-kuil adalah kediaman yang digemari oleh Buddha dalam masa perjalanan Beliau dari satu tempat ke tempat yang lain.

Semua anggapan itu hanya mempunyai kepentingan, sekiranya kita menyedari bahawa Yaksa (Yakkha) dari Vedas dan Upanishads berasal dari gelaran Brahma. Mengikut mereka, Yaksa adalah prinsip berkenaan dengan kehidupan yang berada dalam pokok kehidupan, manusia adalah bandar Brahma yang didiami oleh makhluk yang hidup berkekalan.(Ini adalah konsep Brahma, tetapi bukan konsep Buddhis) Manusia sebagai penduduk bandar Brahma diberi nama Purusa. Buddha digelar penduduk yang sangat baik. Ungkapan sedar (Buddha) dan "Brahma-become" (Brahma-bhuta) juga memberi maksud yang sama.

Kesenian India telah dipengaruhi oleh perkembangan dan sifat-sifat imej Buddha yang berlainan. Sifat imej Gandhara ialah rambut yang ikal dan unhisa (tonjol di bahagian atas kepala). Kepala yang tidak berambut dan unhisa yang tersembul adalah imej Buddha dari Mathura. Imej Buddha dari Amaravati biasanya mempunyai salib (swaatika) di atas kaki. Imej Buddha dari Gupta kebanyakannya mempunyai sesuatu lingkaran cahaya di sekeliling kepala dan kain lutsinar yang berlipat.

Pada umumnya, terdapat 3 jenis bentuk Buddha:

(1) Thana - bentuk berdiri

(2) Asana - bentuk duduk

(3) Sayana - bentuk baring

Imej Buddha yang berdiri menunjukkan Beliau berdiri sama ada atas bumi, di udara atau atas air. Imej Buddha berdiri atas bumi menunjukkan Beliau memberi atau menerima hadiah, merenung pada pokok Bo, berjalan sambil bersemadi, dalam perjalanan untuk menerima dana, atau menaikkan tapak tanganNya seakan-akan menyatakan "jangan bimbang" (abhaya mudra)

Imej Buddha yang berdiri di udara menunjukkan Beliau sedang melakukan fenomenon Twin Wonder(berada di 2 tempat pada masa yang sama) di Kapilavatthu, atau pulang dari Devaloka Tavatimsa selepas memberi syarahan kepada ibuNya Maha Maya. Beberapa imej menunjukkan Buddha berdiri di atas air bah di Uruvela pada masa menukar kepercayaan Uruvela Kassapa.

Di bawah kategori kedua, terdapat 3 jenis corak duduk.

(1) Padmasana (posisi teratai), posisi samadhi (penumpuan), duduk bersila dengan tangan kanan terletak di atas tangan kiri.

(2) Bhadrasana (posisi bertuah), kedua-dua kaki berjuntai ke bawah dan biasanya Beliau berehat di atas lantai atau tempat letak kaki. (seperti imej di Chandi Mendut, Jawa)

(3) Lalitasana (posisi lemah gemalai), satu kaki berjuntai ke bawah tetapi yang satu lagi bersilang. Posisi ini adalah popular bagi imej Bodhisatva dan imej orang Tibet.

Beberapa imej menunjukkan Buddha dengan kedua-dua kakiNya berehat di atas lantai seperti yang menggambarkan Buddha melaksa nakan fenomena `Twin Wonder' di Gua Mango. Gaya ini juga digunakan untuk menggambarkan Buddha berangkat naik ke udara dalam posisi duduk.

Sekiranya kedua-dua kategori yang pertama dan kedua menunjukkan peristiwa penting dan merupakan amalan harian dalam hidup Buddha, kategori ketiga hanya menunjukkan Beliau dalam posisi terbaring(di atas katil kematianNya).

Imej dalam kategori-kategori pertama dan kedua (berdiri dan duduk) juga mempamerkan salah satu daripada pergerakan dengan tanganNya.(mudra)

(1) Perlindungan (abhaya mudra):Tangan kananNya diangkatkan dengan tapak tangan menghala ke arah seseorang, seolah- olah mengatakan "Jangan takut".

(2) Menganugerah (Varada): Tangan kanan dihulur ke hadapan, dengan tapak tangan menghala ke atas seperti dalam pemberian rambut azimat kepada 2 orang saudagar.

(3) Meditasi (Jhana atau Samadhi): Tangan kanan terletak di atas tangan kiri. Gaya ini biasa dikaitkan dengan posisi teratai (Padmasana).

(4) Bersyarah (vyakarana): Kedua-dua belah tangan dinaikkan seperti dalam reaksi menyampaikan syarahanNya. Satu contoh terkenal untuk gaya ini ialah imej Syarahan Pertama yang didapati di Sarnath.

(5) Bertanya (vitakka): Kedua-dua belah tangan dinaikkan semasa menyoal atau dalam renungan yang serius. Gaya ini lebih biasa didapati pada imej Bodhisatva.

(6) Memanggil bumi untuk menjadi saksi (bhumi-samphassa): Hujung jari tangan kanan menyentuh bumi semasa Mara mencabar akan hakNya untuk duduk di bawah pokok Bodhi. Bumi bergempa membuktikan kesucian Bodhisatva.

Ketenteraman yang dipamerkan oleh imej Buddha mencerminkan summum bonum Buddhisme: pembebasan dari kesedihan. Tiada imej Buddha yang menunjukkan perasaan ketakutan, kesengsaraan, kesakitan atau putus harapan. Sebaliknya, imej Buddha adalah imej yang bergaya tenang dan menyenangkan; satu simbol dengan penuh keindahan seni yang seimbang, satu objek untuk direnung dengan mendalamnya. Imej Buddha melambangkan matlamat hidup kita, dan mengingatkan kita tentang kewujudan benih Buddha yang ada dalam diri kita yang menunggu masa untuk bercambah kepada Pembebasan Tertinggi.

