Make your own free website on Tripod.com
Kembali ke Laman Utama
Buddhisme dalam Bahasa Malaysia

Soalan Kerap Ditanya

Kenapa format dokumen pada laman ini tidak kemas ? 
Pada peringkat permulaan, penekanan adalah dalam usaha mengkomputer segala artikel / buku dalam bahasa Malaysia (yang sedia ada) ke dalam bentuk digital dan disimpan dalam laman web. Salinan CD yang mengandungi replika kandungan laman dhamma-bm, akan dibuat dan diedarkan secara percuma kepada orang ramai. Ini adalah untuk mempastikan bahawa lebih banyak orang akan mempunyai akses kepada bahan bacaan Dhamma.

Mengapakah dhamma-bm dimulakan ?  
Laman ini ditujukan kepada semua guru-guru Dhamma saya - sebagai tanda penghargaan kepada ajaran mereka yang telah memberi begitu banyak inspirasi dan mengajar saya erti kehidupan. Ia (dhamma-bm) juga diharap dapat menjadi salah satu usaha di kalangan masyarakat Buddhis prihatin untuk memanjangkan Buddha-sasana, supaya lebih ramai orang/makhluk dapat manfaat daripada ajaran suci Buddha.

Siapakah yang mengendalikan laman ini ?
Laman web ini direkabentuk dan dikendalikan oleh saya Sumangala, seorang Buddhis prihatin.

Bolehkah bahan-bahan ini dicetak semula ?
Ya, dengan syarat ianya adalah untuk edaran percuma dan sebagai pemberian dana. Sebarang usaha untuk mengaut keuntungan daripada hasil dhamma-bm adalah dilarang sama sekali. Untuk makluman lanjut, sila email sumangala@time.net.my

Bagaimanakah saya dapat membantu ?
Bantuan seperti (i) mengedit, menaip dan membuat type setting   (ii) proof reading   (iii) menterjemah  (iv) kewangan (untuk kos CDR kosong dan pos)  (v) kewangan (untuk kos percetakan semula buku) adalah dialu-alukan. Untuk makluman lanjut, sila hubungi sumangala@time.net.my