1

KEHIDUPAN DAN SIFAT SEMULAJADI BUDDHA

 

 

1

KEHIDUPAN DAN SIFAT SEMULAJADI BUDDHA____________________________ 1

Gautama Buddha_________________________________________________________ 1

Sifat Semulajadi Buddha__________________________________________________ 5

Cahaya Dunia_________________________________________________________________________ 5

Adakah Buddha Kelahiran Semula Tuhan?__________________________________ 7

Perkhidmatan Buddha____________________________________________________ 8

Bukti-bukti Sejarah Tentang Buddha______________________________________ 10

 

 

Gautama Buddha

 

Pengasas Buddhisme

   

                  Gautama Buddha, pengasas kepada apa yang kini dikenali sebagai Buddhisme, tinggal di Inbeliau Utara pada abad ke-6 S.M. Namanya ialah Siddhatta dan nama keluarganya ialah Gotama. Gelaran "Buddha" diberi setelah beliau bebas dari kejahilan dan menyedari kebenaran. Ini bermakna 'yang bebas dari segala kejahilan', 'yang terjaga, tersedar dan terbebas dari segala kejahilan'. Lazimnya, beliau menggelar diriNya Gotama atau Sakyamuni.

 

                  Beliau dilahirkan seorang putera yang memiliki segala-galanya dan dibesarkan dalam serba kemewahan. Kedua-dua ibu bapa adalah dari keturunan bangsawan Inbeliau. Beliau amat disayangi, mendorong keyakinan serta merupakan pewaris takhta kerajaan. Beliau dikurniakan dengan rupa yang kacak, wajah yang berseri dan gelagat yang murni. Pada umur enam belas tahun, Beliau mengahwini sepupuNya Yasodhara dan mendapat seorang cahaya mata bernama Rahula. IsteriNya bersifat mulia, sentiasa dalam keadaan riang, berseri dan amat dihormati.

 

                  Sungguhpun demikian, Siddhatta merasa terperangkap dalam kemewahan bagaikan seekor burung dalam sangkar emas. Pada suatu hari, beliau terserempak dengan empat alamat semasa melawat bandar iaitu orang tua, orang sakit, mayat dan seorang pertapa. Satu demi satu, alamat yang diperhatikan tersebut membawa kesedaran kepadaNya bahawa kehidupan adalah tertakluk kepada usia tua dan kematian. Beliau mempersoalkan di manakah wujudnya kehidupan yang bebas dari usia tua dan kematian. Pertapa yang diperhatikanNya, kelihatan begitu tenang kerana beliau telah meninggalkan kehidupan duniawi. Ini memberi Siddhatta satu petunjuk bahawa langkah pertama dalam usaha mencari kebenaran mutlak adalah meninggalkan kehidupan duniawi.

 

                  Dengan azam untuk mencari jalan keluar dari segala penderitaan alam, bukan sahaja untuk diriNya tetapi juga untuk manusia sejagat, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan keluargaNya. Pada suatu malam, ketika umurNya dua puluh sembilan tahun, beliau secara senyap meninggalkan isteri dan anakNya yang sedang nyenyak tidur. Setelah memasangkan pelana pada kuda putihNya yang istimewa, Beliau pun menunggang kuda tersebut menuju ke arah hutan.

 

                  Peninggalan kehidupan duniawiNya merupakan yang pertama dalam sejarah. Beliau meninggalkan segala-galanya pada kemuncak usiaNya, dari keseronokan kepada keperitan; dari kemewahan duniawi yang terjamin kepada yang tidak terjamin; dari kedudukan yang penuh dengan kekayaan dan kuasa kepada seorang pertapa yang terpaksa berlindung hujan dalam gua dan hutan; jubahNya yang compang-camping itulah yang melindungiNya dari sinar matahari, hujan dan angin musim dingin. Beliau meninggalkan kekayaan, martabat, kuasa dan prestij yang terjamin serta hidup yang penuh dengan kasih sayang dan harapan semata-mata untuk mencari kebenaran yang belum terjumpa.

 

                  Dalam masa enam tahun, beliau berusaha dengan gigih untuk mencari kebenaran. Beliau mempelajari segala ajaran yang disampaikan oleh guru-guru agama yang terkemuka pada masa itu, namun masih gagal menemui apa yang dikehendakiNya. Lantaran itu beliau pun menyertai sekumpulan zahid. Beliau menyeksa badanNya dengan harapan dapat menghapuskan daya terpendam serta menghancurkan halangan, kerana dipercayai kebenaran dapat ditemui dengan cara ini. Sebagai seorang yang mempunyai azam dan tenaga yang amat kuat, beliau mendahului zahid-zahid lain dalam setiap teknik pertapaan tegas yang dicadangkan. Semasa berpuasa, beliau makan begitu sedikit sehinggakan apabila Beliau menyentuh kulit perutNya, tulang belakangNya turut dapat dirasai. Walaupun Beliau telah mempraktikkan cara hidup ini ke tahap yang belum pernah tercapai oleh sesiapa, walau bagaimanapun Beliau masih hidup. Beliau mungkin telah mati sekiranya tiada kesedaran bahawa penyeksaan diri tidak akan berhasil. Lantaran itu, jalan kesederhanaanlah pilihanNya.[tkl1] [tkl2] 