Jika ada sesiapa, yang menganggapkan kita sebagai pemuja patung, maka bolehlah dijelaskan tanggapan kita, bahawa kita bukan memuja imej Buddha tetapi menghormati apa yang dilambangkan oleh imej itu. Apa yang kita lakukan adalah sama dengan patriot-patriot yang mengangkatkan topi mereka semasa perarakan panji-panji (bendera) melintasi di depan mereka, atau meletakkan karangan bunga di hadapan Tugu Peringatan Pahlawan. Tidak ramai yang boleh menerima sinaran cahaya Kebenaran yang terdedah secara langsung. Kebanyakan daripada kita perlu memandang Kebenaran ini melalui simbol-simbol yang sesuai. Pada biasanya orang yang menganggapkan dirinya terlalu bijak dan tidak memerlukan simbol ini, dan mentertawakan orang lain yang memerlukan simbol-simbol itu, pada hakikatnya merekalah pemuja berhala yang teruk sekali kerana mereka memujakan imej diri sendiri.

Bermurah hati, terutama dalam pemberian jubah, makanan, perlindungan dan ubat kepada Bhiksu , disanjung tinggi di semua negara Buddhis di selatan Benua Asia dan merupakan satu sifat baik yang dasar, dan juga sebagai satu cara untuk menahan sifat tamak haloba dan egoisme manusia. Tetapi seperti juga dalam sesuatu tindakan sama ada baik atau buruk, sama juga dengan pemberian hadiah, dianggap sebagai satu tindakan yang baik jika pemberi itu melakukan dengan niat yang mulia dan atas kehendak sendiri, dan bukanlah kerana semata-mata untuk menunjuk-nunjukkan jasa baiknya kepada orang lain.

Di peringkat metafizik, ungkapan makanan atau makanan berkhasiat (ahara) merupakan asas atau syarat. Keempat-empat makanan berkhasiat adalah seperti berikut:

(1) makanan mentah,

(2) tanggapan deria atau mental (phassa),

(3) kemahuan mental (mano-sancetana),

(4) kesedaran (consciousness, vinnana). Rujuk kamus Buddhis "Buddhist Dictionary" oleh Nyanatiloka di bawah tajuk ahara.

(35), (46),(47) & (55) Pancapatitthita (Lima Perkara Persujudan)

Mengikut adat resam Buddhis Thai, lima perkara diambil berat semasa memberi penghormatan kepada imej Buddha adalah dahi, dua belah siku dan dua belah lutut. Cara yang betul di sini adalah kedua-dua siku dan lutut mesti bersentuhan untuk memastikan kedudukan tidak menimbulkan rasa kekok. Tradisi Buddhis Singhalese menyenaraikan lima perkara iaitu dahi, pinggang, siku, lutut dan kaki. Dalam kedua-dua tradisi, seseorang bersujud tiga kali dari posisi melutut. Amalan Buddhis Cina pula, bagaimanapun menggunakan lebih keupayaan atau tenaga di mana seseorang itu melabuhkan badan di atas kakinya selepas setiap persujudan.

Semasa persujudan ini, tapak tangan perlu diletakkan sama rata dengan lantai dan kepala ditundukkan ke bawah. Bahagian tangan dari siku ke pergelangan tangan dan siku hendaklah bersentuhan sepenuhnya dengan lutut dan lantai. Ini adalah lima perkara persujudan mengikut adat Buddhis Thai, seperti yang ditunjukkan dalam rajah (35) & (46). Amalan Buddhis Sinhalese dijelaskan dalam rajah (55) & (97). Selepas persujudan ini, tangan (termasuk tapak tangan) segera dinaikkan menyentuh dahi dan kemudian dibawa turun ke dada.

Adat Buddhis Thai yang biasa, ialah duduk (di atas lantai atau pelantar) dengan satu kaki bersilang dan sebelah lagi disilang di tepi, agar tapak kaki menghadap ke belakang. Dalam keadaan ini, tidaklah kelihatan kurang sopan jika dilihat dari depan. Perawakan seperti ini boleh diperlihatkan semasa mendengar syarahan, semasa membaca ayat-ayat suci dan menghormati bhiksu yang lebih senior; menghormati pegawai-pegawai pangkat tinggi atau kerabat diraja.

(36) lihat (30)

(37) Persembahan Menerusi Muzik Dan Lagu

Luahan muzik tentang keikhlasan patut diberi penekanan yang sama seperti persembahan dari segi material. Muzik selalunya dikaitkan dengan golongan muda. Di Sri Lanka,muzik ini adalah amalan biasa dilakukan dengan pukulan gendang dengan irama tertentu sebagai suatu persembahan bunyi. Sebagai aktiviti kurikulum tambahan, kumpulan koir Buddhis patut dibentuk. Lagu-lagu Buddhis seperti Righat Meditation (Zorn-Izumi, Love's Ties (Carus-Bode) dan Seeking the Truth (Zorn-Wall) adalah di antara yang masyhur. Lihat pada The Buddhist Service and Gathas: English and Japanese (Hawaii Soto Mission Association, 1949)

(38) Stupa Sanchi

Pada asalnya, stupa dibina oleh Asoka di Sanchi; kemudiannya ia diletakkan dalam bangunan yang lebih besar, dan pada masa itu, ia dikelilingi oleh tembok batu yang mempunyai 4 pintu besar. Ianya masih mempunyai kesenian Buddhis. Dibina di bawah naungan Raja-Raja Andhra. (70 -60 S.M.) Mereka membentuk, dengan Amaravati, tanda air yang tinggi dengan bentuk muka bumi India yang berbatu-batan. Hanya pada pertengahan abad ini, sarira Sariputta dan Moggallana yang tersimpan dalam Musium Victoria dan Albert di London, semenjak ianya diambil dari Stupa Sanchi pada pertengahan abad yang lalu, telah dikembalikan ke India melalui Sri Lanka, untuk ditempatkan semula di tempat asalnya dengan penuh penghormatan.

