Make your own free website on Tripod.com
Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

Etika Buddhis

Bagi seorang Buddhis, penerimaan TiRatana sebagai guru adalah sangat penting. Dari sini, kita boleh maju setapak lagi dengan memegang dan mempraktik Panca-Sila. Sebenarnya, Panca-Sila adalah batu asas bagi semua Sila, sama ada untuk yang berkeluarga mahupun Kumpulan Sangha.

Kita tidak akan berasa megah dan bangga kerana ramai di antara kita yang hanya memegang Panca-Sila di kawasan Wat sahaja. Sejerus keluar dari Wat, kemungkinan besar kita tidak pegang pada Panca-Sila lagi.

Etika berpandukan kepada 3 prinsip:

  1. Diri sendiri:
    1. Kita sendiri menghormati diri sendiri. Apa yang kita lakukan, kita bertanggungjawab. Apa yang perlu kita buat, buatlah.
    2. Kita sentiasa memajukan diri. Orang lain buat perkara yang baik, kenapa kita tidak boleh ?

  2. Kebenaran:
  3. Apa yang kita lakukan berpandukan kebenaran.

  4. Norma duniawi:

Kalau orang ramai berasa perkara itu baik dan diterima orang alim, maka kita boleh dan patut melakukan perkara itu.

Kalau terlalu mementingkan diri sendiri, kita akan berasa angkoh dan menganggapkan sayalah ‘superman’. Kita akan mengetepikan kebenaran dan norma duniawi.

Kalau terlalu mementingkan kebenaran, kita tidak akan menurut kebiasaan manusia, menjadi seorang yang ‘law by law’ tidak flexible.

Kalau terlalu mengikut norma duniawi, kita mudah mengetepikan kebenaran.

Pandangan duniawi tidak semestinya betul belaka.

Kebenaran bukan mengikut undi majoriti.

Etika Buddhis yang paling penting ialah berasaskan Panna, iaitu berpandukan konsep Anatta(tanpa aku, Non-self). ‘Sabbe dharma anatta’ bererti semua benda itu bersifat tanpa aku. Bagi seorang Buddhis, dia mesti mengikis konsep ‘Kepunyaan Aku’(ini rumahku, keluargaku, kampungku dll) apabila dia hendak melakukan sesuatu. Kalau boleh pandang atau lakukan sesuatu perkara berdasarkan dari sudut manusia atau semua kehidupan di duniawi, kita tidak lakukan sesuatu hanya untuk ethnik sahaja, maka ‘rasa hati’ kita lebih besar.

Kita lakukan untuk kepentingan semua kehidupan. Konsep sebegini mestilah datang dari Sila dan Samadhi.