 

                  Pada malam bulan purnama Vesakha, Beliau duduk di bawah pohon Bodhi di Gaya, dan menyelamkan dirinya di dalam tahap meditasi yang khusyuk. Dengan itu mindaNya berjaya membongkar misteri alam dan memahami ciri-ciri semulajadi semua kehidupan dan kewujudan. Ketika umurNya 35 tahun, pencari kebenaran yang berusaha sepenuh hati selama ini, menjadi Buddha yang telah celik mindaNya. Hampir setengah abad seterusnya, Buddha merentas jalan-jalan India yang berdebu untuk menyebar Dhamma agar mereka yang mendengar, dan mempraktiknya menjadi suci dan memperoleh jiwa yang bebas. Beliau membentuk sistem bhikkhu dan bhikkhuni, mencabar sistem kasta, meningkatkan status wanita, mengajar kebebasan beragama dan kebebasan menyoal; Beliau telah membuka pintu yang membolehkan pembebasan semua wanita dalam keadaan hidup, tanpa mengira tinggi atau rendah darjatnya, mulia atau berdosa dan menyucikan hidup penjenayah seperti Angulimala dan pelacur seperti Ambapali. [tkl3] 

 

     Beliaulah yang terunggul dalam intelek dan kearifan. Setiap masalah dianalisa satu bahagian demi satu bahagian dan kemudian disusun secara logik dengan maksud yang jelas. Tiada sesiapapun yang dapat menewaskan Buddha dalam dialog. Seorang guru yang tidak dapat tandingi, Beliau juga merupakan penganalisa minda dan fenomena yang terulung sehingga kini. Untuk kali pertamanya dalam sejarah, Beliau menunjukkan jalan kepada manusia supaya berfikir untuk diri mereka, meningkatkan martabat manusia dan menunjukkan bahawa manusia boleh mencapai puncak ilmu pengetahuan serta pencerahan sempurna melalui daya usaha sendiri.

 

                  Walaupun dengan kearifan yang tiada tolok bandingannya, dan warisan diraja, Beliau tidak pernah menjauhkan diri dari penduduk-penduduk kampung. Beliau tidak memandang berat terhadap perbezaan uriah [tkl4] seperti kelas dan kasta. Tiada seorang pun yang dianggap terlalu hina atau rendah oleh Buddha untuk dibantu. Kerap kali apabila seseorang yang hina, fakir miskin, masyghul datang kepadaNya, Beliau akan meningkatkan harga diri mereka dan mengubah kehidupan mereka yang keji kepada suci.

 

     Buddha yang maha penyayang (karuna) dan arif (panna), tahu bagaimana dan apa yang hendak yang hendak diajar kepada individu demi manfaat mereka sendiri berdasarkan tahap dan kebolehan individu tersebut. Beliau diketahui sanggup berjalan jauh, hanya semata-mata untuk membantu seseorang.

 

                  Beliau adalah seorang penyayang yang berbakti kepada semua pengikutNya dan memberi perhatian terhadap kesejahteraan dan kemajuan mereka. Beliau melawat ke wad-wad pesakit setiap hari semasa berada di Vihara. 'Sesiapa yang melayani pesakit, melayani saya'. Nasihat Buddha ini memperlihatkan keprihatinanNya [tkl5] terhadap pesakit. Buddha mengekalkan tataterbit dan disiplin berasaskan prinsip saling menghormati. Raja Pasenadi tidak dapat memahami bagaimana Buddha dapat mengekalkan tataterbit dan disiplin dalam masyarakat bhikkhu, sedangkan diriNya sebagai raja yang berkuasa untuk menghukum, tidak dapat mengendalikan negaranya sebaik itu.

 

     Walaupun Buddha dikurniakan dengan kuasa sakti, Beliau tidak menganggap kesemua ini sebagai penting. BagiNya penerangan Dhamma sehingga menyedarkan seseorang itu merupakan perkara yang paling baik. Penderitaan manusia telah menyebabkan guru yang penuh dengan prihatin ini amat terharu. Beliau berazam untuk membebaskan manusia dari belenggu penderitaan ini melalui satu sistem pemikiran dan cara hidup yang rasional.

