Chapter_13

 

SIFAT,_NILAI_DAN_PILIHAN_MENGENAI_KEPERCAYAAN_AGAMA

 

 Manusia_dan_Agama

 

Manusia ialah satu‑satu makhluk di dunia ini yang menyedari agama dan  mempraktikkan pemujaan dan penyembahan.

 

Manusia memperkembangkan agama untuk memenuhi kehendaknya iaitu  memehami erti kehidupan antara dirinya dengan dunia luar.  Agama yang  paling awal mempunyai sifat animisme yang asal dan ia wujud akibat  dari katakutan manusia mengenai sesuatu yang tidak diketahui dan  keinginan untuk menenangkan hati akibat dari tekanan yang terhasil  dari benda‑benda yang tidak bernyawa.  Masa berlalu, agama mengalami  perubahan yang dipengaruhi oleh unsur‑unsur geografi, sosial‑ekonomi,  politik dan persekitaran intelek yang wujud pada masa itu.

 

Kebanyakan daripada agama ini telah menjadi semakin teratur dan maju  pada hari ini disebabkan adanya sokongan yang kuat daripada pengikut‑  pengikutnya.  Ramai orang tertarik kepada agama kerana kebesarannya  dan upacaranya, manakala ada yang mempraktikkan agama mereka sendiri,  menyanjung tinggi guru agama mereka serta mempraktikkan  prinsip‑  prinsip moral dalam kehidupan seharian mereka.  Disebabkan pentingnya  mengamalkan prinsip‑prinsip ini, setiap agama menuntut dirinya sebagai  satu cara kehidupan dan bukan semata‑matanya sebagai satu kepercayaan.   Memandangkan dari segi asas setiap agama yang berlainan dan arah  perkembangannya, tidak hairanlah agama‑agama itu haruslah berlainan  dari segi pendekatan, pengertian dan tafsiran dari pengikut‑  pengikutnya, matlamat mereka dan bagaiamana ia dapat dicapai, konsep  ganjaran dan hukuman yang terhasil dari perbuatan yang mereka lakukan.

 

Dari segi pendekatan, pengamalan keagamaan mungkin berdasarkan  kepercayaan, ketakutan, ketaakulan atau tidak memberi ancaman kepada  pihak lain.  Kepercayaan membentuk asas bagi kebanyakan agama untuk  mengatasi ketakutan manusia dan memenuhi sesuatu kehendak mereka.   Kepercayaan kepada kuasa mukjizat mengeksploitasi ketakutan yang wujud  dari kejahilan dan berjanji tentang perolehan kebendaan berdasarkan  kelobaan.  Ketaatan kepada sesuatu yang ghaib dapat diredakan dengan  cara menjalankan upacara agama.  Kepercayaan kepada sesuatu agama  adalah berdasarkan kehendak manusia untuk memperoleh keyakinan dalam  muka dunia yang penuh dengan ketidakpastian dan takdir Tuhan. 

 

Setengah amalan agama telah berkembang akibat dari perkembangan  pengetahuan manusia, pengalaman dan kearifbijaksanaan manusia.   Pendekatan yang rasional ini telah diterima dalam hal ini, iaitu  mengabungkan prinsip nilai manusia dan undang‑undang sejagat.  Ia  adalah berdasarkan sifat kemanusiaan dan menumpu kepada pemeliharaan  kualiti manusia.  Sebab dan kesan atau karma bagi sesuatu agama adalah  berdasarkan prinsip bantu kendiri dan mengandaikan seseorang individu  harus bertanggungjawab ke atas kebahagiaan dan penderitaan serta  swabebasnya.  Kearifbijaksanaan sesuatu agama adalah berdasarkan  penggunaan sebab dan berusaha untuk memahami kehidupan dan keadaan  dunia yang sebenar melalui pemikiran yang mendalam.

                                                          

Tidak memberi ancaman kepada pihak lain serta mewujudkan muhibah  adalah elemen yang biasa dijumpai dalam agama.  Sesuatu agama yang  tenteram ialah berdasarkan prinsip tidak membahayakan diri dan orang  lain, pengikutnya harus memelihara kehidupan yang harmoni, bebas dan  aman.  Sesuatu agama yang berunsur muhibah dan kasih sejati adalah  berasaskan pengorbanan, berkhidmat untuk kebajikan dan kebahagiaan  orang lain.

 

Setiap agama berlainan daripada agama lain mengikut kapasiti  pengertian pengikut mereka dan interpretasi ajaran agama serta amalan  yang diberikan oleh pihak berkuasa agama itu.  Dalam sesetengah agama,  pihak berkuasa mempunyai suara yang kuat dalam melaksanakan undang‑  undang keagamaan dan tatatertib moral.  Manakala ada yang hanya  memberi nasihat apabila diperlukan dan cara untuk mengikut tatatertib  ini.  Semua agama akan memberikan sebab bagi menerangkan masalah‑  masalah manusia yang timbul serta menunjukkan cara untuk menghadapi  keadaan itu.  Dari segi penjelasan, sesetengah agama mengatakan  manusia harus menghadapi masalah itu sebab ia perlu hidup di dunia  ini.  Apabila keterangan sebegini diberi, orang lain mungkin bertanya,

"Untuk tujuan apa?  Bagaimana seseorang dibicarakan dalam dasar satu  nyawa sahaja apabila manusia biasanya mempunyai pengalaman fizikal,  intelek, sosial, ekonomi dan faktor persekitaran serta keadaan yang  berlainan?" 

 

Semua agama mempunyai konsepnya yang tersendiri mengenai matlamat  kehidupan yang bersemangat.  Bagi sesetengah agama, kehidupan yang  abadi di alam akhirat atau syurga bersama Tuhan ialah matlamat akhir.   Bagi sesetengah agama pula, matlamat yang muktamad ialah mencapai  penyatuan umum dalam kesedaran deria sebab ia mempercayai kehidupan  ialah satu unit kesedaran deria dan mesti berbalik kepada kesedaran  deria yang asal.  Sesetengah agama mempercayai bahawa penderitaan yang  akhir atau kelahiran semula dan kematian adalah matlamat akhir.  Yang  lain pula percaya kebahagiaan di syurga atau bersama pengasas (Brahma)  ialah matlamat kedua bagi menghadapi kewujudan yang tidak pasti, tidak  mengira apakah bentuknya.  Ada juga yang mempercayai bahawa kehidupan  sekarang sudah memadai untuk mengalami matlamat kehidupan.