Daripada 10 stupa yang dikatakan telah dibangunkan di atas abu-abu Buddha, hanya beberapa buah sahaja yang dikenalpasti. Stupa di Bhattibrolu (di Madras), didapati mengandungi satu botol kecil yang berlabel yang mengandungi sarira Buddha, dan tarikh Stupa itu sendiri dibangunkan pada abad 1 atau 2 S.M. (lihat Ronaldshay, Lands of the Thunderbolt, ms 87). Sarira itu dihadiahkan oleh Lord Ronaldshay, wizurai India, kepada Persatuan Maha Bodhi. Justeru itu Persatuan Maha Bodhi membina sebuah biara di ibu pejabatnya di Calcutta untuk menerima sarira Buddha itu.

Sebagai stupa yang paling besar dan bersejarah, Sanchi mempunyai ukuran 16.5 m tinggi. Pintu masuk setinggi 10.36 m, pagal yang paling rendah ialah 3.23 m. Diameter pada paras tanah adalah 31 m. Puncak stupa didirikan semasa Maharaja Asoka, kira-kira pertengahan abad ke 3 S.M. dan diperbesarkan lagi semasa abad 1 S.M.

(39) Menghormati Pokok Bodhi

Pokok Bodhi adalah simbol pencapaian Pencerahan Buddha. Perkataan Bodhi sebenarnya bermaksud mencapai Pencerahan. Nama yang tepat bagi pokok itu ialah Ficus religiosa. Ia juga dikenali sebagai pokok pipal. Di bawah salah sepohon pokok itulah di mana Buddha mencapai PencerahanNya.

Buddha sendiri dikatakan pernah mengisytiharkan bahawa hanya pokok Bodhi yang dapat mewakiliNya semasa peninggalanNya dari biara Bhiksu. Sebagaimana yang diketahui, pokok suci Bodhi mempunyai salasilah (genealogi) sebagai pokok yang asalnya di Buddha-Gaya.

Imej Buddha tidak wujud sehingga lebih kurang 400 tahun selepas Buddha meninggal dunia. KehadiranNya dalam cerita-cerita Jataka dan sandiwara dari kitab-kitab suci, Buddha diwakili oleh pokok Bodhi atau simbol-simbol lain. (lihat juga (41)

(40) lihat (32)

(41), (42) Dharmacakra

Dharmacakra adalah Roda Peraturan, nama bagi Doktrin yang disebarkan oleh Buddha. (Iaitu Empat Kebenaran Mulia) Dalam Majjhimanikaya iii 248, mengatakan: "Yang Sempurna, oh para Bhiksu, Yang Suci, Yang Mencapai Pencerahan Sempurna, telah mula menggolekkan Roda Peraturan yang tidak melampau di Taman Rusa dekat Benares.

Syarahan Buddha yang pertama dikenali sebagai Sutra Dhammacakkappavattana. (Syarahan mengenai permulaan putaran Roda Peraturan) Menggolekkan Roda bererti mengembangkan Ajaran Buddha. Kedinamikan Buddhisme dapat dilihat pada Roda yang mana perlu sentiasa diputarkan supaya Roda itu sentiasa tegak dan bergerak. Samalah juga kepada Doktrin ini yang harus diamalkan, jika tidak, ia akan menjadi statik dan mati sepertilah roda yang rebah.

Jari-jari Roda, lapan kesemuanya, mewakili Jalan Lapan Lapis Mulia. Jarak jejari yang sama panjang itu menggambarkan keadilan atau karma, di mana berbuat baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Bingkai bulat Roda itu menggambarkan Ajaran Buddha yang mengandungi belas kasihan dan kebijaksanaan. Gandar Roda pula ialah Jalan-Jalan Kebenaran di mana Roda itu berputar dan pusat Roda mewakili sifat kesatuan semua hidupan.

Roda (cakka) adalah satu daripada tujuh milikan yang berharga (ratana) oleh Raja Universal yang adil (cakkavatti), dan melambangkan kemajuan kemenangan dan peluasan kedaulatannya. Dari itu terbitlah penyataan dhammacakkam pavatteti yang diibaratkan sebagai Beliau memulakan putaran Roda Peraturan.

Maksud lain untuk Roda ialah tuah (blessing). Terdapat empat Roda yang bertuah iaitu: hidup dalam daerah yang sesuai, ditemani oleh orang-orang yang baik, perbuatan baik yang dilakukan di masa dulu dan kecenderungan yang benar. Lihat Anguttara-nikaya iv.88 atau Sutra Mangala (Kh.8f.).

Kadang-kala, Roda juga digunakan untuk melambangkan Roda Kehidupan atau Hukum Sebab-akibat. Pusat roda mengambarkan kejahilan dan nafsu yang mendorong seseorang melakukan kebaikan atau keburukan dilambangkan pula oleh jari-jari Roda. Disebabkan oleh perbuatan-perbuatan itu, kehidupan seseorang itu terus berputar, kelihatan kekal seperti lengkaran luar roda, yang tiada permulaannya. Ia akan berhenti setelah pusat roda musnah.