 

     Buddha tidak pernah mendakwa diriNya sebagai "pencipta" alam dunia, fenomena alam atau hukum alam yang dipanggil "Dhamma". Walaupun Beliau digelar lokavidu yang bermaksud "yang maha mengetahui tentang segala dunia", Beliau tidak pernah dianggap sebagai penguasa tunggal Hukum Alan Semesta. Beliau mengakui bahawa Dhamma dan sifat kosmos adalah sesuatu yang abadi; pada hakikatnya, ia tiada pencipta dan kewujudannya adalah mutlak[tkl6] . Setiap keadaan benda yang wujud dalam alam semesta ini tertakluk kepada pengoperasian Dhamma. Apa yang Buddha lakukan (seperti juga Buddha-Buddha sebelumNya) ialah menemui semula kebenaran mutlak ini dan mengemukakan kepada manusia. Di samping penemuan kebenaran, Beliau juga menemui cara untuk membebaskan seseorang daripada pusingan kehidupan yang tidak terhingga, diikuti dengan ketidakpuasan yang pahit. [tkl7] Setelah 45 tahun berkhidmat, Buddha meninggal dunia pada umur 80 tahun di Kusinara, meninggalkan beribu-ribu pengikut, bhikkhu dan bhikkhuni serta satu khazanah ajaran Dhamma yang luas. Kesan keprihatinan dan dedikasi Buddha masih dapat dirasai sehingga kini.

 

     Dalam buku 'Tiga Insan Terunggul dalam Sejarah', H.G. Wells berkata: "Dalam diri Buddha, anda dapat lihat dengan jelas, seorang manusia biasa, dengan khusyuk hati, berjuang demi cahaya kebenaran, satu personaliti manusia yang nyata, bukan satu mitos. Beliau juga memberikan satu mesej yang bersifat universal/sejagat kepada manusia. Idea-idea moden kita yang terbaik amat bersamaan dan berharmoni dengan ajaranNya. Mengikut ajaranNya segala penderitaan dan ketidakpuasan dalam kehidupan adalah berpunca dari sikap mementingkan diri sendiri. Sebelum seseorang boleh mencapai ketenangan, beliau mesti menjauhi kehidupan yang semata-mata untuk nafsu atau dirinya. Dengan ini, barulah beliau boleh muncul sebagai seorang manusia yang lebih tinggi darjatnya. 500 tahun terdahulu daripada Nabi Isa, Buddhisme sebagai ajaran yang berbeza daripada yang lain telah menyeru kepada manusia supaya "melupakan diri sendiri". Renunsiasi Putera Siddhattha merupakan satu langkah yang teramat berani, yang pernah dilakukan oleh seorang manusia.

 

                  Pemergian Siddhattha dari keluarga dan kerajaanNya telah dikutuk oleh pengkritik. Ada yang menyifatkannya sebagai "satu langkah meninggalkan isteri dan keluarga yang kejam". Apa yang terjadi sekiranya Beliau tidak pergi secara senyap-senyap dan berhadapan dengan orang-orang kesayanganNya dengan majlis perpisahan yang rasmi? Sudah pasti mereka akan merayuNya agar berubah fikiran. Suasana ketika itu mungkin menjadi selap dan kemungkinan mencetuskan huru-hara di negara kecil bapaNya - Raja Suddhodana. Niat meninggalkan kehidupan duniawi demi mencari kebenaran mungkin akan gagal disebabkan oleh halangan isteri dan bapaNya. Pada usia 29 tahun, Siddhattha merupakan seorang pemuda yang berada pada kemuncak hidupNya. Keinginan untuk meninggalkan mereka yang Beliau kenali dan sayangi demi mencari kebenaran, tentulah begitu hebat sekali. Pada saat-saat akhir dalam istana, Beliau telah melawat dan menjenguk bayiNya yang baru lahir yang sedang nyenyak tidur. Desakan hati untuk terus menetap dan membatalkan rancangan meninggalkan istana pasti amat perit dan menyeksakan.

 

                  Pada masa itu, di India, langkah seseorang meninggalkan keluarga dan orang-orang kesayangan yang lain untuk menjadi zahid dan menjalani hidup yang suci amat dipandang mulia. Setelah mempertimbangkan kesemua ini, jelaslah tindakan Siddhattha yang berani dan cepat dalam melaksanakan rancanganNya adalah betul. Meninggalkan kehidupan duniawi bukanlah untuk kepentingan atau kesenangan diri tetapi untuk umat manusia yang menderita. PadaNya, manusia sejagat merupakan satu keluarga. Langkah Putera Siddhattha pada umur yang sebegitu muda merupakan satu langkah yang teramat berani bagi seorang manusia.