 

Untuk mencapai matlamat yang diingini, setiap agama mengesyorkan  caranya.  Sesetengah agama ingin pengikutnya menyerahkan diri kepada  Tuhan atau bergantung semua kepada Tuhan.  Ada yang memerlukan zahid  yang ketat bagi menghapuskan segala dosa iaitu dengan cara menahankan  nafsu.  Ada pula mengesyorkan perbuatan mengorbankan nyawa binatang  dan menjalankan upacara agama serta mengetahui riwayat yang panjang  mengenai mantera sebagai penyucian untuk mencapai matlamat akhir.   Terdapat juga pandangan lain yang menyokong pelbagai cara dan doa,  kesedaran intelek mengenai kebenaran, penumpuan minda melalui meditasi  sebagai matlamatnya.

 

Setiap agama mempunyai konsep dan hukumannya yang tersendiri bagi  perbuatan jahat yang dilakukan.  Mengikut sesetengah agama, seseorang  ditakdir oleh Tuhan selama‑lamanya kerana penderhakaannya.  Ada yang  mengatakan wujudnya sebab dan akibat disebabkan undang‑undang  semulajadi dan kesan dari perbuatan jahat yang dilakukan akan  ditanggung oleh dirinya bagi sesuatu tempoh tertentu.  Sesetengah  agama tetap mengatakan kehidupan ini ialah satu di antara banyak, dan  seseorang selalunya akan diberi peluang untuk memperbarui dirinya  melalui beberapa peringkat sehingga ia dapat mencapai ketahap  kebahagian yang tertinggi.

 

Diberikan banyak  jenis pendekatan, keterangan dan matlamat bagi  setiap agama yang dianuti oleh manusia, adalah berguna bagi kita  supaya tidak memegang kuat kepada pandangan yang dibentangkan sebagai  dogma mengenai agamanya tetapi harus berpandangan luas dan bersabar  hati dengan pandangan agama lain.

 

Buddha berkata, "Seseorang tidak boleh menerima ajaran saya dengan  hanya menghormatinya tetapi harus mencubanya dahulu seperti emas dalam  api."

 

Selepas menekankan kepentingan memelihara satu fikiran yang terbuka  mengenai ajaran agama, adalah berguna untuk mengingatkan bahawa  sesuatu agama harus diamalkan untuk kebajikan kebebasan dan  kebahagiaan semua nyawa hidup.  Iaitu, prinsip keagamaan harus  digunakan secara positif untuk memperbaiki kualiti kehidupan bagi  semua kewujudan.  Tetapi pada hari ini, manusia telah dirosakkan dan  telah terkeluar dari jalan yang sebenar jika dipandang dari segi  prinsip keagamaan.  Tidak bermoral dan amalan‑amalan jahat telah  menjadi perkara biasa dan orang‑orang yang berpegang kuat kepada agama  akan mengalami kesulitan untuk mencuba memelihara prinsip‑prinsip  agama di dunia moden ini.  Pada masa yang sama, prinsip keagamaan yang  piawai telah dilonggarkan untuk memenuhi permintaan yang dicemari  serta fikiran yang mementingkan dari sendiri.  Manusia tidak harus  menyesuaikan tetatertib moral yang universal untuk memenuhi ketamakan  atau nafsunya tetapi harus cuba menyelaraskan dirinya kepada  tatatertib‑tatatertib ini.  Tatasila keagamaan telah diperkenalkan  oleh guru‑guru agama yang menyedari cara hidup yang mulia di mana ia  boleh memimpin ke arah keamanan dan kebahagiaan.  Mereka yang tidak  mematuhi tatasila agama telah melanggar undang‑undang universal, di  mana mengikut agama Buddha akan membawa akibat yang buruk melalui  prinsip sebab‑musabab.

 

Sebaliknya, ini tidak bermakna bahawa seseorang harus mengikut ajaran‑  ajaran agama secara membuta tanpa menimbangkan kesesuaiannya pada masa  yang moden ini.  Undang‑undang agama dan tatasila harus memimpin  manusia ke dunia kehidupan yang bermakna dan mengikat mereka kepada  amalan‑amalan yang kuno, percaya kepada kepercayaan‑kepercayaan yang  karut.  Seseorang yang memegang prinsip agama harus memberi keyakinan  kepada kebijaksanaan manusia dan hidup saling hormat‑menghormati.  Ia  harus mempunyai perubahan dalam aktiviti keagamaan supaya berpadanan  dengan pendidikan kita dan sifat masyarakat yang sentiasa berubah,  dengan syarat tidak mengabaikan prinsip universal yang mulia ini.   Tetapi diakui bahawa membuat perubahan ke atas mana‑mana amalan agama  akan selalunya menghadapi kesulitan sebab ramai orang yang konservatif  akan menentang perubahan ini, walaupun ia adalah untuk kebaikan orang  ramai.  Pandangan konservatif ini diibaratkan sebagai sebuah kolam air  yang tidak mengalir manakala idea baru adalah seperti air  terjun di  mana air itu sentiasa bertukar, oleh itu ia dapat digunakan.