Sebelum evolusi imej Buddha (lihat 34 dan 39), Buddha selalu digambarkan oleh sebuah roda (Roda Peraturan yang berputar di Sarnath) dalam cerita-cerita Jataka dan sandiwara kitab suci, sepohon pokok (pokok Bodhi), stupa atau bekas tapak kaki atau sebuah pelana yang kosong, atau takhta, atau oleh payungNya. Payung telah lama menjadi lambang diraja dan diguna oleh kerabat diraja di Negara-negara di sebelah timur pada hari ini.

 

(42) Bendera Buddhis Thai

Roda Peraturan juga terdapat pada bendera Buddhis di Negeri Thai yang mana telah diguna semenjak zaman dahulu. Roda itu mempunyai 8 jari-jari yang menandakan Jalan Lapan Lapis Mulia. Kadang-kala ia juga mempunyai 12 jari-jari yang menandakan 3 aspek bagi setiap satu daripada Empat Kebenaran Mulia (lihat Vin. iv. 10, S.v.422f.) atau 12 keadaan dalam Roda Pratityasamutpada (paticca-samuppada) - rujuk Buddhist Dictionary oleh Nyanatiloka (m.s.119f). Kadang-kala, roda itu mungkin mempunyai 16 jari-jari yang menandakan 16 cara kefahaman (dihuraikan dengan panjang lebar bahagian Patisambhida-magga di Khuddhaka-nikaya - tetapi rujuk Dharmacakra or the Wheel of the Law, Bangkok, Finr Arts Department, tahun 2511, m.s.13)

Swastika: ia adalah perkataan Sanskrit. Ejaan asalnya ialah, svastika. Bila dianalisa su bermakna baik atau memuaskan; asti bermakna jadi, dan ka ialah imbuhan akhiran untuk menjadikan katabenda. Oleh yang demikian, swastika bermakna menjadi baik.

Swastika melambangkan tenaga Dharma yang dinamik kerana ia adalah cantuman garis tengah positif (l) dengan garis melentang negatif (-) supaya menjadikan tanda campur (+) dalam materialisme. Swastika yang baik ini berputar mengikut pusingan jam menandakan kebaikan. Sebaliknya jika berpusing lawan jam, menandakan kejahatan dan telah digunakan oleh Nazi semasa Perang Dunia II.

Imej Buddha Amaravati biasanya terdapat swastika pada kakiNya, manakala kebanyakan imej Buddha Mahayana terdapat swastika pada dadaNya. Mahavastu mengatakan, swastika terjadi pada tapak kaki Buddha. Lalita-vistara dalam versi Bahasa China oleh Dharmaraksa mengandungi 27 dari 32 tanda-tanda Manusia Agung (maha-purusha/maha-purisa). Swastika merupakan tanda terakhir daripada 27 tanda tersebut. Berdasarkan Sutra Mahapadana dalam versi Bahasa China, dari kitab Digha Nikaya, swastika disenaraikan sebagai tanda yang ke 16 dari 32 tanda. Tetapi dalam Sutra bahasa Pali tidak menyebutkannya.

Setengah-setengah pihak berkuasa Buddhis mempercayai bahawa swastika adalah khusus bagi imej China sahaja . Kemungkinan swastika adalah dikhaskan untuk melambangkan misteri-misteri yang disampaikan oleh Buddha kepada pengikutNya Maha Kassapa. Ini sememangnya tafsiran Mahayana.

Dalam Bahasa China, terdapat suatu huruf yang menyerupai bentuk lama swastika yang bermakna 10,000. Tanda ini mungkin melambangkan milikan 10,000 kesempurnaan. Swastika kadang-kala dikenali sebagai Mohor Hati. Waddell, mubaligh Kristian merekodkan bahawa setengah-setengah orang Tibet membalikkan hujung-hujung swastika sebagai pengganti kepada bentuk yang umum.

Persamaan swastika dengan roda memperingatkan kita tentang Roda Peraturan. (lihat 41) Empat L yang membentukkan tanda ini juga melambangkan 4 perkara dalam bahasa Inggeris: eternal LIFE (hidup Buddha kekal abadi), immeasurable LIGHT (cahaya yang tidak tersukat), bouldless LOVE (cinta yang tidak terbatas) & ultimate LIBERATION (pelepasanNya yang muktamad). Pencapaian-pencapaian ini yang harus kita sentiasa berusaha.

Swastika sentiasa terdapat dalam Veda sebagai satu katanama yang bermakna kebahagiaan dan juga sebagai satu kataketerangan yang bermakna jadi baik. Di India, perkataan ini berpadanan dengan doa selamat. Juga diketahui umum bahawa pada zaman Maharaja Asoka, Buddhis di India menggunakan lambang swastika untuk mengenalkan identiti mereka sepertimana Buddhis-Buddhis pada zaman sekarang memakai loket imej Buddha.

 

(43) Bendera Buddhis Antarabangsa

Pada tahun 1880, J.R. de Silva dan H.S. Olcott mencorakkan bendera Buddhis untuk menandakan pengembalian Buddhisme di Sri Lanka. Bendera ini telah digunakan untuk kali pertamanya pada tahun 1888 semasa meraikan Hari Wesak sebagai hari cuti am.

Bendera yang direkakan oleh Olcott mempunyai 6 jalan tegak yang menandakan aura Buddha. Ianya terdiri daripada warna: BIRU, KUNING KEEMASAN, MERAH TUA, PUTIH, JINGGA dan satu lagi campuran lima warna itu. Warna biru adalah berdekatan dengan tiang bendera dan campuran lima warna itu di hujung satu lagi.

