Make your own free website on Tripod.com

Dadah Dan Buddhisme

 

 

Masalah penyalahgunaan dadah merupakan masalah sedunia yang begitu rumit; yang mana sehingga ke hari ini masih belum dapat  dibanteras  sepenuhnya. Antara negara pengeluar dadah terbesar di dunia iaitu kawasan Segitiga Emas yang mungkin lebih sesuai dipanggil “Segitiga Maut” dan juga Amerika Selatan masih dalam kancah pergolakan untuk menghapuskannya.

 

Bekalan dadah di seluruh dunia adalah lebih besar daripada permintaannya. Walaupun pemusnahan dan perampasan secara besar-besaran  dilakukan, tetapi ianya  masih tidak memberi kesan kepada kuantiti atau jumlah  yang diperlukan. Bekalan yang berlebihan ini menambahkan lagi masalah penyalahgunaan dadah di negara-negara pengeluar, dan membuatkan dadah boleh dibeli dengan lebih murah di negara-negara pengguna.

 

Agama Buddha menegah penganut-penganutnya daripada mengambil  sesuatu yang boleh memabuk atau mengkhayalkan; yang boleh membawa  kepada ketagihan,  kecuali  untuk tujuan-tujuan perubatan. Sejak 2,500 tahun dahulu lagi Buddha telah menegaskan perkara ini melalui Pancasila yang ke-5, iaitu ayat yang berbunyi;

 

" Sura-meraya-majja-pamadatthana-veramani sikkhapadam samadiyami " 

yanq bermaksud:

"  Aku berikrar akan melatih diri menghindari minuman keras dan benda-benda yang mengkhayalkan."

 

Pengambilan sesuatu yang memabukkan dan mengkhayalkan seperti dadah dan  alkohol ini dilarang oleh Buddha, kerana pengambilannya hanya sekadar memberi  kegembiraan yang palsu buat seketika  sahaja  kepada  seseorang  itu.  Seseorang akan kehilangan pertimbangan diri dan bertindak di luar kesedarannya.  Pengambilan dadah atau alkohol juga seringkali menyebabkan berlakunya perpecahan keluarga, penyeksaan ke atas anak dan isteri, merogol dan lain-lain perbuatan yang tergolong dalam keruntuhan moral serta menunjukkan sikap kejahilan dalam beragama. Penagih-penagih dadah adalah sampah kepada masyarakat. Pada hari ini  kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina pusat  pemulihan dadah, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk projek-projek lain yang lebih bermanfaat.

 

 

 

Kesan-Kesan Penagihan Dadah

 

 

A. Kesan_serta_merta:

1.           Tidak  dapat  menentukan  jarak  dan masa dengan betul serta mencacatkan daya ingatan dan koordinasi.

2.           Risiko pengambilan dos yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kematian          mengejut.

 

B. Kesan ke atas kesihatan:

1.       Asap ganja mengandungi THC (tetrahydrocabinol) dan bahan-bahan kimia lain   boleh mengakibatkan penyakit paru-paru serta merosakkan sistem  pertahanannya. Penagih-penagih juga menghadapi risiko yang tinggi   berkemungkinan diserang oleh penyakit-penyakit seperti bronchitis, sakit dada dan kanser.

2.       Peningkatan kadar denyutan jantung boleh mengakibatkan pengguna menghidap penyakit jantung.

3.       Jangkitan  penyakit seperti AIDS, hepatitis  dan kancing gigi.

4.       Keracunan darah boleh berlaku  apabila penagih menggunakan alat-alat suntikan yang kotor.

 

C. Kesan ke atas personaliti dan sosiaI:

1.           Merosakkan pertimbangan,motivasi dan persepsi.

2.           Menimbulkan sikap tidak peduli dan kurang minat untuk bergaul dengan rakan-rakan.

3.           Menimbulkan perasaan syak wasangka terhadap keluarga sendiri.

4.           Penurunan produktiviti kerja.

5.           Meningkatnya perlakuan jenayah.

 

D,  Kesan ke atas otak:

1.   Bahan kimia THC akan terkumpul dalam otak akan melemahkan aktiviti   otak. Ini menyebabkan daya menyelesaikan masalah serta budi bicara dan analisa akan merosot.