 

Penyimpangan_Agama

 

Sungguhpun agama dapat meningkatkan moral tetapi adalah benar juga  mengatakan bahawa agama itu merupakan sebidang tanah subur bagi  perkembangan kepercayaan‑kepercayaan karut serta kelakuan seakan‑akan  berbakti yang terbalut atas alasan keagamaan.  Ramai orang menggunakan  agama sebagai alat untuk menghindarkan diri daripada kenyataan hidup  dengan hanya memahami serba sedikit ajaran sebenarnya.  Mereka mungkin  selalu berpuja, namun begitu mereka tidak berpegang kuat kepada agama  dan tidak faham apakah yang diertikan oleh agama.  Apabila sesuatu  agama dipalsukan oleh kejahilan, ketamakan kuasa dan mementingkan diri  sendiri, dengan cepatnya orang ramai akan menuduh agama itu adalah  tidak rasional.  Tetapi 'agama' (amalan adat istiadat bagi sebarang  ajaran dari segi luaran) mesti dibezakan daripada ajaran yang  sebenarnya.  Sebelum seseorang mengkritik sesuatu agama, dia mesti  mempelajari ajaran asal bagi pengasas agama tersebut untuk  memerhatikan sama ada terdapat apa‑apa kesalahan pada ajaran asalnya.

 

Agama menasihati orang ramai melakukan perbuatan baik dan berkelakuan  baik tetapi mereka tidak berminat membuat begitu.  Sebaliknya mereka  lebih suka berpaut dalam amalan‑amalan lain yang tidak mempunyai nilai  agama yang sebenar.  Jika mereka pernah cuba memperkembangkan minda  mereka melalui penghapusan iri hati, sombong , kekejaman dan sifat  mementingkan diri sendiri,  sekurang‑kurangnya mereka telah menemui  cara betul untuk mengamalkan sesuatu agama.  Malangnya mereka bukan  sahaja tidak menghapuskan sifat‑sifat buruk tadi malah  memperkembangkan sifat‑sifat buruk tersebut.  Ramai orang berpura‑pura  beragama tetapi melakukan perbuatan buruk atas nama agama.  Mereka  melawan, mendiskriminasi dan mewujudkan kegelisahan kerana agama.  Ini  telah memesong tujuannya yang mulia memandangkan perkembangan berbagai  aktiviti yang berunsur agama, kita mungkin berpendapat bahawa agama  itu telah bertambah maju tetapi sebenarnya tidak kerana sedikit sahaja  kesucian mental dan pergertian benar‑benar diamalkan.

 

Mengamalkan ajaran sesuatu agama ialah memperkembangkan kesedaran  batin, menjalin hubungan muhibah dan pengertian.  Masalah‑masalah yang  akan dihadapi oleh seseorang bergantung sama sekali kepada kekuatan  batin seseorang itu.  Mengelakkan diri dari menyelesaikan masalah dari  kaca mata ilmu wasitah adalah tidak digalakkan malah dianggapkan  sebagai rohani.  Dalam keadaan kacau bilau pada masa kini, kaum lelaki  dan wanita sedang menuju ke arah permusnahan diri dengan cepat.  Namun  begitu mereka masih menganggap bahawa mereka sedang melangkah maju ke  satu tamadun yang cemerlang.

 

Pada ketika yang membingungkan ini,  konsep khayal dan agama palsu  telah berkembang luas untuk mewujudkan lebih godaan serta kebingungan  di dalam minda manusia.  Agama telah disalahgunakan demi kepentingan  diri dan kuasa.  Sesetengah amalan yang tidak bermoral seperti  pembebasan seks telah digalakkan oleh kumpulan agama yang tidak  bertanggungjawab untuk memperkenalkan agama mereka di kalangan belia.   Dengan membangkitkan keinginan nafsu, mereka berharap dapat memujuk  muda mudi menganut agama mereka.  Pada hari ini agama telah semakin  merosot bahkan dianggap sebagai suatu barang murah di dalam pasaran  agama kerana ia memberi sedikit sahaja tunjuk ajar tentang nilai moral  dan fungsi sebenarnya.  Terdapat dharmaduta yang mendakwakan bahawa  amalan moral, ertika dan tatasila adalah tidak penting asalkan  seseorang itu berbakti dan berpuja kepada Tuhan yang mana ia  dipercayai sudah memadai untuk mencapai swabebas.  Setelah  memperhatikan bagaimana sesetengah pihak agama menyesat dan menipu  pengikut mereka di Eropah, Karl Marx berpendapat bahawa agama  merupakan keluhan bagi makhluk yang tertindas, perasaan bagi dunia  yang kejam seperti keadaan jiwa yang tidak berperasaan.  Ia adalah  candu bagi orang ramai.

 

Seseorang memerlukan sesuatu agama bukan kerana agama itu dapat  memberi satu impian bagi hidup akan datang atau menyediakan idea  dogmatik untuk diikuti.  Kalau begitu dia telah mengaku kalah  kebijaksanaan manusia dan menjadi gangguan kepada orang lain.  Sesuatu  agama harus merupakan satu cara yang boleh dipercayai dan diterima  oleh orang ramai untuk mengamalkan ajarannya dan dianggap sebagai satu  kebudayaan, pada masa itu juga sebagai satu contoh yang baik untuk  diikuti oleh orang lain.  Banyak agama dapat menukarkan fikiran orang  dan menjadikannya seorang yang agong tetapi agama Buddha mengarahkan  orang mencari keamanan di dalam dirinya kerana terdapat keupayaan yang  terpendam dalam diri sendiri.  Dharma bukan sesuatu yang dapat dicari  di luar seseorang kerana daripada analisis terakhir didapati orang  merupakan Dharma dan Dharma merupakan orang.  Oleh yang demikian,  agama yang benar iaitu Dharma bukan sesuatu yang dapat diperolehi dari  luar kita tetapi merupakan pengusahaan dan kesedaran yang bijaksana,  belas kasihan dan suci yang dikembangkan dalam diri kita.

 

Yang_Mana_Satu_Merupakan_Agama_Benar_?

 

Jika sebarang agama mempunyai Empat kebenaran Mulia dan Jalan Arya  Lapan Faktor maka ia boleh dianggap sebagai agama benar.

 

Adalah sangat sukar bagi seseorang untuk mengenalpasti kenapa wujud  begitu banyak agama yang berlainan dan mana pula merupakan agama  benar.  Penganut‑penganut bagi setiap agama cuba menunjukkan kelebihan  agama masing‑masing.  Mempelbagaikan agama mewujudkan persamaan  tertentu tetapi dalam hal agama orang ramai cemburu, benci dan  menghina sesama mereka.