 

                  Bebas dari perpautan merupakan salah satu faktor terpenting untuk mencapai pencerahan. Pencerahan dicapai melalui jalan "tidak-perpautan". Kebanyakan masalah kehidupan berpunca daripada perpautan. Kita naik marah, bimbang, tamak dan bersungut. Kesemua ini berpunca dari perpautan yang membawa kepada kesengsaraan, ketegangan jiwa, kedegilan dan kesedihan. Jika kita menyiasat sebarang masalah atau kebimbangan kita, akan didapati bahawa sebab utama selalunya perpautan. Sekiranya, Putera Siddhattha mempunyai perpautan terhadap isteri, anak, kerajaan dan keseronokan keduniaan, sudah pasti Beliau tidak mungkin dapat mencari penawar penderitaan manusia. Oleh yang demikian, Beliau terpaksa mengorbankan segala-galanya, termasuk keseronokan keduniaan untuk memperoleh tumpuan minda dan kebebasan dari gangguan untuk mencari kebenaran yang boleh membebaskan manusia dari penderitaan.

 

                  Dalam kaca mata Putera muda ini, dunia ini sedang membakar dengan hawa nafsu, kebencian, ketamakan dan lain-lain unsur pencemaran minda yang menyalakan api keghairahan manusia. Beliau dapat memerhatikan bahawa setiap makhluk dalam dunia ini, termasuk isteri dan anakNya sedang menderita akibat dari berbagai penyakit mental dan fizikal. Tekad beliau untuk mencari satu penyelesaian kepada penderitaan manusia begitu kuat sehingga Beliau sanggup mengorbankan segala-galanya.

 

                  Dua ribu lima ratus tahun selepas meninggalkan kehidupan duniawi, Beliau menerima kritikan dari sesetengah pihak kerana tindakanNya itu. Walau bagaimanapun, isteriNya tidak pernah menyalahkan beliau di atas pemergianNya apabila menyedari tujuan sebenar beliau. Sebaliknya, Yasodhara turut meninggalkan kehidupan serba mewah dan menjalani satu cara hidup yang biasa sebagai tanda penghormatan kepada suaminya.

 

     Demikian persepsi seorang penyair terkenal terhadap peninggalan kehidupan duniawi Buddha:

 

ÔTwas not through hatred of children sweet,

Twas not through hatred of His lovely wife,

Thriller of hearts-not that He loved them less,

But Buddhahood more, that He renounced them all.Õ

 

ÔBukan kerana membenci anak yang manis,

Bukan kerana membenci isteriNya yang cantik,

Dengan hati yang bergentar - bukan kerana Beliau kurang

menyayangi mereka,

Tetapi tekad menjadi Buddha lebih hebat,

Maka Beliau meninggalkan segala-galanya.Õ

                                           (Dwight Goddard)

 

 

Sifat Semulajadi Buddha

 

Cahaya Dunia

 

          'Memahami segala yang perlu difahami,

          Memupuk segala yang perlu dipupuk,

          Menghapus segala yang perlu dihapus,

          Maka Brahmin, saya adalah Buddha.' (Sutta Nipata)

 

     'Wahai saudara, selagi bulan dan matahari pada dunia ini tidak terbit, sehingga itulah tiada pancaran sinaran cahaya yang terang-benderang. Dunia diselubungi kegelapan dan kekeliruan. Malam tidak dapat dibezakan daripada siang, begitu juga dengan waktu bulan penuh, waktu anak bulan dan musim-musim dalam setahun.

 

     'Namun apabila bulan dan matahari terbit di dunia ini, akan nampaklah sinaran cahaya yang unggul. Hilanglah kegelapan dan kejahilan. Maka akan terdapat musim-musim, bulan-bulan dan waktu-waktu yang terdapat anak bulan dalam satu tahun.'

 

     'Wahai saudara, selagi Buddha yang juga merupakan Arahant, Buddha yang terunggul, tidak wujud, maka tiadalah pancaran sinaran cahaya yang terang-benderang. Maka kegelapan dan kejahilan akan berleluasa. Tiada pendedahan, tiada ajaran, tiada petunjuk, pembentukan, pembongkaran dan penjelasan mengenai Empat Kebenaran Mulia.

 

     'Apakah Empat Kebenaran Mulia itu? Kebenaran mulia mengenai Penderitaan, Punca Penderitaan, Penghapusan Penderitaan dan Langkah Penghapusan Penderitaan.

 

     'Saudara, tahukah kenapa anda perlu gigih berusaha untuk menyedari ÒInilah Penderitaan; Inilah Punca Penderitaan; Inilah Penghapusan Penderitaan; Ini Langkah Penghapusan PenderitaanÓ.Õ

 

     Kata-kata di atas memberi suatu gambaran yang jelas kepada kita betapa tingginya nilai kemunculan Buddha ke dunia ini. Buddha muncul semasa falsafah Barat mula diperkenalkan oleh orang-orang Gree. Ia dipelopori oleh Heraclites yang menyebabkan perubahan kepada agama awal ketuhanan Olimpian. Pada masa yang sama, Jeremiah sedang menyampaikan satu mesej baru kepada orang-orang Yahudi di Babylon.