Bendera Buddhis ini telah diiktirafkan sebagai Bendera Buddhis Antarabangsa dalam Persidangan Persaudaraan Buddhis Sedunia yang diadakan di Sri Lanka pada Mei-Jun 1950. Perasaan hormat dan memuliakan bendera ini timbul dengan bersungguh-sungguh, sehinggakan cadangan menggunakan satu bendera baru yang berbentuk segitiga berwarna oren dan mempunyai Dharmacakra Asoka di tengahnya ditolak sama sekali. Negara Thai pula mempunyai bendera Buddhisnya yang tersendiri. (lihat 41)

 

(44) Syarahan Tradisi Buddhis Di Negeri Thai

Syarahan ugama seperti biasanya diadakan pada Hari Suci Buddhis (uposatha, dalam bahasa Thai: wan phra atau wan thammasawana). Ia biasanya berlandaskan kepada berbagai ungkapan dalam Pali yang dihuraikan dengan panjang lebar dalam gambhira (bahasa Thai khamphi= sesuatu yang mendalam, kitab suci, teks ugama) dan boleh dilihat sebagai ikatan dalam tangan Bhiksu. Syarahan ini jarang diadakan, jika ada, biasanya dipersembahkan tanpa persediaan dengan duduk di atas mimbar Buddhis (dhammasanam, Bahasa Thai thammart) iaitu kerusi yang panjang melengkung.

 

(45) Tiga Penderitaan Utama dan Empat Pandangan

Tiga Penderitaan Utama ialah: berumur tua, berpenyakit dan kematian adalah penting dalam Buddhisme. Jika tiga serangkai ini tidak mengganggu maanusia, maka tidak perlu adanya Buddha lagi. Keseluruhan Pengajaran Buddha berdasarkan kepada Konflik atau Penderitaan (dukkhe loko patitthito). Melalui Empat Kebenaran Mulia, Doktor Universal telah dapat mengesan konflik (dukkha) yang mempunyai Puncanya dan memberi Ubatnya. Preskripsi ini terkandung dalam Jalan Lapanlapis Mulia.

Dalam Empat Pandangan, tiga penderitaan ditunjukkan secara bersama-sama dengan Pandangan yang keempat adalah ubat bagi mereka.

(46),(47) lihat (35)

(48) lihat (30)

(49) - (52) Empat Keperluan

Menjadi tanggungjawab orang ramai untuk menyediakan kelengkapan Empat Keperluan Bhiksu. Pihak Bhiksu pula, mereka haruslah mengamalkan sila yang berkaitan dengan Empat Keperluan ini (paccaya-sannissita-sila). Ini termasuk seseorang Bhiksu itu mempunyai fikiran yang betul apabila menggunakan Empat Keperluan yang terdiri daripada jubah, makanan, tempat tinggal dan ubat. " Dengan bijaknya dia menggunakan jubahnya dengan tujuan untuk melindungi diri daripada kesejukan, kepanasan dan lain-lainnya. Dengan bijaknya dia menggunakan makanan hanya sebagai pengalas perut dan menyokong tubuhnya. Dengan bijaknya dia menggunakan tempat tinggalnya hanya untuk melindungi diri dari bahaya cuaca dan menikmati ketenteraman. Dengan bijaknya dia menggunakaan ubat yang perlu hanya untuk menghilangkan kesakitan yang dihadapi dan mencapai kebebasan daripada penderitaan. (cf.M.i.10f)

Tempat tinggal (senasana) mestilah sesuai untuk latihan kerohanian dan memiliki lima kebaikan. Lokasi tempat tinggal perlulah tidak terlalu jauh dan juga tidak terlalu dekat dari perkampungan ramai, supaya ianya sesuai untuk perjalanan pergi dan balik bagi mendapatkan dana makanan. Pada siang hari ianya tidaklah terlalu sesak, dan pada malam ianya sunyi senyap dan tidak sibuk. Seseorang itu tidak banyak diganggu oleh lalat, nyamuk, angin, matahari dan tumbuhan menjalar. Apabila tinggal di sana, Bhiksu tidak menghadapi kesusahan untuk mendapatkan jubah, makanan, tempat tinggal dan ubat. Tempat itu perlu adanya Bhiksu yang lebih tua, yang mempunyai pengetahuan yang dalam dan lebih mengetahui akan Ajaran Buddha. Dan Bhiksu yang lain patut berjumpa dengan mereka dari masa ke semasa untuk bertanya dan mendapatkan penerangan yang jelas mengenai Ajaran Buddha dan lain-lain lagi.Lihat A.v. 15f., (56) - (60)

(50), (58) & (60) Penyembahan Makanan Dan Derma

Makanan merupakan keperluan untuk hidup. Kelaparan merupakan satu penyakit yang paling sukar dirawati - makanan perlu cukup setiap hari. Dalam Dhammapada ayat 204, Buddha berkata, "Arogyaparama labha, nibbanam paramam sukham." yang bererti Kesihatan adalah keuntungan tertinggi, Nirvana adalah kebahagiaan tertinggi. Sebelum Buddha memberi syarahan ugama kepada pengembala-pengembala lembu, yang kehilangan ternakan lembu mereka di dalam hutan, disuruhNya mereka makan terlebih dahulu, kerana "Jighaccha parama roga"- Kelaparan adalah penderitaan tertinggi.

 

(53) - (55) Menghormati Ibubapa Kita

Dalam Sutra Sigalovada (D. iii. 180ff), menyenaraikan 5 cara seseorang anak harus melayan ibubapanya (ditempatkan pada tempat kehormat di arah Timur atau depan) :

a. membalaskan jagaan mereka,

b. membantu mereka dalam kerja-kerja mereka,

c. memeliharakan adat-resam dan nama baik keluarga,

d. menjaga warisan / harta mereka,

e. memindahkan pahala kepada mereka selepas mereka mati.