 

Amalan agama yang paling dihormati bagi sesuatu agama ialah  pertimbangan kegembiraan orang lain.  Untuk memperkenalkan mesej  ketuduhan dan kesejahteraan, sesetengah orang menggunakan senjata dan  peperangan.  Tidakkah mereka mencemarkan nama baik agama?  Rupanya  agama tertentu perlu bertanggungjawab atas memecahbelahkan dan  bukannya menyatupadukan manusia.

 

Untuk mencari sesuatu agama yang benar, kita  mesti mempertimbangkan  apakah itu sebenarnya agama palsu dengan minda yang tidak memihak.   Agama atau falsafah palsu termasuk : materialisme yang menafikan  kebaikan dan keburukan; sebarang agama yang mendakwa bahawa manusia  adalah selamat atau bernasib malang secara ajaib; evolusi tauhid yang  mengatakan bahawa semua benda telah ditentukan terlebih dahulu dan  semua orang adalah bernasib untuk mencapai swabebas dengan keimanan  semata‑mata.

 

Agama Buddha adalah bebas daripada asas ketidakpuasan dan  ketidakpastian.  Agama Buddha adalah realistik dan dapat dibuktikan  kebenarannya.  Kebenarannya telahpun dibuktikan oleh Buddha,  dibuktikan  oleh penganutnya dan sentiasa terbuka kepada sesiapa yang  ingin membuktikan kebenarannya.  Pada masa kini, ajaran Buddha telah  juga dibuktikan dengan pemeriksaan sains yang paling hebat.

 

Buddha menasihati bahawa sebarang agama adalah benar jika ia  mengandungi Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Arya Lapan Faktor.  Ini  jelas menunjukkan bahawa Buddha tidak ingin membentuk satu agama yang  istimewa.  Apa yang diinginkan hanya mendedahkan kebenaran kehidupan  di dunia ini.  Sungguhpun Buddha yang menghuraikan Empat Kebenaran  Mulia dan Jalan Arya Lapan Faktor, tetapi cara ini bukan harta Buddhis  saja.  Ia merupakan kebenaran universal.

 

Kebanyakan orang berasa perlu untuk menimbulkan perbahasan demi  membuktikan keadaan sah agama yang mereka anuti.  Ada yang mendakwa  bahawa agama mereka adalah yang tertua dan oleh yang demikian  mengandungi kebenaran.  Lain pula mendakwa bahawa agama mereka adalah  yang terbaru dan oleh itu mengandungi kebenaran.  Ada pula yang  mendakwa bahawa agama mereka mempunyai penganut yang terbanyak dan  oleh itu mengandungi kebenaran.  Namun begitu tiada satu pun  perbahasan‑perbahasan itu yang sah untuk menentukan kebenaran sesuatu  agama.  Seseorang dapat mempertimbangkan nilai sesuatu agama dengan  hanya menggunakan pengetahuan am dan pengertiannya.

 

Terdapat tradisi agama yang meminta manusia menyerahkan diri kepada  satu kuasa yang lebih besar, satu kuasa yang mengawal kejadiannya,  perbuatannya dan pembebasan akhirnya.  Buddha tidak menerima kuasa  sebegitu.  Malahan Buddha mengatakan bahawa setiap orang adalah  penciptanya sendiri dan bertanggungjawab ke atas swabebasnya.  Itulah  sebabnya dikatakan tidak sesiapa yang tidak boleh mencapai tahap  seperti Buddha, akan tetapi sehingga takat ini tidak seorang pun yang  menjadi seperti Buddha.  Agama Buddha memberi manusia perasaan  kemuliaan,  pada masa yang sama ia juga memberinya tanggungjawab  besar.  Seseorang Buddhis tidak boleh menyalahkan kuasa luaran apabila  sesuatu yang tidak baik terjadi padanya.  Tetapi dia boleh menghadapi  sesuatu yang malang dengan hati yang tenang kerana dia tahu bahawa dia  mempunyai kuasa untuk melepaskan diri daripada segala kesengsaraan.

 

Salah satu sebab agama Buddha menarik perhatian orang‑orang terpelajar  ialah kerana Buddha tidak menggalakkan penganut‑penganutnya menerima  sahaja apa yang didengar (termasuk daripada Buddha) tanpa menguji  kebenarannya.  Ajaran Buddha masih kekal dengan tepat sebab ramai  orang terpelajar telah mencabar ajaran Buddha dari semua segi dan  mendapat kesimpulan bahawa Buddha sentiasa mengatakan kebenaran yang  tidak dapat dinafikan, ketika penganut agama lain sedang cuba  mentaksir semula ajaran pengasas mereka perihal pengetahuan moden  berkenaan alam semesta, ajaran Buddha telahpun dibuktikan oleh ahli‑  ahli sains.

 

Perkembangan_Moral_Dan_Rohani

 

Tanpa latarbelakang rohani, manusia tidak mempunyai tanggungjawab  moral : manusia yang tidak bertanggungjawab moral merupakan suatu  bahaya kepada masyarakat.

 

Agama Buddha merupakan satu rumah api yang terpuji dalam hal memberi  bimbingan kepada penganut‑penganut demi mencapai kesenangan hati yang  kekal.  Agama Buddha diperlukan terutamanya dalam dunia kini yang  penuh dengan salah faham perkauman, ekonomi serta ideologi.  Salah  faham tersebut tidak akan diselesaikan dengan berkesan sehingga sikap  toleransi wujud di antara pihak‑pihak yang terlibat.  Semangat ini  dapat diperkembangkan dengan baik di bawah bimbingan agama Buddha yang  mendesak kerjasama etika‑moral untuk kebaikan universal.

 

Kita tahu bahawa adalah senang mempelajari kejahatan tanpa guru tetapi  mempelajari kebaikan memerlukan guru.  Mengajar kebaikan amat  memerlukan tatasila dan contoh‑contoh.