 

E.  Kesan ke atas sistem pembiakan lelaki:

1.           Pengeluaran hormon merosot dan akan mengurangkan bilangan sperma serta boleh mencacatkannya.

2.           Kemungkinan penagih yang teruk menjadi mandul.

 

F. Kesan ke atas sistem pembiakan dan wanita mengandung:

1.           Kedatangan haid tidak menentu.

2.           Mengurangkan bilangan telur dalam ovari.

3.           Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir.

4.           Membahayakan pembentukan janin dan melahirkan anak yang cacat, atau bayi yang menunjukkan gejala tarikan (seperti rasa marah, ciri-birit, sakit perut dan mata serta hidung berair).

5.           Berlaku keguguran, kelahiran bayi songsang, melahirkan bayi yang belum   cukup bulan, kelahiran melalui pembedahan Caesarean dan kematian bayi semasa lahir.

 

 

 

Langkah-langkah   mengelakkan   belia-belia   daripada

Terjerumus ke dalam kancah penagihan dadah

 

 

1. Kelas-kelas Dharma:

 

Melalui kelas-kelas Dharma, kanak-kanak dan belia-belia Buddhis dapat mendalami ajaran Buddha, berpendirian positif dan sukar dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat seperti penagihan dadah.

 

2. Ceramah-ceramah:

 

Lebih banyak ceramah-ceramah tentang bahaya dadah haruslah dianjurkan oleh  badan-badan tertentu seperti PEMADAM, Jabatan Penerangan, persatuan-persatuan Buddhis dan sebagainya.

 

3. Peranan Sekolah:

 

a)         Mengadakan aktiviti-aktiviti mengisi masa lapang terutama pada masa cuti. Elok sekiranya pelajar-pelajar mengadakan perkhemahan, lawatan sambil belajar, mengadakan projek dan sebagainya.

b)         Memberikan panduan tentang karier, masa depan seperti menjemput mereka yang berjaya dalam karier atau sesuatu bidang untuk memberikan ceramah. Memberi penekanan yang lebih tentang keburukan dadah dalam pelajaran agama dan moral. Dengan cara ini pelajar-pelajar mempunyai arah dan tujuan masing-masing dan seterusnya akan menjauhkan mereka daripada terjebak ke dalam gejala buruk tersebut.

 

4. Sukan:

 

Menggalakkan belia-belia bergiat aktif dalam sukan termasuk juga seni  mempertahankan diri. Ini dapat menggalakkan mereka bergaul dalam lingkungan rakan-rakan sebaya yang sihat dan cergas.

 

 

5. Persatuan Kebajikan:

 

Menggalakkan belia-belia menyertai persatuan-persatuan kebajikan dan sosial, seperti St.John Ambulans,  pengakap Belia 4 B dan sebagainya.

 

6. Peranan ibu bapa:

lbu bapa sepatutnya selalu memberi nasihat dan nengawal perkembangan serta pergerakan anak-anak di luar rumah. Ke mana  mereka pergi, dengan siapa mereka bergaul dan apa yang mereka buat?

 

 

Dalam ajaran Buddha, jelas menunjukkan pencegahan terhadap pengambilan kesemua benda-benda yang memabukkan dan mengkhayalkan diberi penekanan yang khusus.  Selain daripada tegahan  yang  terdapat  dalam Pancasila,  Buddha  juga menyeru manusia dengan seruan yang berbunyi:          

 

      " jangan kamu menghambakan diri kepada minuman yang memabukkan; jangan   kamu menggalakkan orang lain turut meminumnya ataupun membenarkan mereka meminumnya, ketahuilah ianya hanya membawa kepada keburukan."

Dhammika Sutta, 23

 

" kerana melalui sesuatu yang memabukkan dan mengkhayalkan seseorang itu akan melakukan dosa-dosa dan juga membuatkan orang lain juga mabuk. Elakkan   diri daripada dosa-dosa ini, keburukan-keburukan ini, kebodohan ini; yang semuanya hanyalah keseronokan kepada si jahil dan si bodoh sahaja."

 

Dhammika Sutta, 24