Sutra Mangala (Kh. 3ff,.89ff,; Sn. 258-269) mengatakan " Menanggung ibubapa, menjaga dengan baik isteri dan anak-anak, kehidupan yang aman - ini adalah kebahagiaan yang terbaik." Sutra Parabhava (Sn. 91-115) mengatakan "Seseorang itu, walaupun kaya, tetapi tidak menanggung ibubapa yang tua, ini adalah punca keruntuhan baginya."

Begitu juga dalam Sutra Sappurisa II (A. iv.245): seseorang yang berbudi ialah seseorang yang menjaga kebajikan ibubapanya, di samping berbuat baik perkara yang lain.

 

(54), (55) lihat (53)

(56) - (60) Pemberian Yang Sempurna (Dana Paramita)

Menderma atau bermurah hati (dana) merupakan aktiviti berbuat baik yang pertama. Dua yang lain lagi ialah berakhlak baik (sila) dan memperkembangkan mental (bhavana). Bermurah hati (caga) adalah salah satu daripada 10 perenungan (anussati), dan menderma ialah salah satu dari 10 kesempurnaan (parami/paramita).

"Seseorang yang menderma dikatakan mengurniakan empatlapis rahmat: berusia panjang, berwajah cantik, menikmati kebahagiaan dan bertenaga. Maka keempat-empat kurnia ini adalah milikannya yang tidak terkira,sama ada di kalangan dewa-dewi atau manusia." (A.iv.57)

"5 jenis rahmat akan dinikmati oleh penderma: dicintai oleh orang ramai, bermesra dengan orang yang mulia, mempunyai nama yang baik, berkeyakinan diri sendiri dan dilahirkan semula di syurgaloka" (cf.A.vv.34). 7 jenis rahmat lagi telah dinyatakan di A.vii.54.

Bermurah hati, terutamanya memberi makanan, jubah dan lain-lain kepada Bhiksu, disanjung tinggi di semua negara Buddhis di Asia Selatan, sebagai satu kemuliaan asas dan satu cara untuk mengawal sifat tamak haloba dan egoisme yang semulajadi yang terdapat pada manusia. Tetapi seperti juga dengan perbuatan baik atau buruk yang lain, pemberian yang dilakukan adalah dengan cara atas kehendak sendiri dan dengan niat yang mulia; bukan kerana melakukan pemberian sekadar untuk menunjukkan kepada orang lain.

Perlu ditegaskan di sini, tidaklah bermakna kita boleh terlalu bergantung kepada bantuan orang lain. Apa yang penting bukanlah apa yang diderma, tetapi apa yang akan terjadi pada orang yang menerimanya. Bantuan yang diberi haruslah cuma cukup untuk membantu mangsa itu melepaskan diri daripada terjebak ke dalam suatu keadaan yang menyebabkan ianya tidak bermaya, dan membolehkannya berdikari semula. Dengan kata lain, kita membantu orang lain supaya dia dapat membantu dirinya sendiri.

Adalah penting ditegaskan bahawa pemberian yang paling istimewa ialah pemberian cinta dan kebenaran : "Sabbadanam dhammadanam jinati - Pemberian kebenaran adalah melebihi segala pemberian, Dhammapada ayat 354. Dalam buku "Gift of the Magi", O. Henry menceritakan suatu kisah berkenaan pemberian cinta yang amat mengharukan.

 

(57), (58), (59) & (60) lihat (56)

(61) - (90) Lima Peraturan (Pelajaran 15 - 19)

Lima Peraturan merupakan asas tatasusila moral bagi kebanyakan Buddhis. Lima Peraturan moral boleh dibaca dan diamati sama ada secara individu di hadapan tempat keramat Buddhis atau diamati secara beramai-ramai dalam sesuatu perhimpunan atau sebelum permulaan mesyuarat-mesyuarat Buddhis. Bermula dengan memberi hormat kepada Buddha (vandana) yang dibaca tiga kali, kemudian diikuti dengan membaca Tiga Perlindungan (Tisarana). Akhir sekali mengucapkan Lima Peraturan moral(pancasila).

Maksud Lima Peraturan ini mesti difahamkan dengan sejelas-jelasnya. Peraturan ini adalah merupakan peraturan sahaja, dan bukanlah apa yang didakwa sebagai sabda atau perintah daripada Tuhan. Peraturan ini bukan merupakan pengambilan sumpah kepada mana-mana Tuhan, tetapi adalah suatu perjanjian pada diri sendiri (cf.3.para.7). Peraturan ini juga bukanlah perjanjian yang langsung tidak akan membunuh atau berbohong; tetapi cuma berusaha untuk mengurangkan kemungkinan seseorang daripada terus melakukan kesalahan yang tertentu itu.

Untuk memahami implikasi peraturan-peraturan ini, seseorang harus mengetahui syarat-syarat yang dikatakan sesuatu perbuatan telah dilaksanakan. Dalam hal membunuh, yang ditegaskan ialah pembunuhan semua jenis hidupan tanpa membenarkan mereka terus hidup sehingga tibanya masa mereka mati. Peraturan ini meliputi semua binatang tetapi tidak termasuk tumbuh-tumbuhan.

Terdapat 5 syarat untuk melengkapkan maksud pembunuhan, iaitu:

1) suatu yang bernyawa,

2) kesedaran bahawa ia adalah hidup,

3) niat membunuh,

4) usaha untuk membunuh,

5) diikuti oleh maut.

Seperti dalam istilah Forensik, jika mana-mana satu syarat yang disebut itu tidak ujud, maka perbuatan membunuh adalah tidak berlaku. Perbuatan itu cuma digelar sebagai cuba membunuh, atau pembunuhan yang dilakukan dengan tidak sengaja, bencana dan sebagainya.