 

Tanpa latarbelakang rohani, manusia tidak mempunyai tanggungjawab  moral : manusia yang tiada tanggungjawab moral merupakan suatu bahaya  kepada masyarakat.

 

Menurut ajaran Buddha, perkembangan rohani manusia lebih penting  daripada perkembangan kebendaan.  Sejarah telahpun menunjukkan bahawa  kita tidak boleh berharap memiliki kegembiraan dunia dan kebahagiaan  selama‑lamanya pada masa yang sama.  Kehidupan bagi kebanyakan orang  secara amnya diatur oleh nilai rohani dan prinsip moral di mana agama  sahaja yang dapat memperuntukannya dengan berkesan.  Campurtangan  kerajaan tidak diperlukan dalam kehidupan kita jika manusia sedar akan  nilai bakti dan dapat mengamalkan kebenaran, keadilan dan pemujaan.

 

Kesusilaan adalah diperlukan untuk mencapai swabebas, tetapi  kesusilaan sahaja tidak mencukupi.  Kesusilaan mesti bergabung dengan  kearifbijaksanaan.  Kesusilaan dan kearifbijaksanaan adalah seperti  sayap burung.  Kearifbijaksanaan juga boleh diibaratkan sebagai mata  orang; manakala kesusilaan merupakan kakinya.  Kesusilaan boleh  disamai dengan suatu alat pengangkutan yang membawa manusia ke pintu  swabebas.  Tetapi kearifbijaksanaan ialah kunci sebenar untuk membuka  pintu.  Kesusilaan ialah sebahagian daripada kemahiran teknik dan  kehidupan mulia.  Tanpa sebarang etika displin, tiada juga penyucian  minda yang akan wujud.

 

Agama Buddha bukan suatu mitos yang menjamukan minda manusia atau  memuaskan emosi manusia tetapi ia merupakan satu cara bebas dan mulia  kepada mereka yang ingin faham dan mengalami kebenaran kehidupan.

 

 

Idea Tuhan/Konsep Ketuhanan

 

Kebenaran atau kesahan kepada kepercayaan Tuhan bergantung pada keupayaan dan kematangan pemikiran seseorang.

 

Perkembangan Idea-Ketuhanan

 

Bagi menyusuli asal-usul perkembangan idea-ketuhanan, seseorang mesti kembali kepada masa permulaan tamadun atau peradaban manusia dimana zaman sains moden belum wujud lagi. Manusia primitif mempercayai kewujudan pelbagai dewa-dewi serta roh akibat daripada ketakutan dan sanjungan kepada fenomena alam semulajadi. Manusia telah mewujudkan agama masing-masing dengan adanya kepercayaan mereka ini. Manusia juga menyembah kepada dewa-dewi yang berlainan dan menubuhkan kepercayaan yang berbeza-beza mengikut keupayaan pemahaman serta situasi masing-masing.

 

Pada permulaan idea-ketuhanan ini, manusia memuja kepada pelbagai dewa-dewi misalnya dewa kepada pokok, sungai, kilat, angin, matahari serta fenomena bumi yang lain. Dewa-dewi ini saling dikaitkan dengan fenomena tadi serta sifat-sifat semulajadinya. Lama-kelamaan manusia pula mula mengkaitkan sifat-sifat kemanusiaan kepada dewa-dewi mereka misalnya dari segi kejantinaan, bentuk serta sifat-sifat fizikal dan mental. Sifat-sifat kemanusiaan seperti perasaan kasih sayang, benci, cemburu, takut, megah, iri hati serta perasaan emosi manusia lain telah diberikan kepada dewa-dawi ini. Lama-kelamaan manusia mula menyedari bahawa fenomena-fenomena alam semesta ini boleh disatukan dibawah satu kuasa. Pemahanan inilah yang melahirkan kepercayaan Tuhan monoteistik iaitu kepercayaan kepada Tuhan hanya satu.

 

Dalam proses pembangunan, idea-ketuhanan telah menghadapi pelbagai perubahan sosial dan intelektual. Manusia yang berlainan akan mempunyai anggapan yang berbeza. Sesetengah manusia memganggap Tuhan sebagai Raja kepada syurga dan Bumi iaitu mengifatkan Tuhan seperti seorang manusia. Ada orang pula menganggap Tuhan sebagai sesuatu yang abstrak. Sesetengah pula mengambarkan Tuhan melalui ukiran patung penyembahan yang dibentuknya. Keterlaluan manusia dapat dilihat dengan adanya anggapan bahawa tiada keselamatan tanpa Tuhan iaitu tidak kira berapa banyak kebaikan yang telah dilakukan, seseorang tidak akan memperolehi apa-apa balasan baik melainkan beliau melakukannya demi da kepercayaan kepada Tuhan. Disebelah pihak yang berlainan pula, misalnya pihak ÒAtheistsÓ (orang yang tidak percaya kepada kequjudan Tuhan) pula menyatakan ÔTidakÕ dengan menganggap tiada wujudnya Tuhan langsung. Pihak ÔScepticsÕ atau ÔAgnosticeÕ pula menyatakan bahawa Òkami tidak tahu dan kami juga tidak boleh tahuÓ. Pihak ÔPositivitsÕ pula menganggap idea-ketuhanan ini dalah satu masalah yang tidak bermakna kerana ia tidak jelas. Dengan anggapan ini, maka lahirlah pelbagai idea dan kepercayaan misalnya ÒpantheismÓ, ÒidolatryÓ, kepercayaan kepada Tuhan yang tiada jasad serta kepercayaan kepada kewujudan pelbagai dewa-dewi.

 

Kepercayaan Tuhan ÔmonotheistikÕ zaman kini juga telah mengalami pelbagai perubahan akibat daripada pelbagai bangsa dan masyarakat. Misalnya Tuhan Hindu adalah berbeza berbanding dengan Tuhan Kristian. Tuhan Kristian pula berlainan dengan Tuhan dari agama lain. Agama yang berbeza-beza ini wujud dan masing-masing meyatakan Tuhan hanya satu (God is one).