 

     Pada masa itu juga, Pythagoras sedang memperkenalkan suatu doktrin mengenai kelahiran semula di Italy. Pada masa itu juga Confucius sedang membentuk cara hidup orang China dan sistem kesusilaannya.

 

     Pada ketika itu, struktur sosial India dikuasai dengan ketat oleh peraturan-peraturan ketua agama, idea-idea penyeksaan diri, pembezaan kasta, feudalisme yang tercemar, status kedudukan wanita yang rendah dan takut kepada kekuasaan Brahmin.

 

     Pada masa itulah, Buddha bagaikan bunga yang terharum di kalangan umat manusia, muncul pada tanah yang tersemai satu golongan besar orang salih dan arif, yang dengan sepenuh hati, sedang mencari kebenaran.

 

     Beliau merupakan seorang manusia yang unggul yang begitu istimewa dan berpengaruh kepada orang ramai sepanjang riwayatNya. Daya tarikan dari segi peribadiNya, prestij dan moralNya dan keyakinan yang bersinaran dalam penemuan diri Buddha telah membuatNya begitu terkenal. Semasa Beliau bergiat sebagai seorang pendidik, Buddha telah mencelikkan akal mereka yang mendengar ajaranNya. Beliau telah menarik mereka yang tinggi atau rendah darjatNya, kaya atau miskin, terpelajar atau buta huruf, lelaki atau wanita, penghuni rumah atau orang zahid, orang mulia mahupun petani biasa. Beliau mendekati orang-orang jahat untuk mendidik mereka; manakala orang yang suci dan berbudi pekerti pula mendekatiNya untuk belajar. Kebenaran yang ditemuiNya dihadiahkan kepada semua. Pengikut-pengikutNya terdiri daripada golongan raja, perwira, saudagar, jutawan, pengemis, pelacur, dan orang yang suci mahupun yang jahil. Beliau mendamaikan mereka yang sedang bertelagah. Beliau mencelikkan mereka yang berada dalam kekeliruan. Beliau menyirami mereka yang terbakar dalam api kemarahan dan hawa nafsu dengan air kebenaran yang menenangkan. Dengan hati penuh belas kasihan, Beliau menghulurkan cinta-kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang malang dan terbiar.

 

     Beliau tidak bercadang untuk membentuk semula dunia ini. Beliau merupakan 'lokavidu' - 'orang yang tahu segala-galanya tentang dunia ini'. Adalah mustahil untuk Buddha membuat satu tanggapan khayal tentang dunia atau mempercayai bahawa hukum alam boleh diubahsuai mengikut kemahuan manusia sebab Beliau maha mengetahui dunia ini. Beliau tahu bahawa kewujudan dunia ini bukan untuk keseronokan manusia. Beliau mengetahui sifat semula jadi dunia dan menyedari bahawa kehidupan keduniaan adalah tidak kekal (sentiasa berubah). Beliau juga tahu tentang khayalan dan imaginasi manusia tentang kehidupan dunia ini.

 

     Buddha tidak menggalakkan idaman terhadap pembentukan Utopia keduniaan. Sebaliknya, Beliau menunjukkan setiap cara di mana seseorang itu dapat menakluki dunia dirinya - dunia dalaman setiap peribadi yang subjektif. Dalam bahasa yang lebih mudah, Beliau memberitahu kita bahawa keseluruhan dunia wujud dalam diri kita dan dunia ini dipandu oleh minda. Justeru itu, minda mestilah dilatih dan disucikan dengan baik.

 

     Pada asasnya, ajaran Buddha adalah mudah dan amat bermakna:

'Elakkan segala kejahatan; buat segala kebaikan, Sucikan minda. Inilah nasihat semua Buddha.' (Dhammapada 183)

 

     Beliau mengajar manusia bagaimana hendak menghapuskan kejahilan. Beliau menggalakkan mereka mengekalkan kebebasan memikir tanpa sebarang kongkongan. Upacara keagamaan dan dogma yang tegas, kepercayaan yang membabi buta dan sistem kasta langsung tidak diberi tempat dalam cara hidup yang disyorkanNya. Semua manusia adalah sama dalam kaca mata Buddha.

 

     Penilaian terhadap ucapan, perlakuan dan sifatNya membuktikan keunggulanNya pada ketika itu. Beliau mempamerkan jasa, pengorbanan dan pencapaian sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Beliau menasihati kita supaya memulakan kehidupan kita pada hari ini dan seterusnya seolah-olah inilah titik permulaan hidup kita. Pada kewujudan ini, kita harus memenuhi segala tanggungjawab dan kewajipan kita tanpa bergantung kepada orang lain.