Terdapat 5 syarat dalam perbuatan mencuri iaitu:

1) harta-benda orang lain,

2) kesedaran bahawa benda itu adalah kepunyaan orang lain,

3) keinginan mengambilnya,

4) usaha untuk mencuri,

5) memiliki objek itu.

Terdapat 4 syarat perlu dipenuhi untuk melengkapkan perbuatan zina:

1) keinginan merasai objek yang dilarangkan,

2) percubaan untuk merasainya,

3) rancangan untuk mendapatkannya,

4) memiliki objek itu.

Adalah penting ditegaskan, bahawa bukan perhubungan jenis sahaja, tetapi penyalahgunaannya juga boleh dianggap sebagai satu jenayah. Oleh hal yang demikian, Bhiksu-Bhiksu telah meninggalkan kehidupan duniawi supaya dapat hidup dalam pembujangan sempurna.

Terdapat 4 syarat yang diperlukan untuk memenuhi perbuatan bohong:

1) sesuatu yang tidak benar,

2) niat menipu,

3) usaha untuk menipu,

4) menyampaikan perkara itu kepada orang lain.

Pengelakan menjawab soalan adalah berbeza dengan menipu secara sengaja. Pengelakan menjawab soalan cuma menyembunyikan kebenaran, tetapi menipu bermakna memperbuat-buatkan sesuatu yang tidak benar.

Peraturan kelima adalah jelas dan tidak perlukan penerangan. Pepatah dari Jepun adalah sesuai digunakan untuk merumuskan peraturan ini:

"Seseorang yang mengambil sesuatu minuman arak; minuman arak itu pula mengambil sesuatu minuman arak dan minuman arak itu pula mengambil orang itu. (the man takes a drink, the drink takes a drink, and the drink takes the man.)"

 

(62) - (91) Lihat (61)

 

(92) - (95) Perkhidmatan Masyarakat Dan Penglibatan Diri

Tujuannya ialah untuk menjadikan belia Buddhis mempunyai fikiran yang membina dan bersemangat siviks, serta sedar akan masyarakat yang mereka anggotai itu. Satu pelajaran yang berjaya ialah melalui Kelas Dharma Ianya patut digalakkan. Ajaran dan amalan yang diberi diamalkan dalam kehidupan seharian.

Dengan hanya mempunyai pengetahuan melalui bacaan, tanpa mempunyai pengalaman untuk membantu orang yang tidak berpengetahuan, adalah satu penderitaan, dan penderitaan ini akan menggagalkan matlamat mengadakan Kelas Dharma. Dari teori (pariyati), penganut seharusnya mengembangkan pengetahuan itu kepada pengamalan (patipatti). Dan dengan mengikut keupayaan dan tahap masing-masing, ia akan mencapai tahap kesedaran kebenaran (pativedha).

 

(93) - (95) Lihat (92)

(96) Bermeditasi Dengan Metta (Kasih Sejati)

Cinta Murnia bukan sahaja kasih atau persahabatan. Cinta tidak dapat diperluaskan kepada semua hidupan jika terdapat unsur keakuan di dalamnya. Perselisihan dan pertentangan cuma dapat diatasi dan dielakkan melalui cinta yang tidak dihadkan pada diri sendiri sahaja, iaitu, mencintai orang lain seperti mencintai diri sendiri. Seorang Buddhis harus memupuk cinta murni yang tidak terbatas kepada semua hidupan; sepertilah seorang ibu akan melindungi anak tunggalnya.

Cinta murni adalah brahma vihara (keadaan-keadaan yang ada dalam ingatan tetapi di bawah kesedaran) yang pertama. Penganut-penganut Buddhis digalakkan untuk membentuk dan sentiasa mengamalkan kasih sejati. Kasih sejati atau metta harus disemaikan dalam sanubari sebagai satu kualiti dalam pemikiran setiap ahli fikir, barulah ia boleh menjadi satu sikap lazim, sebelum ia dapat disebarkan secara besar-besaran di alam semesta. Kebiasaan mengkongsikan pengetahuan rohaniah dengan orang lain akan menjadi suatu kesedaran naluri kepada Buddhis; dari itu ungkapan berikut ini perlu sentiasa diulang pada apa jua perhimpunan: "Semoga semua hidupan hidup dengan baik dan bahagia!" Cara yaang baik untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak ialah mengajar mereka membangkitkan semangat kasih sejati kepada semua hidupan sebelum tidur.

Pemikiran mengenai metta "bukan setakat hanya pada kata-kata manis, tetapi yang penting adalah, keyakinan tentang pemikiran merupakan perkara yang begitu kuat, kerana tindakan batin, emosi atau intelektual berupaya menggerakkan sesuatu di antara kuasa-kuasa lain. (Mrs. Rhys Davids, "Dialogues of the Buddha", Bhg.III m.s.185). Kegunaan metta dalam meditasi dihuraikan dengan jelasnya dalam Sutra Tevijja (D.i.235ff.) dan banyak dalam yang lain-lain lagi.

Kemungkinan besar kanak-kanak yang menghadiri Kelas Dharma pada hari kelepasan am sentiasa mengucapkan Sutra Metta. Mempelajari sutra ini dapat memperpanjangkan pelajaran Dharma. Pelajaran ini memperingatkan seseorang supaya memupukkan metta, yang mungkin mengakibatkan banyak dan tidak tersukat. "Seseorang yang memahami dengan sempurna bahawa kehidupan adalah sama, walaupun dalam berbagai bentuk rupa, bermakna terdapat kesedarannya berkembang sebanding dengannya, dan ketika fahaman konsep ini bertambah, maka rasa cinta sayangnya pun akan bertambah, sehingga denyutan jantungnya bersamaan dengan denyutan alam semesta dan kesedarannya adalah serentak dengan semua hidupan. (He who realizes completely the oneness of life with all its other forms will find his consciousness expand proportionately, and as he understands, so will he love, until his heartbeat is the the heartbeat of the universe, his consciousness coincident with all that lives. C. Humphreys, Buddhism, m.s.125). Dan metta bukanlah cinta yang memenuhi apa sahaja kehendak, tetapi ianya cinta pada keamanan (lihat 97).