 

 

Idea-Ketuhanan Dan Hasil Ciptaannya

 

 

Ketika setiap agama mulai wujud dan berkembang dengan idea-ketuhanan, ia juga mula memberi makna tersendiri mengenai Pencipta dan hasil ciptaannya. maka idea ini sering mengkaitkan unsur-unsur dongeng/mitos. Manusia mengunakan Òidea TuhanÓ sebagai panduan dalam penjelasan kewujudan manusia dan alam semesta semulajadi. Hari ini, para cendikawan yang mengkaji fakta-fakta yang ada telah menyimpulkan bahawa idea-ketuhanan serta ciptaan mitos mesti dianggap sebagai evolusi khayalan manusia akibat tidak memahami tentang fenomena semulajadi sebenar. Perselisihan faham ini adalah disebabkan oleh kekhuatiran serta kejahilan masyarakat primitif. Sehingga kini manusia masih memegang kepada konsep ciptaan (Creation) primitif ini. Tetapi pada pemahaman saintifik baru-baru ini, ia telah menganggap definasi ÒTuhanÓ adalah tidak jelas dari segi teori kekuasaan Tuhan serta mitosnya.

 

Para Buddhist percaya bahawa kewujudan manusia adalah akibat tindakan beliau sendiri iaitu melalui proses evolusi. Manusia tidak dihukum/ditawarkan ganjaran oleh sesiapa tetapi semuanya bergantung kepada tindakan dirinya samada baik atau jahat. Lagipun tidak ada ajaran Buddha yang dapat menyokong bahawa dunia ini adalah dicipta oleh seseorang. Malah penemuan saintifik mengenai perkembangan sistem dunia secara beransuran telah mengukuhkan lagi ajaran Buddha.

 

 

Kelemahan Manusia Dan Konsep Ketuhanan

 

Selama ini kedua-dua konsep ketuhanan dan ciptaan mitos telah dipertahankan serta dilindungi oleh para penganutnya yang memerlukan idea ini untuk menjustifikasikan kewujudan mereka dan kepentingan mereka kepada masyarakat secara umumnya. Boleh dikatakan kesemua pengasas idea tersebut mendakwa bahawa terdapatnya penerimaan kitas suci masing-masing melalui wahyu, dalam kata lain, mereka ini mengakui bahawa dirinya berasal dari satu Tuhan. Setiap agama tersebut mendakwa bahawa dirinya mewakili keamanan sejagat, persaudaraan sejagat dan lain-lain.

 

Sejarah dunia menunjukkan bahawa perkembangan agama sehingga kini juga telah membantu kepada perluasan kepercayaan karut atau tahyul. Terdapat sesetengah kepercayaan ini yang menolak ilmu sains dan juga menghalang kepada perkembangan ilmu manusia, sehingga timbulnya perselisihan faham, perasaan curiga dan dengki serta peperangan dikalangan manusia.

 

Kalau begitu, agama telah gagal memainkan peranan untuk ÒenlightenÓ manusia. Misalnya di negara-negara tertentu semasa masyarakat melakukan persembahan kepada Tuhan demi untuk keampunan, mereka telah melakukan pengorbanan binatang secara besar-besaran, kadang-kadang nyawa manusia sendiri juga terkorban. Binatang-binatang tersebut telah disembelihkan dan dikorbankan untuk upacara penyembahan Tuhan. Perkara ini telah mengambil masa yang lama bagi manusia untuk menyedari bahawa tindakan mereka itu langsung tidak berfaedah dan zalim atau nama keagamaan. Masa sudah tiba bagi manusia menyedari hakikat bahawa kesucian jalan sebenar ialah dengan mengemai perasaan kasih sayang serta sikap persefahaman.

 

Dalam buku ÔBuddhist Critique of the Christian Concept of GodÕ, Dr G. Dharmasiri menyatakan bahawa Ôwalaupun saya difahami bahawa idea Tuhan mengandungi suatu ikatan moral yang mulia tetapi ia juga mempunyai implikasi tertentu yang agak bahaya kepada manusia dan juga kehidupan lain didunia iniÕ. Satu ancaman besar kepada manusia ialah timbulnya konsep ÔotoritiÕ (Kuasa mutlak) yang dikenakan ke atas manusia dan konsep ketuhanan. Kesemua agama ÔtheisticÕ (tauhid) menganggap kuasa otoriti sebagai suci dan muktamad. Ini amat bahaya seperti yang dikatakan oleh Buddha dalam kalama sutta, iaitu pelbagai bentuk kuasa otoriti boleh mengancam kebebasan dan keindividuan seseorang. Pelbagai kuasa otoriti cuba menjadikan ÔandaÕ sebagai pengikutnya. Disamping semua kuasa ÔtradisiÕ otoriti, suatu bentuk otoriti baru telah bangkit atas nama ÔsainsÕ. Baru-baru ini dengan kebangkitkan pelbagai agama baru serta ancaman daripada Guru-gurunya (seperti yang dinyatakan oleh Jim Jones) ia telah mengugut kebebasan serta kemuliaan manusia. Buddha sendiri telah merayu dan memberi kami satu petunjuk jalan yang rasionalk supaya setiap kami berkeupayaan dan berpotensi untuk mencapai matlamat Buddha.

 

Agama Tuhan tidak dapat menawarkan keselamatan tanpa adanya Tuhan. Jadi walaupun seseorang telah mencapai kebudian, kesucian hidup tertinggi seta kehidupan yang benar, beliau masih boleh dihukum ke neraka selama-lamanya kerana beliau tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Sebaliknya, seseorang boleh mempunyai dosa yang besar tetapi sekiranya beliau bertaubat beliau akan dimaafkan dan diselamatkan. Dari pandangan penganut Buddha, tiada justifikasi bagi doktrin tersebut. Walaupun terdapatnya kontradiksi agama Tuhan, tetapi doktrin ketuhanan masih memainkan peranan yang penting dari segi perkhidmatannya kepada manusia sejagat.