 

                  Beliau memberi satu penerangan baru tentang alam semesta ini. Beliau memberi satu pandangan baru mengenai kebahagiaan abadi, iaitu dengan pencapaian kesempurnaan Buddha. Beliau telah menunjukkan jalan ke Nibbana, satu keadaan abadi yang merupakan pembebasan muktamad dari segala penderitaan. Beliau bukan saja disanjung tinggi oleh orang-orang yang beragama malah disanjung juga oleh ateis, ahli sejarah, rasionalis dan para intelek di seluruh dunia yang mengiktiraf Buddha sebagai pendidik yang telah mencapai pencerahan, yang paling liberal dan penuh belas-kasihan.

 

                  'Sukho Buddhanam Uppado.'

     Bahagianya kelahiran Buddha. (Dhammapada 194)

 

 

Adakah Buddha Kelahiran Semula Tuhan?

 

Buddha tidak pernah mendakwa diriNya sebagai anak ataupun rasul Tuhan.

 

                  Buddha adalah manusia unik yang mencapai pencerahan di atas usahaNya sendiri. Tiada seorang pun yang boleh dianggap sebagai guruNya. Atas usahaNya sendiri, Beliau menyempurnakan sepuluh kualiti teragung iaitu murah hati, disiplin, melepaskan kehidupan duniawi, kearifan, ketekunan, kesabaran, kebenaran, kegigihan, cinta-kasih dan ketenangan minda. Melalui pemupukan mindaNya, Beliau membuka pintu kepada segala pengetahuan. Beliau memahami segala yang perlu difahami, memupuk segala yang perlu dipupuk dan menghapus segala yang perlu dihapus. Sesungguhnya, tiada guru agama yang setanding dengan Beliau dari segi pemupukan dan pencapaian.

 

                  Betapa istimewa Buddha dan betapa mengkagumkan mesejnya sehinggakan ramai orang tertanya-tanya 'Apakah (bukannya siapa) Beliau'. Pertanyaan 'Siapakah Beliau' adalah berhubung kait dengan nama, tempat asal keturunan dan sebagainya manakala 'Apakah Beliau' merujuk kepada persoalan kedudukan Beliau di kalangan semua makhluk. Sifat ÔketuhananÕ dan inspirasi yang wujud pada Buddha telah menyebabkan ramai orang pada zaman itu yang mengandaikan beliau sebagai Tuhan ataupun kelahiran semula Tuhan. Beliau tidak pernah bersetuju dengan anggapan itu. Dalam Anguttara Nikaya, Beliau berkata:

 

ÔSesungguhnya saya bukan deva, gandharva, yaksa ataupun manusya. Saya adalah Buddha". Selepas pencerahan, Buddha tidak boleh lagi dikelaskan sebagai ÔmanusyaÕ ataupun manusia biasa. Beliau digolongkan dalam 'wangsa Buddha', iaitu bangsa ataupun spesis istimewa yang telah mencapai pencerahan, di mana semuanya dikenali sebagai Buddha.

 

                  Buddha wujud di dunia ini dari semasa ke semasa. Tetapi terdapat orang yang mempunyai pandangan salah iaitu mempercayai bahawa Buddha yang sama dilahirkan semula atau wujud di dunia ini berulang-ulang kali. Sebenarnya, mereka adalah orang yang berlainan, sekiranya tidak; orang lain tidak akan berpeluang mencapai tahap Buddha. Buddhis mempercayai bahawa sesiapa boleh menjadi Buddha sekiranya dia dapat memupuk dan menyempurnakan kualiti-kualiti murni dan dapat menghapuskan segala kejahilan, dengan berkat usaha sendiri. Selepas pencerahan, semua Buddha adalah sama dari segi pencapaian dan pengalaman Nibbana.

 

                  Di India, ramai pengikut dari kumpulan-kumpulan agama ortodoks cuba mengutuk Buddha kerana ajaranNya yang liberal telah membawa revolusi kepada masyarakat India. Ramai yang menganggap Beliau sebagai musuh apabila bilangan para intelektual dan penduduk dari segenap lapisan masyarakat yang menganuti agama ini semakin meningkat. Apabila gagal untuk menewaskanNya, mereka telah menggunakan strategi melabel Buddha sebagai salah satu kelahiran semula Tuhan mereka. Dengan cara inilah mereka dapat menyerap Buddhisme ke dalam agama mereka. Di India, strategi ini berkesan pada tahap tertentu selama beberapa kurun, dan ia telah membawa kepada kemerosotan dan seterusnya kepupusan Buddhisme dari tanah asalNya.

 

                  Sehingga hari ini, terdapat penganut agama tertentu yang cuba menyerap Buddha ke dalam kepercayaan mereka. Dengan cara ini, mereka memperoleh pengikut dari komuniti Buddhis. Tindakan mereka adalah berasaskan dakwaan Buddha sendiri pernah meramalkan kemunculan Buddha lain pada masa depan.