 

(97) - (99) Amalan Kasih Sejati

Cara yang paling baik untuk mewujudkan cinta murni di kalangan kanak-kanak ialah dengan menggalakkan mereka menjaga binatang (tidak semestinya memelihara binatang itu sebagai binatang kesayangan). Guru-guru harus berusaha untuk menunjukkan sifat-sifat yang sama di antara semua hidupan: binatang boleh bergerak sendiri, memerlukan makanan, bertindakbalas kepada rangsangan luar, membesar dan membiak. Guru-guru juga harus menggunakan kebijaksanaan dan kemahiran untuk menunjukkan kelima-lima sifat yang tersebut dengan cara yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Pelajaran 22 kebanyakannya adalah cadangan dari Anguttara Nikaya ii.72 yang mengandungi rangkap seperti berikut:

"Semoga saya memperolehi kasih sejati dengan virupakkhas,

Semoga saya memperolehi kasih sejati dengan Erapathas,

Semoga saya memperolehi kasih sejati dengan Chabyaputtas,

Semoga saya memperolehi kasih sejati dengan Kanha-gotamakas,

Semoga saya mencintai yang tiada kaki,

Semoga saya mencintai yang ada 2 kaki,

Semoga saya mencintai yang ada 4 kaki,

Semoga saya mencintai yang ada banyak kaki,

Semoga saya tidak dimudaratkan oleh yang tiada kaki, atau berkaki dua, atau berkaki empat, atau yang berkaki banyak.

Semua hidupan, semua yang bernyawa - semoga semua yang telah wujud -

Semoga semuanya mendapat bahagia dan tidak ditimpa malang....."

 

 

(100) - (107) Perbuatan Baik Dan Perbuatan Buruk (karma)

Perbuatan, sebenarnya menandakan kemahuan yang baik (kusala karma, pelajaran 23) dan yang buruk (akusala karma, pelajaran 24) dan penyertaan faktor-faktor mental yang mengakibatkan kewujudan semula dan membentuk arah kelahiran hidupan. Kemahuan-kemahuan karma (karmacetana) ini ternyata sebagai perbuatan baik atau buruk dengan tindakan tubuh badan (kaya-karma), pertuturan (vaci-karma) dan pemikiran (mano-karma). Jadi, istilah Buddhis kamma(Pali) atau karma tidak menandakan akibat perbuatan, bukan juga tentang nasib manusia atau nasib sedunia (dikenali sebagai karma-ramai). Ini sebenarnya adalah salah faham yang dipengaruhi oleh teosofi (ilmu keTuhanan) yang digunakan dengan luasnya di Barat. (Untuk keterangan lanjut, sila lihat Buddhist Dictionary oleh Nyanatiloka bawah tajuk KARMA; juga Buddhism oleh C. Humphreys, m.s.100ff). Dalam buku A Manual of Buddhism oleh Narada Thera (Colombo, Associated Newspaper of Ceylon, 1953), juga terdapat keterangan yang mudah dan lengkap tentang karma (Bab 11).

 

(101) - (107) Lihat (100)

(108) - (111) Empat Tempat Suci Untuk Buddhis Menziarahi

Pelajaran ini merupakan pengenalan mengenai Sejarah Buddhis kepada kanak-kanak.

Sarira membawa kepada penziarahan. Keempat-empat tempat itu telah tercatit dalam Sutra Maha Pari-nibbana, D.ii.140ff. dan sangat sesuai untuk diziarahi. Akan tetapi hanya 2 daripada 4 tempat itu mudah dijumpai pada hari ini, iaitu Lumbini (nama baru Rumminde), di mana Buddha telah dilahirkan, ia terletak di Terai Nepal. Dalam gambarajah 108, tonggak-tonggak yang didirikan oleh Maharaja Asoka boleh dilihat. Kusinara (gambarajah 111), tempat di mana Buddha meninggal dunia tidak banyak dapat dilihat. Ia dikenalpasti berada di sebuah kampung Kasia di antara persimpangan Sungai Rapti dengan Gondak kecil dan di sebelah timur Daerah Gorakhpur, Uttar Pradesh. Satu stupa yang besar menandakan tempat di mana mayat Buddha dibakar dan sariraNya diedarkan mungkin telah ditandakan oleh sebuah busut yang dikenali Ramabhar (lihat 2500 Years of Buddhism, m.s. 276 dan Bab 12).

Buddha-Gaya, tempat Buddha mencapai Pencerahan, dan Taman Rusa di Sarnath, dekat dengan Benares, di mana Buddha memberi syarahan yang pertama, merupakan tempat-tempat popular dan ramai Buddhis dari seluruh dunia datang menziarahi. Buddha-Gaya (nama baru Bodh-Gaya) terletak di bahagian selatan Sungai Ganges. Gambarajah 109 menunjukkan Kuil Maha Bodhi yang telah didirikan pada abad ke 6 atau mungkin juga abad ke 5, tetapi telah dibaikpulih semula pada beberapa kali. Gambarajah 110 ialah Isipatana (nama baru Sarnath) dengan Stupa Dharmarajika, yang didirikan pada abad ke 6.

 

(109) -(111) Lihat (108)

lampir/89