 

Kepecayaan kepada Tuhan telah membantu manusia mengawal sifat-sifat binatang semulajadi. Pada masa yang sama, manusia berasa tidak selamat tanpa wujudnya kepercayaan kepada Tuhan. Kesahan dan kebenaran bagi kepercayaan ini adalah berdasarkan kepada kematangan rohani serta keupayaan pemahaman manusia.

 

Walaubagaimanapun, agama haruslah berkaitan dengan kehidupan praktikal manusia. Ia harus digunakan sebagai panduan kehidupan kita dalam dunia ini misalnya agama memberitahu kita apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kita lakukan. Kepercayaan Tuhan tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan seharian kita sekiranya kita tidak mengikut ajaran agama secara ikhlasnya.

 

Sebaliknya, jika penganut-penganut dari pelbagai agama sentiasa bergaduh dan saling mengutuk kepercayaan masing-masing ataupun menyimpan perasaan dengki terhadap agama lain, ia boleh menimbulkan ketidak harmonian dikalangan masyarakat pelbagai agama. Kita harus mengamalkan sikap toleransi, sabar dan saling memahami diantara satu sama lain. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati setiap agama walaupun kita tidak boleh menerimanya kerana sikap toleransi begini boleh mewujudkan keharmoni dan keamanan hidup.

 

 

Bagaimanapun, ia tidak memberi apa-apa manfaat untuk memperkenalkan konsep tuhan ini kepada mereka yang tidak akan menhargainya. Kepada setengah-setengah orang, kepercayaan ini adalah tidak penting untuk menjalani hidup yang baik. Terdapat ramai orang yang menjalani hidup yang mulia tanpa kepercayaan seperti ini sementara antara mereka yang mempercayai ramai yang mengganggu ketenteraman dan kebahagian orang yang tidak bersalah.

 

Buddhis boleh bekerjasama dengan mereka yang memegang teguh konsep tuhan, jika mereka menggunakan konsep untuk ketenteraman, kebahagian dan kebajikan manusia tetapi bukan dengan mereka yang menyalahgunakan konsep ini dengan mengugut orang ramai supaya dapat memperkenalkan kepercayaan ini semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri dan dengan niat yang terselindung.

 

Untuk lebih daripada 2,500 tahun, penganut-penganut Buddhist di seluruh dunia telah meamalkan dan memperkenalkan agama Buddha secara aman tanpa keperluan mengekalkan konsep Tuhan maha pencipta. Dan mereka akan terus mengekalkan agama ini dengan cara yang sama tanpa menganggu pengikut agama lain.

 

Jadi, sambil menghormati agama-agama lain, adalah penting untuk menyatakan bahawa apa-apa cubaan untuk memperkenalkan konsep ini kedalam Buddhisme adalah tidak perlu. Biar penganut-penganut Buddhist mengekalkan kepercayaan mereka oleh kerana ia tidak membahayakan orang lain dan biar ajaran asas Buddha tinggal sebagaimana keadaannya yang asal.

 

Sejak zaman dahulukala, Buddha telah menjalani hidup beragama yang tenteram tanpa menggabungkan apa-apa konsep Tuhan. Mereka harus berupaya mengekalkan sesuatu agama tanpa  keperluan, pada ketika ini, dipaksa seorang sesuatu yang bertentangan dengan kemahuan mereka. Dengan adanya keyakinan penuh terhadap Buddha Dhamma, Buddhis patut diberi peluang bekerja dan mencari pembebasan mereka sendiri tanpa gangguan punca-punca lain. Yang lain boleh menegakkan kepercayaan dan konsep mereka, sementara Buddhis akan menyokong kepercayaan mereka tanpa dendam dengki. Harus tidak mencabar yang lain berhubung dengan pemujukan demi agama, tetapi kami berharap untuk mendapat perlakuan yang sama berhubung dengan kepercayaan dan amalan kami.

 

 

Penukaran Tanda Nama Agama Sebelum Mati

 

 

Kepercayaan bahawa terdapatnya seorang yang boleh menghapuskan dosa-dosa kita tanpa menahan pemikiran kita yang jahat, adalah tidak searus dengan Ajaran Buddha.

 

Kerap kali, kita mendapati kes-kes di mana orang menukar agama pada saat-saat terakhir sebelum meniggal dunia. Setengah-setengah orang menyalah anggap bahawa dengan memeluki agama lain, maka boleh Òmembersihkan dosa-dosaÓ dan memperolehi satu jalan yang mudah ke syurga. Meraka juga berharap ia dapat memberi jaminan kepada diri mereka satu pengkebumian yang ringkas dan lebih baik. Untuk mereka yang telah memeluk sesuatu agama seumur hidup, tiba-tiba memeluk agama lain yang baru dan kurang diketahui dan seterusnya berharap untuk penyelamatan serta-merta melalui kepercayaan baru ini, adalah tidak wajar. Ini cuma satu miropi. Adalah diketahui bahawa setengah-setengah orang ditukar ke agama lain bilan mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dalam kes-kes tertentu selepas orang tersebut mati. Mereka yang terlalu ingin menukar agama orang lain kepada agama mereka, telah menyesatkan mereka yang kurang berpelajaran kepada mempercayai bahawa hanya agama mereka sahaja satu-satunya cara atau jalan pintas ke syurga. Jikalau akibat perbuatan mereka, orang ramai mempunyai bahawa terdapatnya seorang yang duduk di syurga yang dapat membersihkan segala dosa-dosa mereka yang dilakukan dalam sepanjang hidupnya, maka kepercayaan ini hanya akan menggalahkan orang lain melakukan lebih kejahatan.

 

Mengikut Ajaran Buddha, tidak terdapat kepercayaan bahawa terdapatnya seorang yang boleh membersihkan dosa-dosa. Hanya bila seseorang dengan ikhlasnya sedar bahawa apa yang dilakukan adalah salah dan selepas menyedari, cuba membetulkan segala kesalahan yang telah dibuat serta membuat baik, barulah mereka boleh menahan atau menentang tindakbalas buruk akibat kejahatan yang dilakukan.