 

                  Seorang guru agama yang hidup 600 tahun selepas Gautama Buddha telah digelar sebagai Buddha yang terbaru oleh suatu kumpulan. Kumpulan lain mengatakan Buddha yang seterusnya telah berada di Jepun pada abad 13. Kumpulan yang satu lagi mempercayai pengasas mereka adalah Buddha baru yang datang dari keturunan mahaguru (seperti Gautama dan Nabi Isa). Kumpulan ini menasihati umat Buddhis meninggalkan Buddha lama mereka dan mengikuti kononnya Buddha baru mereka. Adalah baik melihat mereka memberi status yang sama di antara Buddha dan guru agama mereka, namun kami berasa amat sedih dengan usaha menarik Buddhis ke dalam kepercayaan mereka dengan memutar belitkan kebenaran.

 

                  Jelas sekali, mereka yang mendakwa bahawa Buddha baru telah tiba, telah tersalah tafsir kata-kata Buddha. Walaupun Buddha ada meramalkan ketibaan Buddha pada masa akan datang, menurutNya, ini hanya akan berlaku apabila beberapa syarat dipenuhi. Selagi ajaran Buddha sekarang masih wujud, Buddha lain tidak akan muncul; ini adalah sifat semulajadi Buddha. Beliau akan muncul hanya apabila Empat Kebenara Mulia dan Jalan Mulia Lapan Faktor telah lenyap sama sekali. Orang-orang yang hidup pada masa itu mestilah dibimbing dengan betul supaya mereka dapat memahami kebenaran yang sama yang telah diajar oleh Buddha sebelum itu . Sekarang, kita masih berada di zaman ajaran Buddha Gautama. Kini, kelakuan moral manusia secara amnya semakin merosot. Namun demikian, Buddha seterusnya hanya akan muncul pada masa depan yang lampau apabila Jalan ke Nibanna telah lenyap sama sekali dan orang-orang pada masa itu telah bersedia untuk menerimaNya.

 

 

Perkhidmatan Buddha

 

Kelahiran Buddha adalah untuk menghapuskan kegelapan kejahilan dan untuk memimpin dunia ke arah pembebasan dari penderitaan.

 

                  Buddha sendiri mempamerkan segala nilai kesucian yang diajar olehNya. Dalam tempoh 45 tahun perkhidmatan yang cemerlang dan bermakna, Beliau melaksanakan segala yang diucapkanNya. Beliau tidak pernah menunjukkan sebarang kelemahan manusia atau hawa nafsu. Tata terbit moral Buddha adalah yang paling sempurna dalam sejarah dunia. Dalam tempoh lebih daripada 25 abad, jutaan orang telah memperoleh inspirasi dan ketenangan jiwa dari ajaran Buddha. Hari ini keagunganNya masih bersinar seperti sang suria yang memalapkan cahaya-cahaya lain yang lemah. AjaranNya sentiasa memberi petunjuk kepada pengikutNya yang lesu dalam perjalanan spiritual ke arah keselamatan dan keamanan - Nibbana. Tiada orang lain yang pernah mengorbankan sebegitu banyak keselesaan duniawi demi kepentingan manusia sejagat yang menderita.

 

                  Dalam sejarah manusia, Buddha merupakan pemimpin agama pertama yang melarang korban binatang tidak kira apa alasannya, dan merayu kepada manusia supaya tidak mencederakan makhluk lain.

 

                  Mengikut Buddha, agama bukan sesuatu yang boleh ditawar-menawar, tetapi cara ke arah pencerahan. Beliau tidak mahu para pengikut yang percaya secara membabi buta; sebaliknya Buddha mahukan para pengikut yang boleh berfikir dengan bebas dan bijaksana.

 

                  Keseluruhan umat manusia mendapat berkat dengan kemunculan Buddha. Buddha tidak pernah menunjukkan sifat tidak mesra terhadap seseorang, sungguhpun terhadap lawan atau musuh paling ketatNya. Terdapat beberapa orang mempunyai prasangka yang bertentangan dengan Buddha dan cuba membunuhNya. Namun, Buddha tidak pernah menganggap mereka sebagai musuh. Buddha pernah berkata ÔBagaikan seekor gajah dalam medan peperangan yang sabar menahan anak panah yang dipanah ke arahNya; begitu jugalah saya akan bersabar terhadap penghinaan serta ekspresi tidak mesra yang ditunjukkan oleh orang lain." (Dhammapada 320)

 

                  Catatan sejarah menyatakan tiada sesiapapun yang sanggup berjasa demi kebajikan semua makhluk seperti Buddha. Dari saat mencapai pencerahan sehingga ke akhir hayatNya, Buddha bertungkus-lumus tanpa mengenal erti penat lelah meningkatkan martabat manusia. Beliau tidur dua jam sahaja sehari. Walaupun 25 abad telah berlalu sejak peninggalan Guru yang unggul ini, mesejNya yang penuh dengan kasih sayang dan kearifan masih wujud sebagaimana keadaan asalnya yang suci. Mesej ini tetap mempengaruhi haluan matlamat manusia sehingga kini. Buddhalah yang mempunyai sifat belas kasihan tertinggi menyinari dunia ini dengan cinta kasih.