 

Ia telah menjadi kebiasaan untuk melihat orang dari setengah-setengah agama berlegar-legar disekeliling pesakit di hospital sambil menjanjikan Òkehidupan selepas matiÓ. Cara ini mempergunakan kejahilan dan ketakutan psikologi persakit tersebut. Sekiranya mereka betul-betul ingin menolong, maka mereka mesti boleh melakukan ÒkeajaibanÓ yang mereka tuntut terdapatnya dalam kitab suci mereka. Jika mereka boleh melakukan keajaiban, kita tidak perlukan hospital-hospital. Penganut-penganut Buddhis tidak boleh menjadi mangsa kepada orang seperti ini. Mereka harus mempelari ajaran asas agama mereka yang memberitahu mereka bahawa semua penderitaan adalah asas semua manusia. Satu-satu caranya untuk menamatkan penderitaan adalah dengan menyucikan minda. Seseorang individu menyebabkan penderitaannya sendiri dan dialah satu-satunya orang yang dapat menamatkannya. Seseorang tidak dapat berharap untuk menghapuskan akibat perbuatan-perbuatan jahatnya sendiri dengan hanya menukar tanda nama agama seseorang di pintu maut.

 

Takdir hidup berikutnya orang yang akan mati bergantung kepada fikiran berakhirnya yang bergantung pula kepada kamma baik atau buruk yang dikumpulkan olehnya dalam jangka hidupnya ini, tidak kira tanda nama agama yang digunakan olehnya pada saat-saat terakhir.

 

Jalan Pintas Kesyurga

 

Syurga adalah terbuka bukan sahaja untuk pengikut sesuatu agama, tetapi dibuka kepada setiap orang yang menjalankan hidup yang betul dan mulia.

 

Ia bukanlah sukar untuk penganut-penganut Buddhis pergi ke syurga jika mereka betul-betul ingin pergi. Tetapi ada setengah-setengah orang yang cuba dari rumah ke rumah dengan hajat untuk menukar penganut-penganut lain kepada agama mereka dan menjanjikan syurga. Mereka menuntut bahawa mereka sahaja orang yang diberkati yang boleh pergi ke syurga, mereka juga menuntut bahawa mereka mempunyai kuasa eksklusif (khas) untuk menghantar orang lain ke matlamat yang sama. Mereka memperkenalkan agama mereka seperti ubat paten dan ini menyebabkan mereka tidak disukai oleh orang ramai hari ini. Ramai orang yang jahil yang kurang pengetahuan tentang agama mereka telah menjadi mangsa-mangsa penjual syurga.

 

Jika penganut-penganut Buddhist boleh memahami Ajaran Buddha yang mulia, mereka tidak akan menjadi sesat akibat penganut orang ini. Penjual-penjual syurga ini juga cuba menyesatkan orang lain dengan menyatakan bahawa dunia ini dicipta oleh tuhan dan ia akan menemui akhiratnya tidak lama lagi. Mereka yang inginkan satu hidup yang kekal di syurga mesti menerima sesuatu agama sebelum dunia ini berakhir, kalau tidak mereka akan ketinggalan peluang emas ini dan perlu menderita dalam nereka selama-lamanya.

 

Ancaman akhiran dunia ini, telah bermula sejak beratus-ratus tahun dahulu dan sampai hari ini masih ada orang mempercayai ancaman ini yang tidak rasional dan cuma khayalan semata-mata. Ada orang yang berjaya ditukar sepeas mendengar khutbah (preaching) seperti ini, tanpa menggunakan akal fikiran mereka.

 

Dalam agama Buddhis, tidak adanya penyadilan sendiri sama ada menghukum atau memberi ganjaran tetapi cuma tindaka hukum semulajadi-sebab dan akibat.

 

Kenapa orang jahat menikmati kebahagian sementara orang baik menderita.

 

Setengah-setengah orang bertanya ÒJika yang baik akan mendapat kebaikan dan yang jahat akan menerima kejahatan, kenapa masih ramai orang yang baik menderita dan mereka yang jahat berjaya dalam dunia iniÓ. Jawapannya kepada soalan ini, mengikut pandangan Buddhis, walaupun ada orang adalah baik secara semulajadi, mereka masih belum mengumpul cukup pahala dalam hidup sebelum ini untuk mengganti akibat buruk kamma tidak baik dalam hidup ini, pada sesuatu masa dalam hidup yang lepas mesti adanya sesuatu ÔdefectÕ. Sebaliknya ada yang jahat secara semulajadi tetapi masih boleh menikmati kebahagian dalam hidup ini untuk jangka waktu uang pendek akibat kamma baiknya yang kuat yang telah dikumpul dalam hidup sebelum ini.

 

Sebagai contoh, terdapat setengah-setengah orang yang secara semulajadi manusia tubuh badan yang sihat dan akibatnya menikmati kesihatan yang sempurna. Kuasa penahan fizikal mereka adalah kuat maka tidak mudah jatuh sakit. Walaupun mereka tidak mengambil pencegahan terhadap kuman dan kekotoran, mereka masih kekal kuat dan sihat. Sebaliknya, walaupun ada setengah-setengah orang yang mengambil berbagai-bagai tonik dan vitamin - makanan berkhasiat untuk menguatkan badan mereka, ia tidak bertambah baik.

 

Walau apa-apa pun kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh orang dalam jangka hidup ini, mereka pasti akan merasai tindakbalasnya dalam hidup ini atau selepas ini. Ia adalah mustahil untuk mengelak dan akibatnya cuma dengan sembayang, tetapi dengan membangunkan minda dan menjalani hidup yang mulia.

 

Penganut-penganut Buddhis digalakkan untuk melakukan kebaikan bukan sahaja untuk mendapat satu tempat disyurga. Mereka dikehendaki untuk membuat baik supaya dapat menghapuskan sikap memetingkan diri dan untuk merasai ketenangan dan kebahagiaan.