 

                  Setelah mencapai Nibbana, Buddha meninggalkan satu mesej abadi yang masih bersama kita. Pada hari ini, keadaan huru-hara dunia sentiasa mengancam kedamaian yang sedia ada. Justeru itu, ajaran Buddha amat diperlukan pada zaman ini berbanding dengan masa lampau.

 

                  Kelahiran Buddha adalah untuk menghapuskan kegelapan kejahilan dan memberi petunjuk kepada dunia ini untuk bebas dari penderitaan dan penyakit, penuaan dan kematian serta segala kebimbangan dan kesengsaraan semua makhluk.

 

                  Menurut sesetengah kepercayaan, Tuhan tertentu akan muncul di dunia ini dari semasa ke semasa untuk menghapuskan orang yang jahat dan melindungi mereka yang baik. Kemunculan Buddha ke dunia ini bukan untuk memusnahkan orang yang jahat tetapi untuk menunjukkan kepada mereka suatu jalan yang betul.

 

                  Dalam sejarah dunia sebelum zaman Buddha, pernahkah kita mendengar tentang guru agama seperti Buddha yang begitu bersimpati dan sayangkan manusia sejagat yang menderita? Pada zaman Buddha yang sama, kita tahu tentang kewujudan beberapa bijaksana di Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle dan lain-lain. Tetapi, mereka hanya merupakan ahli falsafah, pemikir dan pencari kebenaran; kekurangan mereka ialah inspirasi kasih sayang terhadap penderitaan manusia yang berleluasa.

 

                  Cara Buddha menyelamatkan manusia ialah dengan mengajar mereka cara memperoleh mencapai pencerahan. Beliau tidak mementingkan beberapa peluang untuk meringankan kesengsaraan mental mahupun fizikal. Beliau lebih prihatin dalam mengemukakan jalan yang boleh diikuti semua.

 

     Dengan hati yang saksama, marilah kita membandingkan keunggulan, kesusilaan, jasa dan khidmat dan kearifan kesemua ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli fikir yang unggul, saintis, rasionalis, pekerja sosial, pengubah dan guru-guru agama lain dengan kesusilaan, belas kasihan dan pencerahan Buddha. Dengan ini, kita boleh memahami kedudukan Buddha di kalangan manusia hebat dan unggul tersebut.

 

Bukti-bukti Sejarah Tentang Buddha

 

Buddha merupakan penakluk teragung di dunia ini. AjaranNya kepada manusia sejagat menyuluh jalan menyeberangi dunia kegelapan, kebencian dan penderitaan ke satu dunia baru yang terang, penuh kasih sayang dan kebahagiaan.

 

Gautama Buddha bukan satu tokoh mitos, tetapi merupakan seorang personaliti sejarah benar yang telah memperkenalkan agama yang dikenali sebagai Buddhisme. Bukti-bukti kewujudan Guru agama agung ini boleh diterangkan melalui fakta-fakta berikut:

1.           Testimoni orang-orang yang mengenali beliau secara peribadi. Testimoni-testimoni ini direkod pada batu bersurat, tiang dan pagoda yang dibina sebagai tanda penghormatan kepadaNya. Pada zaman Buddha, testimoni dan monumen memperingati Buddha dibuat oleh raja-raja serta orang lain sudah cukup untuk membuktikan kisah kehidupan Buddha.

2.           Penemuan tempat-tempat dan runtuhan bangunan yang disebut dalam riwayat hidupNya.

3.           Sangha, golongan suci yang diasas oleh Buddha, masih wujud sehingga kini. Komuniti Sangha mencerminkan fakta kehidupan Buddha dan ajaranNya, yang telah diwarisi dari generasi ke generasi di serata dunia.

 

Swabebas Melalui Kearahatan

 

Mencapai Nibbana dengan kearahatan bukanlah tindakan yang pentingkan diri sendiri.

 

 

Bodhisatta

 

Bodhisatta adalah insan yang bakal mencapai Pencerahan.

 

Pencapaian Kebuddhaan

 

Pencapaian Kebuddhaan merupakan usaha yang paling susah untuk dicapai oleh seseorang di dunia ini.

 

 

Trikaya Ð Tiga Jenis Tubuh Buddha

 

Tiga jenis tubuh Buddha terdiri daripada Dharma-kaya (Tubuh Kebenaran), Sambhoga-kaya (Tubuh duniawi) dan Nirmana-kaya (Tubuh Manifestasi)[tkl8] 

 

 


 [tkl1]

 [tkl2]

 [tkl3]            

 [tkl4]

 [tkl5]

 [tkl6]

 [tkl7]

 [tkl8] not sure of the